Anda di halaman 1dari 2

Organisasi yang berjaya sering dikaitkan dengan kualiti kepimpinan pengurusannya.

Menurut Kouzes dan Posner (1995), as a good captain, the leader should be able to sail his
ship in a direction of success and be able to make adjustment and face all kinds of
unpredictable circumstances. Jesteru, pemimpin merupakan agen yang penting dalam
menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Bukti dari literatur sekolah berkesan juga
menunjukkan bahawa guru besar menyumbang kepada keberkesanan sekolah dan
pencapaian murid secara tidak langsung melalui tindakan tindakan yang diambil.
Ringkasnya, jatuh bangun sesebuah sekolah itu bergantung kepada kualiti kepimpinan guru
besar yang menerajuinya ( Davis, 1989). Hal ini juga selaras dengan kajian yang pernah
dilakukan oleh Peter Mortimore (1995) yang dinamakan Junior School Project untuk melihat
mengapa ada sekolah yang berjaya, baik dan berkesan sementara ada pula sekolah yang
tidak berkembang dan menyerlah. Hasil kajian selama 4 tahun itu, Peter Mortimore
mendapati banyak faktor yang boleh mempengaruhi kejayaan sesebuah sekolah dan
kepimpinan sekolah merupakan elemen yang paling penting dalam membawa perubahan
kerana sekolah itu sendiri adalah organisasi yang dinamik dengan kehidupan didalamnya
yang mana sentiasa berubah dari masa ke semasa.
Jesteru, sebagai pemimpin sekolah, guru besar perlu mengambil beberapa inisiatif
bagi memastikan matlamat organisasi untuk sentiasa cemerlang dan terus mencipta
kejayaan akan tercapai. Antara cadangan penambahbaikan untuk meningkatkan
keberkesanan pengurusan dalam organisasi sekolah tersebut adalah menentukan halatuju
sekolah yang jelas, membuat dan melaksanakan Perancangan Strategik dan Rancangan
Pemajuan Sekolah, menyelaraskan tugas melalui amalan kerja sepasukan, membangunkan
profesionalisme guru dan staf, menyemai budaya ilmu dan mewujudkan sekolah sebagai
Organisasi Pembelajaran, meningkatkan inovasi dan kreativiti melalui kajian tindakan,
memberi penekanan kepada amalan amalan instruksional di sekolah, memberi insentif dan
ganjaran, menjalin hubungan interpersonal dengan berkesan dan membuat pemantauan,
kawalan dan usaha pembetulan serta penambahbaikkan.
Langkah pertama yang perlu diambil bagi memastikan kejayaan sekolah adalah
dengan menentukan matlamat dan merancang strategi bagi mencapai matlamat tersebut.
Hal ini adalah kerana keperluan terhadap kepimpinan strategik dan berwawasan dalam
institusi pendidikan adalah terlalu mendesak bagi menangani perubahan dan menjayakan
konsep Sekolah Berkesan ( Mauriel, 1989), amalan pengurusan kualiti menyelurh (Muhamad
Bustaman, 1997), pembangunan iklim sekolah (Hussein Mahmood, 1993), menangani
masalah sikap guru dan murid masa kini (Omardin, 1996) dan menentukan survival
sesebuah sekolah (Asarudin, 1995). Gaya kepimpinan ini dikatakan dapat meningkatkan
kemungkinan sesebuah organisasi itu mencapai wawasannya. Perkara pertama yang perlu
dilakukan untuk memastikan bahawa sekolah mempunyai hala tuju yang jelas ialah dengan
membuat semakan semula visi dan misi sekolah. Melalui penubuhan jawatankuasa
penyelaras semakan semula visi dan misi sekolah yang dianggotai oleh semua peringkat
warga sekolah termasuk pentadbir, guru dan kakitangan sokongan, visi dan misi yang baru
yang lebih realistik dan relevan dapat dihasilkan.tugas dan tanggungjawab untuk
menetapkan wawasan sekolah bukanlah begitu sukar. Kementerian Pelajaran Malaysia telah
pun memberi arah tuju yang jelas terhadap matlamat pendidikan di negara ini melalui
mandatnya dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dalam usaha memastikan kesinambungan pelaksanaan pelbagai program
pembangunan pendidikan di sekolah selaras dengan halatuju yang dibentuk, perancangan
strategik yang komprehensif perlu diwujudkan. Perancangan strategik perlu dibentuk
bersandarkan Rancangan Pemajuan Sekolah yang dikeluarkan oleh Jemaah Nazri dan
Jaminan Kualiti oleh semua guru mengikut jawatankuasa jawatankuasa bidang akademik,
pentadbiran, kokurikulum, pembangunan, dan hal ehwal murid. Perancangan ini turut
melibatkan pelan taktikal tahunan dan pelan operasi bagi setiap program yang dilaksanakan.
Sehubungan itu, semua program sekolah dalam pelbagai bidang akan dijalankan
bersandarkan takwim perancaangan jangka panjang, pelan taktikal dan pelan operasi
berkenaan. Dokumen Perancangan Strategik yang telah dihasilkan ini kemudiannya
dijadikan panduan kepada tindakan bagi mencapai visi dan misi yang ditetapkan. Oleh yang
demikian, faktor kedua penting untuk membantu kejayaan sekolah adalah melibatkan aspek
perancangan yang menyeluruh yang terangkum dalam perancangan strategik berkenaan.
Cadangan penambahbaikan yang seterusnya bagi memastikan hala tuju dan
perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan baik memerlukan pengagihan kerja
yang saksama dan implimentasi kerja yang sistematik. Oleh itu melalui jawatankuasa
pengurusan sekolah, agihan kerja yang saksama berdasarkan pemberatan tugas perlu
dilaksanakan. Dalam konteks ini semua tugas sokongan selain daripada tugas utama guru
mengajar di dalam bilik darjah digerakkan melalui jawatankuasa jawatankuasa kecil yang
diwujudkan. Pelarasan tugas ini bertujuan untuk membolehkan sekolah beroperasi secara
optimum dengan sumber yang minimum. Usaha ini diambil bagi memastikan sekolah terus
berada pada landasan yang betul untuk mencapai wawasan dan seterusnya mengecapi
kejayaan dan kecemerlangan dalam pendidikan walaupun mempunyai kekangan sumber.
Menurut Glickmen (1995), amalan pengurusan berasaskan kerja sepasukan ini juga
merupakan satu pendekan yang boleh membantu meningkatkan keberkesanan
penyelarasan tugas di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai