Anda di halaman 1dari 4

1.

Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa
perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu
mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini
sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan
memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti
burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.
2. Pengusaha kilang mengambil jalan mudah , iaitu membuang sisa kilang yang bertoksik tanpa
dirawat ke dalam sungai dengan sewenang - wenangnya. Tumpahan minyak dari tangki kapal dan
pelantar minyak juga mencemarkan air.
3. Membuang sisa pepejal seperti sisa makanan, perabot dan barangan elekronik ke dalam sungai.
Hal ini akan menyebabkan sungai tercemar dan diracuni. Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke
dalam sungai juga akan mengalakkan pertumbuhan bakteria. Aktiviti pertanian yang menggunakan
baja kimia, racun rumpai dan racun serangga akan mencemarkan air terutamanya jika dijalankan di
kawasan tanah tinggi. Hal ini kerana ia akan mengalir dari kawasan pertanian ke hilir sungai apabila
hujan lebat berlaku.
4. Air dari kawasan perlombongan mengandungi kandungan zarah terampai dan bahan logam yang
ada kiatan dengan mineral yang dilombong yang membahayakan kesihatan pengguna. Apabila
hujan lebat turun, zarah-zarah ini tentu akan disalirkan ke dalam sungai Pembentungan najis
binatang yang tidak terurus daripada aktiviti penternakan bukan sahaja akan mencemarkan air
malah akan menyebabkan pencemaran bau. Hal ini kerana najis binatang mengandungi pelbagai
bakteria, virus dan parasit seperti E.coli yang akan mencemarkan kualiti air.
5. Penerokaan hutan untuk pembangunan bandar, pembinaan infrastruktur fizikal dan perindustrian
secara tidak langsung menyumbang kepada pencemaran air. Hal ini kerana aktiviti-aktiviti tersebut
akan menyebabkan tanah menjadi gondol. Oleh hal yang sedemikian, tanah tersebut akan terdedah
kepada arus permukaan air yang deras apabila hujan lebat berlaku kerana tiada cengkaman akar-
akar pokok.
6. Pendekatan pengeluaran bersih lebih menumpukan kepada sumber penyebab pencemaran dan
bergerak kearah menghapuskannya di peringkat awal. Pihak kerajaan juga bertanggungjawab
menguatkuasakan undang-undang sedia ada. Ia perlu diperketatkan lagi supaya pesalah mendapat
hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Penyelenggaraan berkala sistem perparitan
seharusnya dijalankan sekitar satu atau dua kali sebulan bagi memastikan sampah sarap tidak
menyebabkan sistem perparitan tersumbat. Selain itu, beberapa kaedah pengawalan yang sesuai di
laksanakan bagi mengawal pencemaran air ialah:
7. Rawatan air kumbahan adalah proses bahan pepejal diasingkan dan kemudian ditukar daripada
bahan pepejal kepada bahan mineral. Kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen
cintailah sungai kita
8. Pendidikan alam sekitar ini perlu adalah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam
sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa
pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan.
9. 1) Tangki penapisan - penapis logam di dalam tangki menyingkirkan objek bersaiz besar. 2) Tangki
pengudaraan - air dipam ke atas untuk melarutkan oksigen ke dalam air. Bau dan rasa air yang tidak
menyenangkan disingkirkan. 3) Tangki pengumpulan - alum mengumpulkan zarah -zarah kecil
bahan terampai menjadi gumpalan besar yang mudah mendap. Kapur pula mengurangkan keasidan
air. 4) Tangki pengenapan - bahan terampai bersaiz besar mendap di dasar tangki dan disingkirkan.
5) Tangki penurasan -bahan terampai yang tertinggal di singkirkan. 6) Tangki pengklorinan dan
pemfloridaan - klorin membunuh organisma merbahaya dan menjernihkan air. Sebatian florida
menghalang kerosakan gigi.
10. Sentiasa memeriksa batang dan kepala paip.Jika ada kebocoran,perbaikinya dengan segera.
Kumpulkan air hujan dalam baldi atau pasangkan paip khas untuk mengumpulkan air hujan. Kitar
semula air yang digunakan untuk membasuh tangan,sayur- sayurandan buah-buahan untuk
menyiram pokok bunga,cuci lantai dan sebagainya. Basuh pinggan mangkuk dengan
menggunakan tangan dan bukan mesin pembasuh. Sewaktu mencuci kereta,gunakan baldi dan
bukan paip getah.Cuci kereta sekali seminggu.Tidaklah perlu mencuci kereta terlalu kerap .Jika
kereta tidak terlalu kotor ,lapkan sahaja dengan kain bersih. Jika memiliki kebun atau taman
bunga,tanam poko bunga dalam tanah dan bukan dalam pasu.Tumbuhan tumbuh lebih baikdalam
tanah serte mendapat lebih air dari tanah berbanding di dalam pasu.
11.

Sumber air adalah punca air yang boleh digunakan atau berpotensi untuk digunakan oleh
manusia. Penggunaan air meliputi bekalan isi rumah, pertanian, perindustrian dan rekreasi.
Kira-kira 97% daripada air di bumi adalah air masin (salt water) dan hanya 3% sahaja air tawar
(fresh water). Lebih dua pertiga daripada air tawar merupakan ais manakala bakinya ditemui
sebagai air tanah dan sebahagian kecil sahaja sebagai air permukaan.
Menurut Malaysian Quality of Life Report, indeks kualiti alam sekitar hampir tidak
berubah sepanjang jangka 1990-2000 (iaitu sekitar 100.2 mata), namun terdapat
kemerosotan dalam beberapa petunjuk yang membimbangkan. Contohnya,
kemerosotan dalam kualiti air sungai dan air, seperti yang ditunjukkan dalam
peratusan sungai bersih dalam negara, yang jatuh daripada 53.3 peratus pada tahun
1990 kepada 28.3 peratus pada tahun 2000.
Kemerosotan kualiti air sungai-sungai kita ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor,
termasuk pencemaran yang datang daripada sisa-sisa buangan isi rumah dan ladang
ternakan; efluen dari sektor pembuatan dan industri berasaskan pertanian; pepejal
terampai (tidak mendap, terapung), dari hakisan tanah; dan sisa logam berat dari
kilang. Sedikit sebanyak, hal ini memberi gambaran bahawa ramai rakyat Malaysia
masih kurang mengambil berat tentang kaedah pembuangan sisa pejal yang bersih dan
teratur. Dalam hal ini, kita mempunyai infrastruktur kelas dunia, tetapi mentaliti pada
tahap mentaliti rakyat dunia ketiga. Rakyat Malaysia yang bermentaliti sedemikian
yang harus berubah.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa antara masalah alam sekitar yang semakin
meruncing di Malaysia pada masa ini ialah jumlah sisa pepejal yang dibuang semakin
banyak, ditambah dengan masalah tapak pelupusan sisa buangan yang semakin
berkurangan lagi. Malaysia adalah antara negara yang paling banyak sampah, iaitu
kira-kira 17,000 tan sampah dihasilkan setiap hari, atau sebanyak lebih 5 juta tan
setiap tahun. Kadar penghasilan sampah negara dijangka akan terus meningkat pada
kadar 2 peratus setiap tahun, selari dengan pertambahan penduduk dan kegiatan
ekonomi negara yang semakin pesat. Dalam pada itu, menurut satu kajian, tapak
pelupusan sisa buangan akansetakat 80 peratus dalam hanya dua tahun lagi.
Kini kerajaan sedang dalam proses untuk meningkatkan penggunaan
teknologi pelupusan sampah yang canggih-canggih untuk melupuskan sisa buangan.
Namun begitu, usaha-usaha ini tidak akan mencukupi untuk mencapai tujuan kita.
Sebenarnya, di samping pengurusan sisa pembuangan, kita juga harus menumpukan
perhatianterhadap isu pengurangan sisa dan sampah itu sendiri. Di sini, pemahaman
dan amalan kitar semula oleh segenap lapisan masyarat dapat memainkan peranan
yang amat penting.
Kitar semula bukanlah satu perkara baru, malah banyak negara telahpun lama
melaksanakannya. Terdapat banyak faedah yang dapat diperolehi jika rakyat Malaysia
dapat menerapkan amalan kitar semula dalam rutin harian mereka.
Program kitar semula yang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaa Tempatan telah
mencecah usia 3 tahun, akan tetapi rakyat telah mencapai kadar kitar semula kira-kira 3 peratussahaja.
Jika dibandingkan dengan kadar kitar semula dii negara-negara maju yang kebanyakan daripada mereka
telah mencapai kadar kitar semula setinggi 30 hingga 47 peratus prestasi Malaysia jauh ke belakang.
Bilangan pusat kitar semula di negara tidak mencukupi dan amalannya tidak meluas sama sekali.

Ada orang yang berpendapat bahawa negara-negaraelah mengambil masa kira-kira 25 tahun untuk
mencapai kadar kitar semula tersebut. Namun begitu, Malaysia tidak perlu mengambil masa 25 tahun
untuk mencapai sasaran yang telah kita tetapkan. Hal ini dikatakan demikian, adalah kerana kesedaran
tentang alam sekitar telah sedia wujud sekarang, dan sebilangan rakyat Malaysia telah pun
menitikberatkan keadaan alam sekitar.

Di samping itu, kita mempunyai keupayaan dan akses kepada kaedah-kaedah dan teknologi pelupusan
sampah yang tidak mengotori alam sekitar berbanding dengan teknologi pelupusan sampah masa lalu.
Yang paling penting, kita ada kelebihan pengalaman kerana dapat mempelajari daripada pengalaman
negara-negara maju dalam pelaksanaan program kitar semula, baik dari segi mewujudkan kesedaran
dalam kalangan rakyat, mahupun dari segi menggunapakai kaedah-kaedah kitar semula yang terkini.
Oleh itu, saya percaya kita boleh memendekkan tempoh pembelajaran kita mengenai pengitaran semula
dan mempertingkatkan lagi kadar pengitaran semula negara dengan segera.

Sebahagian besar daripada usaha kita untuk meningkatkan amalan kitar semula bergantung kepada
penerapan nilai-nilai, sikap dan amalan pro-alam sekitar dalam kalangan rakyat Malaysia supaya kekal
dengan pemikiran dan budaya negara maju, sebagai mana yang kita idamkan dalam wawasan 2020.
Sesungguhnya, kita perlu menghargai, mengasihi dan menghormati alam sekitar.
Kini, dalam pemikiran ramai rakyat Malaysia, kitar semula hanya terhad kepada tong-tong kitar semula
semata-mata. Namun kitar semula adalah jauh daripada itu; ia adalah satu cara hidup yang berkait rapat
dengan nilai-nilai murni seperti tidak boros, sederhana dan menghargai nilai sesuatu benda.
Sesungguhnya pemikiran kitar semula harus menjadi sebahagian daripada kebiasaan kita, baik di
peringkat pembelian, penggunaan ataupun pembuangan.
Di samping itu, untuk menyokong dan mempermudahkan penjiwaan amalan kitar semula dalam diri
setiap rakyat Malaysia, pihak-pihak berkuasa hendaklah bekerjasama dengan rakyat dan memastikan
bahawa perkhidmatan yang diberi dan kemudahan infrastruktur yang disediakan adalah mencukupi,
efisyen, konvenien, dan konsisten. Kementerian perumahan dan kerajaan tempatan perlu mengkaji
aspek-aspek polisi dan perundangan yang boleh membantu mempertingkat amalan kitar semula dalam
negara. Hal ini, termasuklah langkah- langkah untuk memberi galakan yang bersesuaian, terutama bagi
penggunaan teknologi dalam aktiviti kitar semula.
Kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan pihak- pihak berkuasa tempatan haruslah bekerjasama
antara satu sama lain supaya dapat memberi perkhidmatan yang berkualiti dan responsif kepada
pelanggan, termasuk dari segi pengurusan sisa buangan. Aspek ini amat penting kerana kita semua,
sebagai penjawat awam, adalah pemegang amanah rakyat dan harus memberi tumpuan kepada
tanggungjawab kita untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada mereka.
Dalam pada itu, kementerian perumahan, pihak berkuasa tempatan, pemaju perumahan, pengurus
pusat membeli belah dan pihak-pihak lain mestilah memastikan bahawa pusat pengumpulan sisa
buangan serta tong-tong kitar semula ditempatkan di lokasi-lokasi yang sesuai dan mudah diakses,
seperti di kawasan perumahan, di pusat aktiviti komuniti, di pusat membeli-belah, dan juga di tempat
pekerjaan, untuk memudahkan dan menggalakkan lebih ramai orang mengitar semula.

Anda mungkin juga menyukai