Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN Setiap hari terdapat ramai murid yang menghadiri sekolah untuk menerima pendidikan yang disediakan oleh

sekolah. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan oleh guru berdasarkan topik-topik yang terkandung dalam sukatan rasmi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Segala topik dalam sukatan yang ditetapkan oleh setiap mata pelajaran perlu diajar dalam tahun berkaitan. Guru akan menguji penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang telah disampaikan melalui ujian dan juga peperiksaan di akhir penggal tahun akademik. Pada amnya, penjelasan di atas memberi sedikit gambaran tentang sistem pendidikan yang bercorak aliran perdana, dan corak pelaksanaannya memang bersesuaian dengan kebolehan majoriti murid dalam sistem persekolahan umum. Namun terdapat segolongan murid yang akan sudah pasti akan menghadapi kegagalan dalam pengajaran dan pembelajaran sekiranya mengikuti sistem pendidikan seperti yang dijelaskan. Golongan murid ini merupakan murid berkeperluan khas kerana mereka mengalami keadaan kecacatan yang menjadi halangan kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan oleh guru melalui proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang biasa diamalkan dalam sistem pendidikan aliran perdana. Untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan, pelbagai usaha dan bantuan perlu disediakan untuk membantu mereka. Oleh yang demikian, corak pendidikan adalah berbeza dan mempunyai pelbagai ciri-ciri yang tidak terdapat dalam sistem pendidikan aliran perdana. Pendidikan yang disediakan untuk golongan berkeperluan khas tersebut dikenali sebagai pendidikan khas. Murid dengan keperluan khas adalah berbeza daripada murid biasa dari segi kebolehan mental, keupayaan fizikal, deria, tingkah laku sosial dan keupayaan emosi. Murid dengan keperluan khas perlu dirujuk kepada pakar perubatan untuk menentukan sama ada mereka sesuai dihantar ke sekolah khas atau ke sekolah biasa.

Anda mungkin juga menyukai