Anda di halaman 1dari 1

BADAN PENGURUSAN BERSAMA PPA1M

METROPOLITAN KEPONG (JMB 988/2019)


MANAGEMENT OFFICE, GROUND FLOOR
PPAM METROPOLITAN KEPONG
JALAN LINGKARAN TENGAH 2 (MRR2)
52100 KUALA LUMPUR
No Telefon : 03-6242 6756 / 57
Email: ppa1m.metropolitan@gmail.com

NOTIS
Tarikh : 13 Februari 2023
Kepada : Semua Pemilik Petak / Penduduk
Perkara : Perlaksanaan Tindakan Menyahaktifkan Kad Akses
dan JagaApp Bagi Pemungkir

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Perhatian kepada semua penduduk,

Pihak pengurusan ingin memaklumkan bahawa tindakan yang lebih agresif akan dilaksanakan
terhadap pemungkir. Seperti sedia maklum, kadar kutipan mencatatkan penurunan seperti yang
telah dibentangkan pada AGM ke-4 pada 29 Oktober 2022 yang lalu. Tujuannya tindakan ini
dilaksanakan adalah untuk mendidik pemungkir yang berhutang disamping menjadikan kutipan
maksimum wang penyenggaraan secara bulanan dapat dicapai dan menggunakan kembali wang
tersebut untuk mengurus dan menyelenggara harta bersama demi keharmonian dan keselesaan
penduduk.

Berikut adalah beberapa jenis tindakan yang bakal diambil bermula Mac 2023;

Bil Jenis Tindakan Kategori Pemungkir (RM)


1 Penyahaktifan kad akses, JagaApp & larangan Jumlah tunggakan adalah
menggunakan harta bersama sama atau melebihi
RM600.00
• Pemungkir WAJIB mendaftar setiap kali
masuk dan keluar (laluan pelawat) dari
kawasan PPAM di buku log yang disediakan.
• Pelawat unit pemungkir tidak dibenarkan
menggunakan kawasan parkir pelawat PPAM
• Pemungkir tidak dibenarkan membuat
tempahan dewan dan lain-lain harta bersama.

2 Mahkamah, Tribunal, Tindakan Saman & Sitaan. Jumlah tunggakan adalah


sama atau melebihi
RM1,500.00

Sehubungan itu, mana-mana pemungkir dinasihatkan supaya membuat bayaran tunggakan dengan
KADAR SEGERA bagi mengelakkan tindakan-tindakan ini diambil.

Terima kasih.
Badan Pengurusan Bersama PPA1M Metropolitan Kepong

Anda mungkin juga menyukai