Anda di halaman 1dari 9

Kisah Musang

yang tamak.
BABAK 1

Pencerita :
Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh,
Kepada rakan-rakan yang dikasihi, hari ini kita akan menyaksikan satu
persembahan boneka tangan mempersembahkan cerita musang yang tamak.

Di pinggir sebuah hutan , tinggallah seekor musang dan beberapa haiwan
lain seperti katak, arnab, harimau dan ayam. Musang merupakan seekor haiwan
yang terkenal dengan garangnya... serta tamak.. Nak dijadikan cerita kawan-
kawan sekalian, , Musang ni suka makan Keledek.. Kamu pernah tengok
keledek.. Hah, ini dia.

Baiklah, mari kita saksikan kisah musang yang tamak..
Pada suatu hari yang cerah.. musang menyanyi dengan gembira...

Musang :Aku yang dulu bukanlah yang sekarang.. (Ikut rentak lagu tegar)
Lapar pulak perut aku ni. Di mana makanan kegemaran aku?..
hah ni pun dia.. Alamak Cuma tinggal satu aje.. kalau aku makan
yang ini , habislah bekalan makanan aku..
Macam ni tak boleh jadi, laparlah aku nanti..
Pak Musang termenung seketika ..sambil mencari idea..

Musang : Hah, aku ada satu idea. Baik aku pergi berjumpa dengan Ahli sihir
yang tinggal nun di tengah hutan.. mungkin dia boleh menolong.


BABAK 2

Pencerita : Pak musang pun bersegera ke dalam hutan untuk berjumpa ahli
sihir . Setibanya di sebuah gua...
THX Sound Effect - Deep Note.mp4

Ahli Sihir : Hai musang berani kamu datang ke sini ? Apa yang kau mahu?

Musang : A.a..aaku , nak minta pertolongan kau , wahai ahli sihir..

Ahli Sihir : Apa?! Pertolongan dari aku ?... hahahaha..
Pertolongan apa?

Musang : Aku amat suka memakan keledek, tapi aku malas nak
mencarinya. Bolehkah kau menolong aku dengan sihirmu..?!

Ahli Sihir : hahaha.. Aku boleh tolong kau... begini .. Kau... pandai mengira
musang?

Musang : Aku pandai mengira, bukankah aku belajar dalam kelas linus
dengan cikgu Leez..
Kenapa wahai ahli sihir?


Ahli sihir : Kamu carilah seberapa banyak haiwan di dalam hutan ini, dan
minta mereka menyebut lima. Dengan sihirku ini, tak semena-
mena mereka akan bertukar menjadi keledek... hahahaha..

Musang : Wah mudah benar .. kalau macam ni senang la kerja aku.. hihihi..
( ketawa kecil)

Ahli Sihir : Tunggu dulu wahai musang, Ada satu syarat yang kamu harus
Patuhi.

Musang :Apa syaratnya, wahai ahli sihir...?

Ahli Sihir : Pak Musang kamu jangan menyebut lima, jika kamu menyebut
lima , maka sihir ku ini akan terbalik kepada kamu. okey?

Musang : ooo itu mudah sajaBaiklah aku bersetuju.


Pencerita :Setelah persetujuan dibuat, Pak musang pun bergegas
meninggalkan gua ahli sihir tersebut..





BABAK 3

Keesokan harinya , suatu pagi yang ceria, musang mula memasang strategi
untuk mendapatkan keledek..

Musang :Hai, manalah haiwan-haiwan dalam hutan ni.. tak sabar aku
hendak menguji sihir yang diajar ahli sihir semalam..

Katak :Hai pak musang apa yang difikirkan tu , sehingga tidak
menyedari kehadiranku?

Musang :Oh.. Katak , maaflah.. aku .. aku.. Cuma ada sedikit masalah..

Katak :Masalah apa tu pak musang? Beritahulah, mana tahu aku boleh
menolong.

Musang :Begini , aku ingin mengira berapa jumlah jari di tangan kananku
ini.. bolehkah kau tolong kirakan, katak..?

Katak :Kau tak tahu mengirakah , pak musang. Baiklah biar aku tolong
kirakan. Hulurlah tangan kananmu.. 1..2..345



Pencerita :Tak semena-mena arnab bertukar menjadi seketul keledekpak
musang sangat gembira

Musang :Hahahahahaha.. hebat.. hebat.. sekarang aku ada dua ketul
keledek ermmm tapi kecil sangat lah aku nak keledek yang
besar sedikit.. mana haiwan-haiwan lain ni?

Pencerita :Tiba-tiba muncul seekor arnab dari rimbunan semak..

Arnab :Hai pak musang, apa yang dirungsingkan tu.. Nampak risau
semacam saja..

Musang :Erm. Oh arnab.. aa.. aku ada sedikit masalah. Bolehkah kau
tolong kirakan jari tangan kananku ini ?

Arnab :Eh kenapa pulak tak boleh, mesti boleh, Malaysia boleh.. hehehe
1.2..3..4..5


Pencerita :Plup.. tak semena-mena arnab pun bertukar menjadi keledek yang
agak besar musang sangat gembira


Musang : Wah hahahaha. Besar jugak keledek ni. Hrmmm tapi ,
bukankah lagi baik kalau ada banyak.. keledek kenyang la aku
nanti , hehehe.

Pencerita :Pak musang menjadi semakin tamak dia tidak berpuashati
dengan 3 ketul keledek yang ada. Pak musang meneruskan
misinya untuk mendapatkan lebih keledek..

Musang :Eh.. itu mcm bunyi harimau kali ini aku akan dapat keledek
yang besar(musang berkata dalam hati)

Musang :Wahai pak belang bolehkah kau menolong aku..

Harimau : Auuuummmm, kau minta tolong dengan aku, tak takutkah kau,
aku akan makan kau aummmm

Musang :Janganlah begitu, aku tahu kau bijak, bolehkah kau tolong kirakan
jari tanganku ini?

Harimau :Itu saja, itu mudah saja bagi haiwan yang bijak mcm aku
ni..aaauuummmm 1..2 ..3..45





Pencerita :Harimau pun bertukar menjadi seketul keledek
Musang menjadi semakin tamak dan gembira dengan perbuatan
jahatnya itu

Musang :Hohohoho banyaknya keledek hrmmmm kalau ada lagi
banyak keledek , kan bagus.. aku mesti mencari haiwan lain lagi
untuk menambah koleksi keledek ku ini tapi aku harus berhati-
hati dengan syarat ahli sihir. JANGAN SEBUT LI.
Hahahaha.. nanti aku pulak yang bertukar menjadi keledek..
hehehe

Pencerita :Tanpa disedari perbuatan jahat musang yang tamak itu telah
diperhatikan oleh seekor ayam dari celah-celah semak

Ayam :Oooo Ini rupanya kerja kau ye musang, nanti kau

Pencerita :Rupa-rupanya ayam memerhati gelagat musang di sebalik semak
samun.. itik juga telah mengetahui rahsia pak musang yang tamak
itu mari kita saksikan kisah seterusnya..



Ayam :kok kok kok Hai pak musang apa yang dimenungkan itu?

Musang :Oh,Ayam rupanya.. Aku sedang mengira jari tangan kananku ini.
Tapi aku lupa lah macam mana nak kira

Ayam :Oh..itu senang aje. Mari sini , biar aku yang kirakan.. (taulah nasib
kau kali ni musang, kata itik di dalam hati)
Satu.. kok kok dua kok kok tiga.. kok kok.. lepas tiga
apa ye. Ahhhh kira semulalah satu kok kok dua kok kok
tiga kok kok.. em empat kok kok. Ermmmmmm
lepas empat apa ye.. ermmm apa ye musang kau ingat tak..?

Musang : ( dengan rasa tidak sabar).. ishh.. lambat betul la kau ni itik
lepas empat.. LIMA la.


Pencerita :Dengan Tak semena-mena, musang bertukar menjadi keledek
haiwan yang lain bertukar ke bentuk asal
Begitulah ceritanya murid-murid sekalian. Sebagai pengajaran,
janganlah kita berbuat jahat kepada rakan-rakan dan jauhilah
perasaan tamak. Semoga hidup kita aman dan sentosa.

Baiklah marilah kita sama-sama nyanyikan lagu mari mengira..

Anda mungkin juga menyukai