Anda di halaman 1dari 24

EDU 3103 : MURID DAN ALAM BELAJAR

: MUHAMAD AMIRUL SYAFIQ BIN MD YUSUF


: MUHAMAD HAFIFI BIN MUHAMED YUSOF
: SYIRAZI B ABDUL KHALID

PENSYARAH PEMBIMBING :
EN. JAMALLUDIN BIN MOHAMAD RASHID
TEORI BEHAVIORIS
TOKOH
PELOPOR
Ivan Petrovich
Pavlov
(1849 - 1936)
John Broadus
Watson
(1878 - 1958)
Ivan Petrovich Pavlov
(1849 - 1936)
Pendidikan awal di Sekolah Seminari Teologi

Menyambung pelajaran di Universiti St.
Petersburg (Kimia dan Fisiologi)

Mendapat gelaran Doktor pada 1879

Menjadi Profesor Fisiologi di Institute of
Experimental Medicine pada 1884

Mendapat hadiah Nobel dalam bidang
Psysiology or Medicine melalui kajian Proses
Penghadaman pada 1904
Lahir pada 14
September 1849 di
Ryazan, Rusia
Meninggal 27
Februari 1936 di
Leningrad
KAJIAN
PAVLOV
Mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku pada
sesuatu organisma
Kajiannya berasaskan pada hukum perkaitan
(Law of Association) diutarakan oleh ahli falsafah
Yunani awal Aristotle
sesuatu organisme akan teringat sesuatu kerana
sebelum ini organisme berkenaan telah
mengalami sesuatu yang berkaitan
Contohnya :
Apabila kita melihat sebuah kereta mewah, kita
mungkin membuat andaian pemandu itu seorang
yang kaya raya atau seorang yang masyur.
Andaian ini bergantung kepada pengalaman kita
yang lampau
Eksperimen Pelaziman Klasik Ivan Petrovich Pavlov
Gambarajah Eksperimen Pelaziman Klasik Pavlov
Gambarajah Eksperimen Pelaziman Klasik Pavlov
KONSEP TEORI PAVLOV
TINGKAHLAKU KESIMPULAN
PENGUASAAN
(Acquisition)
Penguasaan atau bagaimana organisma mempelajari sesuatu
gerak balas atau respon baru berlaku berperingkat-peringkat.
Lebih kerap organisma itu mencuba, lebih kukuh penguasaan
berkenaan
GENERALISASI
(Generalisation)
Sesuatu organisma itu dapat membuat generalisasi dan akan
diikuti dengan gerak balas
DISKRIMINASI
(Discrimination)
Organisma dapat membezakan antara rangsangan yang
dikemukakan dan memilih untuk bergerak balas kepada
sesuatu rangsangan tetapi tidak kepada rangsangan yang lain
PENGHAPUSAN
(Extinction)
Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim tidak diikuti dengan tak
terlazim, lama kelamaan organisma itu tidak akan bergerak
balas
PELAZIMAN
TAHAP TINGGI
Rangsangan yang ditambah (cahaya+bunyi loceng) akan turut
memberi kesan terhadap rembesan air liur anjing
Meninggal pada
tahun 1958
John Broadus Watson
(1878 - 1958)
1899 - tamat pengajian di Furman University,
1901 - mengambil major dalam psikologi dan
minor dalam falsafah serta neurologi di
University of Chicago
1906 - pensyarah di University of Chicago
1907 - professor psikologi di John Hopkins
University dan menemui Teori Behaviorisme
Menerbitkan Behavior : An Introduction to
Behaviorist Views It.
1916 Memulakan pengajian tentang mental
dan bekerja dengan syarikat pengiklanan di J
Walter Thompson Agency
1920 - berhenti dari John Hopkins University
dan menghasilkan Little Albert Experiment.
1928 Menghasilkan Psychological Care of
Infant and Child
1945 Bersara dari William Esty Agency
Lahir pada 9 Januari
1878 di Greenville,
South Carolina
John Broadus Watson
Eksperimen Little Albert
Albert berusia 9 bulan
Watson dan Rosalie Rayner (pembantunya) menunjukkan
Albert seekor tikus putih
Kemudian, diikuti seekor arnab, seekor monyet dan beberapa
topeng yang berbeza-beza
Pada mulanya, Albert tidak takut pada tikus tersebut
Sebaliknya, berasa seronok dan agak selesa
Albert berusia 11 bulan
Kemudian, Watson dan Rayner mengeluarkan satu bunyi yang
kuat (paip besi dan pemukul) serentak dengan kemunculan
seekor tikus putih.
Bunyi ini menyebabkan Albert menjadi takut dan menangis
Keadaan ini berulang-ulang selama tujuh kali dalam tempoh
tujuh minggu hingga Albert takut kepada tikus putih.
Albert berusia 11 bulan
Albert kelihatan takut lalu menangis apabila melihat tikus
sahaja tanpa sebarang bunyi
Namun, apabila berlanjutan, beliau membuat kesimpulan
bahawa apa sahaja yang berwarna dan berbulu putih
mempunyai kaitan dengan bunyi yang kuat
Gambarajah
grafik
ringkas
Eksperimen
Little Albert
Keadaan Tingkah Laku Albert sebelum dan selepas
IMPLIKASI TEORI
BEHAVIORISME TERHADAP
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
John Broadus Watson
Implikasi Teori John Broadus Watson
Semua tingkahlaku
boleh dipelajari melalui
proses pelaziman
Pembelajaran secara sistematik
Guna rangsangan
yang boleh
memotivasikan murid
Kukuhkan ingatan
latihan secara kerap
1. Semua tingkah laku boleh dipelajari melalui proses
pelaziman
Sebagai contohnya, guru dapat menggunakan teknik pelaziman ini
dalam pengawalan kelas.
Guru memberikan rangsangan tidak terlazim iaitu tepuk tangan
manakala murid pula memberikan gerak balas tidak terlazim untuk
senyap dan duduk di tempat masing-masing.
Oleh itu, semasa dalam kelas, apabila guru tepuk tangan, murid-
murid akan menjadi senyap dan duduk di tempat masing-masing.


2. Pembelajaran secara sistematik
Guru turut harus sentiasa sedar akan rangsangan tidak berlazim
yang diberikan kepada murid
Jikalau rangsangan yang telah diberikan tiada peneguhan, murid
akan biasa dengan rangsangan maka akan berlaku proses
penghapusan
Setelah murid telah berlaku proses penghapusan guru haruslah
berlatih semula rangsangan serta gerak balas untuk mendapatkan
pelaziman.

3. Kukuhkan ingatan latihan secara kerap
Tabiat serta amalan yang baik boleh diamalkan dengan proses
pelaziman.
Sebagai contohnya, apabila murid berjumpa dengan guru
(rangsangan) murid-murid haruslah tunduk serta memberikan salam
kepada guru.
Amalan sebegini boleh diamalkan dalam kehidupan seharian murid-
murid di sekolah mahupun semasa di rumah.
4. Guna rangsangan yang boleh memotivasikan murid
Rangsangan dan gerak balas yang diberikan harusnya sentiasa
berunsur positif.
Terapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.
Guru-guru dapat pelbagaikan pengukuhan positif yang digunakan
agar dapat mengekalkan keberkesanannya.

Bibliografi
Mok Song Sang (2006), Ilmu Pendidikan untuk KPLI Sekolah
Rendah. Kuala Lumpur : Percetakan Seasons Sdn. Bhd.

Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias (2007), Psikologi
Pendidikan untuk Perguruan. Shah Alam : Karisma Publications
Sdn. Bhd.

Abd. Majid Mohd Isa dan Rahil Mahyuddin (1977), Psikologi
Pendidikan, Kuala Lumpur : Longman Malaysia Sdn. Bhd

Eggen, P. dan Kauchak, D. (1997), Educational Psychology
Windows on Classrooms. New Jersey : Prentice-Hall.Inc
Bibliografi
Lewis M. Barker (2001), Learning Behavior Biological,
Psychological, and Sociocultural Perspectives. New Jersey :
Prentice-Hall.Inc

Choong Lean Keow (2008), Murid dan Alam Belajar untuk
Program Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

W. David Pierce and W.Frank Epling (1995), Behavior Analysis
and Learning. New Jersey : Prentice-Hall.Inc

Anda mungkin juga menyukai