Anda di halaman 1dari 15

1

ISI KANDUNGAN
PENGAKUAN i
PENGHARGAAN ii
KANDUNGAN iii
1.0 PENGENALAN 1
2.0 PEMBELAJARAN BAHASA BERBANTUKAN KOMPUTER 2 - 4
3.0 PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 4 12
4.0 PENUTUP 13
BIBLIOGRAFI













2



1.0 PENGENALAN
Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) bukanlah perkara baru di
dalam dunia pendidikan. PBBK ini telah mula diperkenalkan pada tahun 1960-an lagi.
PBBK ini banyak memberikan kelebihan dan dapat membantu guru dalam
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bukan itu sahaja,
Kementerian Pendidikan sendiri telah mewujudkan Sekolah Bestari bagi memastikan
pelajar di sekolah dapat dididik dengan menggunakan komputer. Ini dapat mewujudkan
pelajar yang celik
Teknologi Maklumat (IT) yang mampu menguasai teknologi maklumat untuk
bersaing dalam dunia yang global ini. Teknologi komputer kini telah menjadi salah satu
subjek dalam sesi pengajaran dan pembelajaran diperingkat sekolah. Perubahan ini
dianggap baik dan membanggakan kerana sudah tentu perubahan ini akan menjadikan
Malaysia tidak ketinggalan di dalam mengejar kemajuan sama ada dari sektor pekerjaan
dan juga pendidikan. Ini bukan sahaja dapat membantu dari segi ekonomi dan politik
malahan memperkembangkan penguasaannya dari segi pendidikan negara.
2.0 PEMBELAJARAN BAHASA BERBANTUKAN KOMPUTER
Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap kehidupan. Aspek
teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah
menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan
teknologi. Budaya persekolahan perlulah di ubah daripada sesuatu yang berdasarkan
memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan
menggunakan teknologi terkini (KPM,1997).
Tajul Ariffin Nordin ( 1995) menekankan bahawa apabila kita memasuki abad ke-
21, mutu pelajaran dan rakyat yang dikehendaki ialah mereka dapat menghasilkan
pemikiran, penemuan dan ciptaan yang terbaru dan tulen untuk di sumbangkan kepada
dunia. Oleh sebab itu, para pendidik perlu di beri latihan dan kemahiran lajutan seperti
kemahiran penggunaan komputer untuk memastikan guru tidak jatuh ketinggalan dalam
mengejar kemajuan IT yang seiring dengan perkembangan semasa.
3

Mengikut Billing & Moursund (1988) dalam bidang pendidikan, komputer
digunakan untuk tiga tujuan utama iaitu penyelidikan, pengajaran dan pentadbiran.
Mungkin boleh dikatakan bahawa antara ketiga-tiga kategori ini, komputer adalah
merupakan salah satu alat pengajaran yang semakin diberi tumpuan yang lebih besar.
Menurut Mohd Nasaruddin (1993), apabila komputer memainkan peranan sebagai alat
pengajaran, ia dimaksudkan sebagai belajar melalui komputer.
PBBK di akui mempunyai keistimewaan seperti potensi untuk mempertingkatkan
pencapaian akademik, memberi pendedahan kepada teknologi komputer dan
menggalakkan penyesuaian dengan perkembangan baru ( Zoraini Wati Abas, 1987).
Jika dilihat dari sudut kasar, PBBK adalah merupakan suatu kaedah pengajaran yang
melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku menerusi interaksi di antara
pelajar dan juga komputer. Komputer juga bukan mengajar pelajar tetapi merupakan
satu medium yang digunakan oleh guru nuntuk menyampaikan satu susunan isi
pengajaran beserta dengan strategi pengajaran yang telah dirancang rapi dalam satu
aturcara komputer ( Khalid Abdullah, 1986).
PBBK secara tidak formal merupakan satu alternatif kepada pendedahan literasi
komputer di peringkat sekolah. Antaranya penerapan PBK di dalam matapelajaran yang
lain selain daripada matapelajaran komputer seperti matapelajaran Bahasa Melayu yang
mana pelajar boleh mengaplikasikannya di dalam latih tubi ataupun latihan tatabahasa.
Denagn cara ini, guru tidak terlalu terikat dengan peraturan dari segi kurikulum,
peralatan dan guru sendiri boleh menggunakan kekreatifan masing-masing untuk
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan pelajar.
Kehadiran penggunaan komputer di dalam sistem pendidikan di setiap peringkat
mendorong pelajar untuk untuk meneruskan aktiviti pembelajaran dengan lebih
berkesan. Walaubagaimanapun, ramai guru-guru tidak kira diperingkat rendah ataupun
peringkat menengah masih lagi kurang mahir dan berpengetahuan dalam merancang
dan melaksanakan sesuatu projek PBBK di setiap sekolah dengan jayanya.
Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran berbagai elemen dan aspek
yang perlu difikirkan oleh pendidik dan mereka yang terlibat dengan pengajaran. Harus
diingat bahawa elemen yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bukan
sahaja wujud di dalam kelas malahan terdapat juga di luar bilik darjah. Memandangkan
4

elemen yang perlu difikirkan terlalu banyak dan meluas, pendidik perlu memikirkan satu
reka yang terbaik untuk membina dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dan bersesuaian.
Reka bentuk pengajaran merupakan mekanisma yang digunakan oleh
perancang bagi membina dan merancang dalam segala aspek pengajaran dan
pembelajaran. Tanggapan yang menyatakan reka bentuk pengajaran hanya perlu
difikirkan oleh pentadbiran pendidikan sahaja adalah tidak tepat. Menurut Hunter (1987),
kandungan dan corak pembelajaran mestilah dengan kualiti pengajaran dan
pembelajaran yang baik. Seorang pendidik akan merancang pengajaran dan
pembelajaran sebelum memasuki bilik darjah. Justeru itu, setiap pendidik seharusnya
dapat menguasai reka bentuk pengajaran bagi menjamin kualiti pembelajaran dan
pengajaran yang baik dan berkualiti.
3.0 PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Perisian pengajaran ditakrifkan sebagai kerangka kerja yang dapat membantu
pengaturcara atau pembangunan perisian dalam melaksanakan pembentukan perisian.
Perisian ini adalah sebagai alat Pengajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK).
Secara umumnya, model yang digunakan dalam membangunkan perisian berasal
adalah daripada kejuruteraan perisian. Komponen penting yang terdapat dalam perisian
pengajaran dan pembelajaran ialah merancang, mereka bentuk, menilai. Dewasa ini,
terdapat berbagai model diperkenalkan, walaubagaimanapun secara umumnya proses
yangn dicadangkan hampir sama. Di antara model reka bentuk pengajaran bersistem
yang terkenal ialah:
i. Model ADDIE
ii. Model ASSURE
iii. Model Hanaffin and Peck
iv. Model Air Terjun
v. Model Teori Behaviouris
vi. Model Konstuktivisme
Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai proses sains bagi
membina spesifikasi pengajaran dengan terperinci bagi menilai, mengembangkan dan
menyenggara sesuatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran tanpa mengira
unit. Reka bentuk pengajaran seharusnya mencakupi keseluruhan proses pengajaran
5

iaitu mereka bentuk,membina dan seterusnya menguruskan pembelajaran. Seels dan
Glasgow (1990) menyatakan reka bentuk pengajaran boleh dilihat daripada dua
perspektif iaitu displin ilmu dan proses. Sebagai displin ilmu, reka bentuk pengajaran
adalah berkaitan dengan proses pengajaran, penyelidikan dan teori tertentu.
Proses reka bentuk pengajaran adalah pembangunan spesifikasi pengajaran
berdasarkan teori pengajaran dan pembelajaran. Glasgow (1990) menyatakan dalam
mereka bentuk pengajaran, perspektif utama yang perlu dilihat ialah gaya pelajar bukan
lagi perspektif isi kandungan atau pun daripada pendekatan tradisonal. Menurut Mohd
Arif (2004), pendekatan reka bentuk akan memberi penekanan kepada pelbagai faktor
yang mepengaruhi hasil pembelajaran. Faktor yang perlu dipertimbangkan ialah:
i. Menentukan pencapaian objektif
ii. Tahap kesediaan pelajar untuk membolehkan objektif tercapai
iii. Strategi pengajaran yang dapat menenuhi kehendak objektif dan pelajar
iv. Media dan bahan yang sesuai dengan peringkat umur pelajar
v. Sokongan yang diperlukan untuk membentuk pembelajaran yang sesuai
dengan kehendak pengajaran.
Pengajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) telah dikenal pasti sebagai
bahan yang dapat membantu guru dan pelajar di dalam kelas untuk meningkatkan
pengetahuan dan pengalaman mereka dalam mata pelajaran yang diikuti. Biling (1988)
mendefinisikan PBBK sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan
pengajaran dengan melibatkan pelajar secara aktif. Pendek kata, matlamat PBBK ialah
untuk mengajar. Mengajar bermakna menyampaikan pengajaran dengan menggunakan
program komputer. Menurut Gagne dan Briggs (Wang dan Sleeman 1994),
kemasyhuran komputer menjadi popular sebagai media pembelajaran kerana komputer
memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pengajaran pembelajaran yang lain
sebelum zaman komputer.
Di Malaysia, dalam Rancangan Malaysia ke-6 dan ke-7, semua sekolah-sekolah
menengah dan rendah akan dilengkapkan dengan makmal-makmal komputer melalui
projek komputer dalam pendidikan. Pihak Kementerian Pendidikan juga sedang
berusaha menyediakan bahan PBBK yang melibatkan empat mata pelajaran utama iaitu
Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris yang akan digunakan oleh
pelajar dan dibangunkan oleh konsortium yang telah dipertanggungjawabkan. Selaras
6

