Anda di halaman 1dari 5

SQ3R

MUHAMAD HIZAMI
NOR SANI
SARMI UNDANG
MORINI GIPIS

DEFINISI
S - Survey (Kaji) - Mengumpul maklumat yang diperlukan
supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan
apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.

Q - Question (Soal) - Menyoal diri sendiri untuk membantu
minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.

R - Read (Baca) - Baca untuk mengisi maklumat ke dalam
struktur pengetahuan yang telah anda bina melalui langkah S
dan Q.

R - Recite (Lafazkan semula) - Melatih minda anda supaya fokus
dan belajar sambil membaca.

R - Review (Ulang) - Menyusun maklumat yang anda telah
perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingatinya.
KONSEP
Teknik ini digunakan pada tahap pelajar
berpencapian baik dan mahir membaca.
Tujuan menggunakan teknik ini untuk menguji
pemahaman pelajar berdasarkan bahan atau teks
yang dibaca untuk menyelesaikan tugasan.
SQ3R bacaan secara kritis yang dipelopori Robinson
(1941).
LANGKAH PENGAJARAN
Tajuk : Pencemaran Sungai
Aktiviti :
Guru memberikan petikan teks kepada murid-murid tentang
pencemaran sungai.
Murid perlu Survey (kaji) tentang tajuk, arahan dan
ringkasan, gambar, huruf besar yang dihitamkan, seterusnya
teka apa yang akan dibaca selepas ini untuk mencari isi-isi
penting dalam petikan tersebut.
Murid perlu menyoal (question) diri mereka untuk
membantu minda fokus apa yang telah dibaca tentang
petikan tersebut supaya mereka dapat menjawab soalan
yang yang telah dikemukakan.
Contohnya ialah apakah yang menyebabkan pencemaran
sungai berlaku?
Murid perlu membaca (read/baca) petikan teks tentang
pencemaran sungai sambil menyediakan soalan di sebelah
untuk mempertingkatkan ingatan murid tentang petikan yang
dibaca.

Seterusnya, setelah murid habis membaca sesuatu bab
dalam petikan, murid perlu berhenti seketika untuk mengingat
semula apa yang telah dibaca (recite/kaji semula) . Ingat
semula soalan-soalan yang telah ditulis tadi dan menjawab
dalam minda. Jika tidak dapat jawab, murid perlu membuka
semula muka surat yang telah dibaca dan cari semula
jawapan tersebut dengan pantas.

Akhir sekali, murid perlu menyusun maklumat yang telah
diperoleh di dalam minda dan mula proses untuk mengingati
semula. (review/ulang) Bagi mengukuhkan ingatan tentang
apa yang dibaca, murid perlu menulis nota di atas kertas
tentang isi-isi penting dengan menggunakan ayat sendiri.

Anda mungkin juga menyukai