Anda di halaman 1dari 56

1

HALAMAN JUDUL









KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA











JABATAN ILMU PENDIDIKAN, INSTITUT PENDIDKAN GURU KAMPUS
TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU.


2

PENGAKUAN













Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya


Tandatangan : ........................................
Nama Penulis : ANBUCHELVI A/P KANNAN
Tarikh : 28 FEB 2011

3

PENGAKUAN













Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya


Tandatangan : ........................................
Nama Penulis : ARIVALAGAN A/L RAJA MANICKAM
Tarikh : 28 FEB 2011

4

PENGAKUAN












Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya


Tandatangan : ........................................
Nama Penulis : SIVANATHAN A/L ANBU SELVAM
Tarikh : 28 FEB 2011

5

PENGAKUAN













Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya


Tandatangan : ........................................
Nama Penulis : VINOODINI A/P ANNATHURAI
Tarikh : 28 FEB 2011

6

ISI KANDUNGAN


NO PERKARA MUKA SURAT
1. PENGHARGAAN 7
2. RUMUSAN ARTIKEL 8-10
3. PENGENALAN 11
4.

HASIL ANALISIS
PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
ASPEK-ASPEK UTAMA DALAM TEORI-TEORI
1.1 TEORI- TEORI PERKEMBANGAN
1.2 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
1.3 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET
1.4 IMPLIKASI TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF
1.5 IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF
TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1.6 UJIAN KONSERVASI PIAGET
RUMUSAN / CADANGAN

12-13
14
15-17
18-19
20-25
26
27-28

29-33
34
5 I. BIBLIOGRAFI
II. REFLEKSI KENDIRI
III. BORANG KOLABORASI
IV. LAMPIRAN
36
39
48
51

7

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu kami bersyukur kepada Tuhan yang Maha Esa dengan limpah
dan kurnianya kami dapat menyiapkan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu Perkembangan
Kanak-Kanak yang diberikan dengan baik. Seterusnya kami juga ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada pensyarah mata pelajaran Perkembangan Kanak-Kanak
iaitu En.Tauhit bin Sudar yang memberikan tunjuk ajar dan sokongan kepada kami
untuk menyiapkan kerja kursus ini. Beliau banyak menyumbangkan idea dan tenaganya
untuk menerangkan kami tentang kehendak soalan kerja kursus ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sedikit sebanyak membantu kami
dalam menyelesaikan tugasan ini. Mereka juga berkerjasama dengan kami untuk
membincangkan tentang tajuk kerja kursus ini dengan lebih mendalam lagi. Rakan-
rakan kami memberikan dorongan kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang banyak
memberi sokongan dan bantuan yang penuh. Mereka memberi penerangan dan
penjelasan yang sungguh baik kepada kami supaya kami dapat mengaji tahap
perkembangan kanak-kanak. Mereka juga memberi contoh-contoh rekod, bukti
berasaskan kertas dan benda berkaitan kanak-kanak untuk membantu kami.
Tidak lupa juga kepada kawan-kawan kami yang telah bersama kami untuk
menyiapkan tugasan ini dengan berjaya. Mereka berada bersama kami apabila kami
memerlukan bantuan mengumpulkan data tentang kanak-kanak. Akhir sekali, kami juga
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama sama ada
secara langsung dan tidak langsung untuk menyiapkan tugasan ini.

Terima kasih.


8

RUMUSAN ARTIKEL

Menurut artikel di atas kami mengetahui tentang ahli psikologi Switzerland , Jean
Piaget dan perbincangan beliau tentnag teori utama perkembangan kognitif. Teori-teori
beliau memainkan peranan penting dalam mambantu memahami cara kanak-kanak
berfikir dan bagaimana guru boleh memainkan perannannya dalam perkembangan.
Piaget telah mengenal pasti empat factor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi
proses pemikiran individu. Antara faktornya ialah kematangan biologi interaksi individu
dengan persekitaran, pengalaman sosial, dan keseimbangan. Menurut Piaget, proses
pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita
mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan
megadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka.
Kita sentiasa cenderung untuk memahami sesuatu situasi, dalam menyelesaikan
sesuatu kekusutan. Kita akan berasa kurang selesa sekiranya berdepan dengan
sesuatu keadaan yang tidak menentu atau keadaan yang tidak dapat dijangka.
Ketidakselesaan ini akan mendorong individu mencari menyelesaian atau
keseimbangan. Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman, mereka akan
menyusun pengalaman-pengalaman ini di dalam minda masing-masing dan
membentuk satu sistem yang dipanggil skema. Proses penyusunan dan pembentukan
skema ini dipanggil organisasi. Skema-skema ini akan digunakan oleh individu apabila
mereka berdepan dengan sesuatu situasi yang memerlukan penyelesaian.
Pembentukkan skema bermula sebaik sahaja seseorang indiidu dilahirkan. Ia bermula
dengan pembentukan skema yang mudah kemudian beransur kepada skema yang
lebih kompleks. Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berdepan
dengan situsi yang baru. Dalam situasi-situasi yang baru ini, individu akan berdepan
dengan masalah. Mereka perlu mengubahsuai skema lama mereka supaya mereka
dapat mengadaptasi dengan situasi baru tersebut. Proses perubahan atau penukaran
skema lama kepada skema baru di panggil adaptasi. Adaptasi melibatkan dua proses
yang saling berkait iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi berlaku apabila individu

9

cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman ini
dengan skema-skema yang telah sedia ada. Akomodasi akan berlaku apabila indvidu
dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru. Individu akan
mengubah cara pemikiran untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya
membentuk skema baru.. menurut piaget , proses mengorganiasi, mengasimilasi, dan
mengakomodasi adalah proses yang digunakan oleh individu untuk mencapai
keseimbangan. Individu akan terus menguji minda mereka untuk mencari
keseimbangan. Kesimpulannya, jika kita menggunakan skema baru untuk sesuatu
situasi atau pengalaman yang baru dan ia Berjaya maka keseimbangan akan berlaku
tetapi sekiranya skema baru tidak memberi penyesuaian yang baik maka
ketidakseimbangan akan berlaku dan kita akan terus membina skema-skema baru
untuk disesuaikan dengan situasi baru tersebut.
Peringkat-peringkat dalam perkembangan kognitif
Piaget mencadangkan empat peringkat di dalam perkembangan kognitif:
i. Peringkat sensori motor (semenjak lahir-2tahun).
ii. Peringkat pra operasi (2-7 tahun)
iii. Peringkat operasi konkrit (7-11 tahun).
iv. Peringkat operasi formal (11 tahun ke atas)
Pada pendapat kami, kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru
berperanan untuk memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan. Guru juga
berperanan untuk membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran pada masa
hadapan. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk ilmu
pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung
sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan memantau
perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep. Guru juga perlu
membimbing murid melakukan pemindahan pembelajaran hasil daripada pemahaman
konsep secara lebih jelas dan mendalam. Bantuan daripada guru dalam tugasan yang
diberikan amat membantu kefahaman murid berkenaan tentang apa yang diajar. Guru

10

sebagai tunggak utama membantu pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid-murid di
sekolah. Peranan dan tugas ini amat berat dan mencabar dalam mencapai
perkembangan terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid di dalam bilik
darjah. Setiap pendedahan pelajaran adalah untuk membantu kepada pengenalan
kendiri setiap murid berkenaan. Dengan tunjuk ajar seorang guru kepada kanak-kanak,
perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial akan terbentuk dengan baik
dan normal mengikut pertumbuhan seseorang individu selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Seseorang murid itu akan merasainya sendiri
perubahan dalam kehidupan seharian mereka. Maka, perkembangan dan pertumbuhan
akan seiring mengikut usia mereka.


















11

PENGENALAN

Perkembangan kanak-kanak atau remaja dari aspek jasmani, kognitif, emosi,
social dan sebagainya merupakan proses yang pasti dialami oleh mereka selaras
dengan masa dan umur. Setiap kanak-kanak dan remaja pasti melalui siri
perkembangan ini bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dalam masyarakat.
Kegagalan mencapai tahap yang sepatutnya mungkin akan memberikan kesan
yang mendalam dalam diri mereka pada masa akan datang.
Dalam hal ini, R.J Havighurst telah menggariskan satu piawaian yang lengkap
dan praktikal dalam menilai perkembangan kanak-kanak. Piawaian ini telah
diistilahkan sebagai Tugas Perkembangan. Melalui piawaian ini, guru-guru khususnya
dan ibu bapa amnya dapat melihat perkembangan yang sepatutnya dicapai oleh
kanak-kanak dan remaja.
Tugas perkembangan boleh juga ditakrifkan sebagai segala pembelajaran
atau kemahiran yang perlu dikuasai pada peringkat umur yang tertentu sebagai
asas perkembangan berikutnya. Terdapat dua prinsip dalam tugas perkembangan :
Tugas perkembangan adalah dinamik. Ini bermakna sesuatu tugas itu
tidak berakhir pada sesuatu peringkat perkembangan sahaja.
Tugas membentuk konsep akan berlaku pada peringkat kanak- kanak
tetapi akan berterusan di peringkat yang lebih tinggi.






12

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Pertumbuhan merupakan perubahan dalam saiz dan kematangan. Ia merupakan
perubahan yang dapat dilihat dengan nyata dan dapat diukur dari satu peringkat ke
peringkat yang lain dimana ia bersifat kuantitatif iaitu dapat dikur dan dilihat. Selain
pertambahan fizikal, pertumbuhan dari segi saiz dan bilangan organ dalaman juga
berlaku. Oleh itu, boleh juga dikatan jika pertumbuhan adalah melibatkan aspek kognitif
dan fizikal. Perkembangan pula ditafsirkan sebagai perubahan dalam corak biologi,
kognitif dan sosioemosi yang bermula daripada peringkat awal persenyawaan
sehinggalah ke akhir hayat. Berbeza dengan pertumbuhan, perkembangan adalah
bersifat kualitatif iaitu dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan moral yang mana tidak
dapat diukur secara kuantitatif.
Perkembangan adalah berbeza dengan pertumbuhan dari segi berberapa aspek
iaitu jasmani, mental, sosial dan emosi. Dari segi pertumbuhan jasmani, contoh yang
menunjukkan berlakunya pertumbuhan ialah tinggi, saiz, berat dan bilangan gigi
bertambah manakala untuk melihat perkembangannya, kita dapat melihat
bertambahnya kemahiran menggunakan anggota seperti mengangkat, berjalan, berlari
dan melompat. Pertumbuhan mental berlaku apabila adanya keupayaan memikirkan
tentang banyak perkara manakala perkembangan berlaku apabila berkembangnya
kemahiran menggunakan perkataan bahasa, angka, pemikiran, penaakulan,
pembentukan konsep dan ingatan. dari segi pertumbuhan sosial,pertambahan pula
dapat dilihat apabila mula berinteraksi dengan ahli-ahli bukan keluarga seperti jiran,
rakan sebaya dan guru manakala perkembangan dapat dilihat apabila mereka mula
menyedari perbezaan antara lelaki dan perempuan serta peranannya, kepentingan
disiplin kumpulan serta penyesuaian dengan rakan sebaya. Pertumbuhan emosi dapat
dilihat apabila mula tumbuhnya perasaan suka, duka, marah, sayang dan sebagainya
manakala perkembangan dapat dilihat apabila mula berupaya menguasai perasaan dan
mengawal perasaan ketika marah atau cemburu.


13


Pertumbuhan merupakan perkembangan seseorang individu dalam bentuk saiz badan,
iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar.
( Karl E. Garrison)
Pertumbuhan sebagai perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu
peringkat yang lain dan dari semasa ke semasa.
( Atan long)
Pertumbuhan sebagai pertambahan dalam pelbagai sifat luaran seseorang.
(D.S. Wright dan Ann Taylor)

perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung kea rah yang
lebih baik dari segi pemikiran,rohani,moral dan sosial.Perkembangan adalah bersifat
berterusan,iaitu dari lahir sehingga mati.Ia juga dipengaruhi oleh faktor baka dan
persekitaran (Crow dan Crow)


Daripada apa yang ditarifkan oleh Karl E. Garrison, Atan Along, D.S. Wright dan
Ann Taylor, kita dapat membuat rumusan bahawa pertumbuhan merupakan
perkembangan seseorang individu dalam bentuk saiz, tinggi, berat badan dan lain-lain
lagi yang akan dilalui oleh setiap individu. Sebab itulah di dunia ini, kita dapat lihat
bahawa seua individu adalah berbeza-beza dari segi fizikal.




Kementerian Pelajaran Malaysia, Projek Usaha
Belajar Sendiri Ilmu Pendidikan, Kuala Lumpu.1979.
Sumber

14

ASPEK-ASPEK UTAMA DALAM TEORI-TEORI

Sejak beberapa abad yang lalau, ahli falsafah dan pendidik telah memikirkan dan
mengemukakan pelbagai teori tentang pertumbuhan dan perkembangn kanak-kanak,
tetapi mereka tidak pula menguji teori mereka. Di dalam abad yang kelapan belas,
beberapa orang pakar yang bijak pandai seperti Charles Darwin telah memerhatikan
dan mencatatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang biasanya
merupakan anak - anak mereka sendiri. Pemerhatian mereka itu biasanya seronok dan
menarik perhatian ramai, tetapi malangnya memihak atau berat sebelah, tidak teratur
dan dengan tidak saintifik.

Kajian saintifik hanya bermula pada penghujung abad yang kesembilan belas
apabila G. Stanley Hall, seorang ahli psikologi dan presiden (atau naib canselor)
Universiti Clark di Amerika Syarikat telah menerbitkan kajiannya yang berjudul Isi
kandungan ialah tentang fikiran, perasaan, dan emosi dan berdasarkan soal selidik
kepada kanak-kanak yang ramai. Hall juga merupakan orang pertama sekali yang
menggunakan kaedah soal selidik kepada kanak-kanak yang ramai.









15

1.1 - TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
Di dalam usaha mereka menerangkan pelbagai fenomena perkembangan dan
pertumbuhan yang begitu kompleks, ahli-ahli sains yang membentuk hipotesis dan teori
tentang proses dan perkara-perkara yang berlaku terdahulu dan yang kritikal. Hal ini
yang menegaskan kepentingan penerangan dan peranan teori di dalam penyelidikan.
Pertama sekali, sesuatu teori saintifik yang dianggap baik tentang pertumbuhan dan
perkembangan itu harus dapat merangkumi dan menyatukan pelbagai dapatan dan
hasil. Kedua, teori itu harus dapat menghasilkan hipotesis dan ramalan yang dapat diuji
tentang perubahan biologi dan tingkahlaku.
Tiada satu pun teori yang dapat merangkumi semua fenomena pertumbuhan dan
perkembangan. Namun begitu, terdapat beberapa teori yang dapat dirumuskan dan
dapat dikatakan bertalian dapat dengan beberapa bahagian bidang ini. Contohnya ialah
teori pertumbuhan fizikal dan fisiologi, perkembangan kognitif dan pembentukan
personaliti. Teori-teori ini adalah berbentuk induktif; iaitu teori-teori ini berasal daripada
penyelidikan, penganalisaan, dan penyatuan hasil kajian yang begitu banyak,
diikutibpula dengan pembentukan suatu ciri atau suatu hipotesis penerangan. (Mok
Soon Sang. (2007), Hipotesis-hipotesis ini seterusnya telah diuji secara imperikal
dengna cara-cara eksperimental atau secara semulajadi, dan kemudiannya teori
tersebut diubahsuaikan atau dibaiki lagi dengan terdapatnya dapatan yang baru. Inilah
cara-cara yang telah digunakan oleh Charles Darwin dalam usahanya membentuk
sesuatu teori.
Pada amnya, ada empat teori moden tentang perkembangan yang telah menjadi
punca hipotesis dan yang dapat diuji. Teori-teori ini adalah tentang mekanisme dan
proses-proses yang berkaitan dengan satu bahagian sahaja, dan bukan tentang semua
tahap pertumbuhan dan perubahan. Setiap teori ini juga mempunyai kaedah atau jenis
ramalannya yang tersendiri dan seterusnya telah menggalakkan pengumpulan datanya
yang khusus.
Teori yang pertama ialah teori permatangan biologi yang telah dipelopori oleh
Arnold Gesell. Megikut Arnold Gesell, tingkah laku seseorang individu itu akan
mengembang secara yang telah ditentukan mengikut jadual masa yang agak tetap.

16

Kajian-kajian yang membuat pemerhatian teliti tentang kebolehan psikomotor telah
dapat menyokong teori ini. Sebagai contoh, kebolehan berjalan dan mendaki tangga itu
telah muncul dengan cara gerakbalas yang tidak dapat diubah; iaitu setiap gerak balas
muncul secara spontan apabila kanak-kanak telah mencapai suatu tahap kematangan
yang diperlukan. Percubaan kebolehan berjalan atau mendaki tangga tadi, dan
seterusnya ketiadaan peluang untuk berlatih tidak dapat melambatkan perkembangan
tersebut, kecuali di dalam kes-kes yang sangat ekstrem.
Teori kedua ialah teori pembelajaran rangsangan-gerak balas atau R-G. Terdapat
pelbagai variasi teori ini. Pelopor-pelopor teori ini yang sangat terkenal ialah John
Watson, Clark Hull, dan B.F Skinner. Mengikut Watson perkembangan tingkah laku itu
ialah akibat pelaziman klasikal, iaitu pelaziman yang biasa dikenali sebagai pelaziman
Pavlov. Mengikut teori ini, kesemua tingkah laku manusia yang penting adalah
dipelajari, iaitu dipelajari dengan cara sedikit demi sedikit dengan kaedah peneguhan
dan ganjaran. Jika gerak balas seseorang individu terhadap sesuatu rangsangan diikuti
dengan suatu ganjaran yang pantas, maka gerak balas tersebut akan diteguhkan; iaitu
gerak balas ini mungkin akan berlaku lagi pada suatu masa akan datang apabila
individu tersebut menemui rangsangan yang sama. Sebagai contoh, kadar senyuman
bayi atau kadar gerak balas sosialnya yang am akan bertambah dengan pelukan atau
geletek kerana pelukan dan geletek ini merupakan ganjaran bagi bayi.
Teori perkembangan seterusnya pula ialah teori psikoanalitik yang menegaskan
bahawa perkembangan psikologi seseorang individu itu ialah hasil daripada konflik
yang tidak dapat dielakkan di antara naluri biologinya, khususnya naluri seks dan
keagresifan dengan tekanan-tekanan sosial luaran khususnya di dalam tahun-tahunnya
yang terawal. Teori psikoanalitik ini telah menjadi punca pelbagai hipotesis tentang
sosialisasi, dan khususnya tentang kesan-kesan latihan serta cara-cara untuk menjaga
kanak-kanak ketika umur mereka masih kecil lagi untuk membentuk personaliti dan
tingkah laku mereka kemudian. Pelopor yang sangat terkenal nagi teori ini ialah
Sigmund Freud. Sigmund Freud telah mengandaikan bahawa bayi itu pada mulanya
ingin memuaskan naluri serta kehendaknya yang kuat serta yang tidak rasional dengan
cara serta-merta; tetapi sejak awal-awal lagi di dalam hidupnya ia telah sedikit demi

17

sedikit menjadi tersebut. Apabila kanak-kanak terpaksa menemui realiti atau akan
menjadi fungsi ego atau persepsi pembelajaran, dan proses-proses rasional yang lain.
Teori perkembangan yang paling terkenal ialah teori Piaget. Teori Piaget ini telah
mengesan fungsi intelek daripada sejak kemunculannya di peringkat terawal hinggalah
ke pelbagai urutan peringkat, termasuk peringkat penaakulan dan pemikiran matang. Di
dalam tempoh masa hidup yang terawal, pengetahuan kanak-kanak itu dikatakan
bergantung kepada fungsi sensorimotor, iaitu pengubahsuaiannya dan adaptasinya itu
adalah berdasarkan persepsi dan tindakan-tindakannya sendiri dan bukan berdasarkan
simbol bahasa atau imageri. Kemudian di dalam tempoh operasi konkrit, kanak-kanak
akan lebih banyak menggunakan konsep, walaupun konsep-konsep ini pada mulanya
diarahkan terhadap tindakan dan pemerhatian kejadian-kejadian yang konkrit. Akhir
sekali, ketika awal remaja kanak-kanak akan mencapai peringkat pemikiran dan logik
yang formal.
Yang mengasaskan kesemua perubahan ini ialah usaha yang berdasarkan biologi
agar dapat dibuat adaptasi atau pengubahsuaian dan keseimbangan. Setiap satu
peringkat perkembangan dapat dilihat sebagai akibat yang diperlukan hasil daripada
peringkat yang terdahulu dan juga sebagai persediaan untuk peringkat yang akan
datang.
Jelaslah bahawa kematangan biologi tersangatlah penting. Namun begitu, teori
Piaget menegaskan peranan kritikal aktiviti-aktiviti subjek itu sendiri; iaitu persepsinya,
interpretasinya, pembentukannya, dan pengalamannya dengan dunia luar. Kesemua ini
mengarahkannya kepada kematangan intelek. Pengertian utama di sini ialah manusia
itu mengembang untuk menjadi apa yang ditentukannya sendiri oleh tidakan-
tindakannya sendiri.




18

1.2 - PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Maksud kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses
memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria. Maka perkembangan
kognitf kanak-kanak adalah berkait rapat dengan perkembangan otak mereka serta
interaksi sosial, khasnya dengan rakan sebaya yang lebih berpengalaman. Hal in
bermaksud, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah bergantung kepada
perkembangan otak dan sensori motor(fizikal) serta interaksi dengan orang yang lebih
berpengalaman, iaitu perkembanagn sosial.
Secara holistiknya juga, perkembangan kognitif boleh ditakrifkan sebagai proses
peningkatan keupayaan fikiran, pengetahuan dan keintelektualan seorang kanak-kanak
dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelasaian masalah,
memahami, menganalisa dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru
terhadap pengalaman baru yang dilaluinya.
Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan
pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang
berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.
Kognitif juga didefinisikan seperti berikut (Azizi Yahaya & Azmah Suboh &
Zurihanmi Zakariya & Fawziah Yahya (2005): Aplikasi Kognitif Dalam Pwndidikan.Pts
Professional Publishing Sdn.Bhd):
Individu berbeza daripada segi kecerdasan atau kecerdikan dan ini
mempengaruhi tahap pembelajaran di sekolah. Perbezaan ini dinamakan Gaya Kognitif
(Bjorklund, 1956). Menurut Shull (1981), gaya kognitif adalah perkara baru. Ia
dikembangkan melalui penyelidikan berkaitan cara individu menerima maklumat
daripada persekitaranya. Keputusan daripada kajian Shuell mencadangkan, setiap
individu berbeza daripada segi pendekatanya menyelesaikan tugas. Namun behiru,
perbezaan ini tidak mencerminkan tahap kecerdasan individu itu yang dikatakan
mempunyai kemampuan istimewa (Anita Woolfolk, 1995).

19

Shuell (1891) juga menjelaskan, sebagai gantinya setiap individu menunjukkan
perbezaan dalam memproses dan mengurus maklumat serta bertindak balas pada
rangsangan persekitaran. Contohnya sesetengah individu bertindak balas begitu cepat
dalam beberapa situasi. Manakala yang lain bertindak balas perlahan pada rangsangan
yang diterima yang diterima walaupun kedua-duanya mempunyai pengetahuan yang
sama berkaitan perkara itu.
Messick (1976) mendefinisikan gaya kognitif berkaitan dengan perbezaan
individu dalam memproses maklumat dan mengorganisasikan maklumat. Gaya kognitif
adalah bidang berkaitan tingkah laku iaitu pemilihan strategy yang digunakan oleh
individu dalam pemikirannya. Ia adalah konsep kepelbagaian dimensi yang mana setiap
gaya kognitif mempunyai nilai positif dalam keadaan tertentu.
Maka dengan ini, saya dapat rumuskan bahawa Perkembangan kognitif
merangkumi sagala perkara yang berkaitan dengan pengetahuan dan aplikasinya
dalam kehidupan harian individu. Pengajian perkembangan kognitif kanak-kanak
meneliti proses bagaimana maklumat dari persekitaran diterima, disimpan dalam
ingatan dan bagaimana maklumat tersebut diingat semula apabila perlu.
Perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan paras pengetahuan dan
keupayaan kanak-kanak menggunakan pengetahuan tersebut untuk memahami dunia
di sekitar mereka. Terdapat pelbagai teori dan penjelasan mengenai bagaimana kanak-
kanak memperoleh, memproses dan menggunakan pengetahuan ini dlam aktiviti
mereka. Tumpuan dan penjelasan tentang perkembangan kanak-kanak berbeza antara
satu teori dengan satu teori yang lain.






20

1.3 - TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET


Piaget lebih menumpukan kepada proses daripada hasil perlakuan. Begitulah
Piaget terpesona dengan interaksi yang diperhatikan di antara mollusks dan
persekitarannya. Melalui pemerhatian itu, Piaget membuat keputusan bahawa tindakan
biologis adalah tindakan adaptasi atau penyesuain kepada persekitaran fizikal dan juga
tindakan-tindakan untuk mengorganisasikan persekitaran itu. Menurut Piaget,
organisasi tidak boleh dipisahkan daripada adaptasi. Kedua-duanya merupakan proses-
proses komplimenter sesuatu mekanisme. Beliau menjelaskan bahawa aktiviti
intelektual dan biologis merupakan suatu proses keseluruhan yang dilakukan oleh
organisma bagi mengadaptasikan dirinya dengan persekitarannya, dan seterusnya
mengorganisasikan penalaman-pengalamannya supaya sejajar dengan keadaan-
keadaan yang sudah wujud di dalam diri organisma itu. Terdapat empat konsep untuk
memahami proses organisasi dan adaptasi intelektual. Iaitu
i. Skema (bilangan / tunggal ) / skemata (bilangan majmuk)
ii. Asimilasi
iii. Akomodasi
iv. Perimbangan atau equilibrium

SKEMA

Akal perlu mempunyai struktur sama seperti aggota tubuh badan manusia yang
lain. Skema atau skemata adalah struktur-struktur kognitif atau mental yang digunakan
oleh individu untuk mengadaptasi atau mengorganisasi persekitarannya. Struktur ini
merupakan kosep yang abstrak yang tidak wujud sebagai entity konkrit. Skemata di
dalam akal manusia dapat mengenali rangsangan-rangsangan tertentu dan dapat pula
bertindak dengan sewajarnya terhadap rangsangan-rangsangan ini. Menurut Piaget,

21

semasa kanak-kanak dilahirkan dia mempunyai skemata yang amat kecil bilangannya,
dan ia terbatas kepada beberapa gerakan pantulan semata-mata.

Sambil dia membesar, bilangan skemata ini juga kian bertambah hasil dari
interaksinya dengan persekitarannya. Skemata ini kian bertambah bilangannya, dia
juga menjadi kian kompleks untuk membolehkannya berinteraksi dengan persekitaran
yang kian kompleks. Skemata tidak pula terbatas kepada objek sahaja. Ia merangkumi
juga peristiwa-peristiwa, perlakuan, tingkah laku, ciri-ciri, sifat sifat dan sebagainya.
Skema terbentuk berdasarkan ciri-ciri yang serupa yang terdapat pada objek, peristiwa,
ataupun perlakuan dan sebagainya. Skema adalah struktur-struktur kognitf yang
berubah dan berkembang melalui interaksi dengan persekitaran, maka peluang
hendaklah disediakan dengan sebanyak mungkin untuk menggalakkan perkembangan
skemata secara maksimum.

ASIMILASI

Adalah suatu proses kognitif yang dengannya seseorang itu menyatupadukan
rangsangan-rangsangan baharu ke dalam skemata yang sedia ada, atau ke dalam
tingkah laku yang sedia wujud. Asimilasi berlaku sepanjang masa, dan manusia terus-
menerus memproses rangsangan-rangsangan yang kian bertambah bilangannya itu.
Asimilasi tidak menghasilkan skemata baharu, tetapi membantu di dalam
mengembangkan skemata-skemata yang sedia ada supaya menjadi lebih kompleks
agar dapat memahami rangsangan-rangsangan yang lebih kompleks pula.




22

AKOMODASI
Dalam proses membesar dan berkembang, kanak-kanak ini akan berhadapan
dengan banyak rangsangan yang tidak boleh diasimilasikan dengan skemata yang
sedia ada kerana skemata yang wujud tidak berupaya untuk mengasimilasikan
rangsangan-rangsangan baharu ini. Akomodasi menyebabkan struktur kognitif berubah
dan bertambah bilangannya. Setelah proses akomodasi tamat, maka proses asimilasi
pun bermula.
Keadaan asimilasi dan akomodasi yang silih berganti membantu satu sama lain
untuk mengembangkan skemata seseorang itu. Asimilasi dan akomodasi ialah di dalam
asimilasi, persekitaran atau rangsangan baharu disesuaikan dengan skemata yang
sedia ada, manakala di dalam akomodasi, skemata diubah bentuknya ataupun skemata
baru dibentuk bagi menguasai rangsangan atau persekitaran baharu .

PERIMBANGAN
Dari segi kuantiti atau kualiti, asimilasi dan akomodasi hendaklah berlaku secara
berimbang. Ekstrim bagi mana-mana satu proses ini akan merencatkan proses
perkembangan kognitif seseorang itu. Terlalu banyak asimilasi akan menyebabkan
seseorang mempunyai skemata yang terbatas bilangannya dan kerana itu organisma
akan menghadapi kesulitan atau kesukaran untuk berinteraksi dengan persekitarannya.
Jika terdapat akomodasi dengan yang terlalu banyak maka hasilnya ialah skemata-
skemata kecil yang besar bilangannya.
Piaget berpendapat bahawa ekstrim bagi mana-mana proses tidak akan
mendatangkan faedah atau kebaikan kepada perkembangan kognitif seseorang itu.
Proses perkembangan skemata melalui proses asimilasi dan akomodasi ini akan
berlaku terus-menerus dari kanak-kanak kecil membawa kepada peringkat dewasa.
Satu hal yang ditekankan oleh Piaget ialah skemata-skemata ini wujud secara
berhierarki, yakin skemata-skemata baharu adalah dibina di atas skemata-skemata
yang sudah ada, dan semuanya saling berkaitan antara satu sama lain

23

TEORI JEAN PIAGET
Menurut Piaget, kanak-kanak digalakkan meneroka persekitaran mereka
ssupaya ini dapat meningkatkan perkembangan intelektual mereka. Pengalaman
meneroka perlu diawasi oleh orang dewasa kerana bayi belum pandai membezakan
antara sesuatu yang berbahaya dengan suatu yang tidak berbahaya.
Proses kognitif dalam kalangan kanak-kanak melibatkan perubahan-perubahan
dalam kemampuan dan pola berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu
memperoleh pengetahuan dari lingkungannya. Aktiviti-aktiviti seperti mengamati dan
mengklasifikasi, menghafal sajak atau doa, memecahkan soal-soal matematik, dan
menceritakan pengalaman, merupakan proses kognitif dalam perkembangan anak.
Dalam konteks ini, kita tidak boleh lari daripada membincangkan teori perkembangan
kognitif yang diutarakan oleh Jean Piaget. Beliau berpendapat pemikiran sebagai satu
proses yang disedari dan berkembang secara berperingkat-peringkat.
Pada peringkat ini, perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih baik dan
menunjukkan koordinasi yang lebih baik. Kemahiran motor yang telah dikuasai pada
peringkat awal kanak-kanak seperti berlari, memanjat, melompat, dan sebagainya
sudah mencapai tahap yang lebih mantap di samping beberapa jenis kemahiran yang
baru telahpun dikuasai. Misalnya, kanak-kanak yang berusia 6 tahun sudah boleh
melakukan aktiviti seperti mengetuk, mengikat tali kasut, memakai pakaian, melukis
dengan menggunakan pensel untuk menggantikan krayon, dan tulisan mereka menjadi
semakin kecil. Kanak-kanak antara 8 hingga 10 tahun pula boleh menggergaji,
mengendalikan alatan untuk berkebun dan menjahit. Bagi mereka yang sudah berusia
antara 10 hingga 12 tahun, tulisan mereka semakin kecil dan kemas, dan mereka telah
pun menunjukkan kemahiran manipulatif yang hampir sama dengan orang dewasa
seperti bermain alat muzik.
Menurut Piaget pula, pada peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak,
Pemikiran Olahan Konkrit meliputi olahan mental yang membolehkan kanak-kanak
melakukan aktiviti mental yang terdahulu dilakukan secara fizikal. Olahan ini
membolehkan kanak-kanak melakukan pemikiran pembalikan dan juga menunjukkan

24

kemahiran klasifikasi. Daripada segi ingatan pula Ingatan Jangka Panjang (IJP)
meningkat dan strategi seperti latihan akan memberikan kesan kepada IJP kanak-
kanak. Cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak pada
peringkat pra sekolah banyak menggunakan simbol dalam perbualan untuk
menunjukkan keupayaan penggunaan bahasa.
Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan peningkatan yang pesat dalam
memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling.
Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akan datang dan berbincang perkara lepas.
Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan dengan masa
depan. Perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini, menggunakan simbol
bagi menunjukkan sesuatu objek dan membuat perbandingan antara satu sama lain.
Pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi meningkatkan perkembangan
menyeluruh seorang kanak-kanak. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menggariskan
enam komponen utama yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh. Ia
merangkumi bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian moral,
perkembangan emosi, perkembangan fizikal serta kreativiti dan estetika. Manakala
perkembangan kognitif pula melibatkan pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi,
ramalan, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan,
padanan satu dengan satu konsep nombor, operasi nombor dan pengukuran.
Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk melakukan
aktiviti yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk meletakkan objek yang
sama berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah mula menggunakan bahasa
untuk mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan warna sudah mula difahami.
Kesimpulannya ialah, kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami apa
yang tidak difahaminya sebelum ini. Perkembangan ini sangat penting untuk
menjadikan kanak-kanak berkeadaan baik dalam segala aspek. Peranan yang
dimainkan oleh pihak sekolah dan ibu bapa sangat penting untuk memastikan
perkembangan kognitif tidak tersekat atau terganggu.

25

Kanak-kanak pada peringkat akhir pula sudah mula memahami aspek yang
melibatkan logik dan mampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran
yang abstrak. Pada tahap ini juga, kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati.
Contohnya memikirkan perkara yang abstrak, memikirkan proses dalam pemikirannya
dan juga mereka melihat sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada yang jelas.
Pada tahap ini, kanak-kanak sudah mula mempraktikkan kemampuan baru melalui
lawak dan pergaduhan dengan ibu bapa dan dengan yang lain.

















26

1.4 - IMPLIKASI TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF
Terdapat pelbagai implikasi teori perkembangan kognitif terhadap guru
diantaranya ialah ia membolehkan mereka lebih memahami mengapa kanak-kanak
nertingkah laku sedemikian dan membantu kanak-kanak memahami diri mereka sendiri.
Dengan amali yang saya telah lakukan ada pelajar yang tahu jawapan dan ada
juga pelajar yang tidak tahu jawapan. Berdasarkan Jean Piaget, pada peringkat operasi
tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan.
Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh
perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses
pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu.
Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik,
selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental.
Maka, guru harus merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai
dengan pelajarnya dan merumuskan langkah-langkah supaya pelajarnya dapat
mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang ditetapkan.Pendidik juga dapat
merancang dan dapat memberi peneguhan yang sesuai untuk pelajarnya dalam usaha
mengawal tingkah laku dan motivasikan pelajar supaya rajin belajar.
Manakala terdapat guru yang dapat meramal tingkah laku kanak-kanak,
kegemarannya dan apa yang tidak digemari. Ia juga dapat membuatkan guru
mengetahui tahap perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, mental sosial dan emos
dan dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Selain itu,
guru akan lebih prihatin kepada individu yang lambat pembelajarannya dan akan lebih
sabar dalam membimbing pelajar ini dalam pembelajaran mereka. Guru akan dapat
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap
pertumbuhan dan perkembangan pelajarnya. Pelajar yang belum bersedia, dapat diberi
aktiviti pembelajaran yang lebih mudah atau asas. Pelajar yang lambat
perkembangannya boleh diberikan aktiviti pemulihan, sementara pelajar yang lebih
cepat boleh diberikan aktiviti pengayaan. Guru juga dapat memberitahu ibubapa
tentang keadaan pelajar dan menjelaskan fakor-faktor yang mungkin menyebabkan
perkara itu berlaku.

27

1.5 IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Kajian pakar-pakar pendidik menyatakan bahawa kanak-kanak sebenarnya
mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan
menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Untuk membantu mereka mengatasi
masalah pembelajaran, program pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang paling berkesan. Seperti yang diketahui, murid-murid di dalam
sesebuah kelas berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat,
bakat dan sebagainya. Tidak kiralah pada peringkat pra operasi, peringkat operasi
konkrit atau peringkat operasi formal, kesemuanya mempunyai perbezaan kognitif. Oleh
yang demikian, guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit yang
dapat meningkatkan perkembangan kognitif mereka. Pengalaman pembelajaran yang
pelbagai boleh disediakan oleh guru agar dapat melatih murid- murid supaya lebih
berfikir dan mengingat pengalaman yang mereka lalui. Piaget juga berpendapat
perubahan dari satu peringkat ke peringkat seterusnya menyebabkan kanak-kanak
akan mencapai tahap kematangan yang sesuai. Hal ini disebabkan kanak-kanak telah
terdedah dengan pelbagai jenis pengalaman yang relevan.
Guru perlu sentiasa menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit pada
setiap peringkat umur kanak- kanak terutama sekali pada peringkat pra operasi apabila
mereka mempelajari kemahiran baru. Segala arahan dan pembentangan haruslah
tersusun dan ringkas supaya mereka mudah menerima dan faham apa yang guru
kehendaki sebagaimana yang dilakukan pada ujian Piaget di atas. Aplikasikan segala
pengalaman yang dilalui murid- murid sebagai contoh dalam pengajaran-pembelajaran
di dalam kelas. Melalui ujian seperti yang telah dijalankan, Piaget juga menyatakan
supaya guru perlu memberi peluang kepada pelajar berumur 7 hingga 11 tahun untuk
memanipulasi dan menguji objek- objek yang diajar. Soalan- soalan berbentuk
penyelesaian masalah perlu diperkenalkan supaya mereka lebih berfikiran logik dan
analitik. Guru juga perlu mengemukakan konsep yang luas kepada kanak- kanak di
peringkat operasi formal supaya mereka tidak terikat dengan fakta- fakta sahaja.

28

Apabila perkembangan peringkat murid- murid semakin meningkat, guru perlu memberi
peluang kepada mereka untuk menyelesaikan masalah.
Menurut tokoh Arnold Gesell seorang ahli psikologi yang amat mementingkan
baka sebagai penggerak utama terhadap perkembangan seseorang individu. Beliau
mempercayai bahawa kematangan merupakan faktor yang paling utama dalam
menentukan proses pembelajaran. Menurut Arnold lagi, semua perkembangan berlaku
mengikut pola dan urutan yang tertentu. Pertumbuhan tisu, organ serta perkembangan
fungsi berlaku mengikut urutan tertentu serta dikawal oleh kematangan. Faktor-faktor
persekitaran tidak penting dalam perkembangan seseorang individu. Oleh sebab itu,
tingkah laku kanak-kanak sudah ditentukan pola-polanya maka, ia senang diramal.
Peringkat perkembangan berbeza-beza antara individu. Ini kerana kadar pertumbuhan
adalah berlainan bagi setiap individu. Gesell menekankan bahawa setiap individu
adalah unik, keunikan atau individualitinya harus dihormati. Lantaran itu, kanak-kanak
hendaklah dibenarkan berkembang mengikut kadar perkembangannya sendiri. Ini
bermakna mereka tidak boleh dipaksa untuk membuat sesuatu tanpa mengambil kira
peringkat kematangan serta peringkat perkembangannya.

Perkembangan tidak bergantung kepada sifat perwarisan sahaja tetapi kepada
interaksi daripada sifat baka dan persekitaran. Guru harus merancangkan bahan-bahan
pembelajaran yang sesuai dengan kematangan, keperluan dan kebolehan kanak-
kanak. Ini akan lebih mempunyai motivasi dan galakkan yang tinggi bagi kanak-kanak.
Mereka mempunyai peluang untuk berjaya dalam proses pengajaran-pembelajaran.
Memaksa kanak-kanak mempelajari akan menghasilkan perasaan gagal, sikap negatif
dan tidak mahu belajar.





29

UJIAN KONSERVASI JEAN PIAGET

Jean Piaget menyatakan bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang mengikut
turutan peringkat-peringkat.
Peringkat yang lebih awal merupakan peringkat yang menjadi asas bagi
perkembangan kanak-kanak kerana mereka mula mempelajari sesuatu perkara.
Setiap peringkat membentuk satu rangka mental atau skema.

KONSEP-KONSEP ASAS DALAM PEKEMBANGAN KOGNITIF
Menurut Piaget berfikir adalah satu proses persambungan yang nyata.
Penyesuaian berlaku melalui dua proses iaitu asimilasi dan akomodasi dan kedua-
duanya saling berinteraksi.
Asimilasi bererti seseorang itu menerima pandangan dari luar, mentafsir dan
memproses mengikut pengalaman yang sedia ada.
Piaget telah membuat kesimpulan bahawa timbulnya ketegangan antara proses
asimilasi dan proses akomodasi.
Piaget juga berpendapat bahawa pertumbuhan berlaku pada setiap peringkat dan
pada tiap-tiap peringkat tersebut didapati kanak-kanak berfikir dan berkelakuan
berbeza.
Terdapat 4 peringkat dalam perkembangan kanak-kanak menurut Piaget iaitu
Peringkat Deria Motor, Peringkat Praolahan, Peringkat Pengolahan dan Peringkat
Pengolahan Formal.





30

Peringkat Deria Motor (Daripada kelahiran hingga dua tahun)
Di peringkat ini, kanak-kanak menggunakan simbol dan bahasa untuk menyatakan
sesuatu objek atau kejadian dalam persekitaran mereka.
Piaget menyatakan kanak-kanak mengetahui perkataan hanya melaluiinteraksi deria
motor mereka.
Kanak-kanak di antara dua hingga empat bulan boleh mula mengolah persekitaran
mereka.
Kanak-kanak yang berumur dua belas bulan dapat mengenali bahawa objek-objek
adalah kekal dan tidaklah menghilang secara ghaib.
Kanak-kanak yang berumur dua tahun berkebolahan menunjukkan kepandaian
mereka.
Melalui proses cubajaya, mereka membina kemahiran menyelesaikan masalah.
Contohnya, membuka tutup botol, membalikkan muncul botol ke bawah,
menggoncangkan botol jika isinya tersekat dan melihat isinya yang jatuh.

Peringkat Praolahan (Mulai dua tahun hingga tujuh tahun)
Pada peringkat ini,perkembangan deria-motor tidak begitu berfaedah pada kanak-
kanak untuk merancang atau membolehkan dia menyimpan maklumat.
Kanak-kanak memerlukan pengolahan atau tindakan secara mental dan bukannya
setakat fizikal.
Di peringkat ini, mereka menggunakan lambing dan mula menguasai perkembangan
kebolehan intelek.
Kanak-kanak mula memberi makna yang baru kepada benda-benda yang terdapat di
persekitarannya.
Piaget menyatakan bahawa kebolehan menggunakan lambing adalah ganti kepada
benda membebaskan pemikiran kanak-kanak daripada terikat kepada benda atau
kejadian yang berkenaan.
Kebolahan berfikir sesuatu tindakan secara logic adalah terhad.

31

Contohnya ujikaji tugas membina jalan raya satu set objek-objek kecil dan sejalur
kertas diberikan kepada kanak-kanak dan satu set lagi diberi kepada penguji.
Penguji menyusun mengikut cara tertentu dan kanak-kanak disuruh menyusun
mengikut susunan tersebut.
Dapatan kajiannya adalah kanak-kanak dapat mencapai objektif ujikaji dengan
Berjaya sekiranya mencapai pengolahan sehala secara logic.
Untuk memastikan kanak-kanak beralih ke peringkat olahan, ujikaji tadi boleh
diubahsuaikan untuk menguji kefahaman kanak-kanak tentang konsep pembalikan.


Susunan Penguji
Susunan Kanak-kanak
Susunan objek oleh penguji disuruh kepada kanak-kanak untuk disusun objek tersebut
secara bertentangan.
Kanak-kanak mungkin keliru pada awalnya dan menyusun mengikut susunan penguji.
Pada peringkat praolahan ini, kanak-kanak tidak dapat membina konsep dan paling
nyata mereka sukar membina konsep pembalikan.
Contoh seterusnya adalah kanak kanak diberi dua bekas air yang sama ukuran saiz
dan ketinggian. Air dalam kedua-dua bekas itu sama banyak.



Ujian Pengekalan Bahan
Kanak-kanak pada peringkat praolahan tidak dapat mengenali sesuatu benda dari
satu dimensi.
\Menurut Piaget kanak-kanak pada peringkat ini belajar mengaitkan perkataan dan
lambing dengan cara intiusi.
Kanak-kanak di peringkat ini tidak dapat mengumpulkan sesuatu benda daripada
aspek-aspek yang berlainan.

32

Kanak-kanak peringkat praolahan adalah egosentrik dan mempunyai keinginan untuk
melakukan kegiatan-kegiatan mengikut kehendaknya.

Peringkat Praolahan Konkrit (Tujuh hingga sebelas tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak telah bermula membuat asimilasi maklumat-maklumat
dari tindakannya dan mula membuat penyesuaian mental kepada maklumat baru ini.
Kanak-kanak juga kurang menunjukkan sifat egosentrik dan mula menerima konsep
yang logic.
Contoh ujian yang dilakukan oleh Piaget menunjukkan kanak-kanak sedar bahawa
bilangan biji kacang tidak berubah dalam ujikaji yang dilakukan.






Olahan Kuantiti
Kanak-kanak pada peringkat ini, berkebolehan berfikir dengan logic dan juga
mematuhi peraturan. Mereka juga tidak berapa egosentrik.
Mereka masih menggunakan imej atau symbol sebagai alat pemikiran.

Pengolahan Formal (Mulai sepuluh atau sebelas tahun)
Kanak-kanak mula berfikir tentang perkara yang mungkin akan terjadi.
Mereka boleh mengandaikan keadaan-keadaan hypotetikal dan membuat kesimpulan
yang betul.
Mereka tidak terikat dengan benda-benda sebenar atau konkrit.

33

Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh mengolah perkara-perkara yang mungkin dan
strategi yang abstrak.
Menurut Piaget Pemikiran mereka mempunyai sayap.
Mereka boleh menggunakan satu atau banyak teori untuk menyelesaikan masalah.
Kemampuan baka dan persekitaran mempengaruhi pencapaian dalam peringkat
pengolahan formal ini. Peringkat operasi formal bercorak kuantitatif.












34

UJIAN KONSERVASI PIAGET
Jean Piaget telah menjalankan beberapa kajian bagi memahami keupayaan
kognitif dan perspektif kanak-kanak serta bagaimana individu memproses maklumat
dan mengemukakan pendapat tentang perkembangan kognitif manusia dari tahap demi
tahap (Nani Menon, Rohani Abdullah, 2003). Oleh itu, teori perkembangan Piaget juga
dikenali sebagai teori tahap. Antara ujian yang selalu digunakan untuk menguji
keupayaan kognitif kanak-kanak adalah Ujian Konservasi.
Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun) sudah
boleh menguasai konsep pengekalan (conservation. Operasi kognitif adalah aktiviti
mental dalaman yang membolehkan kanak-kanak mengubahsuai dan menyusun
semula imej dan simbol dalam membuat rumusan atau keputusan yang logik (John W.
Santrock, 2003). Beberapa pemikiran yang beransur-ansur dikuasai oleh kanak-kanak
pada peringkat operasi konkrit ini. Antaranya ialah pengekalan (conservation),
klasifikasi serta juga berupaya membuat perkaitan logik (relational logik). Di dalam
konsep ini, kanak-kanak dapat menguasai tiga prinsip asas iaitu Prinsip identity.
Mereka tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangakan, bilangan atau
amaun objek adalah sama walaupun bentuknya berubah dan keduanya ialah Prinsip
compensation [ ganti rugi ]. Mereka tahu sesuatu perubahan pada satu segi akan
diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain. Seterusnya Prinsip keterbalikan.
Pelajar boleh mengulang proses yang berlaku secara mental kepada keadaan asal
semula. Seterusnya, pelajar-pelajar pada peringkat 1 dan 2 pula masih tidak boleh
membuat hipotesis dan menyelesaikan soalan-soalan yang abstrak atau masalah yang
melibatkan penggabungjalinan faktor-faktor yang kompleks. Mereka faham akan
konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. Mereka juga faham akan konsep
pengekalan sesuatu benda atau objek. Mereka memahami konsep-konsep yang
konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.



35

Pengekalan (konservasi) adalah istilah yang diberikan oleh Piaget untuk mengenal
pasti kemampuan kanak-kanak. Ujian konservasi Piaget diuji daripada tujuh perspektif
konservasi termasuk nombor, jarak, cecair, jisim, kawasan, berat dan isipadu. Semasa
ujian ini dijalankan,peralatan diletakkan di tengah dan penguji serta kanak-kanak duduk
bersemuka.Objektif utama ujian ini dijalankan adalah untuk:

Melihat ciri-ciri pemikiran kanak-kanak berdasarkan umur dan tahap
perkembangan kognitif kanak-kanak
Membuat kesimpulan kebolehan kognitif kanak-kanak berdasarkan
tahap perkembangan kanak-kanak tersebut
Membandingkan kebolehan kognitif kanak-kanak dengan teori Piaget.














36

CONTOH UJ IAN KONSERVASI J EAN PIAGET

UJIAN PERTAMA : PEMERHATIAN PANJANG JARAK.

Langkah pertama : Melukis dua garisan yang lurus dan sama panjang tetapi
arah panah yang berbeza pada sehelai kertas.
Langkah kedua : Memberi masa kepada murid untuk memerhatikan kedua-
dua garisan itu.
Langkah ketiga : Menanya murid sama ada dua garisan itu sama panjang atau
tidak.
Langkah keempat : Merekod keputusan murid menugikut darjah.





37

UJIAN KEDUA : PEMERHATIAN BILANGAN BULATAN

Langkah pertama : Menyusun sebuah benda berbentuk bulat dalam dua baris
dengan angka yang sama pada sehelai kertas.
Langkah kedua : Menyusun sebuah benda berbentuk bulat dalam dua baris
tetapi dalam angka yang berbeza pada sehelai kertas yang
lain.
Langkah ketiga : Menanya kepada murid sama ada bilangan susunan benda
berbetuk bulat dalam dua helai kertas itu sama atau tidak.
Langakah keempat : Merekod keputusan murid ke dalam bentuk jadual.






38

UJIAN KETIGA : PEMERHATIAN ISIPADU AIR.




RAJAH 1

Dua buah gelas disediakan dan diisi air yang sama kuantiti seperti A dan B. Kemudian,
air yang sama kuantiti dipindahkan ke bekas lain seperti A dan C.

Pertanyaan : Adakah isipadu di kedua- dua gelas A dan B adalah sama dengan bekas
A dan C.






39

RUMUSAN/ CADANGAN

Perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami individu yang bersifat
kualitatif tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa. Perkembangan kanak-
kanak akan melalui proses yang berterusan sepanjang hayat. Perkembangan
dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan
manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang
maksimum. Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain
iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dengan pembelajaran. Semua
kanak-kanak akan mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama
tetapi corak perkembangan mereka yang berbeza- beza. Perkembangan berlaku
mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan
seterusnya.

Untuk membantu setiap perkembangan berikut supaya sentiasa stabil dan
meningkat mengikut aturan, pelbagai cara dan faktor yang boleh mempengaruhi
perkembangan itu. Seperti faktor baka dan persekitaran, kedua- duanya amat penting
dalam membentuk fizikal dan mental kanak- kanak yang baik. Oleh itu, peranan ibu
bapa dalam mendidik dan melatih anak- anak mereka untuk menjalani gaya hidup yang
sihat amat dititikberatkan.

Dewasa ini, banyak keperluan dari segi intelek, jasmani, rohani, sosial dan emosi
perlu diterapkan dalam diri kanak- kanak. Justeru itu, ibu bapa dan guru dilihat sebagai
individu perlu memberikan peluang kepada anak- anak mereka untuk meningkatkan
perkembangan kendiri agar mereka mempunyai kemahiran yang lebih tentang
menguruskan diri sendiri. Komunikasi antara ibu bapa dan anak- anak harus terjalin
agar anak- anak lebih yakin untuk berkomunikasi dengan orang lain pula. Selain itu, di
setiap kawasan perumahan juga perlu diadakan aktiviti mingguan bagi kanak- kanak. Ia

40

bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mereka untuk bergaul dengan rakan
sebaya, mengamalkan gaya hidup yang sihat, sekaligus dapat melatih komunikasi yang
berkesan antara mereka dengan rakan- rakan yang lain. Dengan cara ini, kanak- kanak
akan mempelajari bagaimana untuk bersosial dengan betul dan sihat. Aktiviti yang
dilakukan oleh kanak- kanak juga perlu mendapat pengawasan daripada ibu bapa. Ia
bukan bererti mengongkong tetapi sebagai ibu bapa, mereka harus mengambil berat
tentang anak- anak mereka.

Bukan itu sahaja, langkah lain yang boleh dilakukan untuk membantu
perkembangan kanak- kanak ialah guru haruslah peka dengan kebolehan dan minat
murid- murid. Komunikasi dan interaksi yang baik dengan murid dapat membantu guru
mengetahui kebolehan dan minat mereka. Dengan cara ini, kendiri positif dapat
ditingkatkan dalam diri murid. Apabila mereka menyedari keupayaan diri mereka, maka
keyakinan diri akan meningkat. Ini membolehkan mereka menjalin persahabatan
dengan individu di persekitarannya, berinteraksi dengan baik, gaya percakapan, cara
bertindak dan tingkah laku yang baik.

Kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan dalam membentuk
perkembangan kanak- kanak agar mereka dapat menjalani kehidupan yang stabil dan
sempurna.







41

BIBILIOGRAFI

BUKU RUJUKAN

1.Asmah Hj Omar. 1993. Bahasa dan Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
2.Daud Hamzah. 1996. Perkembangan Kanak-kanak dan Pembelajaran. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
3.Eve. V. Clark. 1994. The Proceedings of the Twenty-sixth Annual Child
Language Research Forum. Stanford: Stanford Linguistics Association.
4.Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi. (2008), Perkembangan
Kanak-kanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian
Empat Tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
5.Haliza Hamzah, Joy N. Samuel. (2009), Perkembangan Kanak-kanak Untuk
Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
6.John W.S. (2003). Adolescence (Perkembangan Remaja). Jakarta :
Penerbit Seni wan.
7.Mengantar Simanjuntak. 1989. Pertumbuhan dan Perkembangan Bahasa
Kanak-kanak Melayu. Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu,
8.Mataim Bakar. 1994. Fonologi Dialek Melayu Brunei: Satu Analisis
Berdasarkan Teori Standard Fonologi Generatif. Tesis MA. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

42

9.Mok Soon Sang. (2007), Perkembangan Kanak- Kanak. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
10.Nani Menon, Rohani Abdullah. (2003). Panduan kognitif kanak-kanak
prasekolah. Shah Alam : PTS publications dan Distributors Sdn.Bhd
11.Paitoon M.Chaiyanara. (2002). Pengenalan Teori Fonologi. Singapore:
Deezed Consult.
12.Sinclair,A. Jarvella,R.J. & Levelt, W,J,M. (pnyt.). (1978). The Child's
Conception of Language. New York: Springer- Verlag.
13.Soenjono Dardjowidjojo. 2000. Echa: Kisah Pemerolehan Bahasa Anak
Indonesia. Jakarta: PT Gramedia Widiasarana.
14.Zaharani Ahmad & Nor Hashimah Jalaluddin. (1992). Fonologi Generatif. Terj.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

INTERNET

1.Adams, G.R., 1977, (summer). Personal identity formation: A synthesis of
cognitive and ego psychology. Adolescence. Dimuat turun pada 5 March 2010
daripada
http://raisingthesoftvolume.blogspot.com/search/label/Psikologi%20kanak-kanak
2.Adams, G.R., 1977, (summer). Personal identity formation: A synthesis of
cognitive and ego psychology. Adolescence. Dimuat turun pada 5 March
2011daripada
http://raisingthesoftvolume.blogspot.com/search/label/Psikologi%20kanak-kanak

43

3.Azizi Yahya.Azmah Suboh.Zurihanmi Zakariya.Fawziah Yahya.(2005).Aplikasi
Kognitif Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing
Sdn.Bhd.Dimuat turun pada 2 March 2011 daripada
http://www.scribd.com/doc/16429506/Implikasi-Teori-Pembelajaran-Kognitif-
Dalam-P roses-Pengajaran-Dan-Pembelajaran.

4.Jas Laile Suzana Jaafar (2008) Pertumbuhan dan Perkembangan . Dimuat
turun pada 8 March 2011 pada pukul11.46pm daripada
http:// rujuknota.blogspot.com/















44






REFLEKSI
KENDIRI








45


REFLEKSI ARIVALAGAN

Tugasan kerja kursus bagi Perkembangan Kanak kanak Semester 1 adalah
tugasan kumpulan. Tugasan ini diberi pada 14 Februari 2011 dan tarikh penyerahan
tugasan ditetapkan pada 28 Februari 2011. Saya menyiapkan tugasan ini dengan
menggunakan maklumat ataupun fakta yang sahih bersama dengan ahli kumpulan
saya. Tugasan ini merangkumi tentang perkembangan kanak-kanak mengikut teori
jean piaget
Pelbagai pendekatan amat penting bagi menghasilkan sebuah tugasan yang
lengkap dan sempurna. Maklumat yang diperoleh seharusnya dikaji, diselidik, diproses
secara teliti, analitik dan secara saintifik. Daya kretiviti dan kemahiran menggunakan
Microsoft Word juga amat diperlukan dalam menghasilkan tugasan yang
menarik.Terima kasih diucapkan kepada Pensyarah Perkembangan Kanak kanak
saya iaitu Encik Tauhit Bin Sudar yang banyak mengajar kami cara cara memproses
maklumat supaya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan lengkap dan sempurna.
Ketika menyiapkan tugasan ini perkara pertama yang harus dilakukan ialah
mendalami konsep dan prinsip perkembangan kanak - kanak yang sesuai bagi
mengumpul data ataupun fakta yang sahih. Seterusnya, mengumpul maklumat dan
bahan dilakukan samada mencari di dalam internet dan buku rujukan . Sumber rujukan
yang saya perolehi adalah melalui buku-buku rujukan di Pusat Sumber. Setiap bahan
atau maklumat yang dicari mudah diperolehi kerana sumber rujukan yang disediakan
adalah mencukupi.
Tambahan pula dengan teknologi yang moden kini,maklumat mudah diperolehi
dengan cara mengakses internet. Keadaan ini lebih mudah dan dapat menjimatkan
masa yang diperuntukkan. Dalam menyiapkan tugasan ini segala kemudahan saya
gunakan sepenuhnya.

46

Daripada maklumat yang saya proses, saya dapat menyiapkan tugasan ini
dengan sempurna. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat tahu tentang ahli
ahli falsafah dan theorist iaitu Jean Piaget, Atan Long, Lerner,M, Slavin, Crow, Lev
Vygotsky, Havighurst dan Arnold Gessell.
Dalam menyiapkan tugasan ini, saya mendapat tahu bahawa, perkembangan
kanak kanak dari aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan sebagainya merupakan
proses yang pasti dialami oleh mereka selaras dengan masa dan umur. Dalam konteks
pembentukan kanak kanak yang sempurna perkembangan fizikal dan kognitif harus
mencapai tahap yang seimbang bagi setiap kanak kanak.
Tunjuk ajar dari pensyarah, dorongan dan bantuan daripada rakan
seperjuangan yang tidak putus-putus telah berjaya menjadikan tugasan saya dapat
disiapkan dengan jayanya dan dihantar pada masa yang telah ditetapkan.
Akhirnya, saya telah berjaya menyiapkan kajian ini dengan berjaya. Saya
berasa amat gembira dan berasa lega selepas sudah menyiapkan kerja kursus ini.
Saya berharap agar saya dapat mengaplikasi apa yang belajar hari ini untuk masa
hadapan semasa saya menjadi sebagai seorang guru di sebuah kelak.Semoga apa
yang dapat hari akan berkekalan untuk hari ini dan selamanya.











47

REFLEKSI ANBUCHELVI

Saya diberi tugasan KKP untuk subjek Perkembangan Kanak-Kanak yang
berkaitan dengan Perkembangan kognitif kanak-kanak berasaskan Ujian Jean Piaget.
Kerja Kursus ini perlu disiapkan dalam kumpulan yang terdiri daripada tiga atau empat
orang ahli. Pensyarah pembimbing telah memberi penerangan tentang keperluan
tugasan ini dan cara untuk menyiapkannya. Tarikh penyerahan tugasan pula ditetapkan
pada 28.Februari.2011.
Saya menyiapkan tugasan ini bersama ahli kumpulan saya dengan
memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber seperti internet, buku rujukan dan
sebagainya. Kami telah mengagihkan tugasan kami untuk disiapkan pada masa yang
singkat dan berbincang dalam kumpulan tentang maklumat yang kami perolehi. Rakan-
rakan dari kelas lain juga berkongsi pendapat mereka dan membantu saya untuk
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Encik Tauhit bin Sudar yang merupakan
pensyarah matapalajaran Perkembangan Kanak-Kanak telah tunjuk ajar untuk
menyiapkan tugasan ini. Beliau Mengnalpasti kesilapan kami dan memperbaikinya.
Saya telah mendapat manfaat melalui kerja kursus ini. Saya dapat
mengenali tentang Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget, Ujian Konservasi Jean
Piaget, Peringkat-peringkat dalam perkembangan kognitif Jean Piaget dan sebagainya.
Saya juga telah mendapat maklumat yang terperinci melalui pelbagai sumber yang
berkaitan dengan topik tugasan yang diberi. Sebagai seorang guru, saya perlu
memahami emosi anak murid saya serta keperluan mereka. Saya juga sedar bahawa
perkembangan kognitif kanak-kanak mempengaruhi kecergasan minda mereka. Saya
akan mempraktikkan tugas saya sebagai seorang bakal guru di sekolah semasa
mengajar.
Walau bagaimanapun, saya menghadapi kesukaran untuk menyiapkan
tugasan yang diberi. Saya tidak dapat menguasai Bahasa Melayu dengan lebih efektif.
Saya akan berlatih untuk membaca dan menulis esei dalam Bahasa Melayu untuk
menguasai bahasa tersebut dengan sepenuhnya. Saya juga akan menguasai Bahasa

48

Melayu dengan membaca surat khabar dan majalah-majalah dari perpustakaan pada
masa lapang.
Sebagai seorang guru, saya juga perlu seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan juga sosial(J.E.R.I.S). Terutamanya saya perlu seimbang dari segi
sosiemosi untuk memahami persekitaran murid-murid di bilik darjah. Saya juga perlu
mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik berdasarkan pengalaman saya untuk
membentuk skema. Saya juga harus menjadi bijaksana untuk menyelesaikan masalah
yang bakal dihadapi di bilik darjah.
Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang
memberi sokongan moral secara langsung dan tidak langsung untuk menyiapkan
tugasan in dengan sempurna terutamanya Encik.Tauhit bin Sudar, Pensyarah
Matapelajaran subjek Perkembangan kanak-kanak, rakan-rakan sekumpulan dengan
saya dan rakan sekelas saya.












49

REFLEKSI VINOODINI

Saya Vinoodini A/P Annathurai dari opsyen 1PISMP MT/BI/BT Kumpulan 4,
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Tauhit bin Sudar, pensyarah
subjek Perkembangan Kanak-kanak atas bimbingan, tunjuk ajar dan sokongan yang
telah diberikan oleh tuan telah memberi kekuatan kepada saya untuk menjayakan
projek ini tanpa apa jua rintangan.

Sewaktu saya diberi projek oleh pensyarah, saya agak keliru dan tidak mendapat
gambaran yang jelas tentang tajuk yang diberikan. Selepas, penerangan dan tunjuk ajar
yang jelas daripada tuan, barulah saya mendapat idea dan satu gambaran yang luas
tentang tajuk yang diberikan.

Maklumat-maklumat yang diberikan oleh tuan dan nota telah menghulurkan
bantuan kepada saya dalam menjayakan projek ini pada masa yang ditetapkan. Saya
juga dapat bantuan daripada kawan-kawan sekelas saya, dan juga kawan-kawan dari
kelas lain. Mereka telah berkongsi maklumat dan memberi idea dan pandangan yang
berlainan terhadap tajuk. Hal ini telah membantu saya dan ahli kumpulan saya untuk
berfikir dari sudut yang berlainan untuk mendapatkan maklumat yang lebih padat dan
benar.

Selain itu, saya juga telah mendapat mempelajari beberapa pengetahuan yang
baru ketika membuat kerja khusus ini, antaranya adalah saya dapat mengenali tentang
teori perkembangan kanak-kanak, Ujian Konservasi Jean Piaget kepentingan profesion
perguruan serta peranan guru dalam perkembangan kanak-kanak. Selain itu, dengan
membuat kerja kursus ini saya dapat tahu betapa pentingnya perkembangan kanak-
kanak untuk seorang guru. Saya sedar bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak
memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak.



50

Walaupun saya mempelajari banyak pengetahuan, saya tetap mengalami
kesusahan dalam menulis esei dalam Bahasa Melayu. Saya akan mempelajari lebih
lanjut tentang menulis esei. Saya akan berlatih membuat esei bahasa melayu walaupun
opsyen saya tidak mengandungi subjek Bahasa Melayu.

Saya sebagai bakal guru, haruslah mempunyai emosi yang stabil terhadap
kanak-kanak. Saya perlulah menggunakan skema baru untuk sesuatu situasi atau
pengalaman yang baru dan ia berjaya, maka keseimbangan akan berlaku tetapi
sekiranya skema baru tidak memberi penyesuian yang baik maka ketidakseimbagan
akan berlaku dan kita akan terus membina skema-skema baru untuk disesuaikan
dengan situasi baru tersebut.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
insan-insan yang memberi bantuan dan memberikan tunjuk ajar kepada saya
terutamanya pensyarah tuan yang sangat membantu saya untuk menjayakan projek ini
dengan kerjasama ahli kumpulan saya.













51

REFLEKSI SIVANATHAN

Saya Sivanathan A/L Anbu Selvam dari 1 PISMP Mt/Bi/Bt mengambil
subjek PKK sebgai salah satu matapelajaran teras dalam semester ini. Semasa
melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Perkembangan Kanak-Kanak ini,
saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya
sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan
bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang
perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif dan sebagainya yang sebelum ini
saya tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini.

Saya juga mula merasai kepentingan PKK ini terhadap diri saya kerana
sebagai bakal guru, satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk
melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Saya
sebagai bakal guru yang akan mengajar dahulu di sekolah rendah pasti akan
menghadapi pelbagai situasi yang mungkin saya tidak pernah pikirkan sebelum
ini. Melalui pembelajaran PKK ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam
membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan ini.

Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi,
saya akan praktikan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak membuat
pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para
pelajar. Saya juga mula sedar kepentingan subjek perkembangan kanak-kanak
ini dimana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah saya dapat
melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi
melahirkan modal insan yang sempurna.

Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini
yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan
silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasa sama

52

pensyarah dan semua rakan-rakan juaga dapat di tingkatkan melaui proses
menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap
dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus
mengukuhkan hubungan dua hala kami.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-
rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan
meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya
untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi
seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para
pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini
membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan
tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek PKK ini telah
memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai
profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi
seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan
sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.








53

BORANG KOLOBORASI
NAMA AHLI KUMPULAN : ANBUCHELVI A/P KANNAN
(911004-10-6070)
ARIVALAGAN A/L RAJA MANICKAM
(900814-07-5153)
SIVANATHAN A/L ANBU SELVAM
(900327-05-5577)
VINOODINI A/P ANNATHURAI
(910116-01-6358)
NAMA PENSYARAH : ENCIK.TAUHIT BIN SUDAR
SUBJEK : PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

TARIKH AKTIVITI KOMEN TANDA TANGAN
14/2/11 o Tugasan telah diberi oleh Encik
tauhit dan beliau telah
menerangkan tentang tajuk
tersebut.
o Kami dibahagikan dalam
kumpulan yang terdiri daripada 4
orang.
Mendapat pandangan
tentang keperluan tugas.

16/2/11 o Membuat perbincangan di pusat
sumber.
o Mencari maklumat di pusat
sumber IPGKTI.
Dapat menyenaraikan isi
isi yang penting bagi tajuk
tugasan



54

17/2/11 o Mengagihkan tugas antara ahli
kumpulan.
Menghasilkan draf bagi
tajuk tugasan untuk
dikemukakan kepada
pensyarah

18/2/11 o Mengarang esei
o Mengadakan perjumpaan di pkp
dan menyusun semula draf
tersebut
Dapat membetulkan
kesilapan yang terdapat
dalam karangan.

22/2/11 o Mengemukakan draf yang telah
diubahsuai kepada pensyarah
Mendapat kepastian
daripada pensyarah untuk
menghantar tugasan

25/2/11 o Membuat penyemakan bagi kali
terakhir.
o Mencetak tugasan yang disiap
Mengenal pasti dan
membetulkan kesalahan
tatabahasa

28/2/11 o Penyerahan tugasan. Dapat menyiapkan kerja
kursus dengan sempurna










55






ARTIKEL 1










56







ARTIKEL 2

Anda mungkin juga menyukai