Anda di halaman 1dari 27

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-
tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.











Tanda tangan,
_______________
(NOR HAIZAH BT MOHIDEEN)

9 SEPTEMBER 2014



PENGHARGAAN

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya,
tugasan MTE 3093E ini telah dapat disempurnakan sepenuhnya.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan
penghargaan tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing En. Narmal Singh yang
telah banyak mengorbankan masa dan tenaga untuk membimbing dan memberi
tunjuk ajar serta nasihat sepanjang saya menyempurnakan tugasan ini.
Sesungguhnya, beliau merupakan seorang pensyarah yang tidak mengenal penat
lelah dalam memberi ilmu dan tunjuk ajarnya kepada saya dan seluruh anak
didiknya. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar beliau, adalah agak sukar bagi saya
menghasilkan tugasan ini dengan jayanya. Semoga segala sumbangan dan
pengorbanan ini diberkati oleh Allah S.W.T.
Sekalung penghargaan juga ditujukan buat rakan-rakan kumpulan sains 2
dan rakan-rakan seperjuangan serta anak didik saya di sekolah yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dengan memberikan kerjasama yang baik sepanjang
saya menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga kepada suami dan anak-anak
tercinta di atas bantuan dan sokongan moral yang diberikan. Tidak dilupakan juga
kepada ibu tersayang yang banyak membantu saya menjaga dan menguruskan
anak kecil saya yang baru belajar mengenal alam kehidupan dan persekitarannya.
Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat
semada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan
tugasan ini.

Wassalam.

Halaman Pengakuan
Penghargaan
Isi Kandungan Muka surat
1. Pengenalan 1-2
2. Laporan Amali
i. Amali 1 : Bahan Api 3-13
ii. Amali 3 : Alkohol, Ester dan Amina 14-27
iii. Amali 4 : Asid Karbosilik, Ester dan Amida 28-39
iv. Amali 5 : Ammonia, Asid Sulfurik dan Asid Nitrik 40-50
v. Amali 6: Sabun dan Detertgen 51-61

3. Peta Minda Laporan Amali 1, 3 6 62-67
4. Refleksi 68-69
5. Rujukan 70
6. Kolaborasi 71-73
7. Lampiran
- Bahan rujukan


Pendahuluan
Setelah sekian lama dan masa silih berganti, Kurikulum Matematik Sekolah Rendah
telah mengalami beberapa perubahan seiring dengan kehendak dan aspirasi pendidikan
negara. Ia masih mengutamakan empat bidang iaitu Nombor, Sukatan, Bentuk dan Ruang
serta Statistik. Namun demikian, menurut Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan (1996),
prestasi dan minat murid terhadap Matematik masih kurang memuaskan. Menurut
beberapa kajian yang telah dibuat didapati beberapa bentuk kesilapan konsep yang dialami
murid dalam topik-topik penting seperti pecahan, perpuluhan dan peratusan (Aida Suraya,
Syarifah & Habsah 1992; Asiah 1994; Abd Aziz 2002; Mohd Johan 2002).
Hasil dapatan kajian lepas juga menunjukkan amalan pengajaran masih berpusatkan
guru dan terikat dengan kaedah tradisional (Abd Razak; Abd Rashid; Abdullah & Puteh; Voo
1996; Wan Mohd Rani 1999). Begitu juga dari sudut pedagogi, amalan guru masih sama
dengan dasar kurikulum lama yang menekankan kaedah hafalan (Jemaah Nazir Sekolah
Persekutuan 1996).














DEFINISI MISKONSEPSI

Salah satu daripada masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam pembelajaran
matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami konsep-konsep
matematik yang berkaitan dengan konsep yang disalah tafsirkan oleh mereka adalah
Miskonsepsi.
Menurut Swan (2001), miskonsepsi bukanlah satu pemikiran yang salah, akan tetapi
ia sebenarnya merupakan suatu kepercayaan atau generalisasi yang dibina oleh murid
tersebut di peringkat awal pembelajaran.
Kurang mahir membaca, menulis, melakukan latihan pengiraan dan bercakap
menyebabkan sebahagian murid tergolong dalam lemah matematik. Dalam matematik,
masalah ini akan lebih ketara dengan adanya istilah matematik yang mana sebahagiannya
daripada mereka yang belum pernah mendengar dan lupa istilah yang diberikan.
Pelbagai bentuk, kaedah dan pendekatan perlu digunakan bagi memperkenalkan
konsep matematik. Murid perlu diperkenalkan dengan beberapa contoh yang konkrit.
Seorang professor dan ahli psikologi iaitu Robert Gagne mengatakan bahawa, pembelajaran
konsep matematik yang berkesan memerlukan beberapa teknik penyampaian iaitu :
i. Memberi pelbagai contoh konkrit untuk membuat generalisasi.
ii. Memberi contoh yang berbeza tetapi berkaitan supaya dapat membuat perbezaan.
iii. Memberi contoh-contoh yang tidak ada kaitan dengan konsep yang diajarkan untuk
membuat perbezaan dan generalisasi.
iv. Memberi pelbagai jenis contoh matematik untuk memperolehi konsep matematikk
yang tepat.

Tegasnya, guru masing-masing perlu memikirkan pendekatan yang sesuai untuk
murid yang mempunyai pelbagai aras pembelajaran bagi mengatasi masalah miskonsepsi,
sama ada ia disebabkan oleh kecuaian mahupun kesukaran murid memahami sesuatu
konse. Guru yang prihatin adalah mereka yang berusaha membimbing murid mengikut
perbezaan aras kecerdasan.Berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan oleh ahli
psikologi, pakar matematik dan guru matematik menunjukkan ada pelbagai sebab murid
melakukan kesilapan dalam pengiraan. Sesuatu kemahiran yang hendak diajar kepada
murid perlulah diterangkan konsep disebaliknya. Antara miskonsepsi yang sering berlaku di
kalangan murid ialah ;
1. Salah faham (misunderstanding)
2. Salah faham konsep (conceptual misunderstands)
3. Terlalu menggeneralisasikan (overgeneralization)
4. Salah maklumat (misinformation)
5. Salah mengenalpasti (misidentifying)
6. Terlalu memudahkan (oversimplification)
7. Kepercayaan kepada yang lebih terkenal (popular beliefs)
8. Kepercayaan bukan saintifik (nonscientific beliefs)
9. Pandangan/idea pengetahuan sedia ada (pre-conceive notion).
10. Penerangan yang salah mengenai definisi dan kaedah (definition and method incorrectly
explained)


















Tajuk : Nombor Bulat
Miskonsepsi Murid Dan Cadangan Strategi Untuk Mengatasinya

Dalam topik Nombor Bulat, miskonsepsi yang sering berlaku dalam tajuk ini adalah
melibatkan prosedur operasi yang dilakukan seperti operasi tambah, tolak, darab dan
bahagi.
Mengikut Bruner, konsep matematik berkesan apabila bahasa matematik
diperkenalkan daripada mudah kepada kompleks dan mengikut peringkat perkembangan
kognitif kanak-kanak.

1. Miskonsepsi nombor bulat mendarab dengan nombor 2 digit.
Operasi kira darab merupakan cara mudah bagi mencari jumlah bagi beberapa
nombor bulat yang serupa. Apabila nombor bulat didarab dengan nombor 1 digit, murid
boleh menjawab dengan melakukan pendaraban dalam bentuk lazim seperti ;

2 3 4 X 3 =

2 3 4
X 3
_____________
7 0 2
_____________

Miskonsepsi :
Kebanyakan miskonsepsi murid-murid dalam pendaraban nombor ialah
mendarab nombor bulat dengan nombor dua digit. Miskonsepsi yang dihadapi oleh murid-
murid ialah apabila mereka mendarab digit yang kedua dalam bentuk lazim. Kesukaran
yang saya perhatikan berlaku di kalangan murid adalah mereka sering melakukan kesilapan
sewaktu melakukan pendaraban secara lazim terutama sekali bagi pendaraban yang
melibatkan pengumpulan semula. Biasanya, mereka meletakkan hasil darab digit kedua
pada kedudukan seperti contoh yang diberikan di bawah.

1 1
2 3 4
X 2 3
______________
7 0 2
+ 4 6 8
______________
1 1 7 0
_______________

Penyelesaian : Menggunakan kaedah Kotak Kekisi (Lattice)

Langkah pertama, guru membantu murid membina kotak. Langkah kedua, murid
dibimbing mengisi kotak yang telah dibina dengan nombor hasil darab satu digit.
Penambahan dilakukan mengikut kecondongan garis yang teleh dibina. Kaedah ini amat
sesuai bagi membanatu murid yang mengalami masalah pendaraban.

Contoh 1 :

2 5 7 x 7 8 = 2 0 0 4 6

Langkah 1
Bina jadual seperti di bawah
Tuliskan nombor tiga digit dan dua digit pada bahagian luar jadual
Buat garisan serong seperti di bawah




Langkah 2 :
Darabkan 257 dengan 7
Kemudian darabkan 257 dengan 8










Langkah 3 :
Tambahkan nombor dalam jadual mengikut kumpulan lajur yang condong
Hasil tambah ditulis pada bahagian luar jadual







Langkah 4 :
Tambahkan nombor tersebut jika hasil tambah merupakan angka dua digit

Tuliskan semula jawapan yang diperolehi dari kiri dan ke kanan




.



