Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGU KEDUA ( 3.2.2014 7.2.

2014)
SEKOLAH : SJK(C) KWANG HWA
DISEDIAKAN OLEH: POO SUE CHING (T4MT3)
Isu / masalah / peristiwa : sikap murid dalam kelas
Peristiwa :
Pada kali pertama saya masuk kelas Tahun 5U, saya telah mendapati satu masalah
yang menyebabkan saya pening kepala iaitu murid kelas tersebut amat bising dan
bercakap tidak berhenti-henti. Sebelum memasuki kelas tersebut, guru kelasnya telah
memberitahu saya bahawa kelas tersebut adalah kelas yang amat bising terutamanya
murid lelaki. Seperti yang dikatakan oleh guru kelas tersebut, murid lelaki kelas
tersebut amat bising dan tidak berhenti bercakap. Walaupun disuruh diam tetapi tidak
sampai 5 minit mereka akan mula membuat bising. Ini adalah masalah yang dihadapi
oleh saya walaupun hanya pertama hari dan pertama kali masuk kelas tersebut.
Perasaan :
Perasaan tekan dan kecewa terhadap kelas tersebut. Saya berasa tertekan kerana
takut akan mereka akan hilang kawalan semasa kelas saya pada kali yang
seterusnya. Dan perasaan kecewa pula kerana walaupun mereka telah Tahun 5 tetapi
masih berkelakuan kebudak-budakan. Saya mesti dan perlu menghadapi masalah ini
sebelum penyeliaan yang akan datang dan demi kesenangan perlaksanaan p&p yang
akan datang selama 3 bulan.
Punca/ sebab:
1. Pada pendapat saya berlakunya kes murid bising ini adalah kerana mereka
tidak takut akan guru tersebut dan tidak menghormati guru.
2. Selain itu, mereka juga terpengaruh dengan rakan mereka yang lain dan
membuat bising bersama-sama.
3. Tambahan pula, mereka suka menjawab soalan tanpa mengangkat tangan atau
menunggu giliran mereka dan ini juga akan menyebabkan kelas menjadi bising.
Cara mengatasi:
1. Pada mulanya, guru perlu menetapkan peraturan semasa P&P dijalankan dan
perlu tegaskan peraturan tersebut.
2. Guru perlu sentiasa mengingatkan murid tentang peraturan yang ditetapkan.
3. Selain itu, guru boleh memberikan setiap murid satu kad kecil yang mempunyai
loga jangan bising dan setiap kali kelas mula hilang kawalan guru akan
mengambil kad tersebut dan letak diatas mulut tanpa bersuara dan apabila
murid sedar perbuatan guru tersebut mereka perlu mengikut dan perbuatan ini
akan disambungkan sehingga semua murid membuat perbuatan yang sama
dan diam.
Tempoh masa yang diberikan untuk menyelesaikan isu:
Perlu diatasi pada kelas yang akan datang.

Kesan (pelbagai aspek) :
1. Dengan cara menyatakan peraturan di dalam kelas dengan tegas, murid akan
ingat peraturan dan tidak akan melanggar peraturan.
2. Manakala cara kedua pula akan membolehkan guru mengawal kelas tanpa
berjerit-jerit dan tidak perlu menyusahkan. Guru hanya perlu mengangkat kad
dan menunggu murid diam. Cara ini lebih menyenangkan dan mungkin akan
lebih berguna daripada guru jerit-jerit dan murid tidak mempedulikan guru.

Pelajar Guru Pembimbing Pensyarah Penyelia

------------------------ -------------------------- ---------------------------
( ) ( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai