Anda di halaman 1dari 3

GAYA HIDUP

ARKIB : 13/01/1999
'Hilang semangat' Ramai guru letak jawatan

Dalam satu kajian peringkat kedoktoran (Ph.D) yang dilakukan oleh penyelidik Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsan Malaysia (UKM), Zubaidah Aman, di enam buah sekolah di Selangor mendapati
41.5 perartus guru mengakui mereka tidak mendapat kepuasan bekerja dalam profesion itu.

Sebanyak 23.9 peratus lagi menyatakan mereka bercadang meletak jawatan, dan 52.8 peratus mahu
bersara awal.

Dapatan beliau juga menunjukkan sebanyak 62 atau 38.9 peratus guru mengalami tahap keletihan
yang tinggi.

Dua penyelidik Fakulti Pendidikan UKM, Prof. Madya Dr. Faridah dan Dr. Zubaidah sendiri, ketika
membentangkan kerta kerja Implikasi Burnout Di Kalangan Guru Terhadap Sistem Pendidikan baru-
baru ini, mengakui implikasi burnout di kalangan guru terhadap sistem pendidikan adalah serius.

Berdasarkan kajian awal oleh para sarjana Barat seperti Maslach dan Pines, sindrom burnout
mempunyai tiga dimensi iaitu:

* Keletihan emosi - dijelaskan dengan perasaan kelesuan dan kehabisan tenaga.

* Depersonalisasi - Ia dijelaskan seperti sikap emosional dan melayakkan pelajar (klien) seolah-olah
mereka (para pelajar) sebagai objek yang tidak berguna, serta melabel pelajar dengan istilah-istilah
tertentu atau technical jargon.

* Kekurangan pencapaian peribadi.

Menurut kajian sarjana di Barat, burnout akan hanya dialami oleh pekerja-pekerja yang bermotivasi
tinggi, berdedikasi, kuat bekerja dan komited.

Prosesnya bermula apabila sikap dan tingkah laku golongan profesional berubah kepada negatif
disebabkan oleh ketegangan dan tekanan kerja yang tinggi.

Menurut kedua-dua penyelidik itu, terdapat segolongan guru yang mengucapkan ''selamat tinggal''
kepada profesion perguruan dan menceburkan diri dalam profesion lain yang boleh memberikan
mereka kepuasan bekerja dan jaminan kewangan.

''Merujuk kepada data yang diperoleh oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan,
Kementerian Pendidikan, terdapat peningkatan yang mendadak ke atas peratusan guru yang
meletakkan jawatan selepas tahun 1993.

''Ini berlaku selepas Kementerian Pendidikan mengetatkan syarat-syarat persaraan awal guru.

''Guru yang pada awalnya bercadang untuk memohon bersara awal, tetapi tidak dibenarkan
menukar haluan kepada meletak jawatan pula,'' kata mereka.

Utusan Malaysia pada 27 dan 28 Februari lalu pernah mendedahkan tentang permasalahan kronik
yang sedang melanda segelintir guru di seluruh negara.

Menurut laporan tersebut, terdapat 600 guru yang sedang mengalami 'tekanan perasaan' atau
masalah 'sakit jiwa' yang serius.

Bagaimanapun, jumlah 600 (0.21 peratus) itu adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan guru
yang sedang berkhidmat, iaitu kira-kira 280,000 orang.

Terdapat juga guru yang mengalami masalah psikosis sejenis penyakit mental yang serius pemulihan
- dan neurosis - sejenis penyakit mental yang kurang serius dan disebut juga sebagai kerisauan atau
kebimbangan.

Pengurangan bilangan guru yang bersara awal semakin berkurangan setiap tahun.

Aliran itu adalah selepas Kementerian Pendidikan mengeluarkan arahan menahan guru bersara awal
secara pilihan pada umur 45 tahun bagi wanita, dan 50 tahun bagi lelaki.

Pada pandangan kedua-dua pensyarah itu, menyekat guru untuk bersara awal bukanlah satu
penyelesaian terbaik.

Dengan membekukan permohonan mereka untuk bersara awal akan hanya membuat guru-guru
merasa terperangkap atau 'entrapment' di dalam profesion yang sudah membosankan mereka.



Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_
Hidup&pg=ls_01.htm#ixzz3BrhrsVvI
Utusan Melayu (M) Bhd
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_
Hidup&pg=ls_01.htm

Anda mungkin juga menyukai