Anda di halaman 1dari 3

2.

3 Cadangan Inovasi
Bil. Aspek Cadangan
1. Objektif Objektif yang dibuat mestilah menjurus kepada murid
agar murid dapat mencapainya sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Berikut
merupakan objektif tambahan yang boleh
dimasukkan :
i. Murid-murid akan mengambil bahagian secara
aktif semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
ii. Murid-murid akan menunjukkan keseronokkan
dan kesungguhan dalam melakukan sebarang
kerja yang diberikan

2. Organisasi Kandungan i. Memasukkan bidang Ekonomi Rumah Tangga
ke dalam organisasi kandungan. Tujuannya
adalah untuk memberi pendedahan awal
kepada murid tentang bidang tersebut dengan
menyediakan unit pembelajarannya yang lebih
kepada perkara-perkara asas sahaja agar
murid dapat meningkatkan daya kreativiti
mereka lagi apabila sudah melangkah ke
sekolah menengah. Contohnya,unit
pembelajaran jahitan dan masakan.

3. Penekanan & Kaedah
Pengajaran dan
Pembelajaran
ii. Memberikan lebih penekanan terhadap
hands-on atau pengalaman secara langsung
kepada murid berbanding minds-on sahaja
agar murid dapat memahami dengan lebih
jelas apa yang dipelajari.
iii. Penggunaan Bahan Bantu Belajar yang
menarik lagi menyeronokkan seperti kit Fischer
Technik dan juga Komputer.
iv. Menggunakan kaedah simulasi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran untuk memberi
penerangan yang jelas kepada murid tentang
apa yang dipelajari.
v. Melaksanakan projek-projek yang berkaitan
yang telah ditetapkan menggunakan barangan
yang disediakan ataupun menggunakan
barangan kitar semula ataupun yang berada di
sekeliling persekitaran murid.
vi. Mengadakan ujian amali untuk setiap unit
pembelajaran supaya murid dapat
mengaplikasikan segala pembelajaran teori
yang telah dipelajari. Dengan ini, objektif
proses p&p akan lebih berkesan.

4. Pengendalian Aktiviti &
Penilaian
i. Mengemaskini bengkel Kemahiran Hidup
supaya lebih menarik dan menyediakan
suasana tempat belajar yang menyeronokkan.
ii. Mengadakan pameran hasil kerja atau projek
yang telah dibuat oleh murid.
iii. Menyediakan tempat yang sesuai bagi projek
yang akan dijalankan seperti penyediaan
Akuarium dan juga Tanaman Sayuran dan
Tumbuhan Hiasan.
iv. Mengadakan ujian dan membuat analisa
tentang pencapaian dan mengenalpasti
sasaran .
v. Membuat tindakan susulan bagi memperbaiki
kelemahan murid semasa berada di Bengkel
Kemahiran Hidup.

5. Keselamatan i. Meletakkan papan tanda amaran serta
peraturan keselamatan di dalam Bengkel
Kemahiran Hidup untuk sentiasa
mengingatkan murid untuk menjaga
keselamatan diri sewaktu proses p&p
dijalankan.
ii. Menyediakan ruangan khas di dalam Bengkel
Kemahiran Hidup untuk bertukang, mengecat,
dan sebagainya agar keadaan bengkel
sentiasa teratur dan kemas.
iii. Menyediakan jadual bertugas untuk murid
supaya bertanggungjawab ke atas bengkel
setiap kali masuk menggunakannya.
iv. Menyediakan bahan pencuci untuk mencuci
tangan setiap kali melaksanakan sebarang
aktiviti.

6. Pemetaan &
Kesinambungan
Kandungan
i. Unit pembelajaran bagi Tanaman Hiasan, Ikan
Hiasan, dan Tanaman Sayuran perlu ditambah
lagi agar banyak lagi pengetahuan dan
kemahiran yang dapat diperolehi murid.
ii. Waktu pembelajaran Kemahiran Hidup perlu
ditambah menjadi empat waktu seminggu
kerana subjek ini banyak melibatkan
pembelajaran amali dan pelaksanaan projek
serta pembelajaran di luar bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai