Anda di halaman 1dari 4

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor monyet yang bijak lagi disukai ramai

bersama dengan binatang lain.


Gajah: Wu wuwu
Zirafah: Wahai Sayangku. Kenapa kamu menangis?
Gajah: Wu wu semalam anak saya digigit oleh si harimau yang jahat itu.
Kaki dia cedera. Sekarang masih tidak boleh berjalan lagi. Saya sangat
risau ni wu wu
Pada masa yang sama, Si Harimau merupakan Raja di hutan itu. Si
Harimau sangat sombong, ganas dan kuat.
Harimau: Saya ialah Raja di hutan ini. Sayalah yang paling kuat di dunia ini.
ngaum~
Namun, Si Harimau suka membuli binatang kecil yang lain. Semua
penghuni hutan sangat takut akan harimau itu.
Binatang lain: a~ harimau datang! Lari! Cepat selamatkan diri. Cepat! Cepat!
Si Monyet bersimpati dengan keadaan binatang lain.
Monyet: Kasihannya kawan-kawanku di hutan. Makan tak kenyang, tidur tak
lena, mandi tak basah. Si Harimau itu jahat sangat. Saya mesti buat
sesuatu.
Si Monyet terfikir satu cara untuk mengenakan Si Harimau.
Monyet: Aha (Ding), inilah idea bagus. Kali ini, saya pasti akan mengajar Si
Harimau yang bongkak tu.
Si monyet pergi berjumpa dengan Si Harimau.
Monyet: Wahai Si Raja Harimau yang saya kasihi, apa yang sedang kamu
buat?
Harimau: Saya baru nak pergi berjalan-jalan.

Monyet: Si Harimau ni mesti nak buli kawan-kawanku. Saya mesti
menghalang dia. (Monolog dalaman)
Monyet: Jangan pergi berjalan-jalan lagi. Jom, kita bertanding.
Pertandingan yang seronok dan mencabar!
Harimau: Apa pertandingan ni? Berani kamu cabar saya. Semua binatang
takut akan ku. Mereka semua tak berani menghampiri aku.
Monyet: Ini satu pertandingan sahaja.
Harimau: kalau macam tu, baiklah. Apa pertandingan yang kamu rancang ni?
Monyet: Pertandingan ini perlukan bantuan binatang lain, terutamanya Tuk
zirafah dan Sang gajah.
Mereka bersama-sama berjumpa dengan zirafah dan gajah.
Monyet: Assalamuaikum, Tuk Zirafah.
Zirafah: Muailaikumsalam. Ada apa hal? Kenapa cari saya? Sekarang
bukan masa untuk kamu tidur petang?
Monyet: Sebenarnya, saya nak bertanding dengan si harimau. Tetapi, kami
perlu seorang pengadil. Sudikah Tuk Zirafah menjadi pengadil untuk kami?
Zirafah: Apa? Apa yang kamu fikir ni? Kenapa kamu nak bertanding dengan
si harimau?
Harimau: Hahahaha.. sebab.... Si monyet ni bodoh. Dia tidak pandai ukur
baju di badan sendiri. Hahahaha....
Monyet: Tuk zirafah, jangan risau. Main sahaja. Janjilah pada saya, jadi
pengadil untuk pertandingan ini.
Zirafah: Baiklah. Saya doa untuk kamu.
Monyet: Jadi, kita berkumpul di padang besar pada pukul 4.30 ni. Ingat ya!
Harimau: tolong beritahu si binatang lain untuk datang meyaksikan
pertandingan ini. Saya nak menjatuhkan maruah si monyet di depan
khalayak.
Selepas perbincangan dengan Tuk Zirafah, mereka pun pergi berjumpa
dengan Sang gajah.
Monyet: Hai, Sang gajah. Lama tak jumpa ni... Apa khabar?
Gajah: Hai, biasalah....
Monyet: Eh, sebenarnya saya dengan si harimau nak minta bantuan kamu
dalam pertandingan.
Gajah: Saya ok saja. Tapi... Kenapa pilih saya? Kenapa???
Monyet: Sebenarnya, saya nak mengenakan Si Harimau tu. Hihihi....
Gajah: Apa? Logikkah rancangan kamu ni? Kalau gagal, macam mana?
Adakah si harimau akan buli anak saya lagi?
Monyet: Jangan risau. Jangan tanya lagi. Ikut saya pergi padang besar
sekarang.
Di padang besar, banyak binatang telah menghadirkan diri untuk
menyaksikan pertandingan antara Si harimau dengan Si monyet. Si monyet
dan si harimau beria-ia untuk bertanding.
Harimau: Cepatlah mula. Jangan bazir masa lagi. Saya tak sabar nak
menang ni!
Tuk Zirafah memberitahu syarat pertandingan.
Zirafah: sesiapa yang berjaya mengalihkan Sang gajah dari bulatan yang
ditanda ini dalam masa kurang daripada 2 minit akan digelar sebagai
pemenang. Adakah kamu berdua bersetuju?
Monyet & Harimau: Setuju!
Pertandingan dimulakan dengan Si harimau. Si harimau cuba sedaya upaya
untuk mengalihkan Sang gajah.
Harimau: Aah.. aah... berat ni? Kenapa kamu berat sangat? Apa kamu
makan ni?
Namun, Sang gajah tidak bergerak langsung. Dia telah mula menyanyi lagu
kegemarannya.
Gajah: Lalalalala.....
Zirafah: Masa tinggal 10 saat. 5, 4, 3, 2, 1.. masa tamat. Si harimau telah
gagal mengalihkan Sang gajah. Giliran si monyet pula. Dipersilakan...
Harimau: Saya tak percaya kamu akan menang. Jika kamu menang, saya
akan buat apa-apa saja yang kamu minta.
Si monyet senyap-senyap meletakkan Si tikus di tepi Sang gajah. Apabila
Sang gajah ternampak si tikus bergerak menujunya, dia terkejut dan
melompat keluar dari bulatan. Si monyet berasa gembira.
Monyet: Yea... Yea... Yea.. Saya menang. Saya menang.
Tuk Zirafah pun mengumumkan Si monyet sebagai pemenang.
Zirafah: Pertandingan sudah tamat. Pertandingan ini dimenangi oleh.....
Si Harimau berasa sangat tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil.
Harimau: Main tipu! Tak boleh macam ini. Tak adil! Tak adil!
Dengan geramnya, Si Harimau ingin menyerang Si Monyet.
Monyet: Ah! Tolong... tolong!
Dengan pantasnya, Si Gajah melempar Si Harimau dengan belalainya.
Harimau: Ah.... Sakitnya.....
Setiap peristiwa itu, harimau berasa malu dan meninggalkan hutan itu. Si
Monyet dan binatang lain berasa gembira kerana berjaya menghalau Si
harimau yang jahat itu. Semua binatang hidup dengan aman dan damai.

Anda mungkin juga menyukai