Anda di halaman 1dari 23

1

1.0 PENGENALAN
Pengukuran ialah satu kaedah pemerolehan keputusan yang bersifat angka
atau kuantitatif dengan menggunakan instrumen (Abu Zarin,2011). Keputusan
pengukuran perlu ditafsirkan dengan bentuk keputusan yang bermakna. Seiring
dengan itu penilaian perlu dilaksanakan untuk menguatkan keberkesanan
pengukuran sesuatu ujian.
Penilaian memainkan peranan penting dalam kurikulum pendidikan dan
sebahagian dari kurikulum itu sendiri. Penilaian dilakukan untuk menilai samada
sesuatu objektif yang ditetapkan itu tercapai atau tidak. Dalam pengajaran dan
pembelajaran, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru mengajar dan
pelajar belajar. Oleh itu pemahaman terhadap konsep pengujian,penilaian,
pengukuran dan pentaksiran sangat penting bagi seseorang guru untuk memastikan
pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil.
Penilaian ialah satu proses yang sistematik untuk mengumpul dan
menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah
ditetapkan itu telah tercapai (Gay 1985). Menurut Stufflebeam (1971):Penilaian
adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna
bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.
Pengukuran dan penilaian sangat penting dalam Pendidikan Jasmani untuk
memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk
masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Pengajaran dalam Pendidikan
Jasmani perlu dinilai untuk menentukan tahap kejayaannya sekaligus memberi
maklum balas terhadap tahap pencapaian pembelajaran murid dan dapat
menentukan keberkesanan pengajaran guru Pendidikan Jasmani contohnya
permainan hoki.
Permainan hoki yang merupakan permainan yang telah lama dimainkan dan
mula dikenali sebagai sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900.
Terdapat beberapa kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pemain dalam
permainan ini. Bagi menguji tahap pencapaian pemain, ujian-ujian yang berkaitan
perlu dijalankan untuk menilai prestasi pemain. Pengukuran dan penilaian amat
penting dalam sesuatu permainan supaya dapat mengukur dan menilai tahap
kemajuan seseorang pemain.

2

2.0 PENULISAN BERKAITAN
Melalui jurnal Mohad Anizu Mohd Nor dan Mohd Fadli Saari, Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia iaitu Mengkaji Perbezaan Tahap
Kelajuan Dan Ketangkasan Pemain Hoki Wanita UTM Dengan Pemain Hoki
Wanita SUKMA Johor, saya dapati kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan
tahap kelajuan dan ketangkasan diantara pemain hoki wanita UTM dengan pemain
hoki wanita SUKMA Johor 2008. Seramai 14 pemain hoki wanita UTM dan 14
pemain hoki wanita SUKMA Johor 2008 telah dipilih sebagai sampel ujian. Bagi
mengukur dan menilai tahap kelajuan pemain, ujian 40m pecut digunakan bagi
kedua-dua pasukan untuk membuat perbandingan. Manakala bagi mengukur dan
menilai tahap ketangkasan pemain, ujian illinois digunakan bagi kedua-dua pasukan
untuk membuat perbandingan.
Proses reka bentuk kajian, kaedah yang akan digunakan adalah kajian
experimental. Di mana dua jenis sample akan diuji melalui ujian kemahiran motor
iaitu ujian kelajuan dan ujian ketangkasan. Bagi menguji tahap kelajuan atlit hoki
kedua-dua pasukan, ujian pecut 40m akan dijalankan. Ujian kedua yang akan
dijalankan adalah ujian Illinois. Ujian ini dijalankan bagi menguji tahap ketangkasan
atlit hoki kedua-dua pasukan seterusnya dapatlah dibuat perbandingan tahap
ketangkasan pemain kedua-dua pasukan. Hasil ujian mendapati pemain hoki wanita
SUKMA memperolehi keputusan yang lebih baik berbanding dengan pemain hoki
UTM. Terdapat beberapa pemain hoki wanita SUKMA Johor yang mencatatkan hasil
ujian yang baik. Hal ini kerana, pelajar tersebut merupakan pelajar dari Sekolah
Sukan Bandar Penawar dan juga Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBP). Punca
kemerosotan tahap kelajuan pemain hoki wanita UTM adalah kekurangan
kepelbagaian latihan yang boleh meningkatkan tahap kelajuan mereka. Sekiranya
latihan yang tidak sesuai diberikan kepada pemain, tahap kelajuan mereka tidak
akan mencapai pada tahap yang tertinggi. Penekanan juga harus diberikan dari
aspek ulangan dan intensiti latihan yang tersusun. Melalui kadar ulangan latihan
yang tersusun akan dapat meningkatkan lagi tahap kelajuan pemain. Seseorang
jurulatih seharusnya lebih peka tentang sesuatu latihan supaya latihan yang
dilakukan memberi kesan yang terbaik kepada pemain.

