Anda di halaman 1dari 2

Sebenarnya semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan

anggota masyarakat di sesuatu tempat. Kerjasama ini boleh dipupuk melalui


penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di
kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong,
majlis sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti dapat
mempertemukan semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan.
Mereka akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa
membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini menunjukkan
bahawa semangat kejiranan yang dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam
kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan
ampuh.
Intihanya, semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan
menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan Negara kita unik pada
pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia.
Membuat keputusan untuk menjadi sukarelawan bukanlahsesuatu yang mudah.
Hal ini disebabkan apabila menjadi salah seorang ahli sukarelawan, kita akan
meninggalkan keluarga yang tersayang dalam tempoh yang agak lama untuk
memberikan bantuan kepada Negara-negara jiran. Bantuan rawatan, membina
rumah mangsa yang telah musnah semula dan mententeramkan emosi mangsa
adalah antara tugas sukarelawan. Pada masa ini, sukarelawan bergerak dalam
kumpulan ataupun persatuan. Para sukarelawan ini kebanyakannya dianggotai
oleh golongan doctor iaitu golongan bijak pandai untuk merawat mangsa yang
mengalami kecederaan sekali gus menyelamatkan nyawa mangsa. Kini, Mercy
Malaysia yang dipimpin oleh Dato Dr. Jamilah semakin mendapat tempat dalam
hati masyarakat setempat kerana perkhidmatan cemerlang mereka. Ketika
mengadakan operasi menyelamat mangsa dalam tragedy gempa bumi di
Pakistan, Mercy Malaysia telah menerima pujian hasil kepakaran dan disiplin
yang tinggi para pengamal perubatan dari Malaysia. Konklusinya, kemurniaan
hati para sukarelawan ini amat bernilai dan bererti kepada mangsa untuk mereka
terus menjalani kehidupan seperti manusia lain. Para sukarelawan yang berilmu
pengetahuan, berakal, rajin dan berkemahiran ini dapat dikatakan sebagai
empat bersimpul satu dalam usaha tulus suci ini.
Peranan masyarakat yang signifikan ialah setiap individu masyarakat haruslah
mempunyai didikan agama yang mantap dan utuh. Membentuk sebuah
masyarakat adalah sama seperti membina sebuah bangunan. Sekiranya dalam
pembinaan bangunan, asasnya disiapkan terlebih dahulu, maka begitu jugalah
dengan pembentukan masyarakat yang mesti dimulakan dengan pembinaan
asasnya iaitu didikan agama. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap agama
mengajar umatnya supaya berkasih saying sama ada kasih saying kepada
Pencipta, kasih saying sesame manusia dan kasih sayang kepada makhluk yang
lain di muka bumi ini. Tanpa didikan agama, sudah pasti kehidupan manusia
akan keberantakan lantaran nipisnya keimanan yang dimiliki senipis kulit
bawang. Sekiranya kita mempunyai keimanan yang tebal sudah pasti kita tidak
akan melakukan kezaliman dan penganiayaan kepada insan lain seperti kes
penganiayaan bayi, kes pembunuhan, pergola, penindasan dan sebagainya.

Bukan sahaja itu, kemusnahan alam sekitar juga dapat dielakkan. Sejajar dengan
itu, masyarakat yang penyayang dapat mengurangkan kadar jenayah dan setiap
anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang harmoni. Lebih-lebih lagi
pembangunan yang kestari dan mapan dapat dipraktikan disebabkan sifat
penyayang telah mulai membenih dalam jiwa masyarakat kita. Maka jelaslah di
sini bahawa didikan agama yang mantap mampu melahirkan masyarakat yang
penyayang demi kebaikan bersama.
Ciri yang paling utama sudah pastinya sahabat yang sentiasa membantu kita
ketika susah dan senang. Peribahasa ada mengatakan rakan ketawa senang
dicari tetapi rakan tangis sukar ditemui. Oleh itu, dalam memilih sahabat ciri ini
perlu ada supaya mereka sentiasa membantu kita tanpa mengira waktu dan
ketika. Jelaslah, rakan atau sahabat yang sebegini mampu mengisi kekosongan
dan sentiasa ada saat diperlukan.
Seterusnya, sahabat yang baik juga pastinya bersedia untuk berkongsi ataupun
sekurang-kurangnya mendengar masalah kita pada bila-bila masa yang
diperlukan. Sahabat yang baik mampu berfungsi sebagai pembimbing di saat
kita menghadapi masalah. Namun demikian, nasihat dan bimbingan yang
diberikan mestilah mampu membawa kita ke arah kebaikan. Tidak dapat
dinafikan lagi, kita perlu bersedia mendengar masalah rakan jika ingin menjadi
sahabat yang baik.
IZharnya, ada berbagai-bagai cirri yang perlu diperhalusi dalam menilai erti
persahabatan. Oleh sebab itu, kita wajar dan harus berhati-hati untuk
menjadikan seseorang itu sebagai kawan, teman ataupun jua sahabat kita.

Anda mungkin juga menyukai