Anda di halaman 1dari 2

Pada suatu hari ketika sepasang suami isteri sedang duduk makan di ruang makan, datanglah

seorang pengemis berpakaian compang-camping meminta belas kasihan mereka.



Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam saya tidak menjamah sesuap nasi. Dengan muka bengis, si suami
sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.
Dalam hatinya berkata Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri
dan keluargaku. Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada
niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan
isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik
itu berkahwin pula dengan lelaki lain.
Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis
mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya
menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.
Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri
mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.
Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan
ditengking dulu!.
Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya diatas. Ada masa
ketikanya kita akan turun kebawah dan naik semula atau sebaliknya.













Pada suatu pagi Mat Jenin memanjat sepuluh batang pokok kepala. Dia sudah memetik lebih daripada lima
puluh biji kelapa.

Semasa memanjat pokok yang kesebelas, Mat Jenin sudah mula berangan-angan dengan upah memetik
kelapa itu nanti akan dibelikannya dua puluh biji telur ayam kampung. Setelah memetik lima biji kelapa kering
daripada pokok kelapa itu, Mat Jenin tiba-tiba terasa letih dan dia ingin berehat di atas pokok.

Mat Jenin bertenggek di atas pelepah nyiur yang separuh kering. Dia pun memejamkan kedua-dua belah
matanya dan dia menyambung semula angan-angannya. Telur-telur ayam yang dibeli itu akan dieramkan dan
setelah membiak, ayam-ayam itu akan dijual. Kemudian wangnya akan dibelikan beberapa ekor kambing dan
setelah membiak cukup besar, kambing itu juga akan dijual. Wangnya akan dibelikan juga beberapa ekor
lembu.

Mat Jenin tersenyum gembira kerana lembu-lembunya sudah membiak dan gemuk-gemuk belaka. Jika dijual
tentu wangnya dapat dibelikan beberapa ekor kuda dan kuda itu berguna untuk dijadikan tunggangan
menghalau lembu-lembu di kawasan padang rumput.

Pada suatu hari semasa Mat Jenin bersiar-siar menunggang kuda putihnya, dia ternampak puteri raja.
Memang sudah lama Mat Jenin berangan-angan hendak berjumpa dengan tuan puteri. Mat Jenin sungguh
gembira kerana dia dapat membawa tuan puteri menunggang kuda bersam. Tuan Puteri gembira dan
meminta Mat Jenin memacu kuda lebih pantas.

Mat Jenin terasa badannya terhenjut-henjut dan barulah dia merasa bagaimana sebenarnya orang
menunggang kuda. Mat Jenin tidak sedar yang dia sedang terhenjut-henjut di atas pelepah nyiur. Akibat
terlalu pantas, kuda Mat Jenin telah tersalah lompat lalu ia terperosok ke dalam perigi buta.

Pada masa itulah Mat Jenin membuka matanya dan dia mat terkejut kerana dirinya sedang melayang-layang
di udara. Mat Jenin tidak segera buntu fikiran dan dia cuba mengimbangi badan dan duduk diam di atas
pelepah nyiur yang melayang itu. Akhirnya Mat Jenin berjaya mendarat dengan kedua-dua belah kakinya
tercegat.

Jiran-jirannya terlopong menyaksikan peristiwa itu dan Mat Jenin hanya tersenyum serta bersyukur kepada
Tuhan kerana telah selamat.

Usaha tetap jaya, tetapi angan-angan membawa celaka, kata jirannya setelah mendengar cerita Mat Jenin.

Anda mungkin juga menyukai