3

Menerusi jurnal kedua iaitu Kesan Program Latihan Menggunakan Model
Taktikal Dengan Stail Pengajaran Berbeza Terhadap Murid Pelbagai Tahap
Kemahiran Permainan Hoki yang dihasilkan oleh Sanmuga Nathan a/l K.
Jeganathan yang bertujuan untuk mengetahui kesan tiga program latihan terhadap
prestasi murid pelbagai kumpulan kemahiran dalam permainan hoki. Kajian ini
dijalankan selama 15 minggu dengan menggunakan reka bentuk balanced factorial
dan 3x3 within subjects design. Dapatan kajian menunjukkan terdapat kesan
peningkatan yang signifikan bagi program latihan SBT, SET dan SHT terhadap
murid dalam kepantasan dan ketepatan melakukan kemahiran umum hoki,
pengetahuan deklaratif dan prosedural hoki, mengawal bola, membuat keputusan
serta melaksanakan kemahiran dalam situasi permainan 3-lawan-3 dalam
pascaujian satu.
Daripada temu bual dan nota refleksi murid, mereka menunjukkan lebih
berminat terhadap aspek situasi permainan 3 lawan 3 dan penggunaan taktik dalam
situasi permainan dalam ke semua program yang dikaji. Kebiasaan murid suka
bermain berbanding belajar. Permainan yang saling mencabar antara satu sama lain
dengan rakannya paling digemari oleh kebanyakan murid. Setelah mendapat hasil
kajian, saranan lebih kepada program latihan SBT, SET dan SHT yang sesuai
digunakan untuk meningkatkan prestasi murid dalam permainan hoki jangka masa
yang pendek. Manakala program latihan yang mempunyai skor min yang kekal
antara pascaujian sesuai untuk program jangka masa panjang.

Kesan Latihan Jeda Terhadap Peningkatan Daya Tahan Kardiovaskular
Pemain Hoki Perempuan Kejohanan Sukan Antara Universiti Malaysia (Masum)
Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dihasilkan oleh Kamariah bt Abd Rahman
bertujuan untuk mengkaji kesan latihan jeda terhadap peningkatan daya tahan
kardiovaskular pemain hoki perempuan setelah enam minggu berlatih. Seramai 30
orang subjek iaitu 15 orang pemain hoki (atlet) yang ditanda kumpulan X manakala
15 orang lagi mewakili kumpulan Y bagi bukan atlet. Kumpulan X menjalani latihan
selama 6 minggu dan Kumpulan Y tidak menjalani sebarang latihan.
Instrumen yang digunakan ialah ujian bleep. Terdapat perbezaan yang ketara
antara kumpulan X dan Y. Tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular pemain
4

hoki semakin meningkat setelah mengikuti program latihan Jeda selama 6 minggu.
Hal ini menunjukkan otot kardiovaskular perlu dilatih setiap hari untuk memastikan
tahap kecergasan daya tahan yang optimum dapat dicapai supaya setiap aktiviti
yang dilakukan dapat berjalan dengan lancar dan mudah. Oleh itu, program latihan
Jeda ini memberi kesan yang positif kepada peningkatan daya tahan kardiovaskular
pemain hoki.

Secara keseluruhannya apa yang boleh saya simpulkan berkaitan dengan
ketiga-tiga artikel tersebut ialah mementingkan jenis instrumen yang dipilih betul
untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan dapatan yang tinggi. Pemilihan
jenis instrumen yang betul dapat menguji komponen kecergasan yang difokuskan
dan dapatan yang terhasil merupakan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
Hasil kajian yang diperoleh merupakan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi
dan jitu.












5

3.0 METADOLOGI BATERI UJIAN

INSTRUMEN 1 : Komposisi badan Body Mass Index (BMI)
KESIHATAN FIZIKAL : Berasaskan kesihatan
PERALATAN Penimbang berat, tape meter,
KESAHAN &
KEBOLEHPERCAYAAN
Ukuran dan timbangan ini sah kerana nilai dapatan
jelas dan mengikut berat dan tinggi murid
menggunakan numerik dan formula BMI. Keputusan
yang didapati konsisten.
PROSEDUR UJIAN

1. Murid mengambil ukuran berat menggunakan
penimbang berat yang disediakan oleh guru.

2. Murid mengambil ukuran ketinggian menggunakan
tali tape menggunakan ukuran centimeter.

3. Murid mengisi maklumat masing-masing di dalam
borang yan telah disediakan oleh guru.
SKOR/ NORM/ RUBRIK

Body Mass Index
Frequency Percent Valid
Percent
Cumulative
Percent
Valid
13.3 1 9.1 9.1 9.1
15.0 1 9.1 9.1 18.2
18.8 1 9.1 9.1 27.3
20.1 1 9.1 9.1 36.4
21.6 1 9.1 9.1 45.5
22.4 1 9.1 9.1 54.5
22.5 1 9.1 9.1 63.6
22.6 1 9.1 9.1 72.7
23.8 1 9.1 9.1 81.8
32.2 1 9.1 9.1 90.9
33.6 1 9.1 9.1 100.0
Total 11 100.0 100.0



6

INSTRUMEN 2 : Koordinasi mata tangan (Hand-Eye Test)
KESIHATAN FIZIKAL : Berasaskan kemahiran motor
PERALATAN bola, dinding, jam randik, wisel, kon penanda
KESAHAN &
KEBOLEHPERCAYAAN
Penggunaan tangan dan mata untuk melambung dan
menyambut bola mengesahkan ujian koordinasi mata
dan tangan. Had masa yang sama diberi kepada semua
murid bagi meningkatkan kebolehpercayaan ujian ini.
PROSEDUR UJIAN

1. Setiap subjek dikehendaki mengambil sebiji bola yang
telah disediakan guru seorang satu.

2. Subjek dikehendaki mengambil tempat dalam ukuran
1.5m daripada dinding yang telah ditanda oleh guru.

3. Lambungan/balingan ke arah dinding selepas guru
memberikan arahan SEDIA dan MULA diikuti
dengan tiupan wisel.

4. Bola hendaklah dilambung ke arah dinding
menggunakan sama ada tangan tangan atau tangan
kiri dan disambut menggunakan tangan berlawanan.

5. Hendaklah bergilir-gilir menggunakan tangan yang
berbeza untuk melambung dan menerima bola.

6. Dalam linkungan masa 30 saat, murid dikehendaki
membuat lambungan sebanyak yang boleh.

7. Selepas 30 saat, guru memberitahu jumlah
lambungan dan murid isi di dalam borang masing-
masing.


7

SKOR/ NORM/ RUBRIK

Hand Eye Test
Frequency Percent Valid Percent Cumulative
Percent
Valid
8 2 18.2 18.2 18.2
12 3 27.3 27.3 45.5
15 1 9.1 9.1 54.5
18 1 9.1 9.1 63.6
20 1 9.1 9.1 72.7
21 1 9.1 9.1 81.8
22 1 9.1 9.1 90.9
23 1 9.1 9.1 100.0
Total 11 100.0 100.0





INSTRUMEN 3 : Agiliti (Hexagonal test)
KESIHATAN FIZIKAL : Berasaskan kemahiran motor
PERALATAN kon penanda, wisel, jam randik
KESAHAN &
KEBOLEHPERCAYAAN
Subjek dapat meneruskan ujian dengan cepat jika
dapat membuat keputusan segera di penjuru mana
yang perlu dituju seterusnya. Masa yang sama telah
ditetapkan kepada semua subjek.
PROSEDUR UJIAN



8

1. Menggunakan kon untuk menanda setiap penjuru
hexagon dan menanda kon tersebut dengan urutan;
A, B, C ......

2. Jarak di antara kon hendaklah berukuran lebih
kurang 60 cm dan berpenjuru 120 darjah.

3. Subjek dikehendaki berdiri di tengah dengan kedua
belah kaki rapat dengan kepala mengadap A

4. Subjek mula melompat apabila arahan SEDIA,
MULA diberikan diikuti tiupan wisel. Subjek
melompat kembali ke kawasan tengah setiap kali
melompat ke atas garisan .

5. Badan sentiasa menghadap ke arah kon A.

6. Ujian diuji sebanyak tiga kali pusingan penuh.


SKOR/ NORM/ RUBRIK

Hexagonal Test_saat
Frequency Percent Valid Percent Cumulative
Percent
Valid
16.09 1 9.1 9.1 9.1
17.01 1 9.1 9.1 18.2
17.14 1 9.1 9.1 27.3
17.51 1 9.1 9.1 36.4
18.23 1 9.1 9.1 45.5
19.11 1 9.1 9.1 54.5
19.17 1 9.1 9.1 63.6
20.11 1 9.1 9.1 72.7
22.70 1 9.1 9.1 81.8
23.21 1 9.1 9.1 90.9
24.30 1 9.1 9.1 100.0
Total 11 100.0 100.0



9

INSTRUMEN 4 : Kelajuan (Ladder quick feet)
KESIHATAN FIZIKAL : Berasaskan kemahiran motor
PERALATAN kon penanda, tali, wisel, jam randik.
KESAHAN &
KEBOLEHPERCAYAAN
Jika ujian dilaksanakan di atas rumput atau
permukaan yang berbeza seperti di atas lantai tar
atau lantai rata, hendaklah memastikan segala
maklumat direkodkan dengan keputusan supaya
ianya boleh direplikakan untuk masa yang akan
datang
PROSEDUR UJIAN
1. Subjek dikehendaki berada dalam keadaan sedia
untuk memulakan larian.

2. Apabila isyarat diberikan, subjek mula berlari
melalui kon penanda yang disediakan oleh guru.

3. Larian dilakukan menggunakan bebola kaki
dengan keadaan tangan dihayunkan 90 darjah.

4. Larian adalah sejauh 10m dengan melalui
halangan 20 kon penanda.












10

SKOR/ NORM/ RUBRIK
Ladder Quick Test_saat
Frequency Percent Valid Percent Cumulative
Percent
Valid
6.38 1 9.1 9.1 9.1
6.42 1 9.1 9.1 18.2
6.53 1 9.1 9.1 27.3
6.55 1 9.1 9.1 36.4
6.56 1 9.1 9.1 45.5
6.72 1 9.1 9.1 54.5
6.81 1 9.1 9.1 63.6
6.94 1 9.1 9.1 72.7
6.95 1 9.1 9.1 81.8
7.03 1 9.1 9.1 90.9
8.44 1 9.1 9.1 100.0
Total 11 100.0 100.0




INSTRUMEN 5 : Daya tahan otot (Tekan tubi)
KESIHATAN FIZIKAL : Berasaskan kesihatan
PERALATAN wisel, jam randik
KESAHAN &
KEBOLEHPERCAYAAN
Tahap motivasi subjek yang tinggi dapat memastikan
subjek terus membuat tekan tubi dalam masa yang
sama yang telah ditetapkan kepada setiap subjek.
PROSEDUR UJIAN


1. Kedua tapak tangan menapak di atas lantai dan
dibuka seluas bahu.

11

2. Kedua-dua belah lutut menapak di atas lantai bagi
perempuan. Manakala kedua hujung jari kaki
digunakan untuk menapak di atas lantai bagi
lelaki.

3. Apabila isyarat SEDIA, MULA diberikan diikuti
tiupan wisel, subjek mula merendahkan diri
sehingga siku membentuk 90 darjah.

4. Pasangan masing-masing mengira jumlah tekan
tubi yang dilakukan dan memastikan subjek
merendahkan diri mengikut kehendak ujian iaitu
siku membentuk 90 darjah.

5. Masa yang diperuntukkan ialah 60saat bersamaan
satu minit.

6. Isi maklumat di dalam borang yang telah
disediakan.
SKOR/ NORM/ RUBRIK
Push Up_1min
Frequency Percent Valid Percent Cumulative
Percent
Valid
2 1 9.1 9.1 9.1
4 1 9.1 9.1 18.2
13 1 9.1 9.1 27.3
15 1 9.1 9.1 36.4
16 1 9.1 9.1 45.5
18 1 9.1 9.1 54.5
20 2 18.2 18.2 72.7
25 1 9.1 9.1 81.8
40 1 9.1 9.1 90.9
45 1 9.1 9.1 100.0
Total 11 100.0 100.0



12

INSTRUMEN 6 : Keseimbangan (Dirian Bangau)
KESIHATAN FIZIKAL : Berasaskan kesihatan
PERALATAN wisel, jam randik
KESAHAN &
KEBOLEHPERCAYAAN
Subjek dapat membuat dirian bangau selama satu
minit. Kemampuan membuat dirian selama satu minit
menentukan kemampuan subjek untuk mengimbang
diri ketika dalam permainan.
PROSEDUR UJIAN

1. Subjek dikehendaki berdiri tegak dengan kedua
tangan di pinggang dan sebelah kaki diangkat ke
atas.

2. Subjek dikehendaki mengimbangkan badan selama
yang boleh.

3. Sebarang pergerakan yang membawa kepada
ketidakseimbangan akan menyebabkan masa yang
diambil untuk seorang subjek itu dihentikan.







13

SKOR/ NORM/ RUBRIK
Imbangan Bangau_saat
Frequency Percent Valid Percent Cumulative
Percent
Valid
28.91 1 9.1 9.1 9.1
32.34 1 9.1 9.1 18.2
36.59 1 9.1 9.1 27.3
38.97 1 9.1 9.1 36.4
41.94 1 9.1 9.1 45.5
47.38 1 9.1 9.1 54.5
86.53 1 9.1 9.1 63.6
86.78 1 9.1 9.1 72.7
174.33 1 9.1 9.1 81.8
181.03 2 18.2 18.2 100.0
Total 11 100.0 100.0


















14

4.0 ANALISIS DATA
Hasil kajian yang saya jalankan bagi ujian kecergasan fizikal bagi permainan
hoki sekolah rendah didapati Cronbachs Alpha bagi 5 item ialah 0.146. Kesahan
dan kebolehpercayaan bagi kajian ini sangat rendah.

Scale: ALL VARIABLES_ Cronbach's Alpha :

Case Processing Summary
N %
Cases
Valid 11 100.0
Excluded
a
0 .0
Total 11 100.0
a. Listwise deletion based on all
variables in the procedure.

Reliability Statistics
Cronbach's
Alpha
N of Items
.146 5

Item-Total Statistics
Scale Mean if
Item Deleted
Scale
Variance if
Item Deleted
Corrected
Item-Total
Correlation
Cronbach's
Alpha if Item
Deleted
Hand Eye Test 131.2491 5041.244 -.376 .226
Hexagonal Test_saat 127.2873 4717.238 .136 .143
Ladder Quick
Test_saat
139.9464 4800.484 -.304 .162
Push Up_1min 126.9764 3847.096 .465 -.069
a

Imbangan
Bangau_saat
61.7191 142.711 .414 -.636
a

15

a. The value is negative due to a negative average covariance among items. This
violates reliability model assumptions. You may want to check item codings.

Setelah menjalankan 5 instrumen bagi permainan hoki sekolah rendah, jadual di
bawah merupakan kekerapan nilai taburan min, median, mode, sisihan piawai dan
variance setiap instrumen.

Frequencies
Statistics
Hand Eye
Test
Hexagonal
Test_saat
Ladder
Quick
Test_saat
Push
Up_1min
Imbangan
Bangau_sa
at
N
Valid 11 11 11 11 11
Missin
g
0 0 0 0 0
Mean 15.55 19.5073 6.8482 19.82 85.0755
Median 15.00 19.1100 6.7200 18.00 47.3800
Mode 12 16.09
a
6.38
a
20 181.03
Std. Deviation 5.520 2.76853 .57266 13.129 63.30853
Variance 30.473 7.665 .328 172.364 4007.970
Sum 171 214.58 75.33 218 935.83
Percentile
s
1 8.00 16.0900 6.3800 2.00 28.9100
a. Multiple modes exist. The smallest value is shown









16

Jadual bar di bawah merupakan kekerapan dan perbezaan umur bagi setiap
instrumen yang dijalankan.