11
4 6
Jawapannya : 2 0 0 4 6







2. Miskonsepsi dalam operasi penolakan
Berdasarkan ujian dan kajian yang telah dijalankan, didapati sebahagian
besar murid menjawab soalan nombor 4 dengan salah. Miskonsepsi yang
dialami oleh murid-murid tersebut adalah salah faham konsep (conceptual
misunderstands) apabila menyelesaikannya dalam bentuk lazim. Dalam
konsep penolakan, nombor yang besar menolak nombor yang lebih kecil.

Contoh : Tolakkan 150 daripada 472. Murid telah menulis seperti berikut ;
1 5 0
- 4 7 2
__________

___________

Sepatutnya, 4 7 2
- 1 5 0
_________
__________

Penyelesaian : Guna rumah angka untuk mengenalpasti nilai sebenar sesuatu
Nombor. Murid juga perlu diingat dan diberi penegasan tentang
Penggunaan rumah angka.





Ratus Puluh Sa
4 7 2
1 5 0



3. Miskonsepsi murid dalam operasi penolakan yang melibatkan pengumpulan semula.
Murid keliru dengan konsep pinjam yang melibatkan gandaan puluh, ratus dan
seterusnya. Murid menolak nombbor tanpa mengumpul semula.

Contoh :
2 0
1 1
_________
1 1
________

Sepatutnya;

2 0
1 1
_________
0 9
________

Penyelesaian boleh dilakukan melalui penggunaan dekak-dekak atau blok
Dienes. Sebelum itu, murid-murid telah diperkenalkan dengan penggunaan
dekak-dekak.

Contohnya;
















4. Mikonsepsi murid tentang dari segi penggunaan istilah. Ada sesetengah murid yang
tidak atau mempunyai kefahaman yang kurang lengkap mengenai bahasa
matematik. Salah faham maksud perkataan ini boleh menyebabkan kesalahan
dalam menyelesaikan operasi matematik.
Contoh : Berapakah beza antara 165 dan 300 ?
Ada murid yang melakukan penyelesaian dengan melakukan penambahan seperti ;
3 0 0
+ 1 6 5
__________
___ 4_6_5__


Sepatutnya,
3 0 0
1 6 5
_________
__________

Penyelesaian :



















Rumusan

Miskonsepsi berkemungkinan lahir dari apa yang telah diajarkan oleh guru.
Walaupun pelajaran dan ilmu yang diturunkan oleh guru tidak logik dan salah, tetapi dari
segi perspektif kanak-kanak, ia sangat sesuai dan benar (Ginsburg, 1977).
Miskonsepsi murid dalam pembelajaran matematik perlu diperbetulkan kerana jika ia
tidak diperbetulkan akan mempengaruhi konsep tersebut (dengan cara yang negatif) dan
seterusnya akan menghasilkan kesilapan. Majoriti dari punca miskonsepsi adalah kerana
generalisasi melampau overgeneralization dalam pengetahuan sedia ada yang hanya
tepat untuk pembelajaran awal. Di dalam minda kanak-kanak telah pun terbina skema yang
akan terus kukuh dan dan sukar untuk berubah. Kanak-kanak tidak mudah menerima idea
baru dengan mudah, contohnya, menukar skema-skema yang sudah tersimpan dalam
minda mereka, tetapi sebaliknya mereka akan cuba mencernakan idea baru tersebut
kepada skema yang sedia ada. Oleh itu peranan guru dari segi kaedah dan teknik
penyampaian dalam pengajaran matematik amat penting supaya tidak berlaku miskonsepsi
tersebut.
Liew dan Wan Muhamad Saridan (1991) menyatakan pengajaran matematik
disekolah jarang mengambil kira perbezaan individu di kalangan murid-murid. Ini
mengakibatkan sesetengah murid khususnya murid yang lemah menghadapi kesukaran
semasa guru memberikan penerangan tentang sesuatu konsep matematik. Sekiranya
kaedah penyampaian guru tidak dapat diterima oleh murid maka proses pembelajaran tidak
akan berjaya. Seterusnya mereka akan membuat pelbagai andaian dan pemikiran yang
tidak betul tentang matematik.
Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan
perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Oleh tiu pihak yang terlibat dalam bidang
pendidikan perlu bekerjasama dalam memastikan murid-murid dapat menguasai matematik
dengan baik supaya hasrat untuk menjadi sebuah negara yang maju dan bersaing di
peringkat global tercapai.
Sebagai seorang guru Matematik bertanggungjawab untuk
membetulkank e s i l a p a n m u r i d . G u r u M a t e m a t i k p e r l u m e r a n c a n
g d a n m e m i l i h pendekatan,strategi,kaedah dan teknik yang sesuai
dan menarik semasamelaksanakan proses pembelaj aran dan pengaj aran agar
setiap
konsepM a t e m a t i k y a n g d i a j a r a k a n m u d a h d i f a h a m i o l e h m u
r i d d e n g a n jelas.Sekiranya murid memahami sesuatu konsep sudah pasti murid
tidakmelakukan miskonsepsi dan salah algoritma








