Anda di halaman 1dari 2

lontar peluru

LONTAR PELURU

Postby rin yu mei on 2008-05-01, 11:11:41 pm
SEJARAH

1. Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari
segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh.

2. Asal usul Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan
dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar
batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19.

3. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara
lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu.
Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua
buah negara ini.

4. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan
di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang
kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik,
dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan.Dari sini, bermulalah sejarah baru
bagi acara lontar peluru.

5. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang
berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta.

6. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki.
Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek.
Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896.Malah
bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan
1904.

7. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7
kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-
akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang.

8. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.Peraturan dan
pertandingan. Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol
dalam acara ini.

9. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran
baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini.

10. Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya
lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa
sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik.

11. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-
hati sebelum,semasa, dan selepas melakukan aktiviti.Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan,
dan anggota lain terutamanya tangan,pinggang, dan kaki memainkan peranan utama.

12. Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk
menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri.Kedua, perlakuan yang sempurna semasa
melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan selepas.

13. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang licin
dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan.

14. Yanina Korolcik dari Belarus memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran 20.56
meter dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000.

Anda mungkin juga menyukai