Anda di halaman 1dari 3

4.

1 KUMPULAN SASARAN
4.1 PENGENALAN
Kumpulan sasaran bermaksud pemilihan suatu kumpulan dari segi orang, institusi, tempat
atau fenomena yang ingin diselidiki oleh pengkaji. Kumpulan sasaran merupakan proses
memilih sekumpulan orang, institusi, tempat atau fenomena oleh pengkaji untuk sesuatu
penyelidikan.
Tujuan kumpulan sasaran adalah untuk memperoleh maklumat tentang sesuatu.
Matlamatnya adalah untuk memperoleh sampel yang mencerminkan populasi dari segi
pemboleh ubah yang menjadi tumpuan pengkaji. Ini bermakna pengkaji mengambil
sebahagian kecil populasi untuk tujuan pemerhatian, dan membuat generalisasi berkenaan
populasi yang diwakili oleh sampel tersebut.
Oleh itu, pemilihan sampel yang baik ialah sampel yang boleh mewakili pemboleh
ubah berkenaan dari populasi yang disasarkan.

4.2 LATAR BELAKANG SEKOLAH
Kajian dijalankan di Sekolah Kebangsaan KLIA, sebuah sekolah kategori bandar di daerah
Sepang. Sekolah ini mempunyai 28 buah kelas arus perdana, 2 buah kelas prasekolah dan
sebuah kelas pemulihan khas. Sekolah ini mempunyai kira-kira 1100 orang murid dan 60
orang guru. Kelas Pemulihan Khas ini terdiri daripada 5 orang murid, seorang murid Tahun 3
dan selebihnya merupakan murid Tahun 2


4.2 LATAR BELAKANG MURID
Bilangan sasaran Satu (1)

Jantina Lelaki

Umur 8 tahun

Kelas 2 Eagle

Prestasi akademik Salah seorang murid pemulihan khas.
Mempunyai masalah mengenal huruf.
Tidak melepasi konatruk 1 LINUS.

Ciri Unik Pasif di dalam kelas.
Sering termenung di dalam kelas.
Pakaian kerap kali tidak kemas.
Menyukai seni dan warna.
Menyukai pengajaran bersifat
permainan dan memerlukan
pergerakan.



Pengkaji telah memfokuskan kepada seorang murid lelaki Tahun 2 yang merupakan murid di
kelas pemulihan khas. Responden merupakan anak sulung dari 3 adik-beradik. Ayah
responden bekerja di sebuah syarikat swasta manakala ibunya merupakan seorang suri rumah
tangga.
Sepanjang pemerhatian dilakukan oleh pengkaji, responden sering datang ke sekolah
kerana rumahnya terletak berhadapan dengan sekolah. Namun begitu, responden sering
hilang tumpuan dan sering kali didapati melakukan kerja sendiri atau termenung. Responden
merupakan murid yang pasif sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di jalankan.
Perkara sebaliknya berlaku jika pengkaji cuba untuk berbual mengenai perkara yang tidak
mempunyai kaitan dengan sesi pengajaran dan pembelajaran. Responden akan menjawab
dengan teruja dan juga gembira. Responden juga didapati sering meminta untuk melukis atau
mewarnakan sesuatu.
Berdasarkan rekod kemajuan responden, responden merupakan murid yang sangat
lemah dalam perkembangan akademik. Responden gagal untuk menjawab walau satu soalan
pun yang diberikan sewaktu ujian dijalankan. Responden juga tidak dapat menulis huruf
vokal dengan baik dan kemas.
Responden merupakan ,murid LINUS tegar dan satu-satunya murid di sekolah
terbabit yang tidak melepasi konstruk 1 pada ujian saringan LINUS. Atas sebab-sebab inilah
pengkaji memilih untuk menjadikan responden sebagai sampel kajian ini.

Anda mungkin juga menyukai