Anda di halaman 1dari 3

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL

PISMP RBT SEM 6


PENULISAN JURNAL
BILANGAN JURNAL : Pertama
MINGGU PRAKTIKUM : Minggu Pertama
TARIKH PERISTIWA : 13 JULAI hingga 17 JULAI 2014
TAJUK JURNAL : Pelajar Lewat dan Mengambil Masa Yang Lama Untuk Turun
Ke Bengkel
Saya telah melaporkan diri di Sekolah Kebangsaan Padang Pusing Pendang Kedah dengan
rakan-rakan pelatih yang lain pada 13 Julai 2014. Pada hari pertama kami menghadirkan diri
di sekolah kami telah berjumpa dan berbincang dengan pihak pentadbiran sekolah tentang
apa yang perlu kami lakukan sepanjang tempoh kami menjalani praktikum ini.

1. ISU DAN MASALAH
Satu-satunya masalah yang saya hadapi ialah pelajar-pelajar dari kelas 4 Naim turun
ke bengkel dan mengambil masa yang terlalu lama untuk bergerak ke bengkel.


2. ANALISIS
Masalah ini berlaku disebabkan oleh jarak kelas dengan bengkel Kemahiran Hidup
yang agak jauh dan pada pelajar tidak bertindak dengan cepat untuk bergerak ke
bengkel sebaliknya berjalan sambil bergurau senda bersama-sama rakan-rakan
sekelas. Masalah ini juga kemungkinan disebabkan guru yang mengajar sebelum
masa kemahiran hidup mengambil waktu yang terlalu lama untuk mengajar sehingga
memakan masa kemahiran hidup.



MOHD IKHWANI BIN ISMAIL
PISMP RBT SEM 6
3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
a) Bagi menangani masalah ini, antara cadangan yang boleh dijalankan ialah
saya akan menunggu para pelajar berdekatan dengan kelas mereka agar
mereka bergerak dengan pantas untuk ke bengkel.
b) Saya meminta dan berbincang dengan guru yang mengajar sebelumnya
untuk melepaskan murid pada waktu yang tepat untuk memastikan murid
tidak berada dalam keadaan yang terlebih waktu pengajaran.

4. TEMPOH MASA
Saya akan berusaha untuk menangani masalah ini dengan segera disebabkan
masalah seperti ini akan mengganggu langkah-langkah proses pengajaran dan
pembelajaran saya dan kemungkinan segala perancangan yang saya lakukan akan
sukar untuk dijalankan.

5. PENILAIAN KEJAYAAN
Saya akan membuat cacatan masa kehadiran murid ke bengkel untuk setiap kelas di
dalam buku catatan. Setiap kelas yang lewat untuk sampai ke bengkel kemahiran
hidup perlu mengemukakan alasan yang rasional.

6. TINDAKAN SUSULAN
Saya akan memberi teguran kepada para pelajar yang lewat datang ke bengkel.
Sekiranya masalah tidak dapat diselesaikan saya akan bertindak dengan lebih tegas
untuk menangani masalah ini.







MOHD IKHWANI BIN ISMAIL
PISMP RBT SEM 6
7. KESIMPULAN
Masa merupakan satu elemen yang penting di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini disebabkan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang
oleh guru mempunyai langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan
setiap objektif yang ditetapkan tercapai.

Anda mungkin juga menyukai