Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PERAPAT LAUT

D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH,


PETI SURAT 319,
89058 KUDAT.

Tarikh : 11 Ogos 2009


Guru Besar
SK Perapat Laut
Tuan,
Tidak Dapat Menghadirkan Diri Bertugas Selama Dua Hari Di Sekolah
Dukacita ingin saya maklumkan mengenai perkara diatas.
02. Tuan, saya tidak dapat menghadirkan diri kerana anak kedua saya Nur Diana Danielle
sedang sakit( Demam panas ). Dia tidak ingin berenggang dengan saya. Ini disebabkan
kerana saya masih menyusukan dia ( susu ibu ). Saya kesihan melihat anak saya yang tidak
ada selera makan selain susu ibu.
03. Pada 10 Ogos 2009 iaitu hari ini (Isnin) saya akan pergi mendapatkan rawatan bagi anak
saya di klinik Sikuati untuk rawatan selanjutnya.Pada esok hari saya masih ingin menemani
anak saya di rumah untuk memastikan sakitnya berkurangan.InsyaAllah saya akan kembali
ke sekolah pada 12 Ogos 2009 bersamaan hari Rabu.
04. Saya juga meminta maaf kerana tidak memohon cuti mengikut prosedur yang telah
ditetapkan kerana masalah yang saya hadapi tidak dapat saya elakkan.Apa-apa masalah yang
datang disebabkan oleh ketidakhadiran saya, akan saya selesaikan sebaik saja saya kembali
ke sekolah.
04. Pertimbangan dari pihak tuan amatlah saya harapkan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar
____________________,
( Norazlin Binti Harron )

Anda mungkin juga menyukai