Anda di halaman 1dari 94

SENI DALAM PENDIDIKAN

1.0 Pengenalan

Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan,
muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang
indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk
seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting.
Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula
adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini
saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai
estetika yang tinggi.

Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al-
Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai
pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek
yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk
ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan
seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya
terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-
tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak
mampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai
pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri.

Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah penghasilan rupa
bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is
Expression ). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan
yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan,
kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.

2.0 Aplikasi seni dalam pendidikan
Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus.
Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang
seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi
merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan
sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran.
Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang
menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi
satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk
seseorang individu.

Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang
diolah secara halus dan sederhana. (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadi
mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik
manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh
ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan
satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak
dan tabiat seseorang muslimseperti jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila dasar
pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai
aspek.

Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga
elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga
seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni
pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula
lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan
elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak
bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga
turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni
Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah
kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual.

Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan
sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati
sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan
mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam
kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai
contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan
sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari
dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama
digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang
mewujudkan pergerakan.

Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu
mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari,
melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-
kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran
muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa
cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak
langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih
seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti
seperti melompat sambil mengikut irama muzik.

Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak
melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi.
Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam
menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih
terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok. Kesimpulannya, guru
perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran
supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.

Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education
menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu
cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan
menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru
perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan
menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu
dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam
Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam
sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalam
setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak
langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti,
pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.

3.0 Kepentingan seni dalam pendidikan kepada pendidik

Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh
danseimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari
denganFalsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk
menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran
untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini,
ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri
dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan
memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di
sekolah rendah. Di antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik
seperti:

1) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketrampilan dan
professional.
Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis
menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan
kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang
seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu
menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan.
Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu
murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-
kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid
dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.

2) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran.
Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual,
muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam
ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran
dan perpindahan pembelajaran.

3) Guru senang mencapai objektif atau matlamat.
Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu
dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991)
oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan bahawa
seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar
mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai
objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

4) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan
pembelajaran.
Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat
tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan
linguistik dan matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini
menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia
memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai
teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi
serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam
melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan
strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti
pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas
seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa
ditegaskan

3.0 Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:-

1) Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran
belajar.
Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu membina
keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini.
Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi
kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita
pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan
tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan
pilihan warna yang lembut, ianya dapat member ikeyakinan dalam diri kita. Keyakinan
akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.

2) Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.
Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan lagi
tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat
membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya,
warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang individu.Justeru itu,
kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti.

3) Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.
Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada
keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak dihubungkaitkan
dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu
mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual
mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin
diri,mengukuhkan esteem kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh.
Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara
menyeluruh.

4) Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.
Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan
otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan
menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja
dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat
keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar
dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam
meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan
kita.

5) Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan Lateral Leaps
Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya meningkatkan
kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat taakulan,berimaginasi dan
kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni juga adalah
penghubungkait anatara kecergasan otak dan kesan tindakan seseorang. Ianya
memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah,
membuat analisis, sintaksis dan penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi

5.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat
memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan
seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut
dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat
mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana tertarik
dengan kaedah yang digunakan ini.

Posted by Hushna Afendi at 10:11 AM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Artikel-artikel Seni
Artikel 1

Kesan-Kesan Positif Semasa Mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan

Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan dirujuk sebagai
3 R iaitu membaca, menulis dan mengira.Penggunaan huruf Radalah satu kata yang
sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu.
Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atau tidak, tujuannya tetap sama: seni
perlu dijadikan R keempat atau literasi asas selain membaca, menulis dan mengira. Ini
kerana, Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses
pembelajaran dan pengajaran.Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu
Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa
mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:

(i) Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.

Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan
berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan
papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat murid berasa lebih seronok.
Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu
tajuk yang diajar. Contohnya,kaedah belajar secara bermain dapat membina dan
menjalinkan perhubungansosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid
juga dapat bertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan
secara kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni didalam diri
dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.

(ii) Memupuk Nilai Kerjasama

Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat
mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama.
Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara
bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama . Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni
Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan mempunyai
titik tolak interaksi sosial yang terjalin melalui deria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini
mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan sesama manusia yang membawa
kepada konsep perpaduan.

(iii) Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas

Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat
dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi
kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai
anggota kelompok. Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah
kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni
Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui
pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka memersembahkan aktiviti yang
menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana
yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan
prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.

(iv) Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai
penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui.
Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini
memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan
sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen,
menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan
terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi
serta idea dan isi kandungan.

(v) Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi.

Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia
bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber
manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan sebenar
murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti
seperti permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan
emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu
yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan
atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti
yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.

Kesimpulan
Kesimpulannya, kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual,muzik dan
pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan
tujuan yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi
kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar.

Artikel 2

Aplikasi Seni Dalam Pendidikan

Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. Penggunaan seni dalam pendidikan ini menyentuh perasaan estetika dan
daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi
murid. Guru akan memberi peluang kepada murid untuk menjalankan aktiviti seperti
meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Selain itu, murid juga
diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi
untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek
yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini
merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni
Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang
efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan
pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi
melahirkan insanyang celik seni dan berbudaya.

Cara dan peranan guru dan murid dalam melaksanakan penghububungkaitan tersebut
dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan
program-program antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang
lain. Ia boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti menghubungkait pengetahuan
dalam berbagai mata pelajaran, Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam
berbagai mata pelajaran adalah brfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu
proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran
itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat. Selain itu ialah menghubungkait
kemahiran dalam berbagai mata pelajaran.Dengan adanya penghubungkaitan
kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat mengubung kait sesuatu yang
dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar.

Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk
membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur
sosial agar dapat membentuk nilai murni sepeti menghormati, menggalakkan sikap
kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru
dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat
merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut baik
akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan mengaitkan mata
pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa dan fizikal dan
pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan
yang sebenar.

Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai
bentuk walau pun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi
yang berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan
peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda
pelajar. Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih sistematik. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif,
isi, cara penyampaian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada
serta minat pelajar.

Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar. Motivasi bermakna seni
praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan
pelajar menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini. Pelajar adalah digalakkan untuk
melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah
tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara
tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian,
pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri
sendiri.

Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan
menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam
tingkahlaku yang positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar
memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang
dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.

Salah satu contoh bidang mata pelajaran di sekolah rendah untuk digunakan dalam
pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema ialah :

Mata Pelajaran : Sains Tahun Empat
Tajuk : 3.1 Basic needs of Plants
Tema : Persekitaran pokok.

Jadi murid akan diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan
sekolah dengan cara membawa murid-murid melawat kawasan sekolah dan
sebagainya. Selepas itu, murid diminta melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok
diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat muzik.

Pergerakan : (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup,
(b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi, rendah,
berterbangan.

Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang
(b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup

Seni Visual : (a) Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti gembira,marah
dengan menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.
Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam kumpulan,
sumbangsaran tentang aktiviti yang telah dibuat. Kesimpulan dari aktiviti-aktiviti itu
secara tidak langsung akan dapat membantu untuk mengesan bahagian-bahagian
pokok (Sains),
mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran (muzik), menunjukkan
perasaan melalui sapuan berus dengan warna yang berbeza-beza
(seni visual) dan melakukan pergerakan lokomotor (pendidikan jasmani)
Perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih;

Tema Persekitaran : Pokok yang dipilih selain daripada mata pelajaran Sains, ia juga
boleh digunakan kepada semua matapelajaran. Dalam mata pelajaran matematik,
pelajar boleh menggunakan aktiviti mengira beberapa batang pokok dalam satu-satu
tempat. Manakala dalam matapelajaran muzik, pelajar akan menyanyikan lagu pokok
dan membuat pergerakan seperti pokok bergoyang, pokok tumbang dan
sebagainya. Tema Pokok ini juga berkaitan dengan pengalaman dengan kehidupan diri
pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk membuat interaksi dan aktiviti seni dalam
pendidikan dapat dijalankan dengan berkesan. Tema Pokok juga bersesuaian dengan
keadaan situasi, masa dan peristiwa yang berlaku pada masa kini. Secara tidak
langsung dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan antara perkara yang diajar
dengan kedaan situasi yang sebenar.

Penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran mudah didapati di persekitaran sekolah.
Tema yang dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai
aktiviti dan langkah-langkah pengajaran dari yang mudah kepada yang lebih mencabar.

Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan dalam P&P

a)Penggabungjalinan
Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi
mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi
penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan
secara harmonidan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa
mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta menimbulkan
suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan
strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang
berkaitan dengan cara bersepadu.

2)Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsure isi
pengetahuan daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu
mata pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsure pengetahuan.
Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada
dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata
pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan
kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar akan
memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran
Bahasa Melayu.

3)Penerapan
Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai
dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang
dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai
alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya.
4)Pemulihan
Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu
pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam
kemahiran asas 3M. Aktiviti pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan
untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan
kemahiran.

5)Pengayaan
Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau
lambat kadar penerimaannya, oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang
pencapaiannya melebihi

Kebaikan dan kelebihan. Antaranya :

(a)Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit kerja.
Apabila seni dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka
bertambahlah peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini
tahap kebolehan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu unit
kerja akan meningkat kerana mereka telah mempunyai kelebihan media yang boleh
dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan maslah Secara tidak langsung
aktiviti seperti ini akan memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman pelajar
terhadap pelajaran yang disampaikan.

(b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan.
Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan
meleraikan proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung akan dapat
mewujudkan peluang yang baik bagi menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual,
muzik dan pergerakan.

c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Apabila Seni dalam
pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain, akan terbit suatu
tanggapan, baik di kalangan guru mahupun pelajar, bahawa integrasi itu merupakan
sebahagian daripada program aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat
terasing dan terpisah

Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk murid meneroka,
memperolehi pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakah kesan penggunaan
alat/bahan ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran?
Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk
meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir
dengan setiap aktiviti pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bertema
persekitaran pokok ini pelajar menggunakan persekitaran sebenar iaitu melihat,
merasai dan menjiwai keindahan pokok-pokok di kawasan sekolah. Ini dapat
menyediakan cara tambahan untuk belajar membaca, menulis dan mengira bahkan
menggalakkan mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan bahasa untuk
mereka berfikir secara kreatif, imaginative dan kritis.

Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak
keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik darjah.Pelajar digalakkan untuk meneroka
dengan membuat ekperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea
dan bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang benar-
benar lebih berimaginatif. Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan
boleh melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran mengunakan tubuh
badan dan pengalaman ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja
untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko,
mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan.

Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang
kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi,
pergerakan dan visual mereka. Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat
ekspresi dalamaktiviti-aktiviti seni. Ini akan membatu para pelajar untuk merasa,
menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka dengan cara
tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan
sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain. Penerokaan,
memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang penting
pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi peluang
pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan
dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan
mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk
menguruskan emosi supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri.

ARTIKEL 3

PENDIDIKAN SENI DI MALAYSIA ANTARA HARAPAN DAN REALITI
artikel dari:
Prof. Madya Hj. Iberahim
Dekan
Fakulti Sains Sosial dan Kesenian
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pertukaran nama daripada Seni Lukis dan Pertukangan Tangan kepada Pendidikan
Seni pada awal tahun 1980an apabila KBSR diperkenalkan dan seterusnya akan
bertukar semula namanya kepada Pendidikan Seni Visual pada 2002 tentulah berlatar
belakangkan rasional yang amat signifikan. Ianya memberi kesan yang jelas kepada
matlamat dan objektif keseluruhan mata pelajaran ini. Kandungan mata pelajaran pun
akan berubah atau bertambah. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran juga akan
berubah mengikut keperluan seterusnya akan mempengaruhi strategi dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga. Yang tidak kurang pentingnya ialah
falsafah, kepercayaan dan amalan guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu
selari dengan falsafah dan matlamat mata pelajaran ini.

Pada hari ini dan beberapa tahun kebelakangan berbagai-bagai pihak yang bergiat
dalam pendidikan seni visual sama ada secara individu maupun oleh institusi, kerajaan
dan badan bukan kerajaan berusaha dengan berbagai-bagai pendekatan dan kaedah
untuk meletakkan mata pelajaran pendidikan seni (visual) ini ke atas landasan yang
benar agar martabatnya selari dengan mata pelajaran sekolah yang lain. Dalam usaha
ke arah itu beberapa isu yang bersangkutan dengan keberkesanan pedagogi mata
pelajaran ini perlu dijelaskan.

Pendidikan Seni Visual-Seni Halus-Seni Kraf : Kecelaruan Konsep Art Education kini
kita panggil Pendidikan Seni (Visual) sebagai satu mata pelajaran. Kita perlu
menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan mata pelajaran ini. Kerana sehingga
kini dari pengamatan dan kajian saya masih terdapat berbagai-bagai tanggapan dan
tafsiran tentang pendidikan seni (visual) ini. Kerana apabila disebut pelajaran
pendidikan seni ada yang beranggapan sebagai suatu aktiviti seni yang merangkumi
kegiatan melukis dan membuat gambar atau lebih kepada bidang seni halus. Adakah
seni halus itu serupa dengan pendidikan seni visual? Ada setengah pihak pula
beranggapan Pendidikan Seni menjurus kepada kerja-kerja menghasilkan produk kraf.
Ada yang beranggapan pendidikan seni visual kini lebih berbentuk akademik dengan
mengajukan bidang sejarah dan apresiasi seni .

Kesamaran ini perlulah dijelaskan. Bidang-bidang ilmu itu mempunyai falsafah dan
struktur ilmu yang khusus masing-masing menjurus kepada matlamat yang berlainan.
Sekiranya pemikiran dan kepercayaan yang masih bercelaru ini tidak dijelaskan
bagaimana seorang guru itu dapat mendukung falsafah dan matlamat matapelajaran
yang diajar. Kesannya ialah akan berlaku penyempangan dan mengawal proses
pendidikan yang mengikut selera yang tidak tentu arah dan matlamatnya. Akhirnya
mata pelajaran ini seperti ayam kehilangan ibu dan seperti layang-layang putus tali.

Usaha telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan melalui Pusat
Perkembangan Kurikulum untuk menjelaskan konsep pendidikan seni ini. Jikalau diteliti
kesemua peringkat sukatan pelajaran pendidikan seni yang disediakan sudah jelas
pengertian dan matlamatnya. Tetapi kecelaruan itu masih berlaku dalam kepercayaan
dan amalan di bilik darjah atau ketika proses pengoprasian dilakukan . Nilai-nilai
pendidikan tidak berjaya diamalkan dalam proses P&P Pendidikan Seni di bilik darjah
tumpuan lebih kepada matlamat menghasilkan produk semata-mata. Untuk
menjelaskan lagi konsep Pendidikan Seni itu, menurut Eisner (1972) terdapat tiga
komponen dalam P&P yang saling berkait iaitu, berpusatkan pelajar, subjek dan
masyarakat. Ini selari dengan pendapat para akademik seperti Ralph Tyler yang
membahaskan bahawa semua teori-teori dan program pendidikan mesti berfokus
kepada tiga komponen tersebut.

Pendidik mata pelajaran ini harus jelas akan 3 persoalan di bawah ini:
Siapa yang kita ajar
Mengapa kita mengajar
Apa yang kita ajar (Laura Chapman 1978)

Siapa yang kita ajar: Merujuk kepada kanak-kanak di sekolah bermula di peringkat
tadika hinggalah remaja di sekolah menengah malah hingga orang dewasa yang
mengikuti pendidikan sepanjang hayat (life long education). Mengapa kita mengajar:
Jawapan persoalan ini merujuk kepada apalah matlamat dan objektif khusus yang jelas
ialah untuk membantu memperbaiki masyarakat supaya kehidupannya lebih selesa.
Membantu pelajar kita agar kehidupan masa hadapannya lebih sempurna. Apa yang
kita ajar: Yang kita ajar adalah proses mengurus dan mempermudahkan struktur ilmu
Pendidikan Seni agar domain kognitif pelajar berkembang, menerapkan nilai-nilai dalam
pembentukan sahsiah pelajar agar domain efektifnya terbentuk dan meningkatkan
kemahiran psikomotor mereka.

Masalah Mentafsir Kandungan Pendidikan Seni Visual ke dalam bentuk Operasi di bilik
darjah: Beberapa unsur terlibat dalam proses ini, pertamanya sejauh mana penguasaan
ilmu dikalangan kita yang berkaitan dengan kandungan mata pelajaran ini. Keduanya
setakat mana keupayaan kita berupaya mengurus unsur-unsur dalam kurikulum
pendidikan seni. Ketiga setakat mana kita jelas tentang keperluan murid-murid atau
pelajarnya ketika belajar pendidikan seni. Keperluan dari segi psikologi, sosial, fizikal,
emosi dan sebagainya. Keempatnya setakat mana kita mampu menguruskan masa
berbanding dengan jumlah kandungan yang hendak diajar dan dengan kemudahan
yang ada. Kelimanya apakah kepercayaan kita kepada konsep perancangan, adakah
kita mengamalkan kepercayaan selesaikan semua isi kandungan yang dirancang,
buat sahaja perancangan pelajaran tahun lalu atau sikap ambil mudah dalam
merancang rancangan pelajaran pendidikan seni. Keenam kretiviti guru mengatasi
masalah kekurangan.

Yang jelas ialah perlunya memiliki pengetahuan yang mencukupi dan sikap yang
positif terhadap tugas sebagai guru pendidikan seni. Latihan yang didapati di maktab
atau universiti belum menjamin keberkesanan guru dalam menyediakan pelajaran
pendidikan seni ini kerana guru perlu mengemasakinikan dirinya dengan pengetahuan-
pengetahuan dan kemahiran baru yang boleh mempengaruhi tingkah laku guru untuk
bertindak secara lebih positif dalam mentafsir kandungan pelajaran ini sesuai dengan
keperluan dan perubahan semasa. Konsep DBAE umpamanya tidak pernah dipelajari
ketika berkursus dalam tahun 70an atau 80an. Tetapi konsep atau struktur kurikulum
berdasarkan empat disiplin ilmu pendidikan seni ini merupakan amalan terkini di
peringkat antarabangsa. Sukatan pelajaran pendidikan seni (visual) terpengaruh
dengan perubahan ini. Persoalannya adakah guru-guru di sekolah rendah atau
menengah sedar tentang keadaan ini. Sesuatu perubahan baru tentangnya perlu
disampaikan kepada guru-guru di sekolah. Oleh itu perlulah diusahakan suatu
makanisma bagaimana maklumat seperti ini sampai kepada para guru. Kepada yang
menguasai ICT mereka mampu mendapatkan maklumat terkini dengan melayari
internet. Suatu cara lain ialah melalui jurnal yang diterbitkan oleh pihak-pihak tertentu.
Yang pentingnya ada pihak yang bertanggungjawab untuk menulis menerbit dan
mengedarkannya. Suatu cara lagi adalah melalui kursus-kursus pendek dalam
pendidikan seni perlu selalu diadakan oleh pihak tertentu sama ada dianjur oleh pihak
kementerian atau institusi pengajian tinggi yang lain.

Hanya dengan ilmu dan kemahiran yang ada berserta dengan jelas falsafah, matlamat
dan objektif barulah seseorang guru pendidikan seni itu dapat merancang pelajaran
dengan berkesan. Kandungan sukatan pelajaran boleh ditafsir dengan tepat seperti
yang dikehandaki. Setiap tajuk pelajaran dapat dikembangkan kepada pelajar secara
bersepadu dengan menitikberatkan kepada memperkayakan pengalaman pelajar
menerusi proses pembelajaran bersepadu. Sebagai contoh suatu proses pelajaran
yeng berkaitan dengan komposisi dalam membuat gambar. Proses pembelajaran tidak
mungkin boleh diselesaikan dalam masa satu sesi pelajaran sahaja. Seharusnya
pelajar didedahkan dahulu dengan konsep gubahan dalam sebuah catan dengan
merujuk beberapa contoh seniman tempatan atau antarabangsa. Sesi ini pelajar
bersama-sama meneroka dan mencari maklumat yang dirangsang oleh guru, secara
tidak langsung sesi kritikan berlaku, pelajar boleh membuat perbandingan, seterusnya
membuat rumusan. Sesi berikut pelajar boleh menggunakan kriteria, gubahan dari
mana-mana seniman yang dipilih kemudian membuat gambar, mungkin menggunakan
kaedah peniruan itu tidak salah kerana ia merupakan suatu proses belajar. Setelah
mereka faham dan mengenalpasti konsep gubahan dalam catan mereka perlu
membuat sebuah cipataan berdasarkan kefahaman mereka sendiri dengan mengambil
kira peraturan- peraturan dalam membuat sebuah gubahan yang telah mereka temui.
Sesi berikutnya disusuli dengan sesi kritikan tentang kerja-kerja mereka pula.

Melalui proses di atas pelajar diberi ilmu bagaimana untuk membuat sebuah gubahan
yang baik (merujuk kepada data-data dari guru dan seniman terpilih) dengan ilmu itu
pelajar menggunakan sebagai latihan, konsep dalam gubahan bertambah, kamahiran
juga bertambah melalui latihan, proses pengamatan semakin matang maka pelajar
semakin yakin kepada keupayaan dirinya untuk terus berkreatif. Dalam proses ini yang
penting adalah :
peningkatan ilmu dalam membuat gubahan
peningkatan ilmu dalam sejarah seni, mengenali tokoh seni
peningkatan ilmu dalam kritikan dan laras bahasa seni

Latihan dan Kursus Pendidikan Seni di peringkat Maktab Perguruan dan
Institusi Pengajian Tinggi: Apabila seseorang graduan atau guru awalan yang
berkelulusan seni, pendidikan seni atau yang berkaitan dengan seni visual melangkah
kakinya ke sekolah mereka akan membawa bersama pengalaman semasa latihannya
ke sekolah. Setiap institusi membekalkan pengalaman pelajarnya berdasarkan
matlamat dan objektif latihan masing-masing. Latar belakang pengalaman graduan itu
bergantung kepada bidang kepakaran (pengkhususannya) ditambah dengan kursus
diploma pendidikan selama setahun atau seumpamanya. Sedangkan ruanglingkup isi
kandungan dalam sukatan pelajaran pendidikan seni sekolah menengah dan sukatan
pelajaran baru pendidikan seni STPM begitu luas sekali. Untuk menjadi sebagai
seorang guru pendidikan seni yang berkesan latihan yang didapati di institusi pengajian
tinggi itu masih tidak mencukupi, kecuali pengajaran pendidikan seni disekolah
menengah dilakukan berdasarkan pengkhususan bidang masing-masing. Jikalau
sebaliknya apabila guru golongan ini diminta mengajar keseluruhan tajuk-tajuk
pelajaran ini bagi satu-satu tingkatan sedangkan beliau mahir dalam suatu bidang
pengkhususan sahaja maka beberapa tajuk lain akan tertinggal, kerana kurang mahir
dan tidak berkeyakinan untuk mengajar. Sekira ini yang berlaku maka konsep
pendidikan seni akan menjadi lebih terkeliru di peringkat ini.

Seperkara lagi corak latihan yang diterima oleh bakal-bakal guru di maktab
perguruan. Rata-rata bakal guru ini akan mengajar di sekolah rendah. Pendidikan seni
di peringkat sekolah rendah merupakan tahap pembentukan konsep yang amat penting.
Hubungan antara pelajaran pendidikan seni dan kanak-kanak sekolah rendah
khususnya di tahap satu amatlah signifikan. Pelajaran pendidikan seni di peringkat ini
lebih merupakan suatu proses untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan
menyeluruh kanak-kanak. Landasan pelajaran ini adalah berlandaskan teori
perkembangan. Dan pendidikan seni kepada kanak-kanak adalah lebih kepada
keperluan eksprasif, di samping perlu untuk meningkat domain kognitif, afaktif dan
psikomotor mereka. Ianya banyak menyentuh tentang aspek psikologi perkembangan.
Oleh itu guru-guru pendidikan seni perlulah benar-benar terlatih dalam bidang ini.
Persoalannya sejauh manakah latihan yang mereka lalui. Adakah hal tersebut
merupakan fokus latihan bagi kursus pendidikan seni untuk bakal guru sekolah rendah
? Siapa saja boleh mengajar Pendidikan Seni, Pendidikan Seni pelajaran yang tidak
ada potensi

Seperkara lagi yang menjadi isu dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni
adalah tanggapan masyarakat sekolah yang sering beranggapan bahawa : sesiapa
sahaja boleh mengajar pendidikan seni, pendidikan seni merupakan waktu untuk guru-
guru berehat setelah penat mengajar mata pelajaran lain yang lebih berat. Selagi
tanggapan ini tidak dibetulkan selagi itulah mata pelajaran ini beransur-ansur lenyap
dari pandangan positif masyarakat sekolah. Kerana tanggapan inilah menjadikan
pelajaran ini semakin sehari semakin dipinggirkan oleh masyarakat. Malahan ada
kalangan guru yang pernah terlatih dalam pendidikan seni merasa malu mengajar
pelajaran ini, mereka lebih rela mengajar pendidikan jasmani, dan pelajaran lain yang
lebih glamour.

Selagi pelajaran ini diajar oleh mereka yang tidak terlatih dan tidak inovatif serta kreatif
dalam menyediakan pelajaran maka selagi itulah konsep dan roh pelajaran pendidikan
seni itu tidak akan hidup di dalam semangat pelajar. Selama itulah pelajar juga akan
memandang sepi mata pelajaran ini. Kesannya akan menimbulkan masalah kepada
guru-guru pendidikan seni yang bersemangat untuk mengajar kerana pelajar-pelajarnya
menolak untuk belajar pendidikan seni, Ini berlaku kerana berdasarkan pengalaman
mereka pelajaran pendidikan seni adalah pelajaran untuk berseronok kosong, hambar,
kosong, masa rehat , dan tiada nilai masa depan serta tiada yang baru, belajar dari
sekolah rendah hingga ketingkatan lima benda yang sama saja . (Respon pelajar
terhadap soal selidik persepsi pelajar terhadap pandidikan seni, 1999 di kawasan
Batang Padang)

Untuk merubah persepsi pelajar ini memerlukan pengorbanan yang besar. Guru perlu
gigih dan sabar, perlu memiliki motivasi yang tinggi. Guru perlu menguasai keperluan
sebenar pelajar mempelajari pelajaran ini. Tahap awal guru perlulah menanamkan
keyakinan kepada pelajarnya bahawa pelajaran ini berbaloi untuk belajar Pelajaran
perlulah memiliki unsur istimewa yang mendorong pelajar untuk terlibat sama walaupun
terpaksa mengeluarkan wang, tenaga dan masa. Mereka sanggup melaluinya
sekiranya pendidikan seni itu menarik, berpotensi, berbaloi untuk belajar, ada nilai
keilmuannya. Untuk ini guru terpaksalah menggunakan berbagai kaedah untuk
memotivasikan pelajarnya melalui berbagai strategi pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar juga perlu didedahkan kepada berbagai bidang dan jenis kerajaya yang boleh
membuka mata mereka bahawa mempelajari pelajaran pendidikan seni ada potensi
dalam kerjaya jikalau diberi tumpuan bersungguh-sungguh.

Memertabatkan pelajaran Pendidikan Seni Selari dengan matapelajaran yang lain: Isu
untuk memertabatkan matapelajaran pendidikan seni seiring dengan mata pelajaran
yang lain bukanlah suatu isu yang baru. Saya percaya guru-guru yang mencintai bidang
ini sentiasa memperjuangkannya. Pada dasaranya matapelajaran pendidikan seni
adalah tergolong dalam kumpulan matapelajaran asas dari sekolah randah hingga
tingkatan tiga. Sama tarafnya dengan mata pelajaran sejarah, geografi, kemahiran
hidup, pendidikan jasmani dan kesihatan dan sebagainya. Agihan jam interaksinya
dalam seminggu pun sama iaitu tiga waktu seminggu.

Apabila seseorang pelajar sekolah menengah tamat peperikasaan SPM mereka yang
mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia boleh menunjukkan keupayaannya dalam
berbahasa samaada dalam bentuk tulisan ataupun lisan. Begitu juga mereka yang lulus
dalam matematik mampu menyelsaikan masalah matematik berdasarkan ilmu
pengetahuan yang mereka kuasai. Pelajar dari bidang vokesional dan teknikal pula
mampu memperlihatkan kemahiran-kemahiran mereka, sesetengahnya menguasai
kemahiran asas sebagai persediaan untuk peringkat pengajian lebih tinggi atau
menceburi di bidang pekerjaan.

Persoalan dan kerisauan saya adalah mereka yang mendapat kepujian dalam
pendidikan seni di peringkat SPM, apakah istimewanya mereka. Adakah mereka
memiliki tahap ilmu seni setara dengan peringkat SPM seperti mata pelajaran yang lain
? Adakah mereka memiliki daya kreativiti yang tinggi, setara dengan SPM. Adakah
kemahiran mereka dalam penciptaan dan penghasilan karya seni setara dengan
kemahiran-kemahiran mata pelajaran lain di peringkat SPM. Adakah kita sudah merasa
puas tentang tahap pendidikan seni sekarang ? Untuk menjawab persoalan-persoalan
di atas kita boleh jadikan objektif-objektif pelajaran pendidikan seni sebagai landasan
ukuran.

Keduanya kita perlu menilai semula bagaimana usaha kita menyusun atur isi
kandungan mata pelajaran ini secara berperingkat-peringkat mulai daripada tahun satu
sekolah rendah hinggalah ke tahap SPM. Ini adalah kemahiran membuat perancangan
tahunan bagi setiap tahap Peringkat STPM, PPK telah berjaya memperlihatkan suatu
tahap mutu kandungan yang setara dengan kedudukannya, walaupun masih di
peringkat permulaan tetapi jauh lebih bermutu berbanding dengan kandungan sukatan
pelajaran lama. Ketiga , sudah sampai masanya mata pelajaran ini memiliki buku
rujukan atau sekurang-kurangnya ada buku panduan. Soalannya berbalik semula
kepada isu yang di atas iaitu bergantung kepada keupayaan guru menterjemah isi
kandungan ke dalam bentuk operasi dalam P&P di bilik darjah. Keempatnya sebagai
mata pelajaran sekolah , keperluan asasnya dari segi infrastruktur perlulah diberi
perhatian. Sudah sampai masanya setiap sekolah memiliki sekurang-kurangnya satu
bilik seni yang lengkap sama seperti pelajaran Kemahiran Hidup, Sains Rumahtangga
atau matapelajaran Sains. Kelima: Hanya guru yang layak sahaja mengajar waktu
pelajaran ini. Keenamnya, mungkinkah Seni memiliki sekolah menengah khasnya
seperti juga sekolah sukan ? seperti ura-ura jabatan Pendidikan Johor ?

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni: Apakah pendekatan yang
digunakan oleh guru untuk mengajar Pendidikan Seni? Adakah kita henya
menggunakan pendekatan p&p yang steriotaip sahaja? Sebenarnya terdapat berbagai
pendekatan yang bolah kita amaklan agar proses pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran ini lebih menarik. Sebagai contohnya guru bolah menggunakan: Pendekatan
Kemanusiaan dalam Pengajaran Pendidikan Seni: Menurut Michael (1983) dan
Feldman (1970) mencadangkan agar guru menggunakan pendekatan kemanusiaan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Menerusi proses pembelajaran yang
berlandaskan pendekatan kemanusiaan itu pelajar akan mengenali dirinya dan
hubungan dengan masyarakat dan kehidupannya. Keadaan ini akan membantu proses
perkembangan mereka dari peringkat paling asas iaitu mengenali diri sendiri, mengenali
seni dan kelompok-kelompok masyarakat kecil di persekitaran mereka, peka tentang
perasaan mereka , memiliki konsepsi diri yang jelas dan boleh menyatakan pernyataan
diri mereka secara kreatif melalui media. Seterusnya mengenali nilai-nilai
kemanusiaaan yang boleh digarap maklumatnya daripada karya atau pernyataan seni
yang boleh dikesan pada mana-mana bentuk seni atau mana-mana karya seni.
Pendekatan Behaviorisme Ahli behaviorisme mempercayai tingkah laku pelajar boleh
dibentuk melalui pengalaman-pengalaman pendidikan yang disediakan. Perancangan
Pendidikan Seni yang berkaitan dengan situasi kehidupan sebenar adalah penting
untuk memastikan kejayaan yang lebih berkesan bagi mencapai objektif pembelajaran.
Aspek asas kepada pendekatan ini adalah guru-guru perlu mematuhi disiplin untuk
pencapaian sesuatu matlamat yang telah ditentukan dengan mengenalpasti
keutamaan, mengaplikasi kaedah-kaedah penyelidikan terhadap tugas-tugas
pengajaran dari semasa ke semasa dan bersedia untuk mereka bentuk alat-alat untuk
pengujian dan penilaian dalam pembelajaran dan pengajaran seni.

Masalah utama yang mungkin dihadapi oleh guru adalah untuk menentukan
tingkahlaku berasaskan objektif kurikulum pendidikan seni. Apakah tingkah laku yang
relevan untuk Pendidikan Seni? Bagaimana seseorang itu boleh mencapai perubahan
tingkah laku ketika belajar Pendidikan Seni? Sampai ke tahap manakah sesuatu
perubahan itu dinilai ? Matlamat dan objektif manakah yang digunakan sebagai ukuran
untuk sesuatu penilaian. Bolehkah dikenalpasti apa yang boleh dipelajari, apa yang
akan diajar dan tingkah laku pelajar yang macam mana yang perlu dibentuk?

Pengamatan sebagai pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni.
Merujuk kepada objektif pelajaran Pendidikan Seni sama ada untuk sekolah menengah
atau rendah, salah satu tujuan pembelajaran Pendidikan Seni adalah untuk
menajamkan persepsi pelajar. Semua pembelajaran Pendidikan Seni menitikberatkan
kepada persepsi (pengamatan) proses mendapat pengetahuan, melayani perasaan dan
pernyataan semuanya berlaku menersui deria kita. Sesetengah berpendapat
pengamatan melalui deria itu adalah kunci kepada segala ilmu dan pengetahuan. Ianya
adalah tingkah laku asas dalam proses seseorang melengkapkan ilmu pengetahuan
melalui penerokaan alam persekitrannya. Proses pengamatan melibatkan seseorang itu
membuat penelitian, menganalisis, mengsintesis dan menilai. Ia merupakan suatu
proses mengurus maklumat yang memerlukan tindakan integrasi secara kreatif. Proses
ini juga memerlukan seseorang itu berfikir secara terbuka dan lebih bersifat luwes.
Dalam kurikulum Pendidikan Seni aktiivti pengamatan ini telah ditetapkan supaya
dilaksanakan mulai dari awal persekolahan hinggalah ke tingkatan menengah atas,
Amalannya adalah mengikut tahap keupayaan pelajar. Guru-guru perlu menguasai dan
mengenalpasti tahap keupayaan pengamatan pelajarnya dan menggunakannya untuk
tujuan perancnagan pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk mengembangkan keupayaan pengamatan ini perlu
dikenalpasti. Aktiviti yang boleh membantu pelajar untuk memajukan pengamatan, dan
meningkatkan proses kematangan deria perlu disediakan. Program-program perlu
disediakan sehingga berjaya membawa perubahan secara mampan terhadap aras
kepekaan pengamatan pelajar. Pendekatan Perkembangan Menyeluruh Pendidikan
seni adalah merupakan bidang ilmu yang menjelaskan konsep pendidikan menyeluruh,
yang memenuhi tuntutan domain kognitif, afektif dan psikomotor. Ini sejajar dengan
Falsafah PendidikanNegara. Kneeth M. Lancing (1971), pada dasarnya manyatakan
bahawa pendidikan seni perlu memfokuskan perhatian kepada tiga domain utama
tersebut. Antara kandungan yang ada di dalam ketiga-tiga domain tersebut adalah;
Domain Kognitif : iaitu ilmu yang berkaitan dengan gubahan, prosedur, sejarah dan
apresiasi, estetika serta seni dalam kehidupan. Domain Afektif : iaitu suatu aspek yang
berkaitan dengan nilai, sikap, minat, keperihatinan, mempunyai pertimbangan,
menghargai warisan dan mempunyai sahsiah yang baik. Domain Psikomotor: iaitu
menumpukan kepada pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas
yang boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan
kualiti koordinasi antara mata , tangan, otot dan mental. Seterusnya pelajar yang
berbakat akan menjadi penggiat seni dan yang kurang berbakat atau berkemahiran
akan menjadi penggemar atau pengkritik seni yang mahir serta berilmu pengetahuan
hasil dari proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni.

Kesimpulannya banyak isu-isu lain yang tidak diutarakan di sini umpamanya isu yang
berkait dengan pendidikan merangkupi era ICT dan seumpamanya. Walau
bagaimanapun tahniah diucapkan kepada Kementerian Pendidikan di bawah urusetia
Pusat Perkembangan Kurikulum dan unit-unit lain yang telah berusaha untuk
meletakkan matapelajaran pendidikan seni ini ke tahap yang sewajarnya. Usaha untuk
mengemaskini kualiti sukatan pelajaran dari peringkat sekolah rendah hingga ke
peringkat SPM dan STPM telah dan sedang dilakukan. Usaha ini dilakukan dengan
melibatkan wakil-wakil dari semua peringkat sistem pendidikan Negara kita. Pernyataan
falsafah, matlamat dan objektifnya telah jelas. Isi kandung pelajaran dan ruang
lingkupnya telah dinyatakan selaras dengan tahap sukatan pelajaran. Dengan harapan
agar mata pelajaran pendidikan seni dapat memenuhi harsat wawasan dan falsafah
pendidkan kebangsaan, dalam usaha untuk memberi persediaan kepada generasi
muda dengan ilmu, nilai dan kemahiran kepada generasi muda dengan personality
sebagai rakyat Malaysia yang cemerlang untuk generasi akan dating. Ini adalah
harapannya. Realitinya diminta kita sama-sama membuat renungan. Sejauh manakah
kita telah melaksanakan peranan kita untuk merealisasikan harapan itu.
Sejauhmanakan kita telah meletakkan kualiti pengajaran kita dengan menguasai dan
mengamalkan beberapa pendekatan sesuai untuk sesuatu matlamat pengajaran,
supaya pelajaran pendidikan seni itu benar-benar berkualiti, menarik dan bermakna dari
perspektif pelajar Daripada isu-isu yang telah diketengahkan di atas, mungkin kita perlu
mengambil langkah untuk memperbaiki bersama-sama dengan memberi pandangan
dan idea dalam seminar atau perbincangan yang amat perlu diadakan dengan lebih
kerap lagi, mungkin melalui kelompok perbincangan yang lebih kecil . Semuga dengan
itu dapat memartabatkan pelajaran pendidikan seni ini ke tempat yang sewajarnya.

Posted by Hushna Afendi at 8:51 AM 7 comments:

psikomotor merekaa. Ianya banyak menyentuh tentang aspek psikologi perkembangan.

KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASASKANAK-KANAK
Seni merupakan asas perkembangan individu. Jika diajar dengan baik makaakan dapat
merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagipembelajaran.
Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu-
isupersekitaran yang memberi kesan kepada mereka. Ini membolehkan merekamenyen
tuh, merasa, dan meneroka sebarang kebarangkalian melalui interaksi
danpemahaman terhadap persekitaran. Kanak-
kanak mesti diberi peluang untukmenyatakan pendapat dan
pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangankanak-kanak yang jelas kedengaran
di dalam bilik dajah patut digalakkan semasapembelajaran sedang berjalan. Untuk itu
kanak-kanak sepatutnya menyertai prosespendidikan tanpa sebarang
perbezaan.Pendidikan menjadi satu keperluan dan keinginan asas kepada
kanakkanak.Jika diteliti berdasarkan teori Pembelajaran Maslow. Pendidikan boleh
diumpamakanberada didalam tahap fi siologi. Iaitu tahap yang merupakan keperluan
asas kepadakanak-
kanak. Keperluan asas, pendidikan ini perlu dipenuhi sebelum menusiabersedia
menceburi diri dalam hierarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik.Ini
bermakna aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
bergantungkepada takad mana keperluankeperluan pelajar dapat dipenuhi. Oleh itu unt
ukmencapai objektif, guru perlulah mempertimbangkan langkah-langkah berikut:
Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi seperti keperluan fi siologi
iaitumakanan, minuman dan pakaian. Jadikan suasana bilik darjah yang kondusif.
Bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang Memupuk nilai
penghargaan kendiri dikalangan pelajar serta memberi motivasi dan

Teori konstruktivisme
menyatakan bahawa kanak-kanak tidak berolehpengetahuan secara pasif
tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif.Pembelajaran secara aktif dan intera
ksi sosial digalakkan dalam
persekitaranyang selamat dan kondusif di mana pembelajaran dicapai melalui aktivitime
neroka, bereksperimen dan mengolah objek atau bahan. Oleh
itu Seni DalamPendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan muridme
ngekspresikan idea secara bebas dan kreatif.
(b)
Teori Kecerdasan Manusia
(1983) oleh Howard Gardner mengesyorkanbahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh
jenis kecerdasan yang seharusnyadisuburkan di kalangan murid melalui pengenalan
pelbagai mata pelajaran disekolah. Realitinya kebanyakan sekolah hanya memberi
penekanan kecerdasanlinguistik dan matematik logik sahaja. Secara tidak
langsung kecerdasan lainakan hilang. Teori Kecerdasan Manusia ini menyokong
kesepaduan subjek yangdigabungseperti dalam matapalajaran Seni Dalam Pendidikan.
Pengabungan inidapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-
kanak. Selaindaripada itu dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih
menyeluruh.Terutamanya apabila strategi pembelajaran dan pengajaran yang dirancan
gdapat dilaksana dengan baik dan berkesan.(c)
Howard Gardner
(1983), jika hanya satu sahaja pendekatan digunakandi dalam pengajaran, murid
tertentu sahaja akan mendapat bahan yangdisampaikan. Ini disebabkan murid
mempunyai kebolehan menakul danmenanggap dalam keadaan yang berbeza.
Pendekatan yang berintegrasiterhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan
penerimaan pemikiranmurid kepada yang lebih kreatif.
KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
(d)
Hermann
(1991) di dalam
Quadrant Concept
yang mengkaji perkembanganotak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu
pemikiran rasional danintiutif seseorang individu.(e)
Einstein
pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untukmemahami deria
manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak.
Gabungandari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan
seperti kemahiran muzik, kecerdasan
SITI HAYATI BINTI HJ MOHD YUSOFF
PENSYARAH UNIT SENI VISUAL, IPG KAMPUS IPOH,PERAK.
yatie2838_my@yahoo.com
View my complete profile
Monday, August 15, 2011
PENDEKATAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN SENI (Strategi & Pelaksanaan di
Malaysia)- BY SITI HAYATI
Tidak dinafikan jika manusia dikatakan sebagai makhluk budaya. Manusia
hidup dalam aura budaya yang penuh dengan simbol-simbol, yang menyiratkan makna,
yang difahami dan dihayati bersama dalam kelompok masyarakatnya. Geertz seorang
ahli antropologi menyatakan; Manusia hidup dalam jalinan makna-makna yang
ditenunnya sendiri.
Ini menunjukkan manusia dalam kehidupannya mampu mencipta, menampung dan
menggunakan simbol sebagai medium untuk berkomunikasi dan manusia hidup dalam
belantara simbol. Kemampuan manusia boleh diperolehinya melalui pendidikan, kerana
pendidikan adalah proses budaya.
DEFINISI SOSIAL
Menurut Kamus Dewan, Sosial boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia dalam
masyarakat melalui pengalaman dan aktiviti.(DBP: ms 1186 ) .Sosiologi pula
didefinisikan sebagai ilmu kemasyarakatan iaitu ilmu mengenai sifat dan pertumbuhan
masyarakat. Ia merujuk kepada suatu bidang ilmu pengetahuan moden. Secara mudah
kita boleh menghubungkan sosiologi dengan masyarakat. Vander Zanden
(1996) dengan ringkas menyatakan sosiologi sebagai kajian saintifik mengenai interaksi
sosial dan organisasi. Bagi Jary & Jary (1995), sosiologi merupakan suatu bidang kajian
saintifik mengkaji masyarakat daripada pelbagai sudut seperti melihat fungsi
masyarakat, bentuk organisasi sosial, perkembangan kebudayaan dan jenis-jenisnya.
Menurut Giddens (1993) pula, sosiologi adalah kajian mengenai kehidupan sosial
manusia, kumpulan-kumpulan dan masyarakat.Sosiologi akan memberikan manusia
pemahaman bagaimana pengaruh-pengaruh sosial telah mencorakkan kehidupan
mereka.Waters (1994) pula menegaskan bahawa perkara yang diperhatikan bidang
sosiologi sangat jelas iaitu fenomena sosial yang berfokuskan hubungan dan interaksi
antara manusia.
Broom (1981:84) mengemukakan pendapat, sosialisasi adalah proses menyelaraskan
individu-individu tentang tradisi-tradisi budaya masyarakatnya dan berfungsi sebagai
makhluk sosial dan anggota masyarakat yang sesuai dengan kebudayaan
masyarakatnya.
Zanden (dalam Suharso,1992) mengemukakan bahawa sosialisasi sebenarnya adalah
proses interaksi yang memberi peluang kepada anggota masyarakat mengenai cara
berfikir,berperanan dan berkelakuan positif. Jelas kepada kita manusia memerlukan
hubungan sosial dengan manusia lain dalam lingkungan kelompok
masyarakatnya. Broom (1981) menyatakan, Manusia memerlukan hubungan sosial
dengan manusia lain.
Kesimpulannya di sini, kebudayaan digunakan sebagai pedoman hidup oleh warga
masyarakat dan bersifat tidak mudah berubah. Ia merupakan kebiasaan atau tradisi
yang lazim bagi penganut sesuatu masyarakat. Tetapi tradisi atau kebiasaan adalah
buatan manusia dan pasti boleh berubah.
Menurut Bennett(1976). Apabila kebudayaan tidak lagi sesuaidigunapakai mengikut
arus perubahan, maka kebudayaan akan diubah, dan disesuaikan agar dapat menepati
keinginan baru.
PENDEKATAN SOSIAL DALAM KONTEKS SOSIO-BUDAYA MASYARAKAT:
Yang dimaksudkan dengan pendekatan sosial adalah suatu cara memandang sosial itu
sebagai suatu sistem. Ia diertikan sebagaikonsep yang digunakan untuk
menganalisis seterusnya sebagai objek kajian. Dalam konteks ini sosial dipandang
sebagai satu kajian yang terdiri dari unsur-unsur yang berfungsi, beroperasi atau
bergerak dalam satu sistem. Konsep sosial juga difahami sebagai satu sistem yang
sistematik; merujuk kepada aspek-aspek seperti individu, sosial dan budaya dari
kehidupan manusia sebagai sistem sosial budaya dan masyarakat persekitarannya.
(Parson:1966; Spindler 1977;Spradley 1972;Suparlan 1985)
Mead (1972) pula menegaskan bahawa pendidikan menunjukkan dua fungsi utama
iaitu melestarikan dan mengembangkan kebudayaan sesuai dengan keperluan individu,
sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang terjelma melalui cara berfikir,
penghayatan, luahan rasa serta respon mereka terhadap sesuatu perkara.
Tidak dapat dinafikan sepanjang sejarah, manusia sebagai makhluk sosial dan budaya,
menyelenggarakan pendidikan sebagai fungsi utama untuk mempertahankan
peradapan nilai-nilai sosial dalam lingkungan masyarakatnya. Melalui proses
pendidikan ini setiap individu dalam masyarakat mengenal, mewarisi dan menghayati
segala unsur unsur kebudayaan iaitu nilai-nilai, kepercayaan-kepercayaan serta
teknologi sangat diperlukan dalam sistem sosial budaya kerana dari situ mereka
mempelajari intipati sosial, mempelajari simbol-simbol budayanya serta menerap nilai
murni yang terkandung dalam kehidupan sosialnya untuk dijadikan panduan serta
pedoman dalam kehidupan seharian sekaligus dalam masyarakat lingkungannya.
Seni dan sosial mempunyai satu hubungan simbolik untuk digabungkan sebagai satu
kurikulum integrasi. Pendekatan sosial memerlukan kefahaman terhadap ilmu
kemanusiaan dan pengalaman manusia. Seni memberi peluang untuk memahami
pengalaman manusia dengan baik.
Untuk memahami sesuatu masyarakat, kita perlu memahami bagaimana seni
mempengaruhi sosial, politik dan ekonomi sesuatu masyarakat. Sebagai contoh bahan-
bahan dan teknik penghasilan seni yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu seni
boleh memberi kefahaman tentang faktor geografi, alam sekitar dan struktur sosial
sesuatu masyarakat. Malahan di zaman moden para pengiklan, penghibur dan ahli
politik menggunakan unsur seni untuk menyampaikan mesej dan memupuk sistem
kumpulan masyarakat.
Artist mempunyai kuasa dalam bentuk simbol untuk menyampaikan sesuatu idea atau
perasaan yang begitu kuat yang boleh menyentuh perasaan orang lain. Imej juga boleh
menimbulkan semangat patriotik dan bersuara terhadap ketidakadilan. Seni juga boleh
menyampaikan mesej tanpa komunikasi lisan kepada sesuatu masyarakat.
Untuk membolehkan pelajar faham kaitan seni dengan pendidikan sosial, pelajar perlu
mengalami sendiri pengalaman menggunakan bahan-bahan seni dan mengalami
sendiri proses yang dialami oleh seseorang artist yang mencipta seni.
Melalui kerja-kerja seni, masyarakat akan lebih memahami tentang sesuatu
latarbelakang sosial. Kita akan mempelajari tentang pengaruh sosial, ekonomi, politik
dan kepercayaan sesuatu masyarakat. Melalui sejarah sesuatu seni seperti masa,
zaman, budaya dan asal usul dapat diketahui bahkan bahan-bahan yang digunakan,
teknik penghasilan seni, bentuk dan perhiasan dapat meyumbang kepada dapatan
maklumat tentang latar belakang sesuatu masyarakat seperti falsafah dan kepercayaan
agama.
Seni moden seperti seni kontemporari, iklan,hiburan, visual, dan grafik dapat
memberikan kita pengetahuan tentang bagaiman unsur seni digunakan untuk
mempengaruhi masyarakat, memberi mesej dan penguasaan seni terhadap emosi
manusia. Sebagai contoh; bagaiman imej digunakan untuk menyebarkan semangat
patriotik dan kempen anti ketidakadilan. Semua perkara ini ada kaitan dengan
pendekatan sosial di mana ia mengkaji emosi manusia dan membolehkan kita
memahami sesuatu masyarakat itu. Kesemua elemen seni ini boleh membantu para
ahli sosial memahami pemikiran masyarakat.
Pemahaman terhadap seni bagi seseorang pelajar akan bertambah apabila pelajar
mengalami pengalaman bekerja dengan peralatan dan melalui proses dalam
penghasilan sesuatu bahan seni. Proses penghasilan seni akan memberi peluang
peluang kepada pelajar untuk memahami persoalan seperti kenapa sesuatu bahan
digunakan, kenapa seni itu dihasilkan, dan fungsi seni itu kepada masyarakat. Semua
aktiviti seni ada kaitan dengan budaya, persekitaran sesuatu masyarakat, pengaruh
sejarah dan geografi. Begitu juga dengan persoalan-persoalan yang tidak dapat
dipisahkan dengan aspek sosial seperti; siapa mencipta seni, siapa menggunakan seni,
apakan bentuk sesuatu seni dan bagaimana ilmu seni itu boleh diturunkan dari satu
generasi ke generasi berikutnya?Pengaruh alam sekitar, agama, politik, ekonomi,
budaya, persoalan estetik, kesemua elemen tersebut ada hubungkait dengan
pendekatan sosial.
Dalam mengintergrasi seni dengan pendekatan sosial harus perlu ada
keseimbangan. Satu cara intergrasi yang efektif ialah melalui penggunaan tema-tema
yang berkaitan. Teknik ini adalah sesuai sebagai perkongsian untuk subjek yang
mempunyai matlamat dan disiplin yang sama. Melalui teknik ini, setiap topik dijadikan
sebagai bahan perbincangan dan diberi pandangan mengikut disiplin seni dan sosial
secara bergilir-gilir. Dengan cara ini keseimbangan dari intergrasi pendekatan sosial
dan Pendidikan Seni akan tercapai.
Satu komponen pendekatan sosial yang boleh diintergrasikan dengan Pendidikan Seni
dengan baik sekali adalah dari segi sejarah. Tidak boleh dinafikan seni adalah satu
produk dari asal usul sejarah dan budaya. Sebagai contoh semasa seni itu dilahirkan, ia
ada kaitan dengan isu semasa ketika itu. Menurut Arnheim (1989) keupayaan
menguasai dan melihat kombinasi kedua-dua struktur seni dan sosial adalah satu
pencapaian kognitif.
Tidak dinafikan manusia adalah makhluk budaya. Manusia dalam kehidupannya
menggunakan simbol sebagai sarana untuk berkomunikasi sesama mereka. Pendidikan
merupakan satu proses budaya.
PENDIDIKAN SENI DAN KELEBIHANNYA :
Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan
warganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan
afektif terhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang
dan harmonis. Di samping untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,
menghargai alam sekitar, keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke
arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Jika di lihat matlamat
Kurikulum Pendidikan Seni sama ada McFee (melalui penerokaan), Lansing(domain
utama), Feldman (pengajian), Efland (ekspresi dan respon) dan Kementerian Pelajaran
Malaysia-KPM (aktiviti-aktiviti kreatif), semua membawa harapan yang sama iaitu untuk
melahirkan golongan pelajar seterusnya masyarakat yang seimbang dari aspek
kemahiran berkarya dan juga penguasaan pengetahuan seni. Dalam banyak perkara,
matlamat Lansing yang paling hampir dengan matlamat KPM iaitu melahirkan individu
yang berimaginatif, kreatif dan berpengetahuan di samping boleh menggunakan
pengetahuan seni dalam kehidupan seharian (seni sebagai cara hidup).
Dalam kandungan Kurikulum Pendidikan Seni Visual pula telah menegaskan kegiatan
dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan
kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui
penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.
Pelajar diharap dapat mengamal pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi
kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan
dengan membawa bersama nilai positif. Secara tidak langsung menerap budaya
menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi.
Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh dianggap salah satu unsur
yang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.
Peranannya dalam pendidikan dapat memupuk sifak kecintaan pada seni dan estetika.
Peranan Pendidikan Seni yang berteraskan seni adalah bertujuan melahirkan
seseorang indivdu yang bersifat kreatif, inovatif, berimaginatif, berketrampilan serta
menguasai teknologi dalam menghasilkan citarasa dalam penciptaan bahkan mampu
melahirkan pelajar yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di
samping memahami nilai-nilai estetika dan faham akan norma-norma kebudayaan yang
berteraskan kebudayaan kebangsaan.
Peranan seni visual dalam pendidikan ialah memupuk kreativiti kanak-kanak. Sifat
semulajadi kanak-kanak sukakan belaian, perhatian dan sentuhan dan melalui
contengan-contengan ini perkembangan seni tampak minda mereka berlaku dengan
pesat. Namun begitu perkembangan ini berlaku berbeza mengikut persekitarannya,
faktor keluarga dan latar belakang pendidikan mereka. Melalui proses lakaran ini, tahap
mental kanak-kanak akan terus berkembang dengan baik. (Laura Chapman 1978).
Sehubungan dengan itu pembangunan sosial kanak-kanak tadi terbina, menjadi
seorang yang kreatif, berdikari dan yakin diri dalam kelompok masyarakatnya.
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, tentulah anggota masyarakat
mengharapkan bidang seni ini boleh menyumbang sesuatu bertujuan membentuk
generasi yang berdikari dan yakin diri. Justeru dalam bidang kerjaya, seni boleh
memainkan peranan besar untuk membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya
yang sesuai dengan minat mereka. Selain untuk keperluan negara, pelajar boleh
memilih bidang ini untuk membentuk satu profesion baru seterusnya menjadikan seni
sebagai profesion sepenuh masa kerana terdapat ramai artist yang mampu hidup
selesa melalui bidang ini.
Melalui Pendidikan Seni juga dapat menyemai seseorang dengan nilai-nilai kasih
sayang, menghormati budaya sesuatu kaum, adat istiadat serta menanam sifat-sifat
mulia terhadap diri. Justeru kita akan lebih memahami serta menghargai akan nilai-nilai
warisan seni budaya keturunan kita sendiri di samping kaum-kaum sesuatu bangsa lain
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Seni juga berperanan penting dalam pembangunan manusia, malahan boleh dianggap
sebagai agen perubahan masyarakat. Pendidikan yang diterima oleh manusia sama
ada disedari atau tidak telah meletakkan seni di tempat yang sewajarnya. Pendidikan
tentangseni telah bermula sejak zaman kanak-kanak lagi di mana mereka mula
mengetahui tentang alat-alat permainan yang beraneka rupa bentuk dan warna. Begitu
juga dalam konteks mewarna di atas kertas, kanak-kanak akan menggunakan pilihan
warna yang disukainya. Contengan warna ini sebenarnya melahirkan ideanya. Ini
menjurus kepada kreativiti kanak-kanak tersebut. Bakat ini perlu dibimbing dan dipupuk
dengan sebaiknya supayadia menjadi seorang yang berdikari dan yakin pada dirinya
sendiri. Ini kerana kanak-kanak membuat simbol-simbol yang mudah dan ringkas
mengikut tahap penguasaan dan faktor sekelilingnya. Jika dikaji bentuk-bentuk lukisan
sebegini mempunyai makna yang cukup mendalam tanpa kita sedari.Kajian ini dibuat
oleh Herbert Read (1958) dalam bukunya Education Through Art.
Negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana seni perlu dijadikan
teras kepada pembentukanmasyarakat. Seni boleh dijadikan satu formula membentuk
masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai keindahan. Ini bertujuan supaya masyarakat
tidak mengabaikan nilai-nilai estetika dan moral yang menjadi aset penting dalam
pembangunan negara. Tanpa kesan estetika kesenian mungkin boleh membawa
penyakit yang menjurus kepada wabak sosial yang memudaratkan.
Gejala sosial yang berlaku pada masa kini sedikit sebanyak berkait rapat dengan aspek
penghayatan estetika. Keruntuhan moral, pencemaran akhlak, terpesong kefahaman
agama dan segala aspek yang bertentang dengan fitrah manusia mungkin boleh
diubati.Memahami makna estetika dalam seni itu sendiri cukup mendalam, keindahan
yang mutlak dan hakiki. Penghayatan terhadap seni yang mendalam dan diamalkan
dalam penghidupan seharian. Penghayatan estetika terhadap kebesaran Tuhan juga
menuntut kita merenung jauh tentang setiap kejadian itu.
Estetika wajar dijadikan asas dalam aktiviti seni sama ada dari aspek pembangunan
insan, pembangunan rohaniah dan jasmaniah, perkembangan dan bimbingan
kehidupan seharian. Seni bukan semata-mata hiburan kosong. Seni dan estetika
adalah untuk mentarbiahkan manusia mendidik manusia agar memahami kebenaran
ciptaan Allah SWT. Apa sahaja bentuk seni yang dicipta adalah menjurus ke arah
membimbing dan mendidik masyarakat.
Menurut Winckelmann berkaitan dengan estetika/keindahan, ia perlu melalui satu
proses yang dikenali sebagai idealisasi iaitu proses menggunakan akal dan menjadi
asas kegiatan seni yang utama. Beliau juga mengkategorikan estetika kepada empat
konsep iaitu:
a) Estetik dikaitkan dengan kemuliaan
b) Estetik dikaitkan dengan kehebatan
c) Estetik dikaitkan dengan kesederhanaan
d) Estetik dikaitkan dengan ketenangan
Keempat-empat elemen ini membantu mewujudkan individuseterusnya masyarakat
sekelilingnya mempunyai sikap yang positif dalam kehidupan mereka.
Melalui Pendidikan Seni juga dapat memupuk dan mengembangkan sifat kreativiti dan
inovatif para pelajar. Usia remaja di sekitar 10 hingga 15 tahun merupakan tahap
penguasaan ilmu yang berkaitan dengan seni mungkin telah bertambah. Seseorang
pelajar sudah mula menunjukkan kecenderungan untuk mencipta sesuatu dengan lebih
baik. Pada peringkat ini sekiranya pelajar diberi kesempatan dan bimbingan yang betul
mengenai seni, maka tahap kematangan kreativitinya akan berkembang.
Menurut Lowenfeld dan Lambert (1965), peringkat ini merupakan paling konflik dan
genting kerana pelajar mengalamai tekanan untuk memilih bidang seni sebagai satu
bidang utama dalam proses pembesaran mereka. Dalam situasi ini peranan guru amat
penting di mana pelajar yang tidak menerima bimbingan yang betul boleh
menyebabkan minat mereka dalam Pendidikan Seni berkubur, sebaliknya bagi pelajar
yang telah diberi bimbingan dan nasihat positif oleh guru akan menjadi lebih berdisiplin,
cekal dan berminat dengan mata pelajaran tersebut.
Kelebihan seterusnya adalah memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalam
masyarakat kerana masyarakatMalaysia kaya dengan khazanah warisan budaya.
Bahan kegunaan harian seperti pinggan mangkuk, peralatan memasak, ukiran kayu,
seni batik dan tenunan/tekstil, hamparan tikar mengkuang, anyaman kelarai seterusnya
budaya sopan santun dan adat istiadat diwarisi turun temurun. Namun begitu seni
warisan sebenarnya semakin terpinggir dan hampir dilupakan. Kehidupan moden yang
dialami hari ini telah melupuskan semua warisan dalam masyarakat yang suatu ketika
dahulu cukup dipelihara.
Melalui Pendidikan Seni juga diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang memiliki
jati diri kerana budaya menunjukkan bangsa. Sesebuah masyarakat mesti meletakkan
kepentingan budaya pada satu kedudukan yang tinggi dalam masyarakatnya, kerana
kita boleh mengesan sesuatu bangsa melalui perkembangan budayanya.
Masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan berusaha mengekalkan seni, budaya
dan warisannya. Masyarakat perlu tahu tanggungjawab mereka tentang kepentingan
nilai seni dan estetika dan kefahaman serta tanggungjawab itu perlu dipupuk di
peringkat awal lagi.
Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat paling wajar. Peranan murid,
guru dan pihak pendidikan (pengurusan pentadbiran) amat penting untuk
merealisasikan perkara itu. Justeru semua masyarakat boleh memainkan peranan
menjadi ahli atau individu yang ada kepentingan untuk menjadi warga yang dapat
memberikan sumbangan ke arah mengekalkan seni, budaya dan warisannya.
Seni dianggap sebagai sumber terpenting dalam kehidupan manusia, untuk
berkomunikasi, berinteraksi dan berhubung sesama manusia, kesenian adalah
penghubung kepada faktor-faktor terpenting ini. Masyarakat perlu diberi pendedahan
tentang kewajaran seni dikembangkan berdasar keperluan manusia. Manusia sendiri
adalah seni di mana kejadian awal manusia adalah ciptaan Allah SWT.
Manusia memerlukan dan menginginkan perhatian, mempunyai emosi dan perasaan.
Mereka meluah perasaan dan berkongsi emosi dengan orang lain melalui penyataan
perasaan di bawah sedar dan seni dalam konteks yang lebih luas ialah hasil penyataan
perasaan manusia sebenarnya.
Hasil seni dan produk seni sebenarnya hasil dari pengumpulan idea, emosi, perasaan
dan dibantu dengan ilmu-ilmu lain maka tercipta hasil seni yang dibanggakan. Justeru
seni amat penting dalam kehidupan mereka dan merupakan sebahagian dari
kehidupan. Cuma menjadi persoalan apabila pendedahan seni itu tidak diperjelaskan
secara langsung kepada masyarakat. Perlakuan negatif dari pengamal menyebab seni
diperlekehkan. Sedangkan seni sebagai agen perubahan masyarakat dan bukan hanya
untuk golongan lemah sahaja. (pelajar lemah)
Justeru guru yang baik dan berkesan dalam P&P Pendidikan Seni akan menjelaskan
tentang kepentingan penghayatan dalam setiap kegiatan seni. Ini diperjelaskan
oleh Robinson (1990);
.................... making and appraising are both.... of equal and fundamental importance
in art education: each is important in itself...............
Peranan kita sebagai ahli masyarakat yang sebenar bukan sekadar sebagai pemerhati
tetapi juga memiliki. Selain dari guru berperanan mengajar pelajar untuk menghayati
karya seni, mereka juga perlu diajar untuk melihat lebih mendalam, memahami,
mempelajari, menghayati dan mengetahui proses sesuatu produk yang dihasilkan. Di
samping cuba memahami nilai falsafah dan estetika dari karya seni tersebut iaitu nilai
estetika yang tersirat ataupun tersurat.
Proses memahami dan menerangkan nilai falsafah dan estetika terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ia menjadi asas dalam P&P Pendidikan Seni
Visual di mana konsep-konsep Asas Senireka, Seni halus, Komunikasi Visual,
Rekabentuk, Kraf, Sejarah Seni Visual menjadi sebahagian dari intipati Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) Pendidikan Seni Visual. Cuma pelaksanaannya tidak bersunguh-
sungguh berdasar respon masyarakat yang menganggap mata pelajaran ini
terbelakang berbanding mata pelajaran lain.
Menteri Pendidikan Malaysia (1989), pernah menyatakan ..........in accordance with the
National Education Philosophy which has as its core the concept of life long education
towards the developement of a morally upright person who is intellectually,
spritually,emotionally and physically intergrated..............
PENDEKATAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN SENI
Seni mempunyai hubungkait dengan falsafah masyarakat. Setiap produk yang
dihasilkan akan diterjemah kepada falsafah dan budaya Melayu serta mempunyai nilai
estetika yang sangat tinggi. Hubungan rapat antara seni dan masyarakat dijalinkan
melalui jaringan kasih dari simbol dan makna yang diterjemah oleh seniman.
Menurut Muliyadi Mahamood: ....................... seni mempunyai hubungan dengan
masyarakat dan biasanya ia memiliki tujuan serta arah tertentu. Dalam memahami seni
kita perlu terlebih dahulu memahami kedudukan seni dalam masyarakat serta
perkembangan masyarakat itu sendiri. Ciri-ciri luaran dan dalaman seni saling
berhubungan serta sama-sama penting dalam mengenengahkan perkara-perkara ini.
Seni dan masyarakat amat sukar untuk dipisahkan.......
Pendidikan Seni dapat dilihat daripada pelbagai sudut. Satu daripadanya ialah dalam
kontaks sosial. Seni tidak bermakna apabila tiada pemerhati ataupun penghayatnya
kerana seni dipengaruhi oleh persekitaran. Seni menjadi jambatan yang menghubung
antara individu dan masyarakat. Ia menghubungkan sesama manusia dan tempat serta
bagaimana manusia bergantung sesama mereka. Antara aspek sosial yang terlibat
ialah kumpulan keluarga, komuniti,kumpulan umur, fenomena kelas, kaum dan etnik,
agama serta jantina dan baka. Semua elemen tersebut menyumbang ke arah
pembangunan sosial.
Keluarga merupakan insttusi sosial yang penting walaupun kini ia tidak berperanan
sebagai institusi menghasilkan produk seni. Malahan ada menyatakan masyarakat
Melayu tidak lagi menjadi pencipta sebaliknya hanya sebagai pengguna. Warisan
menghasilkan produk semakin terhapus. Sewajarnya melalui Pendidikan Seni inilah
warisan seni budaya harus dikekalkan dan tidak pupus seperti dalam
kraftangan. Umpamanya seni anyaman mengkuang, seni anyaman kelarai,seni tekat,
tembikar dan lain-lain. Boleh dikatakan kepentingan barangan kraf tidak lagi menjadi
pilihan masyarakat kini. Ini disebabkan faktor perkembangan ekonomi industri di mana
untuk mendapatkan sesuatu barangan kraf misalnya, boleh di dapati dengan mudah
dan cepat.
Begitu juga pendapat masyarakat terhadap kefahaman kraf dan makna apresiasi serta
kritikan dalam pengajaran kraf. Kewujudan kraf tangan di negara ini amat hebat dan
mempunyai kepentingan. Ia dianggap sebagai lambang keperibadian bangsa Melayu,
kaya dengan falsafah dan mempunyai nilai estetika yang tinggi bahkan dikagumi oleh
para sarjana Barat. Terdapat pelbagai barangan kraf dalam masyarakat kita, cuma
fungsinya sahaja berbeza mengikut kaum dan etnik.
Perkembangan kraf tradisional amat pesat membangun pada suatu ketika dahulu di
zaman awal ketamadunan bangsa Melayu bahkan ianya mempunyai nilai dan jati diri
masyarakat Melayu. Ini disebabkan suasana sosial yang diwarisi dari satu generasi ke
generasi yang lain. Memang tidak dinafikan sesebuah keluarga pada ketika itu memiliki
kepakaran dalam sesuatu bidang dan akan diturunkan ilmu tersebut kepada setiap
anggotanya untuk diwarisi.
Sebagai contoh labu sayong, seni batik, ukiran kayu, anyaman mengkuang dan banyak
lagi barangan kraf yang lain diperturunkan ilmu berdasar keperluan dan kehendak
masyarakat pada ketika itu dan bukan paksaan. Justeru ia melahirkan pandai tukang
dan diteruskan kemahiran dan pengetahuan tersebut kepada generasi berikutnya.
Industri pembuatan labu sayong, jika dahulu diwarisi turun temurun sebagai mata
pencarian dan hanya berfungsi untuk kegunaan harian kini telah berubah menjadi
produk komersial. Perusahaan labu sayong yang menerapkan nilai kesabaran semasa
menghasilkan juga mementing nilai estetika dalam kandungan pembuatan telah mula
diabaikan setelah teknologi moden digunakan.
Walau bagaimanapun dalam kurikulum Pendidikan Seni bidang kraf masih mendapat
perhatian kerana ia memberi peluang kepada pelajar mempelajari hubungan antara
bentuk, fungsi dan media. Ini perlu supaya masyarakat sekeliling tahu tentang
keistimewaan produk seni dengan nilai falsafah yang dibawanya,kerana barangan kraf
mahupun produk seni yang lain mempunyai nilai falafahnya yang tersendiri. Untuk
mencapai kebolehan masyarakat menginterpretasikan makna melalui simbol-simbol,
masyarakat kita perlu mempunyai rasa penghayatan.
Contoh lain seperti dalam seni kraf tradisi keris, keunikan pembuatan keris terletak
pada hulu , sarung dan bilah mata kerisnya. Keris amat sinonim dengan masyarakat
Melayu dan penggunaannya dianggap satu keperluan bagi kaum lelaki untuk
menunjukkan kehebatan mereka. Kini seni warisan yang menjadi tunggak dan pusaka
warisan yang dibanggakan telah hilang ditelan zaman. Bahkan berjalan membawa keris
tanpa kebenaran dari pihak berkuasa juga dilarang dan menyalahi undang-undang.
Persekitaran tempat tinggal kanak-kanak mempengaruhi corak kehidupan mereka.
Kanak-kanak yang tinggal di kampung dengan nilai masyarakatnya menjadi sebahagian
daripada cara dan sikap mereka pada seni dan persekitaran. Mereka menghasilkan
karya yang menampakkan imej dan ekspresi individu sama ada gembira, ceria atau
bersedih. Mereka belajar daripada pengalaman mengenai kehidupan dalam
masyarakatnya.
Masyarakat Orang Asli misalnya cintakan kesenian. Kraf yang paling hampir dengan
kehidupan mereka. Fungsi kraf yang dihasilkan untuk kegunaan harian di mana mereka
menghasilkan bakul untuk mengisi buah-buahan, anyaman tikar sebagai alas lantai dan
sebagai. Kanak-kanak Orang Asli juga cintakan keindahan hutan yang merupakan
gelanggang permainan harian mereka dengan cara memanjat pokok dan melihat air
hujan turun. Jelas kepada kita mereka berinteraksi dengan persekitaran, alam dan
masyarakat setempat. Secara tidak langsung menunjukkan seni adalah jambatan untuk
menghubungkan kanak-kanak dengan masyarakat dan persekitarannya. Mereka kenal
budaya sosial keturunan nenek moyang mereka yang diwarisi sehingga ke hari ini.

Contoh Gambar 1: Karya pelajar yang mengambil alam persekitaran sebagai tema
utama, di mana hutan menjadi gelanggang permainan mereka.
Aktiviti seni juga tidak terbatas mengikut peringkat umur kerana pembelajaran adalah
sepanjang hayat. Pendidikan Seni dapat dipelajari ataupun dihasilkan bermula dari
kanak-kanak sehinggalah dewasa. Sekiranya ibu bapa serta masyarakat memahami
dan menghargai seni, maka aktiviti seni boleh dilakukan secara santai. Selain mengisi
masa lapang, dapat juga meningkatkan kemahiran. Sebagai contoh dalam aktiviti
melukis, seseorang dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seterusnya
menjadikan bidang seni ini sebagai kerjaya untuk menambah pandapatan. Di samping
itu dapat memupuk sikap berdisiplin,bersabar, bertanggungjawab dan berhemah tinggi.
Apatah lagi Pendidikan Seni menjurus kepada fungsi konstektual dan esensial untuk
mendapat masyarakat yang seimbang budayanya tanpa mengenepikan warisan pusaka
mereka.
Tema juga memainkan peranan dalam pengajaran Pendidikan Seni kerana ia
mempunyai kaitan dengan kaum dan etnik dalam sesebuah negara. Ia turut dipengaruhi
oleh ideologi kepelbagaian budaya di mana setiap kaum dan etnik mempunyai
keseniannya yang tersendiri.
Dalam masyarakat Orang Melayu, daun sireh membawa lambang kasih sayang.
Justeru dalam acara peminangan atau perkahwinan ia dijadikan sebagai sebahagian
dari upacara tersebut. Begitu juga sekiranya tetamu datang ke rumah, sireh dihulurkan
sebagai salam sejahtera dari tuan rumah. Dua unsur penting ini begitu sinonim dengan
budaya masyarakat Melayu. Apa sahaja upacara yang berlangsung pastinya sireh
pinang menjadi elemen penting. Ianya berperanan utama sejak zaman dahulu lagi
apabila disediakan sama ada dalam upacara perkahwinan, upacara menyambut bayi,
majlis melenggang perut dan banyak lagi. Daun sireh yang bertemu urat sahaja yang
akan dipilih untuk perubatandan sebagainya.
Ia menjadi falsafah ketuanan Melayu, kekuatan jiwa, penyeri majlis dan simbol ikatan
kasih sayang serta mengembalikan roh dan jiwa kepada pesakit dalam setiap fungsi
yang diungkapkan tadi.
Melihat kepada keunikan dan kepentingan daun sireh serta buah pinang ini, terdapat
pelukis menjadikan dua elemen ini sebagai subject matter dalam penghasilan karya
mereka. Realitinya apabila melihatkan sesuatu imej, kita dapat menghayati nilai-nilai
dalam kandungan karya tersebut dan inilah yang mendekatkan hubungan dengan
masyarakat melalui mesej yang disampaikan. Secara tidak langsung pengaruh
kebudayaan mempengaruhi seni. Begitu juga dengan lain-lain masyarakat di luar sana
mempunyai kepercayaan dan budaya yang pelbagai yang diwarisi turun temurun. Cuma
apabila arus kemodenan datang, budaya sesuatu kaum atau etnik semakin
dipinggirkan.

Contoh Gambar 2: Karya pelajar yang menunjukkan tema kasih
sayang menggunakan simbol daun sireh yang membawa makna tersebut.
Mencipta karya seni adalah untuk dihayati masyarakat. Pelukis akan sentiasa berusaha
untuk menyampaikan mesej dalam pengkaryaan. Ini selaras dengan Feldman(1981)
yang seni berfungsi untuk masyarakat. Ia masih berperanan untuk menyampaikan
aspek-aspek kehidupan dalam masyarakat. Justeru masyarakat terutama golongan
artist harus sentiasa menerapkan mesej dalam penghasilan karya mereka. Ini kerana
secara tidak langsung membentuk tingkah laku untuk menghayati dan menghargai
budaya mereka sendiri.
Menurut pandangan Syed Ahmad Jamal; Pada asasnya seni ialah sesuatu bentuk
pengantara yang diwujudkan khusus untuk diamati melalui deria dan daya gambaran.
Kalau dilihat kesan ekspresionisme yang utama ialah nilai-nilai emosi dan mistik
melahirkan perasaan dan deria, sebagai suatu bentuk pengantaraan yang
menyampaikan perasaan yang tegas.
Jelas di sini seni dan masyarakat saling memerlukan dan tidak akan berkembang baik
tanpa salah satu daripadanya. Melalui karya seni yang melambangkan budaya sesuatu
masyarakat diharapkan dapat mendekatkan diri kepada nilai kesopanan dan jati diri
masyakarat Melayu khususnya melalui karya Anita, Bertemu Kasih.
Perkembangan dalam masyarakat juga menjadi faktor terhadap perkembangan seni.
Masyarakat yang tinggal di bandar lebih terdedah dan mudah menerima perkembangan
seni berbanding masyarakat desa. Seni juga bertindak untuk menyuburkan
perkembangan fizikal, emosi, jasmani, intelektual seseorang kanak-kanak atau
remaja. Joseph Chiari (1997) dalam Art and Knowledge menjelaskan bahawa
pengetahuan dan pendidikan seni membantu seseorang untuk mengenali persekitaran.
Sebagaimana dalam kandungan kurikulum Mc Fee (1970) yang menekankan kepada
simbol sebagai mesej yang ingin disampaikan, pelajar dilatih untuk mengkaji dan
membanding makna dan melalui elemen-elemen yang digubah inilah terbentuknya
komunikasi antara pelajar dan masyarakat persekitarannya. Bahkan perspektif
pemikiran mereka dipengaruhi oleh budaya sosial yang didukung turun
temurun.Sebagai contoh dalam kesenian tradisi Melayu melihat motif pucuk rebung
dalam pelbagai maksud.
Menurut Dzul Haimi Md Zain (1992) simbol-simbol yang dilahirkan akan
mendukung makna. Pucuk rebung tadi amat sinonim dengan kepercayaan apabila ingin
mendidik anak biarlah dari kecil supaya tidak menimbulkan masalah apabila dewasa
kelak. Ini membawa maksud rebung itu bersifat lembut dan akan menjadi keras apabila
menjadi buluh. Secara tidak langsung mesej bertujuan dapat mengelakkan gejala sosial
yang kian menular.

Contoh Gambar 3: Karya pelajar yang menunjukkan tema melentur buluh biar dari
rebung. Pokok buluh membawa pelbagai makna mengikut kepercayaan masing-
masing.
Masyarakat orang Asli juga sangat percaya kepada semangat buluh. Kebanyakan
rumah masyarakat Orang Asli diperbuat daripada buluh. Ini bertujuan untuk kemudahan
mengadakan tarian sewang apabila menyambut sesuatu upacara. Mereka juga
percaya buluh mempunyai roh dan diletakkan di dalam rumah apabila melakukan
perubatan tradisional. Melalui spritual buluh ini yang akan melindungi orang yang
sedang berubat tadi.
Bagi masyarakat orang Cina pula meletakkan pokok anak buluh sebagai lambang
kesejahteraan. Kebanyakan rumah masyarakat orang Cina mempunyai anak pokok
buluh ini sebagai tanda kesejahteraan mereka dipelihara. Jelas kepada kita design
objek yang digunakan adalah sama iaitu buluh tetapi diberi makna yang berbeza oleh
masyarakat orang Melayu, orang Cina dan juga orang Asli.
Begitu juga dengan permainan wayang kulit Kelantan yang semakin dilupakan padahal
ianya telah menjadi sebahagian dari budaya masyarakat Kelantan. Tema yang
disampaikan melalui persembahan wayang kulit dengan watak pahlawan, pemerintah
dan balasan atas segala perbuatan membawa gambaran pada realiti sebenar
kehidupan masyarakat Melayu, di mana perlu taat pada pemerintah, sentiasa bersikap
baik dan menghormati sesama manusia. Secara tidak langsung ia membentuk
tingkahlaku yang positif supaya sentiasa berbuat baik semasa hayatnya. Matlamat
untuk meneroka makna kebudayaan di dalam objek-objek yang diolah jelas
menunjukkan bahawa manusia dan kehidupan sosial tidak dapat dipisahkan.
Masyarakat kita tidak mempunyai pengetahuan tentang ini dan menyebabkan mereka
tidak pernah meletakkan kepentingan bahawa simbol dan lambang yang terdapat pada
sesuatu karya itu mempunyai makna. Mereka hanya menganggap ia sebagai hiasan
untuk menampakkan keindahan luaran semata-mata.
Sepatutnya peranan kita sebagai ahli masyarakat bukan sebagai pemerhati sahaja
tetapi juga memiliki. Apabila kita memiliki, kita melihat karya seni secara mendalam dan
mengkritik apa juga isu yang dipamerkan secara simbolik.
Justeru peranan guru Pendidikan Seni di sekolah perlu dipertingkatkan. Bukan setakat
mengajar bahkan menjelaskan tentang kepentingan penghayatan dalam setiap
kegiatan. Pelajar perlu memahami akan fungsi karya seni berkenaan. Menurut
pandangan ahli falsafah dan sejarawan Hauser; A work or art is a challenge; we do not
explain it, but we adjust ourselves to it.
Seorang pelukis terkenal, Awang Damit mengilhamkan idea karya beliau melalui
pengalaman kehidupan sosialnya. Beliau gemar menjadikan nostalgia zaman silamnya
sebagai tema utama. Menggarap pengalaman hidup beliau yang pernah melalui
penderitaan untuk dikongsi bersama penghayat seni. Ia dilakukan dalam bentuk simbol
dan makna. Melalui karya beliau, Intipati Budaya 1 (1985),EOC Sira dan asam Jawa
(1989) serta Intipati Budaya lV (1986), beliau mengolah tema yang mencerminkan latar
belakang dirinya sebagai anak petani dan nelayan supaya dapat dihayati maksud yang
tersirat dan tersurat. Bahkan turut mempamerkan cerminan ciri-ciri budaya tradisi serta
alam semulajadi sekitar kehidupannya.
Menghayati karya-karya pelukis tanahair yang terkenal, membuat kita kembali
mengingati agar kesenian Melayu ini wajar dipertahankan. Itulah antara mesej yang
ingin disampaikan pada penghayat seni dalam konteks pendekatan sosial yang
melingkungi budaya dan masyarakat pendukungnya. Sebagai penggiat seni, sudah
pasti ada cara untuk memartabatkan kembali seni warisan ini. Supaya generasi hari ini
dan generasi seterusnya mampu menghayati keindahan seni warisan bangsa Melayu.
Di Malaysia, faktor agama tidak dapat dipisahkan dengan pendidikan. Penerapan nilai-
nilai murni adalah salah satu daripada bukti pertalian yang wujud. Setiap ajaran agama
menekankan kepada kebaikan dibalas dengan kebaikan dan budaya menghormati
sesama manusia diberi penekanan dalam mendidik anak-anak. Cara menghormati
orang tua juga mengikut kepercayaan dan budaya, ada yang tunduk apabila meminta
laluan, ada yang tangan diletakkan di dada dan pelbagai gaya mengikut etnik masing-
masing. Walaupun terdapat perbezaan budaya tapi nilai positif yang ditekankan adalah
samauntuk membangunkan sosial masyarakat sesuatu tempat. Dalam kurikulum
Pendidikan Seni, guru perlu bijak kerana dalam pengajaran kraf tidak memasukkan kraf
semua kaum dan ini boleh mengundang rasa tidak puashati di kalangan pelajar yang
terdiri dari berbilang bangsa.
Guru sebagai agen perubahan perlu menekankan aspek seni dalam budaya sebagai
topik pembelajaran kerana semua penghasilan karya menekankan tentang seni dalam
masyarakat dari sudut budaya yang dimiliki turun temurun dan kecenderungan mereka
terhadap warisan budaya mencernakan idea-idea yang ada hubungkaitnya dengan nilai
sosial kehidupan persekitaran mereka.
Demikian antara beberapa elemen yang dikupas yang menjadi titik tolak kepada
perubahan dalam pembangunan sosial. Guru Seni merupakan agen kepada perubahan
sosial dengan menyumbang kepada transformasi budaya tampak yang umum, kerana
melaluinya pelajar belajar melihat dunia. Perubahan berlaku sama ada secara sengaja
atau tanpa disedari. Seni juga penting sebagai transformasi sosial yang melibatkan
perkembangan biologi, transformasi teknologi dan pembentukan budaya.
Menurut Robert A.Ott dari Pennsylvania Art Educatormenyatakan; seni merupakan
sesuatu yang dikaitkan dengan persekitaran dan masyarakat. Guru Seni pula adalah
sesorang ahli falsafah, penulis, ahli sejarah dan artist yang kreatif. Pendidikan Seni
telah menjadi suatu pendidikan jangka hayat. (life learning process)
Seni juga mengalami evolusi kerana kehendak yang berbeza mengikut umur
masyarakat. Masyarakat warga tua lebih berminat dengan seni dan kelapangan waktu
tersedia berbanding dahulu tidak memperoleh peluang mempelajari kerana kesibukan
bekerja.
Menurut Ott lagi, seni melibatkan proses pembelajaran tentang tamadun dan budaya
sesuatu etnik dan bangsa. Seni sebagai refleksi pemikiran golongan intelektual dari
zaman berzaman. Mesej yang disampaikan dalam sesuatu seni boleh dipertahankan
dalam jangka masa lama dan asas kepada pemahaman tentang sesuatu budaya, etnik
dan sesuatu golongan masyarakat... (telah diterjemahkan dari bahan internet).
Beliau juga berpendapat, seni mungkin menjadi asas kepada segala jenis pembelajaarn
(centre of learning). Melaluinya kita boleh mengetahui tentang cara pemikiran, emosi,
adat dan istiaat masayarakt dan pemahaman ini terus berkembang.
Menurut Ralph Smith (2006) dalam tulisan beliau, Culture And The Arts in
Education menyatakan;
.......................seni mempunyai kaitan dengan proses pembentukan perwatakan
seseorang manusia. Ini kerana untuk menghasilkan seni ia perlukan tahap kestabilan,
konsentrasi, disiplin, kreativiti dan tamadun yang tinggi dan memuaskan. Seni
melibatkan proses komuniti, kesinambungan dan kritikan serta pendidikan falsafah yang
akan dilalui oleh seseorang individu. Dalam kontaks sosial ini dapat diperjelaskan
kepada kita bahawa pendidikan tentang seni amat berkait rapat dengan kehidupan
seharian mereka sehingga boleh menghasilkan seni yang excellent, terutama jika ia
melibatkan pengalaman estetik seseorang individu.
Melalui Pendidikan Seni juga boleh memupuk sikap kesedaran tentang ciri-ciri
kemanusiaan dan menggunakan seni untuk mengekspresi pandangan, dilema dan
peribadi kepada masyarakat. Seni hakikatnya suatu subjek yang sangat berkuasa
sehingga boleh menyebabkan social change. Contoh-contoh seni juga telah
mengubah pandangan manusia tentang sesuatu isu atau kejadian yang berjaya
menimbulkan kesedaran tentang kemanusiaan di kalangan manusia. (Guernica-
Picasso)

Contoh Gambar 4: Persekitaran mereka amat berkait rapat dengan kepercayaan
tentang unsur-unsur animisme(semangat) malahan menjadi budaya kehidupan mereka
terutama dalam perubatan tradisional.
Menurut Kerry Freedman dalam pembentangan kertas kerja beliau di Konferens
Persatuan Pendidikan Seni Pennsylvania (2001);beliau melihat Pendidikan Seni dari
perspektif sosial iaitu jika seni diajar tanpa memasukkan nilai-nilai dan pandangan
sosial terhadap seni maka ianya cuma menjadi suatu pengajaran dan pembelajarn seni
semata-mata kerana perspektif kurikulum tetapi seni juga harus dipandang dan
diinterpretasikan dengan sifat-sifat sosial seperti jantina, bangsa, etnik, bakat istimewa,
budaya, sosioekonomi, keadaan politik, alam sekitar dan perasaan manusia. Ini kerana
seni adalah kompleks mempunyai unsur kepelbagaian dan mewakili sesuatu budaya.
Justeru tujuan seni dan asal usul seni hanya boleh difahami jika seseorang melihat seni
dari perspektif sosial.
Pengajaran seni bukan sahaja melibatkan seni halus sahaja tetapi pelajar perlu diajar
untuk melihat, mengkritik dan memahami maksud, tujuan, hubungkait dan pengaruh
seni itu sendiri. Beliau menggariskan beberapa perkara penting berkaitan dengan
Pendidikan Seni tersebut iaitu:
a) Isi kandungan Pendidikan Seni harus melibat seni sebagai budaya visual
b) Kaitan perasaan, fungsi dan bentuk harus diketahui untuk menghasilkan sesuatu
karya seni
c) Tahap kognitif secara individu atau kumpulan harus diambil kira dalam P&P seni
d) Analisis unsur sosial yang terdapat dalam sesuatu seni/objek
e) Memahami sesuatu hail seni dan bentuk dari sudut kontent
f) Gabungkan unsur teknologi dalam pendidikan Seni
g) Dalam menilai dan menginterpretasikan seni, harus dilihat dari segi kritikan
konstruktif yang membina
Kesimpulannya di sini dalam kehidupan harian kita sebenarnya mempunyai hubungan
rapat dengan seni. Tidak kira sebesar mana peranannya terhadap kehidupan kita,
namun kepentingan seni wajar dilihat sebagai satu kepentingan dalam kehidupan.
Penglibatan seni hampir menyeluruh, terutama jika dilihat tentang penggunaan bahan
peralatan di rumah, susunan perabut, pemilihan warna dan fesyen pakaian dan banyak
lagi perkara yang bersangkutan dengan kehidupan. Semuanya ini mempunyai kaitan
dengan seni dan falsafah masyarakat.
STRATEGI DAN PELAKSANAANNYA: TEORI MC FEE
Pendidikan Seni di sekolah seperti mana menurut sebahagian besar pengkaji Barat
seperti Eisner(1972), Mario(1948), Victor Lowenfeld(1970), Lansing(1971)
dan Efland(1977) berpendapat bahawa Pendidikan Seni adalah untuk mengembangkan
potensi individu serta melahirkan bakat pelajar agar berupaya untuk memahami nilai
seni untuk dirinya, masyarakat, warisan seni budaya serta nilai-nilai estetika secara
global iaitu mengaitkan seni dengan kehidupan individu agar dapat membuat
pertimbangan dan penilaian yang terbaik.(untuk dirinya, masyarakat dan budaya.)
Mc Fee(1970) menekankan kepekaan terhadap alam sekitar di dalammatlamat dan
objektif dalam Pendidikan Seni . Beliau menekankan empat asas dalam mengkaji seni
iaitu:
a) Kajian dan bandingan makna iaitu kanak-kanak mengenal objek serta
bandingan objek melalui soalan-soalan yang dibina.
b) Belajar membaca mesej iaitu makna dan nilai pada objek mengaitkan makna
dengan nilai.
c) Kajian komunikasi antara penyusunan benda-benda di persekitaran dengan nilai-nilai
dan unsur budaya.
d) Kajian dari perspektif individu membuat modifikasi sesuai dengan nilai-nilai dan
budaya.
Seni telah diterima oleh masyarakat kita sebagai satu budaya hidup yang perlu
dikekalkan. Perkembangan seni selari dengan perkembangan hidup manusia sejak
zaman dahulu lagi. Justeru tidak hairan jika Mc Fee lebih menumpukan kepada
kebudayaan sesuatu masyarakat melalui penerokaan dalam menghasilkan seni. Apa
juga corak yang dihasilkan mempunyai makna kebudayaan di dalamnya. Ini
membuktikan betapa pengaruh kebudayaan amat ditekankan dalam matlamat
kurikulum Mc Fee.
Teori beliau lebih komprehensif berhubung dengan pengamatan. Beliau
percaya.kanak-kanak melukis sebagaimana yang mereka lakukan dan bukanlah
disebabkan satu-satu faktor tetapi disebabkan oleh semua.
Mengikut teori ini kebudayaan adalah penting. Seni dan kurikulum seni adalah
sebahagian dari kebudayaannya di mana kanak-kanak itu tinggal. Kebudayaan ini
sebenarnya memberi kesan kepada pencapaian artistik kanak-kanak. Hari ini di mana-
mana juga terdapat pelajar yang mewakili kebudayaan masing-masing. Mengikut Mc
Fee (1970) lagi, adalah sangat mustahak setiap individu iaitu kanak-kanak dan
subculture dilindungi dan dipertahankan melalui seni tampak.
Bagi mencapai objektif bagaimana Pendidikan Seni dapat memperkembangkan warisan
kebudayaan, (sasaran golongan masyarakat dan pelajar) , strategi dan pelaksanaan
yang dicadangkan adalah seperti berikut;
a) Memberi peluang mengetahui pencapaian seniman lampau serta kini termasuk
identiti mereka ketika menghasilkan karya mahupun melakukan aktiviti seni mereka.
- Pendekatan ini boleh memberi ruang dan peluang kepada individu terutama pelajar
mencari dan mendapat idea seni melalui pengalaman kendiri mereka berdasar rujukan
biografi para seniman tanahair. Ini kerana kita sedia maklum dalam kurikulum Mc Fee,
beliau menekankan aspek kepekaan terhadap persekitaran dan alam dalam
menghasilkan sesuatu karya. Pelajar boleh menggunakan persekitaran alam sekeliling
mereka untuk dijadikan idea utama dalam pengolahan makna. Melalui design object ini
pelajar menggunakan simbol-simbol untuk menyampaikan makna dan secara tidak
langsung cuba menyampaikan mesej yang ingin diluahkan. Tingkahlaku kognitif pelajar
terbentuk mengikut kepekaan terhadap persekitaran dan alam. Maka tidak mustahil jika
hasil karya mereka berdasar kepada pengalaman yang dilalui.
b) Membuat penyelidikan dan membanding makna melalui hasil karya
lampau seseorang seniman sebagai bahan rujukan.
- Dalam seni kritikan, pengkritik seni berperanan menceritakan apa yang berlaku
di sebalik terhasilnya sesuatu karya itu supaya ia menjadi lebih bertenaga dan
bercahaya selepas digilap oleh pengkritik seni yang berwibawa. Bahkan
pengkritik seni perlu jujur dalam kritikannya. Secara tidak langsung
menerapkan rasa penghayatan masyarakat terhadap sesuatu karya yang
mengandungi simbol dan makna yang cuba disampaikan.
c) Memerhati seniman menyusun objek-objek yang dipilih sehingga menjadi satu karya
yang mengandungi simbol dan makna.
- Seniman dilahirkan dengan bakat dan kreativiti yang tinggi. Kemampuan seniman
mengolah idea dengan adunan warna dan teknik memperlihatkan satu kreativiti yang
hebat. Karya seni merupakan satu manifestasi kejujuran. Seni berperanan untuk
mendidik penghayat (masyarakat).
Edmund Burke Feldman (1966) menyatakan seni sebagai satu bidang komunikasi yang
berkesan kepada masyarakat.
Karya seni ini boleh dianggap sebagai himpunan khazanah, idea, sumber ilham untuk
dijalin dan dianyam dengan sebaik mungkin.
d) Mempelajari cara seniman mentafsir idea untuk membentuk seni dengan
memperolehi pelbagai kesan melalui penggunaan asas senireka dan bahasa
seni visual.
- Manusia mempunyai emosi dan perasaan dan mahu meluahkan perasaan mereka.
Manusia mahu berkongsi perasaan dan emosinya dengan orang lain. Justeru terdapat
pelbagai cara perlakuan manusia untuk menterjemahkan perasaan dan emosinya
itu. Charlotte Wolff (1970) dalam bukunya Psychology of Gesture telah mengkaji
perlakuan manusia dan menyatakan manusia mengeluarkan pernyataan perasaannya
di bawah sedar dan tanpa kawalan diri.

Contoh Gambar 5: Karya ini menunjukkan luahan rasamereka melalui emosi dan
perasaan terhadap isu pempupusan penyu, iaitu spesis haiwan yang sepatutnya
dipelihara. Tafsiran idea di sini boleh membawa maksud protes di atas apa yang
berlaku.
e) Membandingkan berbagai tafsiran yang digunakan dalam tema dan pilihan subject
matter yang dipilih. Ini membolehkan sesuatu tajuk itu dikembangkan kepada isu-isu
yang lebih luas untuk diterokai. Seterusnya boleh juga dimasukkan kesan dari sudut
sosial dan ekonomi.
- Tidak semua anggota masyarakat mempunyai tafsiran yang serupa bagi sesuatu imej
yang sama. Masyarakat mentafsirnya dengan pelbagai pandangan berdasar perbezaan
pengalaman, umur, jantina, persekitaran dan beberapa faktor lain. Dari sini secara
disedari atau tidak penghayat diajak meneroka idea-idea yang telah diolah dalam
menyampaikan makna di sebaliknya. Ini juga bertujuan supaya penghayat tidak melihat
seni itu sebagai satu hiburan kosong semata-mata.
f) Penggiat seni perlu sentiasa merancang aktiviti yang merangkumi bidang perkara,
tema, media/bahan, hasil fungsi, rekabentuk dan gaya.
- Aktiviti kesenian perlu banyak sama ada di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan
sebagai. Ini kerana seni mampu mengupas isu permasalahan yang dipaparkan oleh
seniman. Melalui aktiviti seni ini juga mampu membawa masyarakat menyelami erti
kehidupan yang sebenarnya. Masyarakat seharusnya mendekati seniman untuk
menimba semua ilmu itu. Di bahu seniman terletak satu tanggungjawab sosial yang
berat. Ini kerana seniman bukan lagi berkarya untuk keseronokan sendiri tetapi
selebihnya untuk menjana fikiran masyarakat. Masyarakat perlu didedahkan bagaimana
cara menghayati nature nya.
g) Peminat seni dan pengkritik seni perlu peka dengan isu persekitaran dan semasa
kerana ianya melibatkan pengurusan diri (perasaan), tindakbalas, warisan artistik dalam
konteks seni dalam masyarakat.
- Ini adalah kerana seni melambangkan tamadun dan budaya sesuatu masyarakat,
justeru warganegara diajar menggunakan seni bagi menyatakan hasrat, idea,
nilai dan pandangannya mengenai pelbagai bidang kehidupan yang dialaminya.
Secara tidak langsung penghargaan terhadap warisan budaya dapat dipupuk.
PENUTUP:
Seni begitu memain peranan penting dalam dunia pendidikan kita. Sewajarnya seni
tidak dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tiada kepentingan dalam dunia
pendidikan. Sejarah telah membuktikan bahawa seni amat memain peranan dalam
pembentukan ketamadunan manusia. Mengenali bangsa yang berjaya ialah melalui
seni selari dengan perkembangan teknologinya. Justeru seni memainkan peranan
penting dalam dunia pendidikan kita hari ini.
Di harapkan melalui Pendidikan Seni ini akan melahirkan individu yang berkeyakinan,
baik hati dari aspek ekspresi mahupun tindakbalas di samping dapat mempertahankan
warisan budaya dalam kontaks sosial di mana sesuatu masyarakat dapat berhubung
dengan yakin melalui kegiatan seni ini.
Seni dan falsafah menjadi faktor terpenting dalam masyarakat. Ia saling memerlukan.
Memang benar apabila seni dikatakan sebagai agen perubahan masyarakat.
Perkembangan seni yang berlaku dalam sesuatu masyarakat itu juga sebenarnya
adalah hasil hubungan dan kepentingan bersama.

Anda mungkin juga menyukai