Abstrak Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah VAKT dalam menangani masalah keterbalikkan angka yang dihadapi oleh murid-murid yang mengalami masalah jenis kesukaran Matematik iaitu diskalkulia. Kajian ini telah dijalankan di salah sebuah sekolah di daerah Tumpat, Kelantan. Tinjauan awal mendapati bahawa, murid-murid ini kerap kali menulis bentuk angka 5, 7 dan 9 dalam keadaan terbalik. Peserta kajian ini melibatkan tiga orang murid lelaki Program Pendidikan Khas Integrasi yang mengalami masalah lembam. Kajian ini telah menggunakan reka bentuk Model Laidlaw (1992). Penggumpulan data dilakukan melalui Ujian Pra, Ujian Pos dan juga pemerhatian. Kajian ini melibatkan empat sesi pengajaran yang berbeza. Penggunaan kaedah VAKT ini hanya dijalankan pada sesi pengajaran kedua, ketiga dan keempat. Semasa sesi intervensi dilakukan, pemerhatian telah dibuat dari aspek tahap keberkesanan murid menulis angka dengan menulis dengan betul dan minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Keputusan yang diperolehi hasil daripada Ujian Pra, Ujian Pos dan pemerhatian ini menunjukkan peningkatan selepas intervensi dilakukan. Hasil daripada analisi Ujian Pra dan Ujian Pos didapati bahawa secara puratanya, peratusan pencapaian murid sebelum intervensi adalah 50% dan setelah diberikan intervensi dilaksnakan hasilnya meningkat kepada 66%. Begitu juga dengan keputusan yang diperolehi daripada pemerhatian. Peningkatan ini menunjukkan keputusan positif dalam menangani masalah keterbalikkan angka murid-murid Pendidikan Khas. Saya berharap agar kajian ini akan digunakan secara meluas bagi mengatsi masalah keterbalikkan angka yang dihadapi murid-murid diskalkulia.
Pengenalan Kebiasaannya, masalah kanak-kanak menulis abjad terbalik sering dikaitkan dengan masalah disleksia. Sebaliknya apabila menyentuh berkenaan permasalahan dengan angka ataupun nombor yang dialami oleh kanak-kanak ini disebut sebagai diskalkulia. Menurut Aznan Che Ahmad dan Mohd Zuri Ghani (2011) peserta kajian yang mengalami jenis kesukaran matapelajaran Matematik boleh diklasifikasikan sebagai diskalkulia. Jenis kesukaran Matematik (diskalkulia) ini sebenarnya terdiri daripada gabungan disleksia dan akalkulia. Akalkulia ini merujuk kepada masalah yang dihadapi kanak-kanak yang tidak dapat melakukan operasi yang melibatkan angka dan simbol Matematik. Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan untuk menguji kaedah dan cara yang paling bersesuaian untuk mengatasi masalah ini. Saya memilih untuk menggunakan kaedah pelbagai deria iaitu menggunakan kaedah VAKT, V-visual (penglihatan), A-auditori (pendengaran), K-kinestatik (pergerakkan) dan T-tektil (sentuhan).Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauhmanakah keberkesanan dan kesesuaian intervensi ini yang dijalankan ke atas ketiga-tiga peserta kajian dengan menggunakan kaedah VAKT dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh peserta kajian ini. Disamping itu juga, kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah intervensi yang digunakan dapat menarik minat peserta kajian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Fokus Kajian Melalui kajian ini, saya menfokuskan kepada mengatasi kesilapan dalam keterbalikkan menulis angka pada tahap maksimum daripada berulang kembali pada masa akan datang. Hal ini berikutan 3 orang peserta kajian tahap 2 yang berumur 10 tahun hingga 12 tahun Program Pendidikan Khas Integrasi kerap kali melakukan kekerapan dan kesilapan menulis angka secara terbalik semasa pengajaran dan pembelajaran saya berlangsung serta semakan lembaran kerja dengan menggunakan kaedah multisensory iaitu kaedah VAKT.
Tujuan Kajian Objektif Kajian Objektif khusus I. Membantu peserta kajian menulis bentuk angka 5, 7 dan 9 dengan betul. II. Meningkatkan minat peserta kajian menulis angka 5,7 dan 9 dengan betul
Soalan Kajian Merujuk kepada objektif-objektif kajian di atas, soalan kajian telah dibina seperti berikut: I. Adakah peserta kajian dapat menulis bentuk angka 5, 7 dan 9 dengan betul setelah menggunakan kaedah VAKT? II. Adakah minat peserta kajian dapat ditingkatkan dalam menulis bentuk angka 5,7 dan 9 melalui kaedah VAKT?
Definisi I stilah Kaedah VAKT Kaedah VAKT merupakan singkatan daripada: V- Visual (Penglihatan) Auditory (Pendengaran) K- Kinestatik (Pergerakkan) T- Tektil (Sentuhan)
Menurut Anis Syuhada (2012) kaedah VAKT merupakan kaedah yang menggunakan pelbagai deria ataupun disebut multisensori. Kaedah VAKT menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik) dan tektil (sentuhan). Dalam kaedah ini peserta kajian melihat dan menyebut perkataan sambil menulis angka tersebut berdasarkan ingatannya.
Sorotan Literatur Keterbalikkan Angka Menurut Siti Norfadilah (2012) dalam kajiannya mengenai masalah keterbalikan angka mendapati bahawa dengan penggunaan bahan bantu mengajar, kesemua peserta kajian kelihatan berfokus dan berminat untuk belajar. Rentetan daripada itu, masalah minat dan hilang fokus dapat dikurangi. Selain itu, penggunaan kaedah secara berulangkali dapat meningkatkan kefahaman peserta kajian namun tidak menarik minat peserta kajian untuk melakukannya tetapi ia bergantung kepada guru itu sendiri untuk menjadikan cara tersebut mampu menarik minat peserta kajian peserta kajian. Sumiyati (2009) telah membuat kajian di salah sebuah sekolah berkaitan menulis nombor dan abjad terbalik yang melibatkan seorang peserta kajian di kalangan murid Pemulihan Khas. Kajian ini mendapati peserta kajian menunjukkan ciri-ciri khusus yang dikenalpasti oleh guru melalui pemerhatian dan senarai semak. Melalui kajian ini, Sumiyati telah menggunakan teknik latih tubi melalui kaedah surih untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Kajian yang telah dilaksanakan ini juga teknik latih tubi dapat meningkatkan tahap pengamatan dan juga tahap kefokusan peserta kajian untuk lebih memahami pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah VAKT Masalah keterbalikkan semasa menulis angka merupakan masalah lazim yang berlaku kepada peserta kajian Pendidikan Khas ini. Hal ini sebegini telah dikategorikan sebagai diskalkulia. Menurut Nadhirah(2013), yang menggunakan kaedah VAKT iaitu visual(pendengaran), auditori(pendengaran), kinestatik(pergerakkan) dan tektil (sentuhan) yang menggunakan kesemua pelbagai deria dapat meningkatkan ingatan peserta kajian dalam jangka masa panjang dan juga daya fokus serta tumpuan peserta kajian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, Anis Syuhada (2012) dalam kajiannya yang menggunakan kaedah VAKT terhadap lima orang peserta kajian dalam masalah kekeliruan abjad telah menunjukkan keberhasilan peningkatan perubahan markah yang ketara peserta kajian setelah menggunakan kaedah ini melalui aktiviti yang menggunakan kad huruf tebuk dan plastisin sebagai bahan bantu mengajar multisensori. Perubahan positif kepada kesemua peserta kajiannya telah menunjukkan bahawa penggunaan kaedah pelbagai deria dapat meningkatkan kefahaman murid dan juga dapat menarik minat peserta kajian dalam penglibatan kesemua aktiviti yang lebih berfokus dan mempunyai matlamat yang jelas.
Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan
Reka Betuk Kajian: Model Laidlaw (1992)
Mengenalpasti Isu Dalam mengenalpasti isu kajian ini, saya telah membuat Ujian Diagnostik Matematik. Melalui hasil daripada Ujian Diagnostik dan lembaran kerja peserta kajian yang melibatkan angka 1 hingga 10 yang telah dibuat ke atas peserta kajian didapati beberapa orang peserta kajian telah dikenalpasti mengalami masalah dalam menulis angka 5,7 dan 9. Selain daripada itu, pemerhatian berstruktur turut dijalankan untuk melihat minat peserta kajian terhadap pengajaran dan pembelajaran
Merancang Tindakan Saya telah merancang satu pelan tindakan yang dijalankan sepanajang kajian saya. Bermula daripada ujian pra, kemudian saya menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah VAKT pada minggu pertama. Bagi P&P sesi kedua yang menggunakan kaedah VAKT ini saya membuat aktiviti menulis nombor di atas permukaan pasir. Selesai P&P bagi sesi kedua, saya menjalankan ujian Pos 1 kepada kesemua peserta kajian. Markah bagi ujian tersebut ini direkodkan. Pada sesi ketiga saya telah menjalankan P&P kedua dengan aktiviti membentuk nombor dengan menggunakan doh sebagai bahan bantu mengajar saya yang mengekalkan konsep kaedah VAKT dalam P&P. Selesai daripada P&P tersebut, saya jalankan ujian Pos 2 kepada peserta kajian dan markahnya dikumpulkan serta direkodkan. Pada sesi keempat, saya jalankan pula P&P aktiviti menulis nombor menggunakan warna air mengikut garisan nombor yang putus-putus. Selesai sahaja P&P ujian Pos 3 diberikan. Segala data daripada ujian pra, ujian pos 1 hingga 4, keputusan pemerhatian yang telah saya jalankan sepanjang 4 sesi pengajaran dan pembelajaran saya kumpulkan dan analisissatu persatu. Akhir sekali baharulah saya melakukan refleksi mengenai kajian yang telah saya jalankan.
1.Mengenalpasti Isu 2. Merancang Tindakan 3. Pelaksanaan Tindakan 4. Mengumpul & Menganalisi Data 5.Refleksi
Pelaksanaan Tindakan
Pada peringkat ini, saya telah melaksanakan strategi penyelidikan saya. Rawatan klinikal akan diberikan selepas ujian pra iaitu sebelum ujian pos dijalankan. Berikut merupakan langkah-langkahyang dijalankan semasa rawatan klinikal
P&P Sesi Kedua- (kaedah VAKT berdasarkan aktiviti menulis nombor di atas Permukaan Pasir).
P&P Sesi 3 (Membentuk Nombor Dengan Menggunakan Doh)
Peserta kajian melihat angka yang ditunjukkan oleh pengkaji sambil menyebut angka 5, 7 dan 9 tersebut berulang kali. (melibatkan penglihatan dan pendengaran murid) Peserta kajian diberi nombor 5,7 dan 9 yang diperbuat dengan polistrin untuk disentuh dan dipegang (melibatkan penglihatan, pendengaran dan sentuhan) Menerangkan cara penggunaan bahan bantu mengajar kepada peserta kajian Peserta kajian di minta untuk menulis nombor yang dipegang di atas permukaan pasir Peserta kajian melihat dan menyebut angka yang ditunjukkan oleh pengkaji peserta kajian membulatkan doh menggelek doh sehingga panjang dan sederhana halus membentuk angka dengan doh di atas nombor polistrin P&P Sesi Keempat ( Menulis Nombor Menggunakan Warna Air)
Mengumpul dan Menganalisis Data Dalam kajian ini, setiap objektif yang ditetapkan mempunyai instrumen yang boleh dianalisis bagi melihat samada objektif tersebut tercapai ataupun tidak. Oleh itu, saya telah menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu ujian pra dan ujian pos serta senarai semak pemerhatian. Data-data ini dikumpul bermula pada awal kajian dilaksanakan. Kemudian dapatan diperoleh dan dianalisis dengan lebih terperinci supaya hasil yang diperoleh dapat menentukan keputusan kajian ini.
Refleksi/Kesimpulan Dalam peringkat refleksi ini, saya cuba membuat rumusan tentang apa yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh saya samada berjaya atau tidak. Melalui refleksi juga, saya dapat melihat kekuatan dan kelemahan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. rentetan daripada itu, penambahbaikan dalam perancangan dapat dilakukan. Tambahan pula, kesimpulan daripada kajian tindakan ini dapat dibuat samada mengikut dan menepati objektif kajian yang dirangka ataupun tidak di samping menyatakan luahan perasaan pengkaji sepanjang kajian ini dijalankan.
Peserta kajian melihat angka yang ditunjukkan oleh pengkaji.Peserta kajian menyebut angka yang ditunjukkan Peserta kajian diterangkan penggunaan berus warna dan warna air Peserta kajian diberikan kertas lukisan yang angkanya mempunyai garis putus-putus untuk memudahkan peserta kajian membentuk dan mengingat angka tersebut. Dapatan dan Refleksi Keberkesanan ini dilihat melalui kedua-dua instrumen pengumpulan data iaitu ujian pra, ujian pos, pemerhatian. Keberkesanan penggunaan kaedah VAKT ini jelas dilihat dari segi perubahan markah dalam ujian pra daripada purata keseluruhan markah ujian pos dari minggu 1 sehingga minggu ke-3 rawatan dijalankan. Perubahan yang berlaku adalah peningkatan markah bagi kesemua peserta kajian. Graf di bawah menunjukkan perbandingan antara ujian pra dan purata keseluruhan ujian pos.
Bagi instrumen pemerhatian pula, saya telah menggunakan pemerhatian dalam melihat peningkatan perubahan peserta kajian apabila mereka membentuk angka. Pada minggu pertama, peserta kajian masih memerlukan bimbingan daripada saya, namun pada minggu kedua dan seteusnya, murid mampu membentuk angka dengan betul secara sendiri tanpa bimbingan daripada saya.
Minat
Bagi melihat aspek minat ini saya telah menggunakan senarai semak sebagai instrument pengumpulan data untuk pemerhatian. Hasil keputusan daripada pemerhatian tersebut dicatatkan di dalam senarai semak yang ditetapkan. Terdapat lapan item yang saya perhatikan bagi mengukur minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Item tersebut adalah:
1. Adakah murid memberikan tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. 2. Adakah murid memberi tindak balas terhadap soalan yang diajukan oleh guru 3. Adakah murid terlibat secara aktif semasa menjalankan aktiviti pembelajaran sedang dilaksanakan 40 65 45 55 77 65 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 P1 P2 P3 P e r a t u s
Purata Keseluruhan Ujian Pra dan Ujian Pos ujian pra Markah Purata Ujian Pos 4. Adakah murid mendengar arahan guru dengan baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran 5. Adakah murid berani untuk mencuba melakukan tugasan sendiri 6. Adakah murid berminat untuk mengikut pelajaran seterusnya 7. Adakah murid gembira semasa berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran 8. Adakah Murid berminat untuk melakukan lembaran kerja yang diberikan
Pada sesi kedua hingga sesi keempat P&P yang menggunakan kaedah VAKT telah berlakunya peningkatan yang memberangsangkan. Pada sesi pertama iaitu pengajaran tanpa menggunakan kaedah VAKT hanya mendapat 1.8 sahaja purata keseluruhan. Hal ini disebabkan pengajaran adalah seperti biasa tanapa menggunakan kaedah VAKT. Pada sesi kedua bermulalah peringkat menggunakan kaedah VAKT. Pada sesi ini berlakunya peningkatan purata daripada 1.8 kepada 2.8. Pada sesi ini murid berminat untuk mengikut pengajaran namun tidak mencapai target yang dikehendaki disebabkan penggunaan pasir secara umumnya kurang menarik disebabkan peserta kajian sudah biasa menggunakan pasir untuk melukis pada waktu riadah dan tidak mempunyai pelbagai warna. Pada sesi ketiga berlaku peningkatan daripada 2.8 ke 3.8. Peningkatan ini begitu memberangsangkan apabila saya menggunakan doh pelbagai warna yan menarik sebagai bahan bantu mengajar. Murid amat berminat untuk membentuk abgka yang disuruh. Pada sesi keempat pula peningkatan sekali lagi berlaku dengan baik disebabkan penggunaan warna air. Murid begitu teruja untuk melakukan aktiviti. Murid begitu aktif dan berminat untuk menjalani aktiviti Bil Item soalan Sesi 1 Sesi 2 Sesi 3 Sesi 4 1 Adakah peserta kajian memberikan tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung
2
3
4
4.7 2 Adakah peserta kajian memberi tindak balas terhadap soalan yang diajukan oleh guru
2
2.7
3.7
4.7 3 Adakah peserta kajian terlibat secara aktif semasa menjalankan aktiviti pembelajaran sedang dilaksanakan
1.7
2.7
4
4.7 4 Adakah peserta kajian mendengar arahan guru dengan baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran
2
2.7
3.7
5 5 Adakah peserta kajian berani untuk mencuba melakukan tugasan sendiri
1.7
2.7
3.7
5 6 Adakah peserta kajian berminat untuk mengikut pelajaran seterusnya
2
3
4
4.7 7 Adakah peserta kajian gembira semasa berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran
2
3
4
5 8 Adakah Peserta kajian berminat untuk melakukan lembaran kerja yang diberikan
1
2.3
3.3
4 Purata Keseluruhan 1.8 2.8 3.8 4.7 P&P. Justeru penggunaan aktiviti yang berlainan dan jarang digunakan mampu menarik minat murid dalam mengikuti P&P kerana sifat murid pendidikan khas mempunyai daya ingatan yang singkat dan mudah berasa bosan.
Kesimpulan
Rumusan Dapatan
Rumusan data kajian tindakan yang dapat saya buat adalah penggunaan kaedah VAKT ini membantu peserta kajian dalam menangani masalah keterbalikkan angka yang dihadapi oleh peserta kajian. Bedasarkan analisis ujian pra dan ujian pos, peningkatan markah yang berlaku menunjukkan peserta kajian berupaya menulis angka dengan baik. Selain itu, murid juga menunjukkan minat dan melibatkan diri secara aktif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hal ini disebabkan kaedah VAKT ini telah menarik minat peserta kajian untuk belajar. Hal ini dapat dibuktikan melalui keputusan instrument-instrumen pengumpulan data yang digunakan.
Penambahbaikan Amalan
Pelbagaikan Bahan Bantu Mengajar Kaedah VAKT ini boleh diberi penambahbaikan dengan penggunaan bahan bantu yang pelbagai supaya pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan efektif serta fleksibel digunakan oleh semua murid dengan menggunakan bahan konkrit sebagai bahan bantu mengajar yang dapat memenuhi kewajaran kaedah VAKT ini iaitu gabungan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan dan pergerakkan yang sangat membantu murid-murid ini dalam meningkatkan pencapaian murid-murid. Aktiviti Berkumpulan Melalui kajian yang telah saya jalankan ini, saya tidak menjalankan aktiviti secara berkumpulan tetapi lebih bersifat individu. Saya mencadangkan bahawa kaedah VAKT ini boleh dilakukan secara berkumpulan agar menwujudkan suasana yang lebih menyeronokkan dalam bekerjasama antara satu sama lain dalam penglibatan murid-murid secara menyeluruh.
Cadangan Kajian lanjutan Tempoh Masa Kajian
Cadangan saya yang pertama agar kajian ini boleh dijalankan pada kumpulan peserta yang sama dalam masa yang panjang untuk melihat sama ada tempoh keberkesanan VAKT dalam menangani masalah keterbalikkan angka boleh dikekalkan. Kajian lanjutan juga perlu dijalankan ke atas peserta yang lebih besar dan ditetapkan latar belakang peserta bagi mendapatkan kesahan yang tinggi. Memperluaskan Kajian dalam Subjek Lain
Kajian juga boleh dijalankan untuk subjek-subjek yang lain seperti Bahasa Melayu, Pendidikan Agama dan sebagainya bagi murid-murid yang bermasalah pembelajaran. Kajian ini boleh diperluasakan untuk digunakan oleh semua murid tidak kira apa jua masalah ketidakupayaan untuk mereka hadapi contohnya diperluaskan kepada kanak-kanak yang mengalami cerebral palsi, autism dan ketidakupayaan lain.
Rujukan Anis Syuhada Binti Nazeri (2012). Saya Lihat, Saya Dengar, Saya Sentuh, Saya Buat Dan Saya Dapat. Kajian Tindakan IPG Kmapus Kota Bharu Faraha Latifah Binti Mohd (2006). Kajian Warna: Kecenderungan Pemilihan Warna Oleh Kanak-Kanak. Universiti Malaysia Sarawak Mohd Zuri Ghani,Aznan Che Ahmad(2011). Pengantar Pendidikan Khas Pulau Pinang. MPH Distributor Sdn Bhd. Nadhirah Yaakob (2013). Sebut Betul Tulis Salah. Kajian Tindakan IPG Kampus Kota Bharu Nor Zanina Bt Mohamed Zaki(2011). Meningkatkan Penguasaan Murid Bermasalah Pembelajaran Dalam Aktiviti Penambahan Melalui Kaedah membilang Menggunakan Bahan Maujud. Kajian Tindakan IPG Perempuan Melayu Melaka Siti Norfadhilah (2012). Penggunaan Poket Nombor Dalam Mengatasi Masalah Keterbalikkan Angka. Kajian Tindakan IPG Kampus Kota Bharu Sumiyati Abdul Halim Jikem (2009). Nombor Dan Abjad Terbalik. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL ms.189-198 Dimuat turun pada 27 Mac 2014