Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5

Mata Pelajaran : Pendidikan Moral


Kelas : 5 Damai dan 5 Makmur
Masa : 8.40 pagi 9.40 pagi (60 minit)
Tarikh : 6 Mac 2014
Hari : Khamis
Bilangan murid : 7 orang ( / perempuan, / lelaki)
Bidang pembelajaran : 4 Nilai berkaitan dengan perkembangan diri
Nilai : 1.4 Kerajinan

Hasil pembelajaran :
Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat:
1. Murid dapat menyatakan pengorbanan yang perlu dilakukan untuk mencantikan sekolah.

Pengetahuan Sedia Ada :
1. Murid dapat menyatakan pengorbanan yang perlu dilakukan untuk mencapai sesuatu kejayaan.
2. Murid dapat menyatakan ciri-ciri kerajinan.

Bahan bantu belajar : Pantun cintai sekolah, set gambar, kad manila, kertas warna, kad corak, gunting, gam,
double sided tape, pen marker, lembaran kerja.

Penerapan nilai : Kerjasama, mendengar arahan, saling membantu, saling menghormati dan yakin pada
diri, berdaya saing, rasionalisme.

KBKK : Mengenal pasti, memberi pendapat, menjana idea, menyelesaikan masalah, menghubung
kait dan menganalisis.

Kecerdasan pelbagai : Kinestetik, linguistik, audio, visual, intrapersonal dan interpersonal.

Strategi : Berpusatkan murid serta berpusatkan bahan.
.
PERINGKAT KANDUNGAN LANGKAH/ AKTIVITI CATATAN/ NOTA

Set induksi
(5 minit)

Pantun cintai sekolah

1. Murid diedarkan dengan pantun
cintai sekolah.
2. Tiga orang murid diminta untuk
membacakan pantun yang telah
diberikan oleh guru.
3. Setelah itu, guru bertanya kepada
murid mengenai perasaan mereka
terhadap sekolah.
4. Guru bertanya kepada murid:
Adakah kamu semua sayang
kepada sekolah?
Bagaimana caranya kamu
menunjukkan kasih sayang kamu
kepada sekolah?
Baiklah, cikgu nak tanya, siapa
tahu aktiviti apa yang akan
dijalankan di sekolah pada hari
Sabtu ini?
5. Guru kemudiannya mengaitkan
jawapan yang diberikan oleh murid
dengan tajuk yang akan diajar.



Sumber :
Pantun cintai sekolah

KBKK :
Menganalisis
Mengenal pasti
Memberi pendapat
Mentafsir maklumat

Kecerdasan Pelbagai :
Linguistik

Nilai :
Yakin pada diri

Langkah 1
(20 minit)
Find me! 1. Guru telah menyorokkan gambar-
gambar yang terlibat semasa aktiviti
gotong royong dan aktiviti
mencantikkan sekolah di sekitar
kawasan kelas.
2. Murid diminta untuk mencari 7
gambar yang telah disembunyikan
oleh guru.
3. Setelah itu, murid diminta untuk
membuat perkaitan antara gambar-
gambar yang telah dijumpai dengan
aktiviti mencantikkan dan
menceriakan kawasan sekolah atau
kelas.
4. Murid dibimbing untuk memikirkan
pengorbanan yang boleh dilakukan
oleh guru, pihak sekolah dan murid
untuk menjayakan aktiviti
menceriakan kawasan sekolah.
5. Murid kemudiannya dibahagikan
kepada 2 kumpulan.
6. Di dalam kumpulan, murid diminta
untuk menulis pengorbanan yang
boleh dilakukan berdasarkan aktiviti
yang telah diberikan oleh guru.
7. Murid diminta untuk menggunakan
kebijaksanaan dan kreativiti mereka
untuk mengutarakan idea mereka.
8. Murid diminta berbincang di dalam
kumpulan dan diberi masa 5 minit
untuk melakukan perbincangan dan
5 minit lagi untuk membentangkan
hasil perbincangan mereka.
Sumber :
Set gambar
Kad manila
Pen marker

KBKK :
menjana idea
menghubung kait

Kecerdasan Pelbagai :
Linguistik
Visual
Audio
Interpersonal
Kinestatik

Nilai :
Mendengar arahan
Bekerjasama



Langkah 2
(15 minit)

Mari menghias kelas

1. Setelah tamat perbincangan, guru
mengeluarkan beberapa keping
kertas bercorak yang telah dicetak.
2. Murid diberi peluang untuk
menggunakan kreativiti mereka
untuk menghias pintu kelas.
3. Guru hanya memantau murid
menghias pintu kelas Moral.
4. Murid dibekalkan dengan kertas
warna, gunting, gam dan
sebagainya.

Bahan bantu belajar:
Kertas warna
Kad corak
Gunting
Gam
Double sided tape

KBKK :
Menganalisis
Mengenal pasti
Memberi pendapat
Mentafsir maklumat

Kecerdasan Pelbagai :
Linguistik
Visual
Audio
Interpersonal
Kinestatik

Nilai :
Berdaya saing.

Penilaian
(15 minit)

Take it or leave it

1. Murid diedarkan dengan lembaran
kerja.
2. Secara berpasangan, murid diberi
masa selama 10 minit untuk

Sumber :
Lembaran kerja

KBKK :
Menganalisis
menyiapkan lembaran kerja
tersebut.
3. Murid diminta untuk mewarnakan
pengorbanan
4. Setelah itu, beberapa orang murid
diminta untuk menyebut jawapan
yang telah dicatatkan oleh mereka.
Mengenal pasti
Memberi pendapat
Mentafsir maklumat

Kecerdasan Pelbagai :
Linguistik
Visual
Audio
Interpersonal
Kinestatik

Nilai :
Kerjasama
Mendengar arahan
Saling membantu
Saling menghormati


Penutup
(5 minit)

Membuat kesimpulan
dan mengimbas kembali
pengajaran pada hari
tersebut.

1. Guru membimbing murid untuk
membuat kesimpulan dan
mengingat kembali mengenai
pelajaran hari ini.
Menyatakan pengorbanan yang
perlu dilakukan untuk
menjayakan aktiviti di sekolah.
2. Guru memilih beberapa orang murid
secara rawak untuk merumuskan
mengenai apa yang telah dipelajari.

KBKK:
Membuat
kesimpulan.

Nilai:
Rasionalisme

Anda mungkin juga menyukai