Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BATU LINTANG



JURNAL PRAKTIKUM

NAMA PELAJAR : FATIN NABILAH BINTI SAAT
KURSUS DAN AMBILAN : PISMP PK JAN 2011
BILANGAN JURNAL : 1
MINGGU PRAKTIKUM : PERTAMA
TARIKH PERISTIWA/ KEJADIAN : 07 JULAI 2014 11 JULAI 2014
TAJUK JURNAL : PERANCANGAN PROJEK

MASALAH
Minggu pertama saya menjalani internship di Sekolah Kebangsaan Semerah Padi
ini, focus utama saya ialah dari aspek perancangan projek yang perlu saya rancang
dan laksanakan. Terdapat 3 projek yang perlu saya dan rakan praktikum yang lain
rancang dan laksanakan. Saya menjalani masalah dalam memilih projek yang
bersesuaian. Banyak projek yang ingin saya laksanakan namun saya perlu memilih
satu sahaja projek mewakili individu, berpasangan dan berkumpulan yang sesuai
dan bermanfaat untuk saya dan pihak sekolah.
ANALISIS MASALAH
Untuk projek secara individu, saya mempunyai beberapa cadangan untuk
menjalankan projek yang sesuai. Antara projek yang difikirkan ialah membuat
pertandingan mewarna, membuat rutin membaca dan mengeja setiap pagi di kelas,
membuat bahan bantu mengajar dan beberapa projek yang lain. Namun setelah
menimbang semua aktiviti yang difikirkan, akhirnya saya memilih untuk membuat
bahan bantu mengajar sebagai projek individu saya.
Selain itu, projek secara berpasangan pula, saya dan 2 orang rakan pasangan
praktikum mencadangkan beberapa projek untuk dijalankan. Antara cadangan projek
yang ingin dilaksanakan ialah membuat sukan kelas pendidikan, membuat jualan
amal untuk dana pendidikan khas dan banyak lagi. Namun setelah berbincang
dengan guru-guru pendidikan khas, kami sepakat untuk menjalankan projek iaitu
Minggu Panitia Pendidikan Khas.
Untuk projek secara berkumpulan pula, kami telah diberikan kepercayaan oleh pihak
sekolah terutamanya Panitia Bahasa Melayu meminta kami untuk membuat dan
membina sudut Bahasa Melayu dimana kami perlu membuat sudut Bahasa Melayu
dan meletakkan informasi yang penting tentang Bahasa Melayu untuk murid-murid
dapat belajar secara tidak spontan apabila melalui sudut Bahasa Melayu ini.
Walaubagaimanapun, masa yang agak suntuk iaitu selama 4 minggu
membimbangkan kami dari aspek pelaksanaan dan perjalanan projek kami kelak
kerana projek tersebut akan memakan masa yang agak lama jika tidak disusun dan
dirancang dengan teliti.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Daripada semua cadangan projek yang difikirkan dan dikemukan, saya dan
rakan memilih projek yang dapat dilaksanakan dan disiapkan dengan sempurna
dalam tempoh yang diberikan .

TEMPOH PELAKSANAAN
Tempoh pelaksanaan bagi ke semua projek diatas adalah sepanjang tempoh
intership berjalan.







Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :. Tandatangan :

Nama :.. Nama:
....
Tarikh : .. Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai