Anda di halaman 1dari 1

Tugasan Projek Pendekatan Pengajaran Pendidikan Moral ini

merupakan satu cabaran yang menarik bagi saya. Hal ini kerana tugasan ini
memerlukan saya mengkaji sambil berfikir secara kritis. Walaupun tajuk ini
kelihatan mudah, namun saya tidak memandang enteng terhadap isi
kandungan yang perlu saya coretkan di dalam tugasan ini. Jadi saya telah
mencabar diri saya untuk mencari dan mengolah tugasan ini dengan sebaik
mungkin.

Tajuk yang telah dipilih adalah Pendekatan Kepedulian. Saya telah
ditugaskan untuk menghurai dan menyediakan tugasan ini menggunakan
bahan-bahan yang berkaitan yang akan dicantumkan menjadi tugasan yang
sempurna. Saya juga telah menggunakan bahan dari internet serta buku-buku
ilmiah untuk mendapatkan sumber bahan tugasan ini. Dari pencarian ini, saya
dapati agak mudah untuk mendapatkan teks tetapi sukar untuk mendapatkan
bahan yang menepati kehendak soalan. Oleh itu saya telah membuat analisis
dan perbandingan untuk mendapatkan kesahihan sumber tersebut.

Ketika menghasilkan tugasan ini, pelbagai kekangan yang telah saya
lalui bagi menyiapkan tugasan ini mengikut perancangan yang saya tetapkan.
Antaranya, masa untuk mencari bahan yang sesuai dan tugasan lain yang turut
diberikan pada masa sama.
Hal ini membuatkan saya lebih menghargai masa yang saya ada bagi
menyempurnakan setiap tugasan yang telah diberikan. Secara tidak langsung
saya dapat mendisiplinkan diri saya untuk fokus ketika menyiapkan tugasan ini.

Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru
mengenai mata pelajaran Pendekatan Pengajaran Pendidikan Moral. Ia
mejadikan saya seorang yang teliti dan mempunyai sikap menyelidik bagi
mendapatkan hasil yang terbaik. Sikap ingin juga dapat menjimatkan masa
sekiranya diamalkan ketika diluar pembelajaran. Sikap ini akan saya terapkan
kepada pelajar sekolah apabila saya tamat belajar kelak.

Anda mungkin juga menyukai