Anda di halaman 1dari 9

Semantik

Apa yang kita perlu tahu tentang Semantik



Semantik

Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat dikenali sebagai
bidang semantik.

Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna.

Dalam bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi,
perlakuan dan keperibadian manusia.

Perbendaharaan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna.
Semakin banyak kata dikuasai oleh seseorang, semakin banyak idea atau
gagasan yang mampu diungkapnya.

Semantik

Semantik merupakan salah satu bidang yang termaktub dalam bahasa melayu.
Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna ayat dikenali sebagai bidang
semantik. Kata semantik ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa
Yunani semantickos yang membawa makna penting atau bererti. Semantik
pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji
makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada
umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut. Demikian juga semantik dalam
Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seperti dan rujukan, perkataan,
ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan
bahasa), dan unsur semantik dalam nahu.
Kajian mengenai makna kata boleh dibahagikan kepada aspek-aspek berikut :-

makna denotasi dan dan makna konotasi
makna dalam konteks
hubungan makna dengan kebudayaan
perubahan makna
bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.
seerti dan rujukan
perkataan
ayat
peribahasa (termasuk simpulan bahasa)
unsur semantik dalam nahu
Semantik dapat juga ditakrifkan sebagai kajian makna linguistic bagi kata, frasa
dan ayat. Secara umumnya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan
konteks. Sebagai pengguna bahasa, kita bukan sahaja mengetahui morfemnya,
tetapi juga makna perkataan. Otak kita menjadi stor kepada ayat-ayat yang
bermakna ini. Storan maklumat serta morfem ini dipanggil leksikon atau kosa
kata.

1. Perkataan

Perkataan, menurut pandangan ahli-ahli bahasa, adalah unit bahasa yang
terkecil yang mengandung makna.

Dalam pada itu, Lyons dalam bukunya Introduction of Theoretical Linguistics
(1968), berpendapat bahawa perkataan merupakan suatu tanda yang
mencakupi dua bahagian, yakni bentuk dan maknanya.
Contoh: kata beras, misalnya, ada bentuk be ras dan maknanya padi yang
sudah dikupas kulit dan sedia untuk dimasak.
Ada juga perkataan dalam bahasa Melayu yang ada satu bentuk tetapi
maknanya yang banyak.Hal ini akan terbukti jika dicari makna bagi perkataan
perkataan tersebut dalam kamus.
Contoh: seperti kata dalam, semak, dan rendang
Ada juga perkataan yang berkongsi dan bertindan makna dengan kata yang
lain kerana dalam semua perkataan ini ada komponen makna yang berkaitan
dengan hal penyuaraan.
Contoh: perkataan bercakap berkongsi dan bertindan makna dengan kata bisik,
jerit, teriak
Demikian juga mawar, teratai, orkid, semua bertindak makna dengan satu sama
lain kerana memiliki dalamnya makna umum bunga.
Oleh sebab ada pelbagai jenis kata, bentuk kata, makna yang pelbagai, maka
kata-kata dalam bahasa Melayu seperti dalam bahasa-bahasa lain dapat
dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (makna yang sama),
antonim (makna yang berlawan), hiponim (bentuk yang sama tetapi makna yang
berbeza) dan sebagainya.

2. Konteks dan Makna
Dalam hal komunikasi, konteks merupakan suatu faktor yang amat penting
(Leech, Semantics, 1974).Mengikut pengalaman bahasa ada banyak ketika kita
rasa bingung akan makna dalam sesuatu ujaran atau tulisan kerana kurangnya
maklumat kontekstual. Dengan mengambil kira konteks, unsur ketaksaan, makna
yang pelbagai dapat dielakkan, walaupun ada pengguguran beberapa komponen
dalam ujaran atau tulisan kita. Makna sesuatu perkataan yang diujarkan boleh
diketahui dengan melihat konteks penggunaannya .

Contoh: dalam ujaran, Kamal! Kambing!, makna yang hendak disampaikan ialah
Kamal, tolong halau kambing kambing itu yang mungkin mahu masuk ke
dalam kebun, rumah, atau tempat, bergantung pada tempat ujaran itu dilafazkan.

Konteks memainkan peranan untuk menghilangkan kekaburan dan
ketidakjelasan makna.

Konteks juga berfungsi untuk menetapkan makna bagi perkataan dalam satu
satu ujaran atau tulisan.
Contoh: untuk membezakan golongan kata untuk menentukan makna, seperti
dalam kata bilas (basuh / cuci) sebagai kata kerja dan bilas (kabur) sebagai
kata adjektif.

Konteks menjadi amat mustahak dalam hal homonim. Umpamanya, untuk
membezakan antara haus sebagai rasa dahaga atau berkurangannya besar
kerana tergosok, kita perlu lihat pada konteks penggunaan ayat atau ujaran
tersebut.
Contoh: Kami semua rasa haus, selepas berjalan kaki ke rumah maknanya
ialah rasa dahaga.

Makna kata tidak akan menjelma selain dalam konteks pengunaan perkataan
atau ayat dalam ujaran atau tulisan.
Contoh: ujaran kata cantik, amat kabur maknanya, kecuali dinyatakan dalam
satu konteks seperti diucapkan untuk memberitahu orang lain akan kecantikan
seseorang atau pandangan, benda dan sebagainya, atau untuk memberi
penghargaan .



3. Perubahan Makna

Oleh sebab bahasa bersifat dinamik, maka perkataan yang menjadi unit asas
kepada bahasa, sentiasa mengalami perubahan. Hal ini sudah sejak dahulu lagi
diamati oleh pengkaji bahasa. Menurut mereka, terdapat banyak factor yang
merangsangkan perubahan. Makna sesuatu perkataan itu akan berubah
mengikut perubahan masa, teknologi dan hubunan sosial masyarakat.

Ullmann dalam bukunya Semantics: An Introduction to the Science of Meaning
(1962), misalnya memberikan enam sebab utama bagi perubahan makna dalam
bahasa. Sebab-sebab utama adalah sejarah, sosial, psikologi, pengaruh luar,
keperluan untuk kata baharu.
Bloomfield dalam bukunya Bahasa (1933) pula ada menyenaraikan sembilan
jenis perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurutnya, makna kata boleh
disempitkan dan diperluaskan. Selain itu, ada metafora, metonimi, sinekdoksi,
hiperbola, litotes, pejorasi, dan ameliorasi yang juga menandakan perubahaan-
perubahan dalam sesuatu bahasa.
Makna kata berubah kerana perkembangan dalam bahasa itu sendiri. Ini
bermaksud, makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan
masa, teknologi dan hubungan sosial masyarakat.
Contoh :
Kata belayar : pada satu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang ada
layar, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak
menggunakan layar tetapi menggunakan kuasa tenaga.
Kata rawat : Makna umum adalah menjaga dan mengubati orang sakit, tetapi
makna barunya sekarang meliputi merawat sisa kumbahan, pokok (nurseri).


Kata tangan: pada asalnya dirujuk kepada salah satu anggota badan. Tetapi,
makna diubah untuk mencakup makna menguruskan, mengendalikan, dalam
ayat seperti Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini. Ada kalanya makna
negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa.
Kata taman : pada masa dahulu hanya digunakan untuk merujuk kepada
kebun bunga, tetapi maknanya sekarang diperluaskan untuk mencakup makna
tambahan seperti kawasan perumahan, kawasan perindustrian dan kawasan
alam semula jadi seperti Taman Kinabalu. (sebab sebab kemajuan sains dan
teknologi).
Kata datuk : kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk bapa ayah atau ibu
seseorang, malah sebagai gelaran kehormat oleh raja bagi orang - orang
tertentu kerana jasa jasa mereka.
Kata kebal : berubah daripada makna asal kuat dan kukuh dalam bidang
ketenteraan menjadi kereta kebal.
Bahasa juga berubah kerana sebab sebab sosial. Peredaran masa
menyebabkan munculnya bidang bidang baharu dalam satu satu budaya
masyarakat bahasa. Faktor factor seperti emosi, tabu menjadi punca
perubahan makna dalam bahasa. Perubahan perubahan ini berlaku kerana
ungkapan yang digunakan dahulu membawa konotasi negatif, