Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan

Kandungan KBSR dan KBSM merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai dari bidang
kognitif, afektif dan psikomotor.
Kedua-dua kurikulum ini bertujuan memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh
dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani.
Oleh itu, penilaian hendaklah merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
P & P dalam aspek kognitif merujuk kepada Dewey (1916) dan pemerhatiannya bahawa setiap insan
mempunyai kapasiti untuk berfikir.
Polson & Jeffries (1985) mengatakan pemikiran berkaitan secara langsung dengan kemahiran
penyelesaian masalah.
Ennis (1985, 1991) berpendapat pemikiran merupakan beberapa siri proses pemikiran secara logik.
Galotti (1989) menyatakan terdapat dua jenis membuat keputusan kesan dari pemikiran, iaitu formal
reasoning dan everyday reasoning
Instrumen Penilaian Dalam Aspek Kognitif
Kebiasaannya penggunaan ujian kertas dan pensel dapat memberi ukuran pencapaian pelajar
dalam aspek kognitif/pemikiran moral.
Pembinaan item ujian objektif dan subjektif boleh dilakukan mengikut aras kesukaran yang
dinyatakan dalam Taksonomi Bloom. (Rujukhttp://www.officeport.com/edu/blooms.htm)

Anda mungkin juga menyukai