dengan penerapan penggunaan komputer dalam dunia pendidikan, perisian yang
berteraskan teknologi multimedia perlu diberi penekanan.
Perisian yang berteraskan teknologi multimedia banyak digunakan pada masa
kini dalam pelbagai bidang terutamanya bidang pendidikan. Perisian ini biasanya
mempunyai ciri-ciri tertentu seperti adanya enam sifat multimedia yang utama iaitu teks,
animasi, grafik, audio, video dan bersifat interaktif. Menurut Richey (1986), multimedia
membolehkan pembangun perisian mencipta visual sendiri dan membenarkannya
digunakan oleh pengguna lain. Perisian multimedia ini mampu untuk membentuk
bagaimana seseorang pengguna itu berfikir, belajar serta boleh mencorak pemikiran dan
tingkah laku mereka.
Perisian Pengajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) dalam Pengajaran
Bahasa Melayu akan dibina dengan menggunakan perisian multimedia video.
Pengggunaan video dalam pengajaran Bahasa Melayu dapat membantu murid lebih
memahami dan mendalami sesuatu topik yang diajar oleh guru. Guru-guru perlu sedar
bahawa setiap murid tidak mempunyai kemudahan asas seperti televisyen, radio dan
sumber-sumber media massa yang lain. Oleh itu murid ini mungkin ketinggalan dan
tidak tahu isu-isu terkini yang berlaku di sekelilingnya. Dengan menggunakan perisian
multimedia video, murid ini terdedah dengan isu-isu diluar pengetahuan mereka.
Dalam mereka bentuk pembangunan perisian pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu ini, Model Hannafin dan Peck adalah model yang sesuai untuk
digunakan. Reka bentuk pembelajaran dalm model ini terdiri daripada tiga fasa iaitu fasa
analisis keperluan, fasa reka bentuk, dan fasa pengembangan dan implementasi
(Hannafin & Peck, 1988). Dalam model ini, penilaian dan pengulangan perlu dijalankan
dalam setiap fasa. Model ini lebih berorientasi produk, melalui tiga fasa.





Rajah 3.0 Model Hanaffin dan Peck
7

Perancangan
Fasa pertama ialah fasa perancangan dimana analisis perlu dilakukan dengan
mengidentifikasi keperluan dalam mengembangkan sesuatu media pembelajaran
termasuklah tujuan dan objektif media pembelajaran yang dibuat, pengetahuan dan
kemahiran yang diperlukan oleh kelompok sasaran, peralatan dan keperluan media
pembelajaran. Guru perlu melihat topik yang diajar bersesuaian atau tidak dengan
perisian multimedia video yang dibuat.
Guru perlu lebih jelas dalam merangka objektif agar perisian tersebut tidak lari
daripada objektif yang ingin dicapai oleh guru semasa merangka perancangan
pengajaran dan pembelajaran. Video tersebut juga hendaklah bersesuaian dengan
tahap umur murid. Haruslah dielakkan video-video yang terlalu ganas, merbahaya
kerana dikhuatiri murid akan meniru aksi yang akan ditayangkan. Selain itu juga,
maklumat juga seharusnya sesuai dengan tahap kognitif murid kerana jika maklumat
yang terdapat dalam video itu terlalu sukar difahami maka objektif pengajaran pada hari
itu tidak akan tercapai. Oleh sebab itu model Hanaffin dan Peck ini sangat sesuai
digunakan kerana dalam setiap fasa, penilaian akan dibuat untuk mengetahui tahap
keberkesanan reka bentuk perisian tersebut.
Pelaksanaan
Fasa kedua, adalah fasa reka bentuk, informasi dari fasa analisis dipindahkan
ke dalam bentuk dokumen yang akan menjadi tujuan pembuatan media pembelajaran.
Fasa reka bentuk bertujuan untuk mengidentifikasikan dan mendokumenkan kaedah
yang paling baik untuk mencapai tujuan pembuatan media tersebut. Salah satu
dokumen yang dihasilkan dalam fasa ini adalah dokumen story board yang mengikut
urutan pembelajaran berdasarkan keperluan pelajaran dan objektif media pembelajaran
seperti yang diperoleh dalam fasa analisis keperluan.




