Anda di halaman 1dari 5

PERINGKAT - PERINGKAT PERKEMBANGAN

GURU
Menjadi seorang guru yang berjaya mengambil masa,
perlu mengamalkan sikap ingin belajar untuk mengajar
sebagai proses Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Seni pengajaran boleh dipelajari dan merupakan
gabungan pengetahuan, pengalaman praktikal serta
ketelitian dan refleksi terhadap amalan diri.

TEORI PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU

Teori Keprihatinan (Fuller,1969)

Teori keprihatinan mengkonsepkan perkembangan guru
sebagai proses yang dilalui oleh guru dari peringkat
keprihatinan terhadap diri (guru) kepada tugas
(pengajaran) dan seterusnya impak (pelajar).


a. Peringkat Kemandirian Diri
- Guru berasa bimbang tentang kemampuan diri untuk
mengawal kemampuan diri untuk mengawal kelas dan
apa jua yang akan diperkatakan oleh ibu bapa serta guru -
guru lain.

b. Peringkat Tugas
-Peringkat perkembangan kedua, iaitu keprihatinan guru
adalah terhadap memperbaiki pengajarannya serta
menguasai isi kandungan mata pelajaran.

c.Peringkat Impak
-Peringkat Ketiga dalam perkembangan guru, iaitu guru
mulai melihat pelajarnya sebagai individu yang
mempunyai pelbagai keperluan.

Rumusan; Perkembangan guru sebagai proses semula
jadi.
-perubahan kepada persekitaran pembelajaran seperti
perubahan kurikulum, perubahan tahap kelas yang diajar
dan perubahan tempat bertugas boleh menyebabkan
peringkat perkembangan guru berbalik ke peringkat yang
lebih rendah.


Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter,1986)

a. Peringkat Novis (sekitar 1 tahun berkhidmat)
-mula mempelajari cara mengajar
-mempelajari fakta, konsep dan peraturan asas
pengajaran
-masih belum dapat menangani tugas - tugas harian
seorang guru
-dapat membuat satu peta kognitif tentang tugas - tugas
am seorang guru profesional melalui kursus yang
ditawarkan dalam program Ijazah Perguruan

b. Peringkat Novis Lanjutan (sekitar 3 tahun
berkhidmat)
-menambah dan memantapkan kefahaman fakta, konsep,
prinsip berkaitan P&P.
-pengalaman awal kepada amalan bilik darjah membantu
membina keyakinan diri
-bimbingan guru mentor amat penting dalam mengekalkan
minat dan motivasi guru novis lanjutan

c. Peringkat Cekap (sekitar 5 tahun berkhidmat)
- memiliki kelayakan ikhtisas
-lebih memberikan fokus kepada pembelajaran murid
-memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam
pelbagai situasi dan juga situasi yang khusus
-memiliki pelbagai strategi pengajaran dan mampu
menyesuaikannya mengikut keperluan pelajar yang
berbeza

d. Peringkat Mahir (Sekitar 10 Tahun)
-Mahir dalam bidangnya
-Golongan yang diingati dan disanjungi oleh bekas pelajar
-gaya lancar dan spontan yang membolehkannya
membuat keputusan berdasarkan intuisi
-kaya dengan pengalaman dan dapat menganalisis serta
menyusun maklumat yang kompleks berkaitan sesuatu
situasi pembelajaran secara kreatif dan unik.

e.Peringkat Pakar (Sekitar 15 tahun)
-guru yang gemilang dan terbilang
-dapat memahami dan menangani maklumat yang banyak
dan pelbagai dan masih mempunyai gaya pengajaran
yang lancar.
-orang yang berautoriti dalam profesionnya
-idea dan kemahiran boleh mempengaruhi polisi - polisi
berkaitan pengendalian di bilik darjah.


IMPLIKASI KEPADA GURU: PERJALANAN DARI
NOVIS KE PAKAR

-kecekapan seseorang guru harus mengambil kira tujuh
teras pengetahuan:
1. isi kandungan
2. pedagogi am
3.kurikulum
4.kandungan pedagogi
5.tentang pelajar dan ciri - ciri pelajar
6.tentang konteks pendidikan
7.tentang falsafah, matlamat dan nilai pendidikan

Pengetahuan kandungan pedagogi merupakan kebolehan
seseorang guru untuk menyampaikan kefahaman isi
kandungannya melalui pelbagai strategi dan kaedah
pengajaran agar pelajar dapat mencapai kefahaman dan
menunjukkan pencapaian dalam pembelajaran tersebut.

Perbandingan kandungan pengetahuan pedagogi guru
novis dan guru pakar:

Guru Novis

-pengetahuan isi kandungan adalah terhad secara
diskret/berasingan
-tindakan pedagogi adalah terhad, menjurus kepada
kaedah penyampaian pengetahuan dan prestasi
pengajaran

Guru Pakar

-pengetahuan isi kandungan yang mendalam dan dapat
mengaitkan dengan konteks yang berbeza secara
bersepadu
-tindakan pedagogi adalah lebih luas, interaktif dan
pelbagai
-mengajar dengan mengambil kira cara pelajar belajar,
cara pelajar membina konsep dalam perwakilan struktur
kognitifnya
-memberikan fokus kepada pengetahuan sedia ada,
pemikiran pelajar dan boleh mengubahsuai perancangan
kurikulumnya secara mental agar bersesuaian dengan
keperluan konteks.


Perkara yang Perlu Diberi Penekanan:

-sokongan dan bimbingan semasa program keguruan
-latihan atau aktiviti menjurus perkembangan domain
pengetahuan spesifik
-kursus - kursus ditawarkan dalam program latihan
keguruan menyeimbangkan teori dan amali
-penghayatan pengurusan bilik darjah

Anda mungkin juga menyukai