Anda di halaman 1dari 1

Catatan- Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Parapat Darat 2014

Rabu , 06.Ogos 2014.


8.00 pagi - Ketibaan Guru Besar En Suahib Hj Onggong, Penolong
Kanan I Pn Naime Mojulou,Penolong Kanan Hem Yang Mulia Datu
Arrifin Bin Ibrahim dan Penolong Kanan Ko-Kum En.Jetol
Dangin.Sambutan ini turut dihadiri oleh En Jolius Bidin Pengerusi PIBG
sekolah, guru-guru, ibubapa dan semua warga sekolah.

8.30 Pagi- Majlis bermula dengan bacaan doa dan diteruskan dengan
ucapan alu-aluan dari En Jolius Bidin pengerusi PIBG sekolah diikuti
dengan ucapan perasmian oleh En Suahib Hj Onggong Guru Besar.
Seramai 176 orang dijangka hadir di majlis sambutan hari raya ini.

10.30 pagi- Selesai saja ucapan perasmian , Guru besar berpeluang
menyampaikan duit raya kepada lebih kurang 20 orang pelajar
muslim.Terpancar kegembiraan diwajah anak-anak yang menyambut
sambutan hari raya yang diadakan diperkarangan dewan terbuka sekolah.

11.00 Pagi- Sambutan Hari Raya ini dapat mengeratkan silaturahim
dikalangan warga sekolah,ibubapa dan murid sejajar dengan seruan
kerajaan yang menitik beratkan perpaduan kaum.Juadah hari raya seperti
rendang, buras,dodol,ayam goreng, Laksa,Nasi kerabu kuih muih turut
disajikan. Lagu-lagu raya juga dinyanyikan oleh beberapa orang penyanyi
yang terdiri dari warga sekolah dan ibubapa. Diharap sambutan ini akan
diteruskan pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai