Anda di halaman 1dari 1

Jangan pukul anak dari lutut keatas.

Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk


memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali
menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi
bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.
Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara
saintifknya ada kaitan dengan refeksologi dan
merangsang ke bahagian otak.
Sabda Rasulullah s.a.w.
Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka,
bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika
suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan
rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar,
kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran).
Mulakanlah hidup anak anda dengan nama
panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang
baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa
rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).
Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian
menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan
mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak
yang jarang dipeluk).
Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih
sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak
anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan
persekitaran).
Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat
kebaikan. (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah
ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk
setiap kebaikan yang dilakukannya).
Janganlah mengharapkan anak anda yang
belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan
baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak
yang sedang berkembang. Perkembangan mereka
buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara
termasuklah berbuat silap.
Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja
dan keluarga, pilihlah keluarga. (Seorang
penulis menyatakan anak-anak terus
membesar. Masa itu terus berlalu dan tak
akan kembali).
Di dalam membesarkan
dan mendidik anak-anak,
janganlah tuan/puan mengeluh.
Keluhan akan membuatkan anak-anak
merasakan diri mereka beban.
CARA MENJAGA ANAK DENGAN BETUL
Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan
dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.
Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan
mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap).
Tenangkan anak anda setiap kali mereka
memerlukannya.
Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara
untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak
menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi
yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan
membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2
yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan
belajar menghargai orang lain).
Kemungkinan anak kita menerima pengajaran
bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin
memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada
sekali.
Luangkanlah masa bersama anak anda diluar
rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda
berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa
kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan
anda suami isteri.
Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi
ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
Hargailah permainan kesayangan anak
anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan
menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan
mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran
mereka sebelum berbuat demikian.
Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur
tanpa ciuman selamat malam.
Terimalah yang kadangkala anda bukanlah
ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan
stress menjadi ibu bapa.
Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke
rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat
selalunya lebih penting daripada keluarga.
Anak menangis untuk melegakan keresahan
mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound efect
sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh
tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis
apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda
mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
http://www.lamankongsi.com

Anda mungkin juga menyukai