Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN 2: PENULISAN ESEI REFLEKTIF

BERDASARKAN PENGALAMAN ANDA, TULIS SATU ESEI BERTAJUK


BAGAIMANAKAH KAEDAH KOPERATIF DAPAT MEMBANTU MENINGKATKAN
KEFAHAMAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK?
Dewasa ini, tugas seorang guru dalam menyampaikan dan melaksanakan sesi
pengajarannya tidak lagi mudah kerana guru itu sentiasa berdepan dengan pelbagai
cabaran yang datangnya daripada persekitaran guru itu sendiri serta daripada murid-murid
yang menerima pembelajaran tersebut. Cabaran-cabaran serta halangan-halangan yang
dihadapi oleh guru kini semakin hangat diperkatakan serta sering menjadi liputan di kaca
televisyen serta di dada-dada akhbar yang mana impak daripada isu ini sedikit sebanyak
telah menconteng arang di dalam profesion perguruan yang mulia ini. Bertepatan dengan
dengan masalah serta isu yang timbul ini, banyak persoalan yang timbul dari pelbagai pihak
termasuk dari kalangan guru itu sendiri. Adakah masalah serta isu yang timbul ini berpunca
daripada murid ataupun ia berpunca daripada guru itu sendiri? Bahkan, adakah persekitaran
atau masyarakat yang harus dipersalahkan? Pelbagai soalan yang bermain di minda
masyarakat serta di minda guru-guru yang mana tidak tahu kepada siapakah masalah ini
harus ditundingkan? Adakah hanya guru yang bersalah seratus peratus dalam masalah ini
atau sebaliknya?
Lantaran itu, daripada kesemua mata pelajaran yang diajarkan di sekolah tidak
kiralah sekolah rendah mahupun sekolah menengah, dapat dilihat bahawa subjek matematik
antara subjek yang paling tidak digemari oleh murid-murid dan para pelajar. Hal ini kerana,
mereka beranggapan matematik adalah salah satu subjek yang membosankan serta agak
sukar untuk dikuasai. Hakikatnya, matematik bukanlah satu subjek yang sukar dan
membosankan tetapi ia bergantung kepada bagaimana subjek itu dipelajari dan diajar
kerana pengajaran matematik perlulah dilaksanakan dengan pelbagai aktiviti dan cara yang
menyeronokkan. Secara tidak langsung, murid dan pelajar akan rasa terhibur dan berminat
untuk mempelajari matematik. Oleh itu, sebagai guru matematik kita hendaklah mencuba
dan menerokai cara-cara serta melaksanakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menarik minat dan perhatian
murid untuk belajar dan menguasai mata pelajaran matematik ini.
Ekoran daripada masalah dan isu yang timbul ini, banyak usaha-usaha telah diambil
untuk menangani masalah ini. Antaranya ialah dapat kita lihat akan perkembangan serta
peningkatan dan juga penambahbaikan dari segi teknik dan kaedah pengajaran Matematik
yang telah dilaksanakan yang mana ianya berkembang dari semasa ke semasa.
Sehubungan dengan itu, pelbagai teknik dan kaedah dalam pengajaran matematik yang
diperkenalkan, antaranya ialah induktif dan deduktif, penemuan dan penyiasatan,
perbinangan dan penyoalan, kerja amali, ekspositori, laboratori, demonstrasi, pembelajaran
koperatif dan kolaboratif. Walaupun terdapat pelbagai teknik dan kaedah, namun
kebanyakkan guru sekolah rendah mahupun guru sekolah menengah di Malaysia masih
mengajar dengan menggunakan kaedah dan teknik yang biasa seperti memberi penerangan
konsep tanpa menggunakan kaedah dan teknik yang betul. Oleh sebab itu, guru matematik
perlulah mengubah amalan pengajaran kepada pendekatan yang menggunakan teknik dan
kaedah yang betul supaya murid dapat mempelajari matematik dengan betul, menarik dan
tidak membosankan.
Berdasarkan pengalaman saya semasa melaksanakan sesi pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan salah satu teknik dan kaedah pengajaran yang
terdapat dalam Kurikulum Matematik Sekolah Rendah, saya telah memilih satu yang kaedah
yang saya anggap bersesuaian iaitu kaedah pembelajaran secara koperatif. Saya memilih
kaedah pembelajaran secara kooperatif ini kerana ia amat bersesuaian situasi murid-murid
di dalam kelas tersebut. Hal ini kerana, mereka adalah murid yang aktif maka mereka akan
lebih mudah menumpukan perhatian sekiranya guru mengajar dengan mempelbagaikan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di sini, pembelajaran koperatif merujuk kepada suatu
strategi pengajaran di mana murid-murid saling membantu di antara satu sama lain di dalam
kumpulan yang kecil (Effandi Zakaria, 1998). Malah, pembelajaran koperatif ini dapat dilihat
berlaku apabila murid bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk
menyelesaikan maslah dan memeastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran
dengan meminta bantuan daripada guru.
Lazimnya, kumpulan dalam pembelajaran koperatif ini terdiri daripada empat
sehingga enam orang ahli dan ahli-ahli dalam kumpulan tersebut biasanya kekal untuk
tempoh tertentu misalnya dalam beberapa minggu (Sharan dan Sharan, 1992). Oleh itu,
semua kaedah pembelajaran koperatif memerlukan murid untuk bertanggungjawab ke atas
pembelajaran rakan-rakan sepasukan mereka selain daripada pembelajaran mereka sendiri.
Malahan itu selain daripada idea berkerjasama, kaedah pembelajaran pasukan murid
memberi penekanan kepada penggunaan matlamat pasukan dan kejayaan pasukan serta
ianya boleh dicapai apabila semua ahli dalam pasukan memberi komitmen yang diperlukan
(Slavin, 1990). Terdapat empat eleman yang ditekankan dalam pembelajaran koperatif iaitu
saling pergantungan secara positif, akauntabiliti individu, interaksi kupulan dan juga
kemahiran sosial yang mana dapat kita lihat dan nilai serta memupuk muird semasa
melaksanakan pembelajaran secara koperatif ini.

Sehubungan dengan itu, untuk melihat dan membuktikan sejauhmana keberkesanan
pembelajaran koperatif ini, saya sendiri telah menjalankan serta melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran matematik untuk murid-murid Tahun 1 yang mana dengan
menggunakankaedah koperatif ini sebagai satu cara atau usaha untuk meningkatkan
kefahaman serta minat murid-murid tersebut dalam pembelajaran matematik. Saya telah
memilih topik matematik Tambah dan Tolak iaitu di bawah subtopik Pasangan Nombor
untuk melaksanakan aktiviti semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pada awal
pengajaran, saya terlebih dahulu meminta murid untuk menyebut dan mengira nombor 1-
100 secara kuat dan bersama-sama. Hal ini kerana, ia akan membuatkan murid lebih mudah
ingat akan urutan nombor dengan lebih lancar. Malah, murid tersebut juga merupakan murid
Tahun 1 maka mereka perlu diberi lebih penekanan dalam mengingat nombor kerana
mereka berada dalam peringkat awal pengenalan kepada nombor-nombor yang urutan yang
dari kecil ke besar. Sebenarnya, secara tidak langsung murid telah menyebut banyak
nombor yang berpasangan missal nombor 10 ke atas.
Setelah itu, saya memperkenalkan murid kepada tajuk yang dipelajari iaitu pasangan
nombor. Saya menuliskan pasangan nombor di papan putih serta menunjukkan kad nombor
bagi memudahkan murid melihat nombor-nombor tersebut. Untuk menguji kefahaman murid
dalam pelajaran pasangan nombor, saya bersoal jawab dengan murid misalnya bertanyakan
kepada murid nombor 12 adalah hasil daripada pasangan nombor apa dan murid berjaya
menjawab soalan tersebut dengan menyatakan nombor 12 adalah hasil daripada pasangan
nombor 10 dan nombor 2. Murid-murid juga kelihatan berbincang sesama sendiri untuk
menjawab soalan tersebut. Lantas, saya menbentukkan serta membahagikan murid kepada
tiga buah kumpulan serta memberikan mereka satu situasi atau tugasan yang perlu
diselesaikan. Situasi atau tugasan yang diberikan merupakan satu penyelesaian masalah
yang memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan tersebut dan juga memerlukan murid-
murid untuk saling memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan mereka yang kurang memahami
situasi tersebut. Malahan itu, setiap kumpulan juga diperlukan untuk melantik seorang ketua
yang boleh membimbing serta dapat menguruskan sesi perbincangan kumpulan mereka
supaya mereka dapat menyelesaikan masalah dengan cepat dan tepat serta dapat
menyelesaikan tugasan dengan lancar dan teratur.
Untuk situasi atau tugasan tersebut setiap kumpulan dibekalkan dengan tiga helai
kertas A4, 10 biji buah mangga mainan dan 10 biji buah ceri mainan yang mana buah-
buahan mainan tersebut berlainan warna dan secara tidak langsung dapat memudahkan
murid untuk membezakan bilangannya nanti. Tiga helai kertas A4 tersebut digunakan untuk
menulis pasangan nombor serta nombor-nombor yang membentuk pasangan nombor
tersebut. Setelah mengagihkan peralatan aktiviti kepada setiap kumpulan murid, saya
menyatakan pasangan nombor yang perlu diselesaikan oleh setiap murid dengan murid
nombor tersebut di atas kertas A4 tersebut berserta nombor-nombor yang membentuk
pasangan nombor tersebut. Selepas itu, setiap kumpulan murid dikehendaki untuk mengira
nombor yang membentuk pasangan nombor tersebut dengan menggunakan buah-buahan
mainan yang diberikan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah
koperatif ini di ulang dengan pasangan nombor yang berbeza-beza.
Semasa menjalankan serta melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran ini,
saya melihat sendiri bagaimana murid-murid tersebut saling membantu di antara satu sama
lain serta bekerjasama dalam menyelesaikan masalah yang diberikan. Malah, saya juga
mendapati ada beberapa orang murid daripada setiap kumpulan tersebut kurang memahami
bagaimana pasangan nombor terbentuk maka di situlah berlakunya peranan rakan
sekumpulan yang lain untuk membantu rakan mereka itu. Secara langsungnya, di sini saya
dapat melihat kerjasama yang diberikan oleh murid-murid tersebut tidak kiralah semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran dan semasa mereka melaksanakan aktiviti dalam kumpulan.
Mereka sangat mudah untuk berbincang dan saling membantu serta bekerjasama dalam
melaksanakan aktiviti kumpulan serta ketua yang dilantik juga memainkan perana dengan
baik sekali.
Banyak yang dapat kita pupuk kepada murid dengan menggunakan pendekatan
pembelajaran koperatif ini yang mana menurut Ahmad Md sharif (1994), pengajaran dan
pembelajaran yang dikatakan menarik ialah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar
dan berkesan iaitu di mana pengajaran tersebut berpusatkan murid. Secara tidak langsung,
ia memberi peluang serta dapat meningkatkan murid dalam kemahiran berinteraksi,
berkomunikasi, mengalami dan menghayati proses pembelajaran yang lebih berkesan.
Namun begitu, sesuatu pendekatan itu mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri
yang mana ia adalah kerana sesuatu pendekatan atau kaedah itu mungkin kurang sesuai
dan berkesan bagi sesuatau objektif pelajaran dan suasana pembelajaran. Oleh itu, jika
pendekatan atau kaedah ini dilaksanakan dengan serius maka ia akan membawa manfaat
kepada murid (Ahmad, 1994).
Walau bagaimanapun, banyak kebaikan yang boleh kita dapati serta murid akan
dapat semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
pembelajaran koperatif ini dan antaranya ialah murid akan dapat serta punyai motivasi yang
lebih tinggi untuk berjaya kerana seseorang itu bukan sahaja mencapai kejayaan untuk diri
sendiri bahkan untuk rakan-rakan sekumpulan juga. Maka keadaan ini akan menyebabkan
lebih masa ditumpukan pada sesuatu tugasan dan akan meningkatkan pembelajaran. Selain
itu, ini juga merupakan peluang kepada murid yang dengan strategi pembelajarannya yang
lemah untuk melihat model murid lain yang mempunyai strategi yang lebih berkesan serta
secara tidak langsung, ia dapat menjadi suasana sosial pembelajaran kerjasama
membuatkan sekolah itu satu tempat yang menyeronokkan.
Sehubungan dengan itu, murid juga berpeluang untuk meningkatkan perhubungan
interpersonal ke arah yang lebih baik disebabkan oleh kemahiran bekerjasama dan
keperluan untuk saling membantu antara satu sama lain. Hal ini juga kerana, berinteraksi
dengan orang lain akan dapat menggalakkan seseorang menyusun semula pemikiran
mereka, misalnya meringkas, menjelas dan memberi contoh serta penyusunan semula
kognitif ini akan menambah pemikiran peringkat tinggi. Lantaran itu, murid juga mempelajari
untuk mendengar pendapat orang lain terutamanya dalam kumpulan heterogenous yang
mana boleh memberi kesedaran bahawa ada pendapat yang berlainan daripada pendapat
sendiri.
Kesimpulannya, dapatlah diperkatakan bahawa kaedah dan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang menggunakan pembelajaran koperatif banyak menyumbang kepada
pembangunan kendiri murid dan dapat meningkat prestasi murid serta melatih murid untuk
berfikir secara tinggi. Malah ia juga dapat melatih diri murid untuk menggunakan daya
kreativiti dan inovasi ke arah yang lebih baik. Di samping itu, pembelajaran koperatif
mengganggap kejayaan insan bukan tertakluk kepada kecemerlangan akademik semata-
mata. Perkembangan kecerdasan intelektual(IQ), sosial dan afektif (EQ) merupakan teras
bagi pembelajaran koperatif melalui amalan interaksi kumpulan yang berkesan.
Pembelajaran koperatif menyediakan gelanggang bagi pelajar mengalami dan membina
realiti hidup dalam era sains dan teknologi yang pesat berkembang. Di samping membentuk
independent thinkers, pembelajaran koperatif juga berusaha ke arah membentuk
kemahiran berinteraksi, hormat-menghormati dan berkomunikasi secara positif dalam
masyarakat.

(1 510 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai