Anda di halaman 1dari 18

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

124





Sinopsis

Tumbuhan berbunga menjalani pembiakan seksual, manakala tumbuhan tidak
bunga menjalani pembiakan aseksual dan juga pembentukan spora. Namun begitu,
kebanyakan tumbuhan berbunga juga boleh menjalani pembiakan aseksual. Pembiakan
seksual melibatkan persenyawaan antara gamet jantan dan betina bagi membentuk
zigot yang akan berkembang menjadi tumbuhan baru. Penghasilan gamet melibatkan
proses secara meiosis. Pembiakan aseksual melibatkan pertumbuhan tumbuhan baru
secara mitosis daripada struktur vegetatif tumbuhan seperti daun, batang atas tanah,
batang bawah tanah dan sulur. Ada juga tumbuhan tak berbunga yang menjalani
pembiakan melalui pembentukan spora. Kitaran hidup tumbuhan bunga melibatkan dua
kitaran iaitu pembentukan sporofit (diploid) dinamakan kitaran generasi diploid dan
pembentukan gametofit (haploid) dikenali sebagai kitaran generasi haploid. Dalam pada
itu, terdapat tumbuhan halofit, xerofit, mesofit dan hidrofit yang mempunyai adaptasi
mengikut habitat masing-masing bagi kemandirian spesies.


Hasil Pembelajaran

1. Menjelaskan pembiakan aseksual pada tumbuhan
2. Menjelaskan pembiakan seksual pada tumbuhan
3. Mengenalpasti kitaran hidup tumbuhan berbunga
4. Menjelaskan kemandirian hidup tumbuhan hidrofit, mesofit, halofit dan xerofit
dalam habitat masing-masing.




TOPIK 12 PEMBIAKAN TUMBUHAN
SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan


125


Ringkasan Topik

Rajah 12.1: Ringkasan Topik

Pengenalan

Pembiakan tumbuhan boleh dibahagikan kepada pembiakan aseksual (atau
pembiakan vegetatif) dan pembiakan seksual. Hanya tumbuhan berbunga sahaja
dapat melakukan pembiakan secara seksual. Tumbuhan tak berbunga dan juga
kebanyakan tumbuhan bunga boleh menjalankan pembiakan aseksual daripada
bahagian vegetatif (bahagian tumbuhan yang tidak berkaitan dengan organ pembiakan)
seperti daun, batang atau sulur dan pembentukan spora.

12.1 Pembiakan Aseksual

Pembiakan aseksual atau vegetatif melibatkan pembahagian secara mitosis untuk
menghasilkan satu tumbuhan baru daripada bahagian vegetatif pokok induk/dewasa,
dengan hanya melibatkan satu induk sahaja. Tumbuhan baru adalah serupa dengan
tumbuhan induk dan mempunyai bahan genetik sama seperti induknya. Rajah 12.2
Pembiakan
Tumbuhan
Pembiakan
Aseksual
Pembiakan
Seksual
Kitaran Hidup
Tumbuhan
Bunga
Kemandirian
Hidup Tumbuhan
SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan


126

menunjukkan ringkasan pembiakan aseksual atau pembiakan vegetatif bagi tumbuhan
berbunga manakala tumbuhan tak berbunga melibatkan pembentukan spora.



















Rajah 12.2: Ringkasan pembiakan aseksual tumbuhan berbunga.
[Sumber: http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002]


12.1.1 Daun

Daun akan menyimpan makanan untuk pembiakan tumbuhan yang baru. Apabila daun
gugur atas tanah, pada tepi daun, urat daun atau tangkai daun akan tumbuh tunas.
Tunas tumbuh menjadi tumbuhan baru. Contoh tumbuhan seperti setawar dan Begonia,
Rajah 12.3.









