Anda di halaman 1dari 2

SKRIP CERITA

TajukCerita: Gajah, AyamJantan dan Rubah



Gajah dan ayam jantan adalah dua sahabat yang tinggal di dalamgua.
Suatuhari,mereka pergi berjalan-jalan di dalam hutan. Tiba-tiba langit menjadi gelap
dan angin mula bertiup kencang.

Ayam jantan berkata, "Alamak, hari nak hujan!"

"Elok kita jangan teruskan perjalanan," kata gajah. "Kita boleh bermalam di sini."
Mereka pun melihat sekeliling untuk mencari tempat tidur. Ayam jantan menjumpai
sepohon pokok besar. Pokok itu akan melindungi mereka daripada hujan.

Ah, aku dah jumpa tempat tidurku! kata ayam jantan.

Dia terbang ke atas dahan dan selesakan dirinya.

Hooray..Aku juga sudah menjumpai tempat tidurku! kata gajah.

Gajah menjumpai kawasan semak di pangkal pokok. Dia berasa gembira berehat di
tempat yang hangat dan kering itu. Dua sahabat itu tidur nyenyak sepanjang malam.
Tiba waktu subuh, ayam jantan pun bangun dan mula berkokok.

Kokokokokkk Jerit ayam jantan.

Seekor rubah terdengar ayam jantan berkokok. Rubah itu mahu makan ayam
tersebut. Sebentar kemudian dia menjumpai ayam jantan di atas sebuah pokok
besar.

Rubah berkata, "Kamu mempunyai suara yang sungguh merdu! Aku mahu menjadi
sahabatmu. Turunlah kebawah supaya kita boleh berbual."

Ayam jantan tidak mempercayai rubah.
"Kamu patut bercakap dengan sahabatku yang ada di pangkal pokok,"
"Dia juga pandai menyanyi." Kata ayam jantan.

Rubah menyangka sahabat itu ialah seekor ayam lagi.

Sahabat!"dia melaung ke arah semak. Marilah keluar dan nyanyikan sebuah lagu
untukku!"

Gajah berasa marah kerana dikejutkan daripada tidur. Dia mula melalak dengan
kuat dan melompat keluar dari semak
*Bunyi gajah melalak*

Rubah sangat takut dan melarikan diri. Gajah mengejarnya di dalam hutan.
Selepasitu,gajah kembali ke pokok. Ayam jantan memberitahu gajah tentang
bagaimana rubah cuba bersahabat dengannya.

Mereka mentertawakan rubah yang malang itu. Tidak lama kemudian, dua sahabat
itu selamat sampai di lading dan mereka tidak pernah melihat rubah itu lagi

*****************************************TAMAT***********************************

Anda mungkin juga menyukai