Anda di halaman 1dari 7

3 Isu-isu dalam Pentaksiran Pendidikan Moral

3.1 Kelebihan Pentaksiran formal dan tidak formal.


1. Pentaksiran yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat
membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang dikenal pasti
pada peringkat awal supaya kelemahan tersebut tidak berulang lagi.
Jawapan.
Saya bersetuju dengan kenyataan di atas bahawa pentaksiran banyak
membantu untuk mengenalpasti murid-murid dalam masalah
pembeljaran mereka. Ia dapat mengesan masalah pembelajaran murid
dengan lebih awal.

2. Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu kemahiran dan
tindakan secara bermoral dapat diperkukuhkan dan diperkayakan.
Jawapan.
Apabila keputusan sesuatu pentaksiran telah dikeluatkan, maka akan
dikenalpasti murid-murid yang menguasai dan tidak menguasai
sesuatu kemahiran itu. Bagi murid yang menguasai, pengayaan
dilakukan. Manakala murid yang tidak menguasai diberikan
pengukuhan kepada mereka.

3. Dapat membantu memotivasikan murid untuk terus belajar dan
mencapai kejayaan.


Jawapan.
Apabila murid mendapat keputusan yang baik atau markah yang tinggi,
ini akan menggembirakan mereka. Ini juga akan memotivasikan
mereka untuk mencapai lebih kejayaan dalam pelajaran mereka.




4. Dapat mendalami dengan lebih dekat akan peribadi murid-murid yang
diajar.
Jawapan.
Daripada pentaksiran yang dibuat, berdasarkan keputusan yang
diterima, guru dapat mengenali keperibadian murid-murid mereka
dengan lebih dekat.

6. Dapat mengesan kemajuan, pencapaian, dan fenomena tingkah laku
murid-murid yang diajar.
Jawapan.
Saya amat bersetuju dengan kenyataan di atas. Berdasarkan
pentaksiran sama ada formal atau tidak formal, guru dapat mengesan
kemajuan, pencapaian dan juga fenomena tingkah laku murid-murid.
Guru dapat mengesan seseorang murid itu mempunyai perubahan
tentang kemajuan dan pemahaman mereka terhadapa pengajaran dan
pembelajaran. Dari segi tingkah laku pula, adakah mereka berubah
dari lemah menjadi baik dan dari baik menjadi lebih baik. Ia juga
menunjukkan kesungguhan seseorang murid itu dalam pembelajaran
mereka.


3.2 Kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal.

1. Membebankan pelajar dan guru.

Jawapan.
Pentaksiran sama ada formal ataupun tidak memang mebebankan
guru dan juga murid-murid. Guru-guru terpaksa menyediakan soalan-
soalan sebelum pentaksiran dilakukan. Murid-murid pula terpaksa
menjawab ujian atau peperikasaan secara berulang-ulang dengan
soalan-soalan yang berbeza.
2. Melahirkan pelajar yang hanya tahu menjawab soalan tetapi tidak
boleh berfikir. Kesannya, pelajar berlumba-lumba ke kelas tuisyen dan
meninggalkan aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan.

Jawapan.
Memang betul apa yang dinyatakan di atas. Ramai pelajar kita yang
pergi tuisyen sebagai penambahan dari pembelajaran mereka di
sekolah. Anak-anak guru sendiripun tuisyen di luar sedangkan ibu
bapa mereka ialah guru. Apatah lagi bagi murid-murid biasa. Ada di
antara mereka yang tidak kenal rakan sebaya mereka walaupun
tinggal dalam satu kawasan perumahan. Ini terutamanya jika mereka
tidak bersekolah di dalam sekolah yang sama.
3. Para pelajar tertekan untuk memperoleh keputusan yang baik
sehinggakan hilang keseronokan belajar.

Jawapan.
Bagi pelajar yang cerdik atau pandai, mereka akan tertekan dengan
keputusan pentaksiran atau ujian mereka. Terutamanya pelajar yang
sering bersaing dengan rakan mereka untuk mencapai keputusan yang
lebih baik di antara mereka. Mereka perlu bersaing dengan rakan
untuk mencapai keputusan yang terbaik daripada rakan-rakan mereka.
Bagi pelajar yang lemah pula mereka akan terus kecewa kerana tidak
dapat menyaingi rakan-rakan mereka yang lain.
4. Pentaksiran secara keseluruhannya tidak mampu mencapai objektif
untuk menimba pengetahuan secara menyeluruh.

Jawapan.
Pentaksiran sememangnya tidak boleh mencapai ojektif untuk
menimba pengetahuan secara menyeluruh. Murid-murid yang berjaya
akan terus berjaya manakala muri-murid yang lemah akan terus
ketinggalan. Bagi kemahiran lisan kebanyakan mereka gagal untuk
menguasainya. Maka lahirlah modal-modal yang tidak petah berhujah,
tidak pandai menyesuaikan diri dalm masyarakat dan sebagainya.
5. Penaksiran bakal melahirkan generasi-generasi pelajar yang hanya
mampu memperoleh maklumat dan mencurahkan maklumat dalam
kertas peperiksaan.

Jawapan.
Ini juga satu kenyataan yang tepat. Mereka hanya pandai di di dalam
teorinya sahaja sedangkan amalinya atau praktikalnya mereka gagal.
Mereka tidak boleh menjadi modal yang serba boleh. Kemampuan
mereka terhad. Mereka tidak boleh menggunakan kepandaian mereka
terutamanya bukan bidang yang mereka ketahui. Meraka hanya tahu
perkara yang tertentu sahaja.

3.3 Masalah perlaksanaan pentaksiran formal dan tidak formal.
Setiap matapelajaran yang diajar di sekolah adalah diuji atau dinilai sama ada dalam
bentuk formal atau tidak formal. Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan
domain afektif iaitu mengenai pembentukan sikap, nilai dan emosi maka penilaian
mengenainya menghadapi masalah.

Masalah 1: Penilaian moral susah dinilai secara afektif

Bagaimana kita hendak menilai sikap dan tabiat selepas satu waktu pengajaran?

Situasi: Cikgu Ahmad mengajar matapelajaran Pendidikan Moral. Tajuk yang
disampaikannya pada hari itu ialah nilai kebersihan. Pelajar-pelajar didapati
menyimpan kuku yang pendek dan bersih pada hari yang kedua.
Bolehkah kita menganggap guru tersebut berjaya kerana pelajar-pelajar telah
memotong dan membersihkan kuku mereka?

Jawapan.
Matapelajaran Pendidikan Moral di sekolah mengajar murid-murid mengenai nilai
murni. Nilai murni ini pula terbahagi pada banyak perkara. Antaranya ialah
kebesihan diri, kebesihan alam sekitar, kebersihan tempat tinggal, menghormati,
bersyukur, prihatin, bertanggungjawab, menghargai, amanah dan banyak lagi.

Nilai-nilai murni dipupuk dan diajar oleh guru di dalam kelas. Semasa di dalam kelas
mereka diberitahu tentang nilai-nilai ini. Mereka juga diajar dan dibentuk untuk
menjadi seorang insane yang mempunyai nilai murni yang tinggi. Mereka diberi
pelbagai situasi untuk lebih memahamkan mereka tentang nilai murni tersebut.
Mereka diberikan situasi yang berkaitan dengan kehidupan mereka seharian. Ia
mengikut situasi ekonomi setempat dimana sesebuah sekolah itu berada. Situasi
yang berbeza dengan kehidupan harian mereka akan menyukarkan mereka untuk
memahami pembelaran pada hari itu. Guru perlu bijak memainkan peranan dalam
hal ini.

Bagi situasi di atas, guru telah berjaya mengajar murid-muridnya tentang kebersihan
diri iaitu kuku. Ini kerana murid-muridnya telah memotong kuku mereka dengan
pendek pada keesokkannya. Murid-murid tersebut telah menerima pengajaran nilai
murni tersebut dengan baik. Ini mungkin juga pengajaran guru tersebut berjaya
menarik minat atau perhatian mereka.

Namun begitu, ia mungkin tidak berpanjangan. Guru ini perlu sentiasa mengingatkan
murid-muridnya tentang kebersihan kuku mereka. Ini adalah kerana muri-murid ini
mudah lupa apa yang di ajar oleh guru mereka. Ibu bapa juga perlu memainkan
peranan mereka tentang penyerapan nilai-nilai murni ini. Tanpa ibu bapa atau
penjaga, penyerapan nilai-nilai murni ini tidak akan berterusan.

Namaun saya ucapkan tahniah kepada guru ini. Sekurang-kurangnya beliau berjaya
mendidik anak muridnya di dalam kelas. Beliau berjalankan tugas yang
diamanahkan. Kepada guru ini saya ucapkan syabas.

4.0 Bagaimanakah seseorang guru itu boleh menjadi model kepada murid-
muridnya.?

Jawapan.
Guru ialah seorang pemimpin terutamanya di sekolah. Walaupun dia juga seorang
pemimpin terhadap keluarganya di rumah. Segala perbuatan guru akan menjadi
perhatian daripada murid-muridnya. Oleh itu jadilah seorang guru yang boleh
dicontohi oleh murid-murid,

Perbuatan guru atau tingkah laku hendaklah sentiasa baik di mata atau pandangan
murid mereka. Terutama sekali jika guru tersebut tinggal berdekatan dengan rumah
murid-muridnya. Segala perbuatan atau tingkah laku guru akan menjadi perhatian
anak muridnya.

Di sekolah, guru hendaklah menunjukkan keperibadian mulia yang tinggi. Segala
perbuatan atau perkataan yang guru luahkan mestilah mempunyai contoh yang baik
terhadap murid-murid. Di dalam kelas, guru jangan sesekali mengeluarkan
perkataan yang berbentuk negatif terhadap murid-muridnya. Gunakanlah cara yang
terbaik untuk mengatasi masalah yang timbul di dalam kelas. Ada di akalang murid
yang aktif dan mungkin menimbulkan kemarahan terhadap gurunya. Guru ini tidak
boleh bertindak secara membabi buta. Ia hendaklah bertindak secara baik dan
toleransi. Jadikan tindakan kita itu menyebabkan murid tersebut berubah menjadi
baik pada masa akan datang. Jangan jadi perumpamaan berikut Guru Kencing
Berdiri, Murid Kencing Belari. Biarlah kita menjadi lilin yang menerangi orang
sedang diri sendiri musnah terbakar.

ANUAR BIN ABDUL AZIZ
PPG KOHOT 1 (BM4)
NO KAD PENGENALAN: 700101-08-8425

Anda mungkin juga menyukai