Anda di halaman 1dari 9

ANALISIS CERETERA

Ceretera III
Oleh: Tengku Mohd Wira bin Tengku Mohd Ali
Politik
Berdasarkan pembacaan saya dalam ceretera III ini masyarakat Melayu pada ketika
itu sangat patuh dan taat kepada raja mereka. Raja dan keturunan diraja merupakan
orang-orang yang mempunyai keistimewaan baik dari segi rupa, budi pekerti,
kepimpinan dan sebagainya. Hal ini boleh dibuktikan dengan petikan ayat pada
halaman 42 yang menceritakan kecantikan Tuan Puteri Nila.
Maka baginda beranak seorang perempuan, Tuan Puteri Nila Pancadi
namanya, terlalu baik parasnya. Maka masyhurlah pada segala negeri
baik parasnya Tuan Puteri itu.
Selain itu, ceretera ini turut memperlihatkan bahawa sistem monarki atau
sistem beraja yang diamalkan dalam masyarakat Melayu pada ketika itu. Anak raja
menggantikan raja yang mangkat untuk memerintah kerajaan yang ditinggalkan
contohnya, Raja Benua Keling, Adi Rama Mudaliar yang mangkat digantikan
dengan anakanda baginda, Jambuga Rama Mudaliar. Selepas itu, Raja Singapura,
Seri Teri Buana yang mangkat dan diganti oleh Raja Kecil Besar yang kemudiannya
digelar Paduka Seri Pikrama Wira. Kemudian, berlaku kemangkatan Paduka Seri
Pikrama Wira. Raja Muda dilantik menjadi raja Singapura dengan gelaran Rakna
Wikrama. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sistem beraja yang diamalkan pada
zaman itu menurunkan takhta mereka kepada anak sulung atau anak lelaki yang
paling tua dalam keluarga. Sistem ini masih diguna pakai dalam Raja-Raja Melayu di
Malaysia pada hari ini.
Politik masyarakat pada zaman ini juga sudah menunjukkan terjalinnya
hubungan diplomatik antarabangsa diantara sesama kerajaan. Kerajaan Singapura
mempunyai hubungan diplomatik dengan benua Keling. Buktinya, perkahwinan diraja
yang mengeratkan hubungan diantara kerajaan Singapura dan kerajaan benua
Keling. Hal ini boleh dibuktikan dengan utusan Raja Benua Keling yang membalas
kembali utusan Seri Teri Buana, Raja Singapura yang menyambut baik peminangan
oleh Raja Singapura tersebut.
"Berkenanlah kita akan kehendak saudara kita itu, tetapi jangan saudara
kita bersusah-susah menyuruhkan anakanda baginda ke mari; biarlah
kita menghantarkan anak kita ke Singapura."
Selain itu, kerajaan Singapura juga mempunyai hubungan diplomatik dengan
kerajaan Majapahit sebagaimana yang diceritakan dalam ceritera ini. Betara
Majapahit yang baharu dilantik telah menghantar utusan kepada Singapura dengan
niat untuk berbaik. Utusan tersebut telah digambarkan dalam ceretera seperti berikut;
Bingkisannya sekeping tatal tujuh. Depa panjangnya, ditarah tiada
putus; syahadan nipisnya seperti kertas, digulungnya seperti subang;
Namun, Paduka Seri Pikrama Wira telah tersalah anggap dengan utusan
tersebut lalu menghantar seorang budak yang dicukur kepalanya dan beliung kepada
Betara Majapahit. Utusan tersebut telah menyebabkan hubungan kerajaan
Singapura dengan kerajaan Majapahit menjadi tegang sehingga tercetus
peperangan.
Pada zaman ini juga, orang yang kuat dan hebat menjadi orang penting dalam
satu-satu kerajaan. Badang yang merupakan seorang hamba melakukan kerja-kerja
kampung untuk tuannya. Badang menjadi perkasa kerana telah memakan muntah
hantu yang ditangkapnya kerana telah mencuri hasil tangkapan ikan Badang sendiri.
Kekuatan Badang telah membuka mata Seri Rakna Wikrama untuk dijadikan
hulubalang diraja. Hal ini dapat dibuktikan dengan petikan tersebut;
Sebermula kedengaranlah ke Singapura, maka oleh Seri Rakna
Wikrama disuruh baginda panggil, maka Badang pun datang mengadap;
maka dilihat baik akhlaknya; dijadikan baginda "sandim sani".
Selepas itu, Badang juga diberi kepercayaan untuk membawa nama
Singapura dengan menjadi pahlawan dengan bertarung tenaga dengan pahlawan-
pahlawan serantau. Berita kehebatan Badang telah tersebar luas di benua Keling.
Pahlawan Benua Keling, Nadi Bija Niakra telah mencabar Badang untuk bertarung
tenaga dan menawarkan harta sebanyak tujuh buah kapal jika Badang berjaya
menewaskannya. Akhirnya, Badang berjaya menewaskan Nadi Bija Niakra dan
berjaya memperluaskan pengaruh kehebatan kerajaan Singapura pada ketika itu.
Sebermula kedengaranlah ke Perlak, "Bahawa hulubalang raja
Singapura terlalu gagah, Badang namanya; tiada ada dua taranya pada
zaman ini."
Sultan dilihat sebagai pemerintah yang penting dalam pembenntukan
kerajaan. Rakyat tidak akan pernah menderhakai sultan kerana menganggap sultan
merupakan pemimpin yang berdaulat. Perkara ini diterjemahkan dengan konsep
sultan sebagai wakil Tuhan di bumi iaitu orang yang telah dipilih Tuhan untuk
memerintah dan memimpin rakyat jelata. Hal ini dapat dibuktikan dengan penceritaan
Merah Silu yang bermimpi Rasulullah. Seterusnya, beliau dilantik sebagai sultan
Semundra dan digelar sebagai Sultan Maliku's-Salleh.
Syahadan pada malam itu Merah Silu pun tidur, maka ia bermimpi
dirinya berpandangan dengan Rasulullah salla'llahu 'alaibi wa salam.
Maka sabda Rasulullah kepada Merah Silu, "Ngangakan mulutmu!"
Maka oleh Merah Silu dingangakan mulutnya; diludahi oleh Rasulullah
mulut Merah Silu.

Ekonomi
Sulalatus Salatin juga telah mengemukakan aspek ekonomi lampau yang
menjurus kepada sistem ekonomi sara diri sebagaimana yang digambarkan dalam
cerita Badang. Badang digambarkan sebagai seorang penangkap ikan yang
berperang dengan unsur alam termasuk unsur ghaib seperti hantu. Persoalan
tentang kaedah untuk mendapat sumber pendapatan ini ditunjukkan bagaimana
Badang menggunakan lukah untuk menangkap ikan. Namun, lukahnya sering tidak
berhasil dan rosak kerana ada faktor halangan yang diungkapkan melalui kehadiran
seekor hantu.
Sekali persetua, pada suatu hari Badang pergi menahan lukah ke
hilir pada satu sungai. Pagi-pagi dijenguknya lukahnya itu, dilihatnya
hampa, suatu pun tiada isinya; tetapi sisik ikan dan tulangnya ada di tepi
sungai itu banyak; Sentiasa hari demikian juga.
Disebabkan Badang yang semakin kuat kudratnya, kegiatan ekonominya
bertukar menjadi seorang yang mampu membersihkan kebun dan hutan. Lalu,
sebahagian masyarakat memanfaatkan kemampuan Badang yang perkasa untuk
tujuan aktiviti pertanian mereka. Kekuatan Badang juga adalah gambaran cita-cita
masyarakat pada masa itu yang mengharapkan teknologi tertentu yang
memudahkan kerja seharian mereka dengan memperlihatkan Badang menjadi kuat
kerana makan muntah hantu. Jika dilihat pada masa kini, Badang yang dimaksudkan
kini adalah sebuah jentera berat yang juga mampu melakukan kerja dengan mudah
dan pantas.
Maka segala kayu yang besar-besar dua riga pemeluk itu habis
dibantunnya dengan umbi dan akamya, diherupaskannya ke bumi
remuk-redam, setelah dibantunnya patah-patah. Dengan sebentar
teranglah, saujana mata memandang luas; setelah itu Badang pun
pulang tidur.
Badang adalah sumber manusia yang lebih dikenali sebagai buruh dalam
istilah ekonomi. Dia merupakan pekerja yang berkesan kerana sifatnya yang rajin.
Malah, Badang juga adalah pekerja yang sangat produktif kerana kuat bekerja dan
mempunyai kekuatan. Sebagai sumber ekonomi yang penting, Badang telah
menyumbangkan sesuatu yang bermakna demi kemajuan sesebuah penempatan
iaitu di negara Singapura. Sekiranya seorang yang bernama Badang mampu
memberikan sumbangannya dengan maksimum, sesebuah negara akan terus maju
dan lebih makmur. Jika keadaan berlaku sebaliknya, kemungkinan yang akan
berlaku juga menjadi sebaliknya. Negara akan mundur dan tidak mampu menjana
pendapatan negara yang lebih tinggi kerana masyarakatnya malas dan bersifat
lemah.
Maka dikhabarkannyalah perihal dirinya itu. Maka tuannya pun
hairanlah serta dengan sukacitanya bertambahlah kasihnya akan
hambanya itu; menjadi kayalah ia, dengan berkat gagah hambanya
Badang itu, menjadi dua tiga puluh Hambanya, maka dipanggil "Orang
Kaya Sayung"; Badang pun dimerdehakakannya.

Sosial
Corak pemerintahan dan pentadbiran yang digambarkan dalam ceretera III
dalam Sulalatus Salatin telah mempengaruhi pembentukan susun lapis masyarakat.
Setiap lapisan masyarakat mempunyai kedudukan dan fungsinya yang tersendiri.
Secara umum, masyarakat Melayu tradisional Melaka dapat dibahagikan kepada dua
golongan utama iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah.
Biasanya, golongan yang memerintah ini mempunyai kedudukan yang lebih tinggi
dan istimewa daripada golongan yang diperintah.
i. Golongan yang memerintah.
Raja atau sultan.
Raja atau sultan merupakan asas terpenting dalam susun lapis masyarakat
Melayu tradisional. Baginda mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam piramid
organisasi sosial. Baginda mempunyai kuasa dan wibawa yang paling tinggi bagi
memerintah seluruh negeri dan jajahan taklukannya. Baginda dianggap sebagai
dewa raja dan baginda merupakan tunggak dalam menyatupadukan rakyat dan
merupakan orang yang bertanggungjawab memelihara keamanan dan memajukan
negeri. Seseorang raja dilantik melalui pertabalan di atas persetujuan semua
pembesar dan biasanya putera sulong atau adik lelaki raja yang akan menggantikan
raja yang mangkat.
Kerabat raja.
Raja sebagai seorang pemimpin maka dirinya serta keluarganya akan
dihormati oleh masyarakat malah kadang-kala rasa penghormatan ini diseliputi oleh
perasaan hormat yang tinggi. Mereka dianggap sebagai suci dan amat berbeza
dengan golongan rakyat biasa. Mereka juga mempunyai hak-hak istimewa, namun
hak mereka adalah tidak boleh melebihi hak istimewa seseorang sultan yang
memerintah. Antara keistimewaan yang dinikmati oleh kerabat raja ialah dapat
menggunakan payung berwarna kuning dan penggunaan bahasa dalaman.
Bangsawan dan pembesar.
Bangsawan juga dikenali sebagai anak baik-baik. Mereka menggunakan
bahasa dalaman untuk mengekalkan identiti mereka. Golongan bangsawan ini terdiri
daripada kerabat diraja dan bukan kerabat diraja. Mereka merupakan orang yang
berpengaruh dalam kalangan pemerintah dan pentadbir. Mereka bertanggungjawab
dalam mengendalikan jentera pemerintahan dan pentadbiran negeri. Pembesar pula
merupakan golongan yang mempunyai kedudukan yang hampir sekali dengan
sultan. Biasanya, golongan ini terdiri daripada bukan kerabat diraja. Golongan ini
akan dianugerahkan suatu kawasan yang menjadi pegangannya dan sumber
pendapatannya di mana seseorang pembesar itu dibenarkan mengutip cukai dan
mengawal tenaga manusianya. Biasanya mereka dilantik secara turun-temurun.
Golongan pemimpin agama.
Pemimpin agama dan pendeta juga termasuk dalam golongan bangsawan.
Mereka merupakan golongan cerdik pandai yang memegang jawatan mufti dan kadi.
Terdapat juga pemimpin agama yang dianugerahkan gelaran kebesaran seperti
Maharaja Kadi, Dato Mufti Seri Utama dan Dato Mufti Imam Maharaja. Mereka
menjadi penasihat raja dan kerajaan dalam hal-hal tentang hukum syarak dan selok-
belok agama termasuk mengeluarkan fatwa tentang isu agama. Golongan ini
merupakan pakar dalam hal-hal kesusasteraan, kesenian, kebudayaan, adat-istiadat
dan salasilah raja-raja. Mereka juga menjadi pakar rujuk kepada raja serta menjadi
penulis dan perawi diraja.
Adapun akan Demang Lebar Daun ada seorang cucunya lelaki,
dijadikan oleh Paduka Seri Pikrama Wira Perdana Menteri, gelamya Tun
Perpatih Permuka Jegalar, duduk berse-berangan dengan
Bendahara,dan pada ketika menjunjung duli Bendahara dahulu; dan
duduk di bawah Bendahara ialah
Penghulu Bendahari, gelamya Tun Jana Buga Dendang. Sudah itu
segala menteri dan segala Orang Besar-besar dan cateria, sida-sida,
dan di bawahnya seorang pemegang jawatan hulubalang besar di atas
segala hulubalang, gelamya Tun Tempurung; sudah itu segala Orang
Besar-besar cateria, sida-sida bentara, Orang Kaya-kaya, masing-
masing pada martabatnya, demikianlah adatnya pada zaman purbakala,
ii. Golongan yang diperintah.
Rakyat biasa.
Rakyat biasa terdiri daripada masyarakat pribumi yang bermastautin tetap dan
bilangannya adalah ramai. Mereka selalu menjadi pengikut pembesar di peringkat
pusat dan penyokong pentadbir di peringkat jajahan takluk. Mereka terdiri daripada
pedagang dan peniaga. Mereka menjalankan perdagangan di pelabuhan. Selain itu,
terdapat juga yang menjadi buruh kasar dan tukang mahir dalam pembuatan alat
perhiasan dan senjata. Rakyat biasa ini juga terlibat dalam kegiatan pertanian dan
perikanan untuk sara diri.
Orang asing.
Orang asing selalunya adalah orang bukan Melayu yang hanya mengunjungi
Tanah Melayu untuk tujuan tertentu. Mereka terdiri daripada pedagang, perantau,
mubaligh atau santeri. Secara amnya, orang asing ini dapat digolongkan kepada dua
kumpulan iaitu orang yang menetap terus dan orang yang mengunjung sekali-sekala.
Selain itu, terdapat juga masyarakat Tamil-Islam yang berdagang dan bergaul bebas
dengan orang pribumi. Keadaan ini telah mendorong kepada kewujudan masyarakat
majmuk. Masyarakat majmuk ini dapat digolongkan kepada dua iaitu masyarakat
asing yang menyerapkan diri ke dalam masyarakat pribumi dan masyarakat asing
yang masih mengekalkan cara hidup dan identiti masing-masing. Walau
bagaimanapun, mereka tidak terlepas daripada undang-undang tempatan.
Hamba.
Dalam masyarakat Melayu, golongan hamba menduduki susun lapis
masyarakat yang paling bawah. Golongan ini dapat dibahagikan kepada 3 kumpulan
iaitu hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa.
Hamba raja terdiri daripada mereka yang menawarkan diri untuk menjadi
hamba di istana. Mereka melakukan semua jenis pekerjaan dan taraf mereka juga
lebih tinggi kalau dibandingkan dengan hamba yang lain. Terdapat juga bekas
tahanan perang atau banduan yang menjadi hamba raja.
Hamba berhutang ini terdiri daripada rakyat biasa yang gagal membayar
hutang kepada pemiutang dalam jangka masa yang ditetapkan. Hamba ini juga
disebut sebagai masuk hulun. Mereka yang menjadi hamba berhutang terpaksa
bersama isteri dan anak-anaknya tinggal bersama si pemiutang dan bekerja
sehingga hutang dibayar. Mereka boleh dijual kepada pembesar-pembesar yang
lain. Walau bagaimanapun, mereka boleh menjadi rakyat biasa semula apabila
selesai berkhidmat kepada si pemiutang dalam tempoh yang dijanjikan.
Hamba biasa menjadi hamba seumur hidup kepada pemiliknya secara turun-
temurun. Mereka dapat digolongkan kepada tiga jenis iaitu hamba abdi yang
membuat kerja yang berat dan kasar. Hamba yang dibeli dan biduanda yang
merupakan orang suruhan yang selalunya dimiliki oleh raja. Sistem perhambaan ini
membawa makna bahawa pemilik hamba ini mempunyai taraf sosial yang tinggi dan
secara tidak langsung hamba menyediakan bekalan sumber tenaga manusia bagi
melaksanakan segala kerja.
Maka tersebutlah perkataan seorang perempuan duduk ber-huma diam
di Sayung; ada seorang budak, hambanya, bernama Badang; kerjanya
berhuma akan tuannya juga.
Berapa lamanya Badang menjadi Hamba ke bawah duli baginda,
maka ada pada suatu hari Seri Rakna Wikrama santap hendak berulam
buah kuras.
Masyarakat pada zaman ini juga sangat mempercayai mitos dan dunia ghaib
dengan menceritakan bagaimana Badang memperolehi kuasa yang hebat dengan
memakan muntah hantu yang ditangkap. Hal ini menunjukkan kepercayaan karut
yang kuat dalam masyarakat. Bukti yang boleh dilihat adalah seperti petikan yang
berikut;
Maka oleh Badang dimakannya muntah hantu itu habis semuanya, dan
janggut hantu itu dipegangnya juga Setelah itu oleh Badang dicubanya
segala pohon kayu Harupimya yang besar-besar itu, dengan sekali
bantunnya habis patah-patah; maka janggut hantu itu pun
dilepaskannya, lalu ia berjalan pulang datang ke tempat huma tuannya.

Anda mungkin juga menyukai