Anda di halaman 1dari 2

RUMUSAN

Sepanjang internship ini, saya telah mempelajari banyak benda yang baru dan
berbeza daripada apa yang dipelajari semasa praktikum sebelum ini. Internship ini telah
memberikan satu pengalaman baru kepada saya bagi membantu saya membuat persediaan
sebelum memasuki bidang guru ini dengan secara amnya. Walaupun hanya satu bulan
menjalankan internship ini, tetapi perkara yang dipelajari dan pengalaman yang diperolehi
adalah amat mencukupi dan sangat berguna pada kelak harinya.
Sepanjang internship ini, saya telah mempelajari bagaimana mengorganisasikan
aktiviti dan cara menulis kertas cadangan. Menulis kertas cadangan bukanlah satu kerja
yang senang dan amat memakankan masa serta memerlukan penulisan yang baik. Ini
disebabkan kertas cadangan yang dihasilkan mestilah dapat difahami oleh pihak sekolah
bagi meluluskannya. Dengan ini, saya telah mempelajari cara menulis kertas cadangan
melalui merujukkan contoh-contoh yang didapati. Walaupun kertas cadangan yang
dituliskan bukanlah yang terbaik tetapi adalah melalui usaha saya. Pengalaman dan
pengetahuan menulis kertas cadangan yang diperolehi amat berguna bagi saya sebagai
seorang guru pada kelak harinya. Ini disebabkan, sebagai seorang guru mesti mempunyai
peluang untuk menyediakan kertas cadangan bagi apa-apa aktiviti sahaja, oleh itu,
pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi melalui internship ini sememangnya boleh
diaplikasikan pada masa tersebut.
Manakala semasa mengorganisasikan aktiviti pula, saya telah mempelajari cara
untuk mengaturkan jadual masa, mengawal masa perjalanan aktiviti, mengawal peserta-
peserta yang ramai dan banyak lagi. Mengelola satu aktiviti adalah tidak senang seperti
yang difikirkan. Kami sebagai pengelola mestilah peka menghadapi cabaran yang akan
timbul sepanjang aktiviti dijalankan dan mencari cara penyelesaian masalah dengan segera.
Sebagai contoh, semasa menjalankan program telematch terdapat dua kumpulan yang
kekurangan ahli atas sebab tidak hadir ke sekolah, maka pada masa yang sama kami perlu
mencari orang untuk menggantikan tempat kosong tersebut supaya aktiviti dapat dijalankan
dengan baik seperti yang dicadangkan. Oleh itu, sebagi pengelola perlulah peka dan dapat
mencari cara menyelesaikan masalah yang dihadapi. Melalui aktiviti dalam tempoh
internship ini saya telah memperolehi pengalaman ini dan melalui pengalaman ini pula saya
mempelajari sesuatu yang baru iaitu berfikir secara peka dalam menyelesaikan masalah
semasa menghadapi masalah.
Saya juga telah mempelajari mengelola sesuatu aktiviti dengan mengambil berat
keseluruhan aktiviti tersebut dan menjadi pengacara bagi aktiviti tersebut. Bagi saya ini
adalah kali pertama saya menjadi pengacara bagi sesuatu aktiviti dan adalah satu
pengalaman yang agak baik. Melalui ini, saya telah mempelajari cara mengacara dan
membawa suasana seluruh aktiviti tersebut. Pengacara amat penting bagi satu aktiviti
kerana adanya pengacara yang baik dan bertanggungjawab keseluruhan suasana aktiviti
dapat dipertingkatkan dan akan menjadi meriah. Jika pengacara tersebut tidak baik dan
tidak bertanggungjawab maka suasana aktiviti tersebut mungkin tidak dapat dimeriahkan
dan peserta akan berasa bosan dan tidak bermakna jika terus berada di tempat tersebut
serta ingin tinggalkan tempat tersebut. Oleh itu, pengacara memainkan peranan yang amat
penting. Menjadi pengacara sememangnya adalah pengalaman yang baru bagi saya dan
membolehkan saya mempelajari cara menjadi seorang pengacara yang baik.
Tambahan pula, semasa mengorganisasikan aktiviti dan menulis kertas cadangan,
komunikasi bersama pihak sekolah termasuklah Guru Besar, Penyelia Kokurikulum dan
mentor juga diperlukan. Dengan ini, dapatlah saya mempelajari cara untuk berkomunikasi
bersama pihak sekolah. Berkomunikasi bersama pihak sekolah perlulah lebih berhati-hati
dan maklumat yang penting mestilah disampaikan dengan baik dan dapat diterimakan oleh
pihak sekolah. Oleh itu, saya telah mempelajari cara berkomunikasi dengan berkesan dan
dapat diaplikasikan semasa saya berkomunikasi bersama pihak sekolah pada masa depan.
Bukan itu sahaja, sepanajng internship ini saya juga telah mempelajari menulis rancangan
pengajaran harian mengikut format sekolah seperti guru yang lain. Perasaan lega apabila
dapat menulis rancangan pengajaran harian mengikut format sekolah. Ini disebabkan
selepas beberapa kali praktikum dan perlu menulis rancangan pengajaran harian yang
panjang lebar adalah amat susah dan membebankan, tetapi bagi kali ini semua beban
tersebut telah pun hilang dan kami juga boleh bersedia untuk menulis rancangan
pengajaran harian yang biasa pada kelaknya. Ini juga adalah satu pengalaman dan
pengetahuan yang baharu bagi saya.
Secara kesimpulannya, sepanjang internship ini banyak pengalaman dan
pengetahuan yang baru telah diperolehi dan adalah berbeza dengan tempoh praktikum
yang dijalankan sebelum ini. Internship ini memberikan saya lebih banyak masa untuk
mengenali sekolah dan membolehkan saya berkomunikasi dengan guru dengan lebih
banyak dan mendalam kerana semasa praktikum banyak kertas kerja dan tugasan lain yang
perlu disempurnakan maka masa kebanyakkan digunakan untuk menyelesaikan tugasaan
sendiri jika berbandingan dengan sekarang iaitu internship. Internship ini sememangnya
memberikan saya satu pengalaman yang baru dan saya berasa gembira mempunyai
peluang sebegini serta dapat membantu saya membuat persediaan bagi masa yang akan
datang sebagi seorang guru yang am dan bukan lagi pelatih. Banyak yang dipelajari melalui
internship ini dan saya amat menghargainya serta berasa amat bersyukur.

Anda mungkin juga menyukai