Anda di halaman 1dari 1

Sabtu, 3 April, 2010

3
RENCANA UMUM
ELEPAK bolehlah
ditakrifkan sebagai
suatu aktiviti berehat
di kawasan-kawasan tertentu
tanpa sesuatu tujuan yang
berfaedah. Sejak akhir-akhir ini
masalah melepak sering disiar-
kan melalui media massa di
negara kita, dan keadaan ini
telah membimbangkan semua
pihak terutamanya pihak
sekolah dan ibu bapa.
Sejak kebelakangan ini gejala
ini didapati semakin menular
sehingga terdapat ramai pelajar
yang sanggup ponteng sekolah
kerana ingin melepak.
Antara punca-punca timbul-
nya masalah melepak ialah
kurangnya kawalan, penga-
wasan dan perhatian ibu bapa
terhadap anak-anak mereka.
Ibu bapa mungkin terlalu sibuk
dengan hal masing-masing
sehingga tidak sempat untuk
meluangkan masa melayan dan
bermesra dengan anak- anak
mereka. Keadaan ini mengaki-
batkan anak-anak terasa diri
mereka diabaikan.
Oleh hal yang demikian,
mereka keluar untuk melepak
dengan rakan-rakan sebaya
kerana ingin mendapatkan
perhatian orang ramai.
Beberapa pendapat men-
gatakan, ibu bapa seharusnya
meluangkan masa yang cukup
dan tidak terlalu ghairah
dengan mengejar wang ringgit
dan harta kerana anak-anak
mereka merupakan harta
mereka yang lebih penting.
Selain faktor kecuaian ibu
bapa, golongan remaja juga
didapati suka melepak kerana
berasa bosan tinggal di rumah
tanpa sumber hiburan dan
kemudahan-kemudahan untuk
memenuhi masa mereka secara
yang lebih berfaedah.
Mereka juga mungkin berasa
bosan kerana tiada suasana
yang harmoni di rumah mereka
kerana setiap ahli keluarga
sibuk dengan hal masing-
masing dan sering berlaku
pertengkaran di rumah.
Keadaan ini akan menyebab-
kan anak-anak berasa tertekan
lalu keluar untuk mencari
hiburan dan melepak untuk
memenuhi masa lapang
mereka. Kebanyakan pelajar
yang ditangkap kerana melepak
memberitahu bahawa mereka
melepak kerana berasa bosan
tinggal di rumah yang terlalu
banyak leteran dan perteng-
karan antara ahli keluarga.
Antara kesan masalah
melepak yang paling ketara
ialah memburukkan imej
negara. Keadaan ini berlaku
kerana para pelancong yang
datang ke negara ini akan
mendapat gambaran yang
buruk tentang masyarakat di
negara kita dan akan menceri-
takan keadaan ini apabila
mereka pulang ke negara
mereka.
Para pelancong akan berasa
terganggu dengan suasana yang
amat tidak menyenangkan ini.
Mereka pasti akan membuat
tanggapan bahawa negara kita
sudah hilang budaya ketimuran
dan kini sedang menuju ke era
keruntuhan moral.
Oleh itu, pihak kerajaan dan
pihak swasta hendaklah
melakukan sesuatu dengan
kadar yang segera kerana
masalah ini akan memburuk-
kan lagi imej negara kita
sekiranya dibiarkan berleluasa.
Tabiat melepak juga boleh
menyebabkan seseorang itu
terdorong untuk melakukan
sesuatu yang lebih buruk
seperti mengambil dadah,
meminum minuman keras,
mengikuti perlumbaan motosi-
kal secara haram, dan
sebagainya.
Keadaan ini berlaku kerana
golongan remaja yang melepak
biasanya akan turut merancang
untuk melakukan sesuatu yang
akan mendatangkan thrill
atau keseronokan.
Gejala melepak ini boleh
dicegah sebelum parah
sekiranya pihak kerajaan atau
pihak swasta menjalankan
kempen untuk menyedarkan
masyarakat kita tentang
keburukan melepak. Ketika
kempen tersebut dijalankan,
pihak media sepatutnya
memainkan peranan yang
penting dengan menyiarkan
berita atau cerita yang berkai-
tan dengan cara yang lebih
berfaedah untuk mengisi masa
lapang kita. Pihak sekolah juga
mungkin boleh mengadakan
pertandingan berceramah atau
syarahan dengan tajuk yang
berkaitan dengan keburukan
melepak.
Selain itu, masalah melepak
di kalangan golongan remaja
boleh dicegah sekiranya pihak
ibu bapa sanggup mengor-
bankan sedikit waktu untuk
bersama-sama anak-anak
mereka sama ada di rumah
ataupun dengan mengadakan
aktiviti keluarga di luar rumah.
Dengan ini, anak-anak
mungkin tidak berasa bosan
dan tidak akan mengamalkan
tabiat melepak. Pihak ibu bapa
yang mampu pula mungkin
dapat menyediakan beberapa
kemudahan di rumah seperti
perpustakaan sendiri, kom-
puter peribadi, permainan ,
dan sebagainya supaya anak-
anak dapat mengisi masa
lapang mereka di rumah dan
tidak perlu keluar melepak.
Kesimpulannya, dapatlah
dikatakan bahawa masalah
melepak yang berlaku di negara
kita sekarang ini memanglah
suatu gejala yang diakui men-
gancam keharmonian negara
dan boleh memburukkan imej
negara sekiranya tidak dicegah
segera. Kerjasama daripada ibu
bapa, pihak sekolah, dan pihak
polis amat diperlukan untuk
menangani masalah ini.
Sekiranya kita dapat menyedar-
kan golongan remaja tentang
keburukan melepak, saya pasti
masalah ini akan dapat disele-
saikan dengan kadar segera,
dan imej negara yang semakin
pudar akan dapat dipulihkan.
Surah Al Asr telah memberi
denasi jelas mengenai siapa
yang berjaya dan siapa yang
rugi. Ia adalah perkataan Allah,
nasihat dari Tuhan yang men-
cipta kitasemua.
Terjemahan Surah Al Asr:
Demi Masa.
Sesungguhnya semua manusia
itu di dalam kerugian.
Kecuali mereka yang beriman
dan beramal soleh dan berpe-
san kepada kebenaran dan
berpesan kepada kesabaran.
Bahrum Ali
masing dan sering berlaku
Bahrum Ali
Gejala Lepak:
Apakah Kesannya?
Gejala Lepak:
Apakah Kesannya?

Anda mungkin juga menyukai