Anda di halaman 1dari 3

UNIT 1

PENGENALAN, PENDEKATAN SERTA


STRATEGIPENGAJARAN DAN
PEMBELAJARANPENDIDIKAN JASMANI DAN
SUKAN

Sinopsis

Unit ini memperkenalkan anda kepada konsep, definisi, matlamat dan objektif
Pendidikan Jasmani dan Sukan secara menyeluruh. Secara amnya unit ini
memberikanpengetahuan kepada anda mengenai sejarah serta disiplin ilmu yang
terdapat dalamPendidikan Jasmani dan Sukan. Anda juga akan didedahkan dengan
pengetahuanmengenai kurikulum Pendidikan Jasmani KBSM serta isu-isu semasa
yang berkaitandengannya.Sebagai bakal guru anda juga diberikan peluang untuk
menjalankan latihanamali pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dengan
menyediakanrancangan kerja semester, mingguan dan harian. Latihan ini
berasaskan kepadafalsafah, prinsip, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaranPendidikan Jasmani.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini, diharap pelajar akan dapat;

1. mengetahui serta menghuraikan definisi, konsep, prinsip dan falsafah
Pendidikan Jasmani,
2. menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan strategi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
3. merangka dan menyediakan rancangan mengajar mingguan secara
sistematik,
4. mengenalpasti masalah dan isu-isu semasa dalam pengajaran dan
pemebelajaran Pendidikan Jasmani serta cara-cara mengatasinya.

Arahan

Pelajar dikehendaki

1. menjawab soalan pra dan pasca yang disediakan
2. membaca nota yang disediakan dengan teliti
3. membuat rujukan di perpustakaan dan mengakses maklumat dari internet
atau sumber lain
4. menjawab soalan tugasan yang disediakan.








Ujian Pra

1. Nyatakan definisi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani?

2. Nyatakan konsep pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah?

3. Berikan 5 kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani?

4. Bagaimana anda berasa selesa untuk mengajar aktiviti yang belum anda
pelajari?

5. Adakah ada cara lain untuk menyampaikan pengetahuan?

6. Kurikulum mata pelajaran Pendidikan Jasmani di Malaysia mempunyai
matlamat khusus. Nyatakan apakah matlamat Pendidikan Jasmani?

7. Beri 5 objektif Pendidikan Jasmani yang anda tahu?

8. Kurikulum Pendidikan Jasmani dibahagikan kepada 3 tunjang
pembelajaran.Namakan ketiga-tiga tunjang pembelajaran tersebut yang
dapat membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.

9. Terdapat 3 domain pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani iaitu psikomotor,
kognitif dan afektif. Jelaskan secara ringkas apakah aspek penting yang
tersurat bagi setiap domain tersebut sebagaimana yang diutarakan oleh
BloomB.S(1956)

10. Apakah nilai-nilai murni yang terkandung dalam mata pelajaran Pendidikan
Jasmani?














Bagaimanakah prestasi anda ?Adakah anda berjaya merangsang minda
anda bekerja?Untuk mengetahui jawapan kepada soalan-soalan ini ,sila
baca nota selanjutnya dan buat latihan-latihan yang disediakan.

Anda mungkin juga menyukai