Pembelajaran baru yang betul bergantung pada pembelajaran lampau
yang betul, juga,
Pembelajaran baru yang salah bergantung pada pembelajaran lampau
yang salah,
Apa yang kami cuba terangkan ialah, ,
Pembelajaran baru yang salah selalunya adalah hasil dari pembelajaran
lampau yang betul.
Maka, setiap miskonsepsi adalah betul bagi sesetengah pembelajaran
yang terdahulu sebagaimana yang digariskan dalam kurikulum. mudah
untuk menerima idea baru dengan mudah, contohnya, menukar skema-
skema yang sudah tersimpan dlm minda mereka, tetapi sebaliknya
mereka akan cuba mencernakan idea baru tersebut kepada skema yg
sedia ada, maka tiada perubahan yg akan berlaku.
Persoalannya ialah, dapatkah kita mengatasi atau memperbaiki masalah
miskonsepsi ini? Jawapannya ya dan tidak. Ya kerana pembelajaran yang
akan diterima kemudian mungkin boleh membantu murid untuk
mengintegrasikan pelajaran lampau si masalah miskonsepsinya,
seandainya pelajaran yang dengan pelajaran baru sekaligus
membantunya untuk mengatabaru nanti akan menitikberatkan isu-isu
miskonsepsi yang dialaminya.
Tidak, kerana miskonsepsi mungkin terbina secara semulajadi akibat dari
proses mental manusia yang biasa. Sesetengah kanak-kanak akan terus
mengalami miskonsepsi walaupun sudah diajarkan dengan benda konkrit
kerana minda mereka tidak lagi dapat mengawal pembelajaran dan
konsep rasmi matematik yang memerl


Rujukan

Ibrahim Md. Noh (1994). Reformasi Pendidikan Matematik. Kertas kerja yang
dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Pakar Pendidikan Matematik
Rendah. Bangi : BPG

Md. Nor Bakar (1995). Masalah Pengkonsepan Dalam Matematik : Jurnal
Pendidikan
UTM. 1(1): 72-80

Nik Aziz Nik Pa (1996). Perkembangan Profesional : Penghayatan Matematik KBSR
dan KBSM. Kuala Lumpur : DBP

Noor Shah Saad (2001). Teori Dan Perkaedahan Pendidikan Matematik. Selangor :
Prentice Hall

Zainudin Bin Abu Bakar, Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil.______. Keberkesanan Kaedah
Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4:
Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor. Fakulti Pendidikan UTM

http://mptkl.tripod.com/rnd/tajuk00_1.htm
http://chekgumate.blogspot.com/2011/10/teknik-mengira-penolakan-mudah.html














SK FELDA SUNGAI SIBOL
81440 BANDAR TENGGARA, JOHOR.

NAMA : . TARIKH :

KELAS : .

1. 136 253 + 201 724 =



___________________________________________________________________________
_______
2. 549 078 + 54 832 + 286 949 =




___________________________________________________________________________
_______
3. 40 560 X 17 =





___________________________________________________________________________
_______
4. 593 628 92 486 120 612 =








5. 20 487 3 =






___________________________________________________________________________________

6. 492 631 23 =









7. 5 268 x 26 =











8. Bilangan pengundi di Terengganu ialah 455 924 orang dan di Pahang ialah 570 126
orang. Berapakag perbezaan antara bilangan pengundi bagi kedua-dua negeri
tersebut ?








9. Sebuah syarikat pengeluar jubin mengagihkan jubin kepada 28 buah syarikat
pembekal. Setiap syarikat menerima 23 690 keping. Berapakah jumlah jubin
kesemuanya ?










10. Sejumlah 75 700 buah buku teks telah diedarkan ke sekolah-sekolah. Setiap
sekolah menerima 25 buah buku. Hitung bilangan sekolah yang menerima buku-
buku tersebut .











































SK FELDA SUNGAI SIBOL



81440 BANDAR TENGGARA, JOHOR.

NAMA : . TARIKH :

KELAS : .

1. 547 + 298 =





2. 69 + 370 + 45 =





3. 342 + + 105 = 578




4. 902 - 567 =






5.





6. 6 453 X 54 =

Anda mungkin juga menyukai