Anda di halaman 1dari 3

Empat tahun yang lalu, satu kemalangan memisahkan aku dengan isteri yang amat ku

kasihi. Seringkali muncul dalam fikiranku; apa yang isteriku rasai sekarang? Di
a pasti terlalu sedih kerana meninggalkan seorang suami yang sebenarnya tak mamp
u menjaga rumah dan memelihara seorang anak lelaki kerana itu jugalah perkara ya
ng sedang membedal emosi ku masa kini. Aku rasa aku gagal memenuhi keperluan fiz
ikal mahu pun keperluan emosi anak lelaki ku, dan yang ironiknya, aku gagal bert
indak sebagai ayah dam mama kepada anak ku.
Suatu hari aku menerima panggilan kecemasan untuk datang ke tempat kerja. Ia mas
ih terlalu awal. Lalu aku meninggalkan anak ku di rumah sementara dia masih tidu
r. Aku cuma sempat memasak telur buat anak ku. Berharap apabila dia bangun nanti
dia boleh menanak nasi sebab fikir ku beras masih ada. Selepas memaklumkan anak
, aku terus bergegas ke pejabat.
Sebagai seorang yang mempunyai dua kewajipan, aku sering merasa kepenatan di tem
pat kerja, demikian juga apabila aku berada di rumah. Selepas sehari suntuk, aku
balik ke rumah, lemas dan kehilangan tenaga seluruhnya. Selepas memeluk dan men
cium anak ku seadanya, aku terus ke kamar tidur tanpa mengambil apa-apa sebagai
pengalas perut untuk makan malam.
Mengharapkan tidur nenyak yang diimpikan, aku terus melompat ke atas katil. Seju
rus kemudian segala yang aku rasakan dan dengar ialah kemeruk mangkuk porselin y
ang pecah dan cecair yang masih hangat. Sepantas kilat aku membuka selimut dan d
i sanalah punca segala masalah tersebut mangkuk yang sudah pecah dengan mee sege
ra yang mengotorkan cadar dan selimut!
Adakah aku gila! Aku hilang sabar lalu mencapai penyangkut baju, dan tanpa berfi
kir panjang, aku terus menghukum anak lelaki ku yang masih bermain dengan patung
-patung permainannya. Semestinya dia menangis tetapi dia tidak memohon balas kas
ihan, kecuali hanya kata-kata penjelasan yang cukup pendek, ringkas, dan sayu.
Masih dengan esekan tangis anak ku bersuara, "Ayah, saya lapar dan tidak ada lag
i beras untuk dimasak. Ayah belum balik lagi, saya mahu masak mee segera. Tetapi
saya masih ingat pesan ayah agar jangan menyentuh atau menghidupkan dapur gas j
ika tidak ada orang dewasa, lalu saya gunakan pemanas air mandian dari bilik man
di untuk memasak mee segera itu. Satu untuk ayah dan satu untuk saya. Saya takut
mee itu menjadi sejuk lalu meletakkannya di bawah selimut supaya ia kekal hanga
t. Tapi saya terlupa untuk mengingatkan ayah sebab saya asyik bermain dengan ala
t permainan saya maafkan saya ayah"
Untuk seketika, air mata mula membasahi pipi ini tapi aku tidak mahu anak ku mel
ihat ayahnya menangis lalu aku terus beredar ke kamar mandi dan menangis sepuasn
ya sementara curahan air paip meninggalamkan tangisan ku itu. Selepas itu aku me
ndapatkan anak ku, memeluknya seerat mungkin dan merawat luka kesan penyangkut b
aju.
Kekotoran yang ada di atas katil aku bersihkan. Menjelang tangah malam selepas s
emuanya beres, aku melewati kamar tidur anak ku. Dia masih belum tidur lagi. Aku
melihat dia menangis. Menangis bukan kerana kesakitan kesan dari hukuman ku seb
entar tadi tetapi aku melihat dia menatap foto mamanya yang dikasihi.
Setahun kemudian selepas kejadian tersebut, saya berusaha sedaya yang boleh untu
k memberi kasih dan sayang dari ayah dan juga mama, dan memenuhi keperluan-keper
luan anakku.
Dia kini sudah berumur tujuh tahun, dan tidak lama lagi dia akan tamat persekola
hannya di peringkat tadika. Mujur dia dapat menyesuaikan diri tanpa mama dan dia
bertumbuh lebih gembira berbanding hari-hari yang sudah.
Tidak berapa lama dahulu, sekali lagi aku mendenda anak lelaki ku, kali ini lebi
h teruk lagi. Guru tadikanya menghubungi aku mengenai ketidakhadirannya ke sekol
ah. Hari itu aku balik lebih awal dari kerja, mengharapkan penjelasan dari anak
ku. Aku mencarinya di sekitar rumah tetapi tidak ku jumpai. Akhirnya aku menemui
nya di belakang kedai alat tulis, gembira dan sedang bermain permainan komputer.
Dengan kemarahan yang membara, aku membawa anak ku pulang. Untuk tujuan mengajar
, aku merotan anak ku. Dia tidak pun melawan kecuali dengan satu kalimat yang me
milukan, "Maafkan saya ayah".
Selepas mendengar bukti-bukti, saya menyedari bahawa sekolahnya menganjurkan `Ta
lent Show' dan semua ibu pelajar dijemput. Itulah sebabnya pada hari itu anak ku
ponteng sekolah kerana dia tidak ada lagi mama untuk bersama-sama ke majlis ter
sebut.
Beberapa hari selepas aku merotan, anak ku balik dan memberitahu ku bahawa di su
dah belajar menulis dan membaca. Sejak hari itu dia tidak lekang dari kamar tidu
rnya dengan alasan mahu belajar dan berlatih menulis. Kalaulah isteri ku masih a
da ketika ini, saya pasti dia amat bangga dengan anak kami kerana dia membanggak
an aku juga!
Masa berlalu begitu cepat sekali, tahun berganti tahun. Untuk kesekian kalinya a
nak ku buat hal lagi. Semantara aku berkemas-kemas untuk mengakhiri kerja-kerjak
u di pejabat pada hari itu, panggilan dari pejabat pos mencela kesibukan ku. Peg
awai pos agak kasar pada ketika itu, mungkin dia agak sibuk. Dia menyatakan anak
ku cuba mengirim beberapa pucuk surat tanpa alamat.
Aku sudah berjanji untuk tidak menghukum anakku lagi. Namun aku benar-benar hila
ng sabar. Ada saja masalah yang anakku timbulkan. Kalau bukan di rumah, di sekol
ah, atau di pejabat pos. Aku hilang sabar.
Dalam benak aku berfikir bahawa anak ini tidak boleh dikawal lagi. Dia perlukan
pengajaran, dan itulah yang aku lakukan. Sekali lagi anakku berkata dengan sayu,
"maafkan saya ayah" dan tidak ada alasan lain yang dia cuba jelaskan. Saya begi
tu marah dan mendorong dia ke tepi lalu aku terus ke pejabat pos mengambil surat
-surat tanpa alamat tersebut dan kembali ke rumah dengan segera.
Dalam kemarahan, aku inginkan alasan dari mulut anakku sendiri. Sesuatu yang tid
ak pernah aku fikirkan, "surat-surat itu khas untuk mama", dia bersuara pilu mas
ih dalam tangisan. Mendengar itu aku tak dapat menahan emosi. Di mata ini mula m
uncul kaca-kaca jernih. Aku cuba mengawal perasaan dan terus menyoalnya, "tapi k
enapa kamu mengirim terlalu banyak surat dalam satu masa?"
Kemudia anakku menjawab, "Sebenarnya, saya sudah menulis surat-surat untuk mama
ini sudah sekian lama, tetapi setiap kali saya tiba di peti pos, petinya sangat
tinggi bagi saya, dan saya tak dapat memasukan surat-surat itu ke dalam peti sur
at, tetapi baru-baru ini saya sekali lagi ke peti pos, dan alangkah gembiranya s
aya kerana saya sudah boleh mencapai peti pos tersebut lalu saya masukkan semua
surat-surat yang telah saya tulis itu sekali gus.."
Mendengar ini, saya hilang, lenyap, dan entah apa-apa lagi. Hilang akal dan tida
k tahu apa perlu dilakukan, apa nak kata Kemudian aku memberitahu anakku, "nak, m
ama sudah tidak ada lagi tetapi percayalah satu hari nanti dia akan kita temui l
agi". Selepas mendengar penjelasan yang pendek itu, anakku tenang tetapi gembira
, dan tidak lama kemudia ia tertidur.
Saya membawa surat-surat itu keluar dan mula membacanya satu per satu, dan salah
satu surat itu benar-benar menyentuh kalbu ku
"Mama yang amat dikasihi,
Saya amat merindui mama! Hari ini sekolah saya menganjurkan `Talent Show', dan p
ihak sekolah menjemput semua ibu-ibu untuk menyaksikan pertunjukan itu tetapi ma
langnya mama tiada, sebab itu saya tidak menyertai sebarang acara. Saya tidak ma
klumkan semua ini kepada ayah kerana saya risau ayah akan merindui mu dan menang
is sekali lagi. Untuk mehilangkan kesedihan, saya pergi bermain permainan komput
er di salah sebuah kedai komputer. Hari itu ayah mencari saya di mana-mana. Ayah
agak marah. Dia menengking dan memukul saya, tetapi saya tidak maklumkan kepada
nya alasan sebenar. Mama, setiap hari saya melihat ayah merindui mu dan setiap k
ali ayah teringatkan mu , dia begitu sedih namun dia berselindung dan menangis d
i biliknya. Saya fikir kami berdua amat merindui mu. Tetapi mama, saya sudah mul
a melupai wajah mu. Mama, bolehkah mama muncul dalam mimpi saya agar saya dapat
mengingati wajah mama? Saya pernah dengar apabila kita mendekap gambar seseorang
yang dirindui, dia akan muncul dalam mimpi, tetapi kenapa tidak mama?"
Selepas membaca surat itu, aku tak dapat menahan tangis, sebab aku sedar aku tid
ak akan dan tidak pernah akan dapat memperbaiki jurang yang sepatutnya isteri ak
u dapat perbaiki
Kepada para wanita yang ada anak:
Elakkan diri dari menggunakan terlalu banyak masa berhadapan dengan kerja. Andai
kata kerja itu tidak dapat disiapkan, mungkin ada sesuatu masalah yang melanda
syarikat tersebut dan itu sebenarnya bukan masalah anda sendiri. Hubungi majikan
anda. Kerja lebih masa yang keterlaluan tidak selalunya munansabah sebagai jawa
ban kepada masalah tersebut. Jaga kesihatan anda. Kesihatan adalah harta karun y
ang terbaik yang dapat menganjak anda supaya boleh menatang `si kecil' yang lebi
h berharga.
Kepada lelaki berkhawin:
Kurangkan minum minuman keras, kalau boleh berhenti! Kurangkan merokok, kalau bo
leh berhenti! Tidak ada yang dapat menggantikan kesihatan anda. Bisnes tidak, pe
langgan juga tidak.
Fikirkan sebegini, apakah anda akan terus bekerja keras sehingga pelanggan anda
bergantung semata-mata hanya kepada anda? Atau majikan anda bergantung semata-ma
ta hanya kepada anda? Di dalam masyarakat masa kini, tidak ada sesiapa yang terk
ecuali.
Jaga kesihatan anda agar anda dapat menjaga `si kecil' yang lebih berharga beser
ta dengan orang yang amat anda kasihi.
Kepada yang masih bujang:
Kejelitaan dan kecantikan sebenar terletak kepada mengasihi diri dahulu. Bunyi m
acam mementingkan diri tetapi ingat, dengan keyakinan dan mengasihi diri, anda b
erupaya melihat kecantikan orang lain di sekeliling anda. Anda boleh bekerja den
gan lebih baik dan lebih gembira. Jangan biarkan kesihatan anda dipengaruhi oleh
kerja-kerja anda, atau majikan anda. Tidak ada yang lebih penting daripada kewu
judan anda sebagaimana anda ada.

Anda mungkin juga menyukai