Anda di halaman 1dari 2

2.

0 FAKTOR-FAKTOR TRANSFORMASI DARI KBSR KE KSSR


Faktor kepelbagaian murid merupakan pencetus kepada pengubahsuaian kurikulum dilaksanakan
secara berpusat yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara faktor faktor
yang menyumbang ke arah transformasi pendidikan ini adalah :

2.1 Komunikasi
Komunikasi merupakan suatu medium pengantara yang digunakan dalam perbualan seharian di
sekolah sama ada di dalam kelas mahupun luar kelas. Perbezaan kumpulan umur dan tahap
kefahaman murid-murid menyebabkan timbulnya pelbagai variasi bahasa pertuturan di sekolah.
Hal ini memerlukan para guru untuk lebih memahami kepelbagaian cara berinteraksi dan dapat
mengaplikasikan pengetahuan yang sesuai dengan murid-murid mengikut tahap umur mereka
supaya aktiviti pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan bersifat kondunsif.
Selain itu, murid-murid juga dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dengan seronok dan tidak bosan
kerana mereka berlaku satu proses komunikasi yang berkesan antara guru dan murid.
Komunikasi terbuka dapat mendorong perkembangan dan kemajuan organisasi
pembelajaran. Komunikasi terbuka membolehkan maklumat diperoleh dengan mudah tanpa
banyak halangan birokrasi. Maklumat yang diperoleh dari luar organisasi dapat digunakan untuk
membantu perkembangan kreativiti dan inovasi serta meningkatkan produktiviti dan kreativiti di
kalangan pelajar.
Maklumat yang diperoleh bukan sahaja mengalir daripada atas ke bawah tetapi juga dari
bawah ke atas. Ia juga dapat menggalakkan pencarian fakta dan maklumat terkini berhubung
perkembangan organisasi. Maklumat yang pantas dan terkini boleh mempengaruhi keputusan
yang dibuat bagi menangani berbagai perkembangan organisasi pembelajaran.

2.2 Kerohanian, Sikap Dan Nilai
Faktor ini melibatkan perasaan dalaman atau naluri seseorang pelajar itu sendiri seperti
penghayatan dalam melaksanakan amalan-amalan agama, kepercayaan kepada Tuhan dan dapat
memupuk akhlak yang baik serta nilai-nilai murni di dalam diri setiap individu. Penghayatan ini
akan haruslah diaplikasikan menerusi Modul Asas Teras melalui mata pelajaran Pendidikan Islam
bagi murid yang beragama Islam dan Pendidikan Moral bagi murid yang bukan beragama Islam
kerana ianya akan menyedarkan murid-murid tentang kepentingan dan kelebihan mempercayai
dan mensyukuri kepada Tuhan, berakhlak dengan akhlak yang mulia dan mengamalkan nilai-nilai
murni seperti nilai-nilai Islam serta nilai murni bagi masyarakat berbilang kaum supaya mereka
dapat menjadi individu yang bertanggungjawab, saling hormat menghormati dan berjaya mencapai
kebahagiaan diri, keluarga dan masyarakat.
Selain daripada itu, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai
moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum telah
menitikberatkan aspek kepemimpinan murid-murid melalui ko kurikulum. Kurikulum yang sama
digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk menguatkan hubungan sosial
antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kurikulum yang seragam dan adil dapat membentuk
masyarakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum.

Anda mungkin juga menyukai