Anda di halaman 1dari 7

DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan khas didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi
keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya. Pendidikan khas juga
merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang
berteraskan rumah, hospital dan institusi. Manakala Slavin (1997), pula mendefinisikan pendidikan
khas sebagai sebarang program yang diperuntukkan atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang
bermasalah seperti kecacatan mental, emosi, dan ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan
kepada pembelajaran biasa dalam kelas.
Bagi Hallahan dan Kauffman (2006) pendidikan khas merupakan program pendidikan yang disediakan
untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas iaitu program pengajaran khusus yang
direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia juga mungkin memerlukan
penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus (Gargiulo 2003). Pengajaran
yang direka bentuk khusus bagai memenuhi keperluan kanak- kanak yang kurang upaya. Pengajaran
ini mungkin dijalankan di bilik darjah, rumah, hospital atau institusi lain (Friend 2005). Menurut
Mansor (2005) pendidikan khas merujuk kepada suatu usaha yang berterusan untuk menggalakkan
perkembangan optima seseorang sebagai yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman,
berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri
sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara.

DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN
Menurut Kamus Dewan terbitan DBP pekak didefinisikan sebagai tidak dapat mendengar
langsung atau tidak dapat mendengar dengan baik. Dalam budaya orang pekak, istilah pekak adalah
digalakkan untuk digunakan kerana ia merupakan satu lambang identiti yang positif kepada komuniti
orang pekak. Istilah pekak dalam huruf kecil adalah merujuk kepada kekurangupayaan pendengaran.
Istilah pekak dalam huruf besar merujuk kepada budaya orang pekak. Menurut Chua Tee Tee dan
Koh Boh Boon (1992) Kanak-kanak pekak sebagai seorang yang rosak pendengaran kerana dalam
kebanyakan contoh, ia mempunyai pendengaran separa. Kanak-kanak ini luar biasa kerana tidak
dapat bertindak balas terhadap bunyi-bunyi di sekelilingnya. Menurut Cruiskshank (1975) kanak-
kanak kurang upaya pendengaran merujuk kepada kebolehan kanak-kanak itu mengguna deria
dengar dan juga bila kecacatan itu dialami.
Bagi Smith, Finn dan Dowdy (1993) mendefinisikan bermasalah pendengaran berdasarkan darjah
kepekakan iaitu pekak dan kurang pendengaran.

ANATOMI DAN FISIOLOGI PENDENGARAN
Gangguan pendengaran adalah sebuah kecacatan yang sememangnya sudah diketahui umum
seluruh dunia. Namun hanya segelintir dari mereka sahaja yang cuba mengambil tahu akan anatomi
dan fisiologi telinga itu sendiri, adalah dengan mengetahui anatomi telinga dan fisiologinya kita dapat
mengetahui lebih mendalam berkaitan mekanisme pergerakan bunyi yang dihasilkan di dalam
telinga. Selain itu, kita juga dapat mengetahui kedudukan masalah yang terjadi kepada telinga kita
sekiranya kita disahkan menghadapi gangguan pendengaran. Oleh yang demikian, anatomi telinga ini
adalah sangat penting untuk dipelopori lebih-lebih lagi kepada mereka yang akan terlibat langsung
dengan telinga dan masalah pendengaran. Di dalam konteks pendidikan khas pula, guru-guru yang
akan terlibat dengan kanak-kanak masalah pendengaran ini perlu mendalami bahagian anatomi dan
fisiologi ini, hal ini kerana dengan mengetahui mekanisme pendengaran ini, guru pendidikan khas ini
akan lebih peka akan masalah yang dihadapi oleh murid berkenaan.
Secara umumnya bahagian telinga terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu telinga luar, telinga
tengah dan telinga dalam, setiap bahagian ini mempunyai komponen tersendiri dan setiap
komponen mempunyai fungsi dan tugas tersendiri yang penting dan saling berkait. Setiap bahagian
telinga ini memberikan penanda aras masalah pendengaran yang dihidapi oleh pesakit tersebut,
sebagai contoh, pesakit yang menghidapi maslah pada telinga dalam dikategorikan sebagai masalah
pendengaran sensorineural, dengan mengetahui kedudukan telinga guru pendidikan khas akan lebih
mudah untuk mengenalpasti kaedah pengajaran yang perlu digunakan pada murid pendidikan khas
tersebut. Dari situ kita dapat melihat akan kepentingan mengetahui kedudkan telinga serta fungsi
komponen telinga itu sendiri yang amana akan banyak membantu guru untuk lebih mnegetahui
masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut.


Gambar rajah 1: Anatomi telinga








DUA KONSEP ASAS PENDENGARAN
a. Bunyi
Sumber bunyi ialah tenaga yang dihasilkan setiap kali sesuatu objek menghasilkan getaran dalam
udara (contoh: apabila tali guitar dipetik, tali getar (vibrates), memaksa molecules dalam udara juga
bergetar (menolak-menarik). Bunyi terdiri daripada 2 komponen: (1) frekuensi dan (2) Intensiti
(kekuatan bunyi/amplitut)

b. Frekuensi:
bilangan kitran getaran yang dihasilkan oleh sumber bunyi setaip saat
Diukur dalam unit Hertz (HZ). Con: jika sumber bunyi menghasilkan 1000 kitaran getaran
sesaat, frekuensi ialah 1000Hz.
Kadar pendengaran yang normal adalah: 20Hz---------20,000Hz
Frekuensi percakapan yang paling penting ialah dalam kadar 200Hz-----8000Hz
Perubahan frekuensi boleh dikenali oleh seseorang pendengar melalui perubahan dalam
nada/tona bunyi

JENIS KEHILANGAN PENDENGARAN
Pertuturan, bunyi dan sebagainya. Masalah ini dikelaskan mengikut masalah iaitu masalah
pendengaran ringan, sederhana dan teruk. Individu yang menghadapi masalah pendengaran ini sukar
untuk memproses maklumat linguistik melalui deria pendengaran dengan atau tanpa alat bantu
dengar. Kecacatan pendengaran bukan sahaja menggugat perkembangan pertuturan bahasa tetapi
juga perkembangan sosial seseorang individu itu yang mana golongan ini terpaksa menggunakan
bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan masyarakat. Bagi mereka yang masih mempunyai saki
baki pendengaran pula, mereka adalah mempunyai potensi untuk memaksimumkan sebaik mungkin
pendengaran yang masih terdapat pada mereka agar dapat membantu dalam perkembangan dan
pemerolehan bahasa mereka. Kemajuan teknologi pada hari ini telah banyak membantu dalam
menjalani kehidupan seharian. Oleh itu, kewujudan dan penciptaan alat bantu dengar pada hari ini
telah banyak membantu golongan bermasalah pendengaran untuk menjalani kehidupan seharian
khususnya bagi tujuan berkomunikasi dalam masyarakat agar mereka menjalani kehidupan seperti
insan normal walaupun terdapat sedikit kekurangan pada mereka.
Jenis Konduktif
Bunyi tidak dapat diproses melalui telinga luar ke telinga tengah, bunyi masih boleh dihantar ke otak
melalui tulang mastoid serta bunyi ini tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara
efisien kerana tersumbat atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan
dan tidak jelas. Kehilangan pendengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan secara perubatan
atau pembedahan. Namun telinga dalam masih dapat berfungsi dengan baik dalam memproses dan
menghantar bunyi ke saraf pendengaran pada otak. kehilangan pendengaran jenis konduktif ini
dikategorikan sebagai kehilangan pendengaran ringan dan sederhana kerana masih boleh
mendengar sebahagian bunyi-bunyi pertuturan dan suara sendiri serta orang lain melalui tulang
mastoid. Tahap kehilangan pendengaran ini tidak melebihi 60 dBHL iaitu kebolehan mendengar
hanya setakat 1 hingga 1.5 meter daripadanya. Pesakit masih boleh memahami perbualan tapi
bermasalah untuk mendengar suara yang perlahan yang memerlukan meraka menggunakan alat
bantu pendengaran dan juga terapi pertuturan. Punca berlakunya masalah ini kerana halangan di
dalam saluran telinga luar seperti tahi telinga yang terlalu banyak atau sekatan benda asing. Ia juga
boleh terjadi akibat kemalangan iaitu kerosakan gegendang telinga disebabkan oleh tekanan yang
terlalu kuat seperti bunyi letupan dan jolokan benda keras atau tajam ke gegendang telinga. Selain
itu faktor jangkitan turut mempengaruhi masalah pendengaran konduktif ini seperti jangkitan kronik
yang berlaku terhadap lapisan kulit telinga luar atau telinga dalam dikenali sebagai Otitis Externa dan
Otitis Media. Otitis Externa disebabkan oleh jangkitan bakteria yang dinamakan swimmers ear
yang biasa berlaku kepada perenang kerana kekerapan air terperangkap di dalam telinga. Otitis
Media pula disebabkan oleh salur eustachia yang tersumbat akibat demam selesema, campak,
tonsillitis dan jangkitan di hidung dan tekak Selain itu, Otosklerosis (ketumbuhan tetulang halus pada
stapes juga turut mempengaruhi pekak konduktif ini. Ketumbuhan tetulang halus pada dinding
telinga tengah berlaku awal remaja hingga awal 30 an. Ianya akibat daripada tulang stapes yang
melekat pada jendela bujur tidak dapat bergerak kerana terdapat ketumbuhan tetulang di
sekelilingnya.

Pada peringkat awal kehilangan pendengaran mungkin kurang tetapi akan menjadi semakin teruk
dan akhirnya penyakit ini boleh merebak ke telinga dalam dan menyebabkan kehilangan
pendengaran konduktif kepada pekak bercampur yang mana berlaku lebih kerap pada kaum wanita
yang mengandung kerana mereka mungkin jadi penyumbang. Otistis Media dan Otoslerosis adalah
penyebab utama kehilangan pendengaran konduktif ini. Kekuatan bunyi di setiap frekuensi
berkurangan tetapi kehilangan pendengaran tidak melebihi 60dB di semua frekuensi. Kebiasaannya
ujian pendengaran menunjukkan terdapat perbezaan kehilangan pendengaran di antara ujian melalui
tulang dengan ujian melalui udara.

Jenis Sensorineural
Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak.
Sesetengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami
pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walaubagaimanapun ia dapat dibantu dengan
alat bantu pendengaran . Melibatkan koklea atau saraf yang menjadi laluan ke otak. Kehilangan
pendengaran jenis ini adalah teruk (severe) dan sangat teruk (profound) kerana tidak boleh
mendengar bunyi-bunyi pertuturan langsung dan hanya mendengar bunyi-bunyi yang kuat sahaja
seperti bunyi mercun. Ciri-ciri bagi yang mengalami kepekakan sensori neural pula adalah seperti
keupayaan mendengar bunyi 70 dB ke atas. Pada tahap ini kanak-kanak sukar untuk memperolehi
pertuturan. Bagi tahap teruk (70 dB -90 dB), tanpa amplikasi, mereka boleh mendengar bunyi kuat
alam jarak 1 kaki dari telinga. Apabila menggunakan amlpikasi kanak-kanak ini sepatutnya boleh
mengecam bunyi persekitaran dan mengecam semua bunyi pertuturan. Bagi kanak-kanak yang
mempunyai keupayaan mendengar yang amat teruk (melebihi 90 dB), mereka mengalami kesukaran
untuk mendengar dan bertutur. Masalah ini tidak boleh dirawat kecuali dengan teknologi terkini
seperti ABD berkuasa tinggi dan pacakan koklea. Selain itu mereka juga memerlukan terapi
pertuturan. Punca berlakunya masalah ini kerana, pertama, berlaku semasa di dalam kandungan atas
sebab jangkitan virus atau bakteria seperti rubella/german measles kepada ibu yang mengandung
pada 3 bulan pertama dalam kebanyakan kes. Pengambilan dadah yang mengandungi seperti
alkohol, aspirin, cortisone, quinine dan tranquillisiers serta pengambilan ubat-ubatan seperti pill
Thallidomide). Kedua, semasa kelahiran seperti anoxia (kekurangan oksigen) dan jaundice (demam
kuning). Ketiga, selepas lahir akibat daripada kemalangan yang teruk menyebabkan kerosakan
koklea, meningitis (demam yang teruk disebabkan selaput yang meliputi otak dan tulang belakang)
seperti meningococcal merosakkan koklea dan saraf pendengaran, bunyi bising yang sangat teruk
dan berterusan, pengambilan bahan Ototoxic/ bahan beracun seperti dalam quinine dan antibiotik,
kehilangan pendengaran disebabkan ketuaan dan penyakit meniere kesan vertigo (pening yang
teruk), tinnitus (berdesing). Keempat, disebabkan keturunan kerana jika ibubapa membawa gen
dominan (pekak), risiko untuk mempunyai anak yang pekak sensorineural adalah 50% manakala
pembawa gen resesif adalah 25%. Frekuensi bagi kehilangan pendengaran jenis sensorineural ialah
71 dB ke atas iaitu teruk dan sangat teruk 91 dB ke atas. Manakala dalam ujian (tulang dan udara) ia
tidak menunjukkan banyak perbezaan kerana saraf pendengarannya tidak berfungsi.


Jenis Campuran
Masalah pendengaran campuran berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah
pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir bersama.
Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai
mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran. Apa jua
masalah yang berlaku di telinga luar atau tengah berserta masalah di telinga dalam disebut sebagai
masalah pendengaran campuran. Berlaku kehilangan pendengaran dalam kedua-dua ujian (bone and
air conduction). Dalam pekak bercampur kehilangan pendengaran melalui tulang lebih baik dari ujian
melalui udara tetapi kehilangan berlaku kepada kedua-duanya.
Definisi Masalah Pendengaran
Menurut (Stephen P. Quigley & Robert E. Kretschmer, 1982) menyatan bahawa Kanak-kanak atau
orang dewasa yang pekak iaitu seseorang yang tahap pendengarannya teruk (91 dB atau lebih)
terutamanya saraf sensorinya rosak dan berlaku sebelum ia boleh bertutur. Definisi yang biasa
diterima daripada aspek pendidikan diperolehi daripada Executive Committee of the Conference of
Educational Administratiors Serving the Deaf (The Convention of American Instructors of the Deaf,
1960): "Hearing Impairment": Istilah generik yang menunjukkan kecacatan pendengaran yang dalam
tahap ringan (mild) ke tahap teruk (severe); ini termasuk subset "deaf" dan "hard of hearing".

Cacat pendengaran dapat dibahagikan kepada dua jenis:
a. Pekak: Tidak dapat mendengar langsung walaupun ada alat bantu dengar (hearing aid).
b.Separa pekak atau kurang/kesukaran pendengaran: masih ada sisa-sisa pendengaran untuk
mengamati perbualan atau bunyi-bunyi dalam persekitaran, dan boleh mendengar dengan alat bantu
dengar.





PUNCA KECACATAN PENDENGARAN
Punca berlakunya masalah ini kerana halangan di dalam saluran telinga luar seperti tahi telinga yang
terlalu banyak atau sekatan benda asing. Ia juga boleh terjadi akibat kemalangan iaitu kerosakan
gegendang telinga disebabkan oleh tekanan yang terlalu kuat seperti bunyi letupan dan jolokan
benda keras atau tajam ke gegendang telinga. Selain itu faktor jangkitan turut mempengaruhi pekak
konduktif ini iaitu jangkitan yang kronik berlaku terhadap lapisan kulit telinga luar atau telinga dalam
dikenali sebagai Otitis Externa dan Otitis Media. Otitis Externa disebabkan oleh jangkitan bakteria
yang dinamakan swimmers ear yang biasa berlaku kepada perenang kerana kekerapan air
terperangkap di dalam telinga.
Otitis Media pula disebabkan oleh salur eustachia yang tersumbat akibat demam selsema, campak,
tonsillitis dan jangkitan dihidung dan tekak. Otosklerosis (ketumbuhan tetulang halus pada stapes
juga turut mempengaruhi pekak konduktif ini. Ketumbuhan tetulang halus pada dinding telinga
tengah berlaku awal remaja hingga awal 30 an. Ianya akibat daripada tulang stapes yang melekat
pada jendela bujur tidak dapat bergerak kerana terdapat ketumbuhan tetulang di sekelilingnya
Punca lain antaranya ialah :
30% ketidakupayaan pendengaran tidak diketahui
3 peringkat: (i) pra lahir; (ii) semasa lahir;(iii) selepas lahir
kongenital (congenital sensori neural deafness)
(a) Faktor perwarisan/genetik (familial deafness)
(b) pralahir * maternal rubella, faktor rh * dadah & ubat-ubatan * infeksi * kelahiran pramatang &
komplikasi semasa kehamilan
(c) semasa & selepas lahir * jangkitan kuman
* lahir tidak cukup bulan
* kecederaan/trauma * anoxia * jaundice neonatal * meningitis (di selaput otak) * penyakit spt:
beguk, demam campak, ketumbuhan otak (con: acoustic neuroma) * bunyi yang terlalu kuat/nyaring
* presbyeacusis (faktor usia) * eksostosis (ketumbuhan pada tulang meatus * bisul & cedera di
kulit * sekatan serumen atau ear wax * bendasing * membran timpanik cedera
* jangkitan telinga tengah (otitis media)

Anda mungkin juga menyukai