Anda di halaman 1dari 2

Isu dan cabaran semasa, khasnya dan aspek pengaruh perkembangan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Bincangkan isu tersebut dalam bentuk


forum.

Pandangan guru besar :
Sekolah saya merupakan sekolah kecil yang berada di kawasan luar
bandar. Di sana, adalah susah untuk mendapat internet yang baik
(line ) untuk melayari laman web. Tambahan pula, bukan semua
murid di sekolah mempunyai komputer di rumah. Maka, sekiranya guru
ingin menyuruh murid-murid mencari maklumat melalui internet, guru
tersebut haruslah fikir bahawa adakah semua murid mampu
menyempurnakan tugasan ini. Sekiranya tidak mampu, adakah guru
ingin mendenda murid tersebut.
Tambahan pula, peruntukan yang banyak diperlukan untuk
menyediakan kemudahan-kemudahan seperti pemasangan internet di
sekolah, komputer-komputer, bilik komputer.
Walaupun kerajaan telah membekalkan peruntukkan kewangan untuk
sekolah-sekolah menyediakan kemudahan-kemudahan tersebut, tetapi
lebih banyak wang juga diperlukan untuk menggantikan kemudahan-
kemudahan yang rosak.
Maka, kerajaan haruslah memberi perhatian yang lebih kepada
sekolah-sekolah yang berada di luar bandar supaya dapat menikmati
kemudahan-kemudahan internet seperti sekolah di bandar.

Sekarang, kerajaan sedang menggalakkan sekolah-sekolah
menjalankan program Frog VLE. Program ini adalah sangat bagus
kerana ia membolehkan guru-guru berkongsi maklumat dengan murid-
murid. Murid-murid juga dapat mempersembahkan hasil kerja mereka
di dalam Frog selepas siap. Selepas itu, guru akan menyemak hasil
kerja mereka dan membuat penilaian.Walau bagaimanapun, di sekolah
saya, kurang guru mahir dalam bidang TMK. Oleh itu, kami haruslah
meluangkan masa untuk menghadiri kursus atau kelas komputer untuk
belajar komputer. Pada masa sekarang, beban kerja guru adalah berat.
Guru bukan sahaja mengajar, malahan juga nak siapkan banyak paper
work. Sekarang, guru perlu menghasilkan satu laman web Frog untuk
sekolah. Bukan semua guru rela membuat kerja itu dan bukan semua
guru mahir dalam bidang itu. Maka, saya harap pihak kerajaan dapat
memberikan perhatian kepada isu tersebut. Sekiranya boleh, haraplah
pihak kerajaan dapat menyediakan laman web Frog untuk sekolah-
sekolah. Ini dapat meringankan beban guru-guru. Selain itu, haraplah
pihak kerajaan dapat memperuntukkan lebih wang lagi untuk sekolah
saya mengupah technichian komputer supaya dapat mengatasi
masalah-masalah internet dan komputer di sekolah saya.

Anda mungkin juga menyukai