8



Lakaran Rekabentuk Skrin Maklumat Skrin
9


Skrip / Naration / Catatan :
Kronologi Kes Penyalahgunaan Dadah
Elemen Audio / Video :
Muzik latar
No. Skrin :
2
Grafik / Imej / Animasi :
Video kes kematian akibat
dadah
Transisi Auto / Manual :
Auto

Skrip / Naration / Catatan :
Definisi Dadah
Elemen Audio / Video :
Muzik latar
No. Skrin :
3
Grafik / Imej / Animasi :
Gambar dadah
Transisi Auto / Manual :
Auto

Skrip / Naration / Catatan :
Jenis-jenis dadah
Elemen Audio / Video :
Muzik Latar
No. Skrin :
4
Grafik / Imej / Animasi :
Gambar dadah : popi,
candu mentah, morfin,
heroin
Transisi Auto / Manual :
Auto
Lakaran Rekabentuk Skrin Maklumat Skrin
10


Skrip / Naration / Catatan :
Agensi Anti Dadah yang Terlibat
Elemen Audio / Video :
Muzik latar
No. Skrin :
5
Grafik / Imej / Animasi :
Gambar: AADK, Polis,
Pemadam
Animasi : Dissolve
lightening
Transisi Auto / Manual :
Auto

Skrip / Naration / Catatan :
Statistik Penyalahgunaan Dadah
Elemen Audio / Video :
Muzik latar
No. Skrin :
6
Grafik / Imej / Animasi :
Graf Statistik mengikut
negeri, jantina dan kaum
Transisi Auto / Manual :
Auto

Skrip / Naration / Catatan :
Sindiket Pneyalahgunaan Dadah
Elemen Audio / Video :
Muzik Latar
No. Skrin :
7
Grafik / Imej / Animasi :
Peta negeri pengedaran
dadah, cara menyeludup
dadah, keldai dadah
Transisi Auto / Manual :
Auto
Lakaran Rekabentuk Skrin Maklumat Skrin
11


Skrip / Naration / Catatan :
Keratan Akhbar Penglibatan Masyarakat
dengan Dadah
Elemen Audio / Video :
Muzik latar
No. Skrin :
8
Grafik / Imej / Animasi :
Gambar keratan akhbar
Animasi :Random Bars
Transisi Auto / Manual :
Auto

Skrip / Naration / Catatan :
Kesan Penyalahgunaan Dadah
Elemen Audio / Video :
Muzik latar
No. Skrin :
9
Grafik / Imej / Animasi :
Gambar:Kes rempit,
Pembuangan bayi, HIV,
Maksiat, Pelacuran
Animasi : Burn
Transisi Auto / Manual :
Auto

Skrip / Naration / Catatan :
Kempen Anti Dadah
Elemen Audio / Video :
Muzik Latar
No. Skrin :
10
Grafik / Imej / Animasi :
Gambar kempen anti
dadah
Animasi: Checkerboard
Transisi Auto / Manual :
Auto
Lakaran Rekabentuk Skrin Maklumat Skrin
12


Skrip / Naration / Catatan :
Dokumentari Dadah
Elemen Audio / Video :
Video tentang sindiket
dadah, cara penjualan
dadah
No. Skrin :
11
Grafik / Imej / Animasi :
Video
Transisi Auto / Manual :
Auto

Skrip / Naration / Catatan :
Temubual
Elemen Audio / Video :
Muzik latar, video temubual
No. Skrin :
12
Grafik / Imej / Animasi :
Video, audio
Transisi Auto / Manual :
Auto

Skrip / Naration / Catatan :
Sketsa Penyalahgunaan Dadah
Elemen Audio / Video :
Muzik Latar, Skrip
penceritaan
No. Skrin :
13
Grafik / Imej / Animasi :
Prop, video
Transisi Auto / Manual :
Auto
Lakaran Rekabentuk Skrin Maklumat Skrin
13

Penilaian
Fasa ketiga adalah fasa pengembangan dan implementasi, terdiri dari
penghasilan diagram alur, pengujian, serta penilaian formatif dan penilaian sumatif.
Dokumen story board akan dijadikan landasan bagi pembuatan diagram alir yang dapat
membantu proses pembuatan media pembelajaran. Untuk menilai kelancaran media
yang dihasilkan seperti kesinambungan link, penilaian dan pengujian dilaksanakan pada
fasa ini. Model Hannafin dan Peck (1988) menekankan proses penilaian dan
pengulangan harus mengikut sertakan proses-proses pengujian dan penilaian media
pembelajaran yang melibatkan ketiga fasa secara berkesinambungan.







4.0 PENUTUP

Skrip / Naration / Catatan :
Hukuman
Elemen Audio / Video :
Muzik latar, video sebatan
No. Skrin :
14
Grafik / Imej / Animasi :
Video
Transisi Auto / Manual :
Auto
14

Kesimpulannya, dua fasa yang pertama, iaitu fasa analisis dan fasa reka bentuk
merupakan kunci kepada pembangunan sebenar perisian kursus. Fasa pertama
berfungsi untuk menganalisis keperluan perisian kursus yang merangkumi keperluan
asas, keperluan kandungan kursus, dan keperluan perkakasan dan perisian. Fasa
kedua pula proses mereka bentuk perisian kursus melibatkan struktur keseluruhan
perisian tersebut, rupa bentuk paparan dari sudut konsep dan ilustrasi, papan cerita
yang spesifik menggabungkan kandungan kursus dan elemen multimedia.
Fasa ketiga kelak, iaitu fasa pembangunan sudah pasti memerlukan
pemahaman, komitmen dan kreativiti pembangun multimedia yang mencerminkan
keupayaan teknologi semasa mendokong proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam
penyediaan perisian PBBK ini, perhatian telah diberi kepada pembinaan suatu perisian
pengajaran bahasa berbantukan komputer (PBBK) yang telah berupaya
menyatupadukan unsur multimedia dengan kuasa komputer untuk menyampaikan
maklumat dengan lebih berkesan. Pelbagai unsur multimedia telah diaplikasikan untuk
menjadikan persembahan perisian ini lebih menarik dan berkesan. Maka, diharapkan
perisian PBBK yang dibangunkan ini akan dapat memanfaatkan pelajar dan juga
menjadi bahan rujukan tambahan kepada guru dalam menyampaikan mata pelajaran
Bahasa Melayu. Di harapkan juga dengan pengaplikasian dan penggunaan perisian
pendidikan ini, proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah akan dapat
berjalan dengan lebih lancar.







BIBLIOGRAFI
15

Biling, Moursund. 1988. Computer-Based Instruction, Method and Development. New
Jersey: Prentice Hall.
Tajul Ariffin Nordin. 1995. Teknologi Sistem Pengajaran. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Mohd Nasaruddin. 1993. Pendidikan Dalam Internet. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd.
Mohd Arif . 2004. Pengenalan Kepada Komputer. Kuala Lumpur: Federal Publications
Zoraini Wati Abas. 1987. Pembelajaran Berbantukan Komputer. Petaling Jaya: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Khalid Abdullah. 1986. Pengenalan Kepada Multimedia. Kuala Lumpur: Venton
Publishing.
Hunter S.M. 1987. Instructional Media and The New Technologies of Instruction (4th
Ed). New York: Macmillan.
Richiey D.H. 1996. Computer In The Classroom: Mindtools For Critical Thinking. New
Jessey: Prentice Hall.
Seels & Glasgow J.D. 1990. Instructional Technology For Teaching and Learning.
London: Prentice Hall International.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1997. Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah: Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Supyan Hussin. 2000. Pembangunan Perisian Pemelajaran Bahasa Berbantukan
Komputer dlm. Dewan Bahasa 44:3, hal. 358-367.
Som Hj. Nor dan Mohd. Dahalam Mohd. Ramli. 1998. Kemahiran Berfikir Secara Kritis
dan Kreatif (KBKK). Selangor: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai