Anda di halaman 1dari 6

BAPA KEMERDEKAAN

BIODATA
PENDIDIKAN
Nama : Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj Ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah

Tarikh Lahir : 08 Februari 1903,

Tempat Lahir : Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda)

Nama Ayah : Sultan Abdul Hamid Halim Shah

Nama Bonda : Che' Menjalara (Anak kepada Luang Nara
Borirak, Ketua Mataban, di Thailand)

1909 - Sekolah Melayu di Alor Setar
1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916 - Penang Free School, Penang.
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.
1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.

1903 : Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat,
Alor Setar yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin.
1913 (umur 10) : Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama
Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, iaitu abang sulung
Tunku Abdul Rahman.
Tunku belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok.
1916 (umur 13) : Pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School.
1919 (umur 16) : Belajar di England.
1925 (umur 22) : Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah)
dengan bantuan dan kerjasama dari sahabatnya Taib
Andak.
1927 (umur 24) : Dihantar semula ke England untuk belajar undang-
undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya
tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu.
1930 (umur 27) : Lulus semester pertama, jurusan undang-undang di
Inner Temple.
1931 (umur 28) : Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat
Penasihat Undang-Undang Kedah dengan gaji sebanyak
RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai Penolong
Pegawai Jajahan di Kulim.
1932 (umur 29) : Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan di Kuala Nerang.

PERISTIWA DAN MAKLUMAT
1933 (umur 30) : Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan Cina-Siam,
anak tauke lombong Cina di Alor Setar. Akhir 1933,
Mariam melahirkan anak perempuan dan dinamakan
Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian
anak lelaki bernama Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku
Abdul Rahman.
1934 : Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala
Nerang, Kedah. Tunku berkahwin dengan kekasih lamanya
Violet Coulson di Geylang Serai, Singapura.
1935 (umur 32) : Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British,
Clayton. Selain itu , perkahwinan Tunku dengan Violet
kurang direstui.
1937 (umur 34) : Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani. Beliau
juga bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani dan
Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.
1938 (umur 37) : Pergi ke England buat kali ke-3 untuk menyambung pelajaran
dalam bidang undang-undang. Antara temannya ialah
Saadon Zubir. Tunku berbaik semula dengan isterinya yang
telah diceraikan , Violet Coulson.
1939 (umur 36) : Kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan meletus di
Eropah.Berkahwin dengan Syarifah Rodziah binti Syed
Barakbah . Syarifah Rodziah Syed Syeikh Barakbah ialah
adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah.
Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.
1940 (umur 37) : Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan
Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
1941 (umur 38) : Jepun menyerang Kota Bharu , Kelantan pada 8 Disember.
1947 (umur 44) : Berangkat semula ke England untuk menyambung
pengajian
* 1948 (umur 45):Dipanggil ke bar di Inner Temple.




1949 (umur 46) : Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya, beliau dihantar ke
pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star.
Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur.
Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya
dan kemudiannya, dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.
1946 : Menyertai UMNO.
1951 (umur 48) : Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu Datuk Onn
Jaafar meletakkan jawatan. Menganjurkan Pertandingan
Membaca Al-Quran peringkat negeri yang pertama di Kedah.
1954 (umur 51) : Mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang
bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi
kunjungan itu tidak berhasil.
1955 (umur 52) : Pilihan raya persekutuan umum yang pertama diadakan, dan
Parti Perikatan(Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52
kerusi yang dipertandingkan.
Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik
sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama.
Satu lagi rombongan ke London diadakan.
1956 (umur 53) : England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada
Tanah Melayu. Sebaik pulang dari England, Tunku
mengisytiharkan berita gembira ini buat kali pertamanya
pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka.
1957 (umur 54) : Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31
Ogos. Memperkenalkan kejohanan Pestabola Merdeka, yang
merupakan pertandingan bolasepak antarabangsa.
1958 (umur 55) : Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football
Confederation.
(AFC) (1958 1976).


1960 (umur 57) : Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah
pertubuhan untuk membantu golongan mualaf dalam
menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim.
1961 (umur 58) : Memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA)
yang menggabungkan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina.
Menjadi tuan rumah Pertandingan Membaca Al-Quran
Peringkat Antarabangsa yang pertama.
1963 (umur 60) : Membentuk Malaysia pada 16 September, apabila Tanah
Melayu bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Borneo
Utara (sekarang Sabah).
1967 (umur 64) : ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan
yang lebih besar, iaitu Association of Southeast Asian
Nations.
1969 (umur 66) : Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
dan dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama.
1971 (umur 68) : Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden
Umno dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak
Hussein.
1982 (umur 79) : Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan
Pasifik (RISEAP) (1982 1988).
1990 (umur 87) : Mangkat pada 6 Disember, dan disemadikan di Makam Diraja
Langgar di Alor Star.

Anda mungkin juga menyukai