Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH PERAK

Bilangan Jurnal : Ke-1


Minggu Praktikum : Sebelum Praktikum
Tarikh Peristiwa/Kejadian : 20 Januari -24 Januari 2014
Tajuk Jurnal : Sebelum Praktikum
Setiap guru pelatih yang bakal menjalani praktikum wajib menghadiri taklimat
praktikum daripada Jabatan Unit Praktikum IPG Kampus Ipoh. Pasangan praktikum
saya ialah Mutiara binti Megat yang juga merupakan pasangan praktikum pada
semester lepas. Oleh kerana kami banyak melakukan tugasan dan aktiviti bersama,
sekali lagi kami bersetuju untuk ditempatkan di sekolah yang sama pada semester ini.
Sekolah yang bakal kami berpraktikum ialah Sekolah Kebangsaan Permatang, Sungai
Manik. Memandangkan ini pertama kali saya mendengar sekolah ini, maka saya telah
membuat sedikit kajian di laman sesawang mengenai sekolah ini. Sekolah ini
berhampiran dengan sawah padi merupakan sebuah sekolah yang kecil dan tidak ramai
murid.
Sebelum bermulanya sesi praktikum, saya telah menilai beberapa perkara yang
perlu diambil berat supaya kesilapan daripada praktikum terdahulu tidak akan berulang.
Beberapa kekurangan pada praktikum lepas telah saya senaraikan dan saya akan cuba
atasi kesilapan dan kekurangan tersebut. Sebagai seorang guru pelatih yang masih
hijau dan bidang ini, adalah menjadi adat untuknya melakukan kesilapan kecil. Namun
itu bukanlah satu alasan supaya terus melakukan kesalahan kerana semuanya terletak
pada diri sendiri. Justeru itu, saya berazam untuk menjadikan praktikum kali ini adalah
yang terbaik dari sebelum ini seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.
Untuk merealisasikan impian itu, saya perlulah berusaha bersungguh-sungguh
bagi meningkatkan produktiviti dalam bidang pendidikan. Selain itu juga, saya berazam
untuk mengubah sikap saya ke arah yang lebih baik dan berfikiran matang dalam
menangani sebarang masalah yang datang dalam praktikum kali ini. Saya perlu lebih
berfikiran terbuka dan positif ketika berhadapan dengan murid-murid serta guru-guru di
sekolah tersebut. Apa yang penting adalah menjalinkan hubungan yang baik antara
warga sekolah tersebut bagi tempoh 3 bulan saya di sana. Secara tidak langsung, akan
meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam diri saya.
Saya juga berharap agar kedatangan saya dan Mutiara diterima baik oleh semua
murid dan guru di sekolah tersebut. Tempoh 3 bulan sebenarnya tidak cukup untuk
kami menimba ilmu terutamanya ilmu dalam bidang pendidikan di sana. Oleh itu, saya
berjanji akan melakukan yang terbaik bagi meningkatkan prestasi diri seterusnya
sekolah bagi merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.






Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

...
Tandatangan Tandatangan

Nama : Nama : .

Tarikh : Tarikh : ....

Anda mungkin juga menyukai

  • Pantun Kuih Tradisional
    Pantun Kuih Tradisional
    Dokumen2 halaman
    Pantun Kuih Tradisional
    Millennia Cyrah
    50% (2)
  • Latihan 3
    Latihan 3
    Dokumen1 halaman
    Latihan 3
    Millennia Cyrah
    Belum ada peringkat
  • Jadual Waktu
    Jadual Waktu
    Dokumen1 halaman
    Jadual Waktu
    Millennia Cyrah
    Belum ada peringkat
  • Teknik Bercerita
    Teknik Bercerita
    Dokumen1 halaman
    Teknik Bercerita
    Millennia Cyrah
    Belum ada peringkat
  • Label 8
    Label 8
    Dokumen1 halaman
    Label 8
    Millennia Cyrah
    Belum ada peringkat
  • Grafik Antonim
    Grafik Antonim
    Dokumen1 halaman
    Grafik Antonim
    Millennia Cyrah
    Belum ada peringkat
  • Minggu 6 3 Mac-7 Mac 2014
    Minggu 6 3 Mac-7 Mac 2014
    Dokumen3 halaman
    Minggu 6 3 Mac-7 Mac 2014
    Millennia Cyrah
    Belum ada peringkat
  • Teks Juruacara Majlis An Sajak
    Teks Juruacara Majlis An Sajak
    Dokumen3 halaman
    Teks Juruacara Majlis An Sajak
    Millennia Cyrah
    Belum ada peringkat
  • PERATURAN
    PERATURAN
    Dokumen1 halaman
    PERATURAN
    Millennia Cyrah
    Belum ada peringkat
  • Syair
    Syair
    Dokumen1 halaman
    Syair
    Millennia Cyrah
    Belum ada peringkat
  • Syair
    Syair
    Dokumen1 halaman
    Syair
    Millennia Cyrah
    Belum ada peringkat
  • Tema Kebudayaan
    Tema Kebudayaan
    Dokumen4 halaman
    Tema Kebudayaan
    Millennia Cyrah
    Belum ada peringkat
  • Jenis Kata Adjektif
    Jenis Kata Adjektif
    Dokumen2 halaman
    Jenis Kata Adjektif
    Millennia Cyrah
    Belum ada peringkat
  • Deklamasi Sajak
    Deklamasi Sajak
    Dokumen1 halaman
    Deklamasi Sajak
    Millennia Cyrah
    Belum ada peringkat
  • Nama
    Nama
    Dokumen1 halaman
    Nama
    Millennia Cyrah
    Belum ada peringkat
  • Syair
    Syair
    Dokumen1 halaman
    Syair
    Millennia Cyrah
    Belum ada peringkat
  • Bendera Malaysia
    Bendera Malaysia
    Dokumen6 halaman
    Bendera Malaysia
    Millennia Cyrah
    Belum ada peringkat
  • Jurnal 3
    Jurnal 3
    Dokumen3 halaman
    Jurnal 3
    Millennia Cyrah
    Belum ada peringkat
  • Rancangan Pengajaran Harian
    Rancangan Pengajaran Harian
    Dokumen5 halaman
    Rancangan Pengajaran Harian
    Millennia Cyrah
    Belum ada peringkat
  • Jurnal 3
    Jurnal 3
    Dokumen3 halaman
    Jurnal 3
    Millennia Cyrah
    Belum ada peringkat
  • Rancangan Pengajaran Harian
    Rancangan Pengajaran Harian
    Dokumen5 halaman
    Rancangan Pengajaran Harian
    Millennia Cyrah
    Belum ada peringkat
  • Tajuk 8
    Tajuk 8
    Dokumen18 halaman
    Tajuk 8
    Millennia Cyrah
    Belum ada peringkat
  • Inovasi Pedagogi
    Inovasi Pedagogi
    Dokumen1 halaman
    Inovasi Pedagogi
    Millennia Cyrah
    Belum ada peringkat
  • Jurnal Ke-8 M7
    Jurnal Ke-8 M7
    Dokumen5 halaman
    Jurnal Ke-8 M7
    Saya Fatimah Azzahra
    Belum ada peringkat
  • Lampiran C
    Lampiran C
    Dokumen2 halaman
    Lampiran C
    Millennia Cyrah
    Belum ada peringkat
  • Induksi Set
    Induksi Set
    Dokumen1 halaman
    Induksi Set
    Millennia Cyrah
    Belum ada peringkat
  • Soalan No 5 RPH
    Soalan No 5 RPH
    Dokumen5 halaman
    Soalan No 5 RPH
    Millennia Cyrah
    Belum ada peringkat
  • 2
    2
    Dokumen1 halaman
    2
    Millennia Cyrah
    Belum ada peringkat
  • RPH KSSR - Copy 2
    RPH KSSR - Copy 2
    Dokumen7 halaman
    RPH KSSR - Copy 2
    Millennia Cyrah
    Belum ada peringkat