Bar Chart 1 : HAND EYE TEST



Bar Chart 2 : HEXAGONAL TEST

17



Bar Chart 3 : LADDER QUICK TEST


Bar Chart 4 : PUSH UP

18



Bar Chart 5 : IMBANGAN BANGAU


















19



































20



































21

KESIMPULAN ANALISIS DATA

Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan kepada murid lelaki Kelab
Hoki Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang yang terdiri daripada murid Tahun4 ,
5 dan 6. Instrumen yang dilakukan ialah Hand Eye Test (koordinasi), Hexagonal
Test (agility), Ladder Quick Test (ketangkasan), Push Up (daya tahan otot),
Imbangan Bangau (imbangan). Mean bagi Hand Eye Test ialah 15.55, Hexagonal
Test 19.5073, Ladder Quick Test 6.8482, Push Up 19.82 dan Imbangan Bangau
85.0755. Tahap kesahan dan kebolehpercayaan bagi kajian ini amat rendah kerana
kebarangkalian murid-murid Kelab Hoki tersebut hanyalah peminat hoki dan bukan
atlet. Kesungguhan mereka semasa melakukan ujian tidak begitu tinggi kerana
mereka hanya bersantai dan memenuhi apa yang diminta. Data yang diambil juga
hanya pada tahap yang rendah sesama mereka.

















22

5.0 PENUTUP
Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan data yang diperoleh mempunyai
kesahan dan kebolehpercayaan yang rendah kemungkinan sampel yang diuji bukan
dari atlet hoki sekolah tersebut. Tahap kecergasan seseorang murid biasa sangat
berbeza dengan seorang atlet dan sangat mempengaruhi data. Instrumen yang
dipilih bersesuaian dengan ujian yang dikaji.
Cadangan :
Hasil kajian yang dijalankan mendapati bahwa terdapat kelemahan-
kelemahan dan beberapa masalah yang wujud di luar jangkaan dan kawalan
pengkaji semasa kajian dibuat. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan yang boleh
dijadikan garis panduan penambahbaikan. Antara beberapa faktor yang
dikenalpastikan :
Persampelan
Subjek terdiri daripada murid biasa dan bukan terdiri daripada atlet
sekolah. Adalah disarankan agar kajian seumpama ini dapat memilih
subjek yang betul-betul mewakili sekolah dalam permainan hoki.

Sikap subjek
Pengawasan terhadap subjek harus diteliti terutama semasa menjalani
ujian supaya subjek mematuhi prosedur dan syarat yang telah
ditetapkan. Kaedah ini perlu supaya kesahan yang lebih tinggi dan
objektif dapat dicapai.
Pengukuran dan penilaian dalam sesuatu ujian aktivti haruslah memerlukan
syarat-syarat pemilihan yang tepat untuk memastikan kesahan dan
kebolehpercayaan yang dicapai itu tinggi. Kecergasan fizikal seseorang individu
boleh diukur dari aspek fisiologi ataupun ianya diukur ketika sedang melakukan
beberapa aktiviti kecergasan berdasarkan perlakuan (Clark, 1976).



23

6.0 BIBLIOGRAFI
BUKU :
MAMAT, W. M. (2009). DATA ANALYSIS USING SPSS FOR UNDERGRADUATES
: A TECHNICAL APPROACH. TERENGGANU: PENERBIT UMT,.

INTERNET :
http://eprints.utm.my/10822/1/Mengkaji_Perbezaan_Tahap_Kelajuan_Dan_Ke
tangkasan_Pemain_Hoki_Wanita_UTM_Dengan_Pemain_Hoki_Wanita_SUKMA_Jo
hor.pdf

http://eprints.usm.my/9105/1/KESAN_PROGRAM_LATIHAN_MENGGUNAKA
N_MODEL_TAKTIKAL_DENGAN_STAIL_PENGAJARAN_BERBEZA_TERHADAP_
MURID_PELBAGAI_TAHAP_KEMAHIRAN_PERMAINAN_HOKI.pdf

http://www.slideshare.net/faizalthahir92/penilaian-dan-pengukuranppt

http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/view.jsp?key=gSzW3STZ9y
BbAR6ldijp0I3JWPMoxz6x20090701171013552

http://www.topendsports.com/

http://www.brianmac.co.uk/index.htm

Anda mungkin juga menyukai