Rajah 12.3: Pembiakan aseksual daripada daun.
[http://www. images.mooseyscountrygarden.com]



Setawar
Begonia
Batang atas Tanah Batang bawah Tanah
SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan


127


12.1.2 Batang


Batang tumbuhan boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu batang atas tanah dan
batang dalam tanah. Batang atas tanah ialah batang yang merayap di atas tanah.
Akar baru akan tumbuh pada ruas batang tersebut dan membentuk tunas baru. Contoh
tumbuhan yang terlibat ialah pegaga, strawberi, rumput, kiambang, dan spider plant,
Rajah 12.4.







Rajah 12.4: Pembiakan aseksual daripada batang atas tanah.
[Sumber: http://www.blog.ub.ac.id/]



Batang bawah tanah terdapat beberapa jenis iaitu rizom, bebawang, umbisi dan
batang tuber. Rizom ialah batang yang mendatar dalam tanah dan tebal yang
menyimpan makanan seperti halia, bunga tasbih, kunyit, paku-pakis; bebawang
berbentuk cakera bawah tanah contohnya bawang. lili, tulip, bawang putih dan Dafodil;
umbisi ialah batang bawah tanah yang menegak dan bertindak sebagai bahagian
tumbuhan menyimpan makanan contohnya keladi, crocus dan gladiolus; dan batang
tuber iaitu batang bawah tanah yang bengkak dihujungnya dan menyimpan makanan
contoh ubi kentang. Rajah 12.5.







batang merayap atas tanah
SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan


128






















Rajah 12.5: Pembiakan aseksual daripada batang dalam tanah.



12.1.3 Sulur


Sulur ialah tunas yang tumbuh daripada batang pokok induk yang berkembang menjadi
individu baru. Rajah 12.6. Contohnya, pisang, nenas, buluh dan kekwa.














Rajah 12.6: Pembiakan aseksual daripada sulur.
[Sumber: http://www. teknologipertanian.com]


Rizom

Bebawang
Umbisi

Batang Tuber


Anak pokok pisang
SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan


129


12.1.4 Spora

Spora adalah serbuk halus yang dihasilkan oleh tumbuhan seperti kulat, paku pakis dan
lumut yang merupakan struktur pembiakan organisma ini. Rajah 12.7. Spora yang
dihasilkan dari meiosis dinamakan megaspora dan merupakan sel haploid, manakala
spora yang dihasilkan dari mitosis dinamakan mitospora dan merupakan sel diploid.
Dalam keadaan tidak sesuai spora akan kekal dorman sehingga keadaan persekitaran
sesuai untuk percambahan. Spora haploid akan berkembang menjadi gamet jantan dan
betina kemudian bersenyawa membentuk individu sporofit diploid melalui proses
mitosis. Spora diploid berkembang secara mitosis menjadi organisma sporofit diploid.








Rajah 12.7: Spora yang terdapat di permukaan bawah daun paku pakis
[Sumber: http://www. emanisme.wordpress.com]


12.2 Pembiakan Seksual Tumbuhan Berbunga

12.2.1 Struktur Bunga

Bunga merupakan struktur pembiakan bagi tumbuhan bagi menjalankan pembiakan
seksual. Sekuntum bunga yang lengkap terdiri daripada sepal, ranggi, stamen, dan
pistil. Stamen ialah organ pembiakan jantan bagi bunga. Pada stamen terdapat anter
yang mengeluarkan butir debunga, iaitu gamet jantan bunga. Pistil ialah organ
pembiakan betina bagi bunga. Pada pistil terdapat ovari yang mengandungi ovul, iaitu
gamet betina bunga. Rajah 12.8.

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan


130








Rajah 12.8: Struktur bunga dalam pembiakan seksual.
[Sumber:http://www.tutor.com.my]


12.2.2 Pembentukan debunga
Debunga dihasilkan dalam anter yang mana setiap anter mempunyai dua atau empat
lobus. Rajah 12.9. Dalam setiap lobus terdapat satu rongga yang dipanggil pundi
debunga. Dalam setiap pundi debunga itu, terdapat mikrosporosit (sel induk debunga).
Setiap pundi debunga dikelilingi oleh satu lapisan sel yang di panggil tapetum. Tapetum
ini kaya dengan makanan simpanan yang menjadi sumber makanan bagi pundi
debunga.






Rajah 12.9: Keratan rentas anter
[Sumber: http://www. uri.edu]


Mikrosporosit membahagi secara meiosis menghasilkan tetrad debunga haploid.
Debunga ini disaluti oleh lapisan dinding yang berukir supaya debunga dapat melekat
pada permukaan stigma semasa proses pendebungaan berlaku. Nukleus tetrad
debunga mengalami mitosis menghasilkan dua nukleus haploid, yang dikenali sebagai


Pundi debunga
Filamen
Tapetum
Mikrospora
SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan


131

nukleus penjana dan nukleus tiub. Nukleus tiub adalah lebih besar daripada nukleus
penjana. Maka, terbentuklah butir debunga yang matang. Rajah 12.10.











Rajah 12.10: Pembentukan butir debunga yang matang
[Sumber: http://www. biochem.wisc.edu]


12.2.3 Pembentukan Ovul

Pada ovari terdapat beberapa ovul. Ovul terdiri daripada nuselus iaitu terdiri daripada
sel parenkima . Nuselus diselaputi oleh dua lapisan integumen iaitu integumen luar dan
integumen dalam. Integumen tidak menyaluti nuselus pada keseluruhannya, terdapat
satu liang kecil yang tidak diselaputi oleh integumen yang dipanggil mikropil. Satu sel
nuselus pada hujung yang terdekat dengan mikropil tumbuh lebih besar daripada sel
yang lain dan menjadi megasporosit (sel induk megaspora). Melalui proses meiosis,
megasporosit akan menghasilkan empat sel haploid. Tiga daripada empat sel haploid ini
merosot manakala satu sel berkembang menjadi pundi embrio. Nukleus pada pundi
embrio akan membahagi sebanyak tiga kali menghasilkan lapan anak haploid. Tiga sel
haploid bergerak ke kutub bertentangan menjadi tiga sel antipod, manakala sel yang
berhampiran mikropil menjadi dua sel sinergid dan satu ovum. Dua sel haploid di tengah
pundi embrio berkembang menjadi nuklues kutub. Hanya ovum dan nukleus kutub
terlibat dalam perkembangan embrio manakala yang lain merosot. Rajah 12.11


Mikrosporofit
(diploid)
4 tetrad debunga
(haploid)
Pembentukan dinding debunga
Butir debunga yang matang
Nukleus Penjana
Nukleus Tiub
SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan


132



















Rajah 12.11: Pembentukan gametofit betina .
[Sumber: http://www. tutorvista.com & http://www. ncbi.nlm.nih.gov]


12.2.4 Pendebungaan

Pendebungaan ialah satu proses pemindahan debunga (gamet jantan) dari anter ke
stigma. Pendebungaan melibatkan agen pendebungaan seperti angin, air, haiwan dan
letupan. Pendebungaan terdapat dua jenis iaitu pendebungaan sendiri dan
pendebungaan kacuk. Pendebungaan sendiri ialah perpindahan debunga pada pokok
yang sama, manakala pendebungaan kacuk pada pokok yang lain spesies yang sama.

12.2.5 Persenyawaan Ganda Dua

Dalam tumbuhan berbunga, apabila debunga melekat pada stigma, debunga akan
menghasilkan tiub debunga. Tiub debunga akan tumbuh ke arah pundi embrio. Nukleus





megasporosit
(diploid)
4 sel haploid
merosot
satu sahaja sel haploid
berkembang
Ovum
Dua sel
sinergid
3 sel antipodal
2 nukleus
pola
Ovum
2 nukleus
kutub
3 sel antipodal
2 nukleus
sinergid
Integumen
Mikropil
SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan


133

penjana akan membahagi secara mitosis dan membentuk dua nukleus jantan iaitu
sperma (Rajah 12.12). Setelah memasuki pundi embrio nuklues tiub merosot.












Rajah 12.12: Pembentukan tiub debunga dan gamet jantan
[Sumber: http://www. 1redsquirrel.com]


Salah satu sperma (nukleus jantan) bercantum dengan sel telur untuk menghasilkan
zigot diploid yang akan berkembang dan membesar menjadi tumbuhan baru. Sperma
satu lagi bercantum dengan nukleus kutub untuk membentuk nukleus triploid. Nukleus
triploid ini kemudian menjadi tisu endosperma. Persenyawaan yang menghasilkan satu
zigot diploid dan satu nukleus triploid dinamakan persenyawaan ganda dua (Rajah
12.13)













Rajah 12.13: Persenyawaan Ganda Dua
[Sumber: http://www.tutorvista.com]





Nukleus
penjana
Nukleus
tiub
Sperma /
Gamet Jantan
SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan


134

12.2.6 Perkembangan Ovul Kepada Biji.

Selepas persenyawaan, zigot diploid membahagi beberapa kali secara mitosis untuk
menghasilkan embrio, manakala zigot triploid pula menjadi endosperma. Endosperma
yang mengelilingi embrio yang sedang berkembang dan berfungsi untuk membekalkan
makanan kepada embrio. Embrio akan terus berkembang dan membeza menjadi
plumul, kotiledon dan radikel. Rajah 12.14. Sel yang terletak jauh daripada mikropil
membahagi untuk membentuk plumul yang akhirnya akan menjadi batang tumbuhan.
Sel yang terletak berdekatan mikropil membeza untuk membentuk radikel yang akhirnya
menjadi akar tumbuhan. Ovul akhirnya akan menjadi biji dan integumen menjadi kulit biji
atau testa, manakala ovari berkembang menjadi buah. Buah ini mengandungi biji benih
di dalamnya.








Rajah 12.14: Struktur biji benih
[Sumber: http://www. seedgenes.org]




12.3 Kitaran Hidup Tumbuhan Berbunga

Tumbuhan berbunga (angiosperma) mempunyai dua kitaran hidup iaitu generasi diploid
dan generasi haploid. Generasi diploid ialah kitaran pembentukan sporofit, iaitu biji
benih (organisma diploid/2n hasil daripada persenyawaan antara gamet betina
(haploid/n) dan gamet jantan (haploid/n) tumbuh dan berkembang menjadi organisma
sporofit (diploid/2n) melalui proses mitosis dan pertumbuhan. Generasi haploid ialah
kitaran pembentukan gamet jantan (sperma) dan gamet betina (ovul) yang haploid (n)
hasil daripada proses mitosis. Rajah 12.15.


SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan


135















Rajah 12.15: Kitaran hidup tumbuhan berbunga
[Sumber: http://www. cartage.org.lb]








Buat satu nota bergambar kitaran tumbuhan berbunga yang terdiri daripada dua
kitaran hidup. Setiap perkembangan dalam pembiakan seksual dijelaskan dan
diringkaskan dalam nota bergambar tersebut.














Latihan 12.1

1. Generasi Diploid
2. Generasi Haploid
SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan


136




TASK MODUL 2

Pembiakan Tumbuhan : Pendebungaan dan Penyebaran biji benih.



Objektif:
1.Mengenalpasti dan mengkelaskan tumbuhan berdasarkan jenis
agen pendebungaan.
2.Mendapatkan maklumat berkaitan tumbuhan dengan buah dan biji benih yang
terubah suai untuk cara penyebaran yang berbeza.
Kaedah:
Jalankan kajian ini secara berkumpulan. ( 5 ahli bagi setiap kumpulan)
1. Lakukan lawatan ke mana-mana taman bunga yang hampir dengan kediaman
atau sekolah anda (Cth: Taman Seribu Bunga, Taman Bunga Sekolah, Taman
Rama-rama dll.)
2. Rakam semua gambar yang berkaitan dengan buah-buahan dan bunga-bungaan
yang anda perhatikan.
3. Namakan gambar dan kumpulan bunga bergantung kepada jenis agen
pendebungaan yang terlibat.
4. Kelaskan ciri-ciri buah-buahan dan biji benih berdasarkan jenis penyesuaian
untuk penyebaran.
5. Bincang dan kongsikan dapatan anda dengan rakan-rakan yang lain.

Markah akan diberi berdasarkan:
- Gambar buah dan biji benih yang dikumpulkan. Semua gambar/foto perlu diberi
nombor, dan disertai dengan tajuk dan penerangan yang jelas.
- Kesungguhan hasil kerja yang ditunjukkan.
- Penerangan ringkas berkaitan koleksi buah dan biji benih.
- Kualiti persembahan dan kreativiti



SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan


137

12.4 Kemandirian Tumbuhan
Tumbuhan berupaya hidup dalam pelbagai habitat dan mempunyai keupayaan untuk
mengadaptasi dengan habitat masing-masing bagi kemandirian tumbuhan tersebut.
Pelbagai jenis tumbuhan hidup dalam pelbagai habitat seperti tumbuhan mesofit,
hidrofit, halofit dan xerofit.

12.4.1 Tumbuhan Mesofit

Mesofit ialah tumbuhan yang hidup di darat yang dapat hidup dalam lingkungan
kandungan air, kelembaban dan suhu yang cukup. Bentuk adaptasi pada tumbuhan
mesofit umumnya sangat sederhana kerana hidup dalam habitat yang sesuai untuk
pertumbuhannya. Pada akar, tumbuhan mempunyai sistem akar yang berkembang
dengan baik dan teratur dengan sistem akar yang bercabang, panjang, keras dan tebal
Pada batang umumnya padat dan tumbuh cabang, manakala daun pula mempunyai
pelbagai bentuk, melebar di bahagian tengah dan warna hijau gelap serta lapisan kutikel
yang tebal dan stoma pada permukaan bawah daun. Tumbuhan menghasilkan biji yang
dorman dalam keadaan tidak sesuai untuk percambahan. Namun begitu, tumbuhan ini
tidak begitu tahan dalam keadaan yang sangat kering atau banjir dalam keadaan yang
sangat lama.







Rajah 12.16: Pelbagai tumbuhan mesofit di darat
[Sumber: http://www. nature.nps.gov]








SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan


138

12.4.2.Tumbuhan Hidrofit

Tumbuhan hidrofit adalah tumbuhan yang hidup di air. Pada daun dan batang
mempunyai tisu aerenkima membentuk ruang udara yang besar (lakuna) bagi
menyimpan oksigen dan karbon dioksida bagi membolehkan tumbuhan menjalankan
proses respirasi dan fotosintesis, masing-masing. Daun yang terdapat ruang udara
memberi kesan apungan kepada daun untuk membolehkan daun mendapat cahaya
matahari dengan mencukupi. Daun juga daun yang melebar dan stoma berada di atas
permukaan daun yang mempunyai lapisan epidermis yang tebal bagi membolehkan
berlaku proses fotosintesis dengan optimum. Daun mempunyai lapisan kutikel yang
nipis bagi membolehkan air berlebihan dibebaskan dalam bentuk wap air melalui daun.
Pada batang, tisu sklerenkima tidak mengalami atau sedikit sahaja dikukuhkan dengan
lignin untuk menjadikan batangnya menjadi tidak tegar dan patah akibat arus air. Akar
tumbuhan hidrofit juga tidak berkembang dengan baik, begitu juga xilem kerana
sentiasa tenggelam di dalam air. Tumbuhan yang hidup dalam air berupaya menyerap
garam dan pertukaran gas dalam air.













Rajah 12.17: Tumbuhan hidrofit
[Sumber: http://www. tutorvista.com]


12.4.3 Tumbuhan Xerofit

Tumbuhan xerofit ialah tumbuhan yang hidup dalam keadaan kurang bekalan air seperti
di gurun sahara. Daun dan batang disaluti dengan lapisan kutikel yang tebal dan
bersinar bagi mengelakkan pemeluwapan air melalui epidermis dan berupaya

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan


139

memantulkan lebih banyak radiasi solar. daun yang kecil dan stoma yang sedikit tetapi
tenggelam di dalam daun juga dapat mengelakkan kehilangan air yang banyak melalui
transpirasi. Selain itu, pada daun terdapat bulu yang dapat memerangkap lembapan
udara juga mengurangkan pemeluwapan air dan menyejukkan tumbuhan dengan
memberikan bayangan ke atas tumbuhan tersebut. Batang dapat menyimpan air dan
memainkan peranan dalam proses fotosintesis. Akar mempunyai dua jenis sistem iaitu
sistem akar menjalar yang menjalar jauh ke dalam tanah bagi menyerap air yang jauh
ke dalam tanah dan akar di permukaan tanah bagi menyerap air secepat mungkin
apabila hujan dan air yang terkondensasi pada waktu malam.












Rajah 12.18: Tumbuhan xerofit
[Sumber: http://www. tutorvista.com]


12.4.4 Tumbuhan Halofit

Tumbuhan halofit ialah tumbuhan yang dapat hidup dalam keadaan air masin. Daun
tumbuhan mempunyai ciri-ciri xeromorfik untuk merendahkan kadar transpirasi iaitu
lapisan daun dan kutikel yang tebal, stoma sedikit dan terbenam serta berbulu halus
pada daun. Pada daun juga terdapat liang hidatod yang mengeluarkan lebihan garam
mineral. Tumbuhan mempunyai akar yang tumbuh secara geotropism negatif dikenali
sebagai pneumatofor yang tumbuh ke atas melepasi permukaan lumpur. Pada
pneumatofor terdapat lentisel yang membolehkan akar bernafas. Selain itu, biji benih
vivipariti yang bercambah semasa masih melekat pada induk bagi menjalankan proses
respirasi. Biji benih vivipariti akan terjatuh secara menegak dan tercacak di atas lumpur
semasa air surut bagi mengelakkan biji benih di bawa arus ke tengah laut.

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan


140













Rajah 12.19: Tumbuhan halofit di paya bakau
[Sumber: http://www. pkukmweb.ukm.my]





Latihan 12.2


Terdapat 4 kumpulan tumbuhan iaitu mesophyte , xerophyte, hydrophyte dan halophyte
Beri definasi bagi 4 kumpulan di atas. Terangkan tiga penyesuaian dari segi struktur
bagi tumbuhan xerophyte yang mengurangkan kadar transpirasi.
Bincangkan.













SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan


141


Rujukan

Lee Ching and Arunasalam,J. (2007). Pre-U text STPM Biology. Shah Alam: Pearson Malaysia.
Sdn. Bhd.

Raven, P.H. Johnson, G.B., Losos, J.B. and Singer, S.R. (2005). Biology. Boston: McGraw Hill
Higher Education.







Layari Internet

http://www.biologyreference.com/Gr-Hi/Growth.html

http://www.britannica.com/EBchecked/topic/247218/growth

http:www.britannica.com/EBchecked/topic/247218/growth

http://www.cactus-art.biz/note-book/Dictionary/Dictionary_G/dictionary_growth.htm

http://www.cdli.ca/courses/biol2201/unit04_org01_ilo02/b_activity.html

http://www.demographic-research.org/Volumes/Vol15/12/15-12.pdf

http://www.science.siu.edu/zoology/materials/zool466/fish7.pdf







Tamat Topik 12

Anda mungkin juga menyukai