Anda di halaman 1dari 1

Refleksi (Firdaus B. Md.

Fadzil)


Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah membuat pemerhatian dan
pembacaan daripada buku-buku ilmiah serta sumber dari bahan internet. Pada masa
yang sama, saya berasa sangat gembira kerana dapat melakukan tugasan yang
diberi oleh pensyarah saya iaitu Puan Norehan Bt. Muhamad. Bidang pemulihan ini
sedikit sebanyak dapat mengajar saya tentang kepentingan seorang guru terhadap
tanggungjawabnya. Disamping itu, saya berasa sangat bangga kerana didedahkan
dengan ilmu-ilmu baru. Bagi saya, ia merupakan suatu ilmu yang sangat bernilai dan
berharga.

Sehubungan dengan itu, saya berasa sangat bersyukur kerana berkesempatan
mempelajari ilmu-ilmu dalam bidang pemulihan dan seterusnya dapat
mengaplikasikannya di sekolah kelak. Hal ini kerana seorang guru perlu mahir dalam
setiap bidang yang diceburi. Sebagai bakal guru juga, saya tahu bahawa peranan
saya sebagai seorang pendidik sangat penting. Jadi, sudah menjadi tanggungjawab
setiap guru dalam mendidik murid tanpa mengira status bangsa, agama, hubungan
dan sebagainya. Malah, seorang guru juga perlu serba boleh dan kreatif dalam
menangani murid. Sebagai contoh, saya dapat mempelajari teknik dan strategi yang
berkesan dalam mendidik kanak-kanak pemulihan menerusi bahan-bahan BBM dan
pendekatan yang menarik. Bukan itu sahaja malah dapat meningkatkan keyakinan
saya sebagai guru pelatih supaya bersedia menghadapi situasi pengajaran sebenar.
Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.

.
Kesimpulannya tugasan ini mengajar saya untuk mempelajari lebih banyak ilmu
dan mempraktikkannya pada masa hadapan terutamanya apabila saya menjadi guru
kelak.

Anda mungkin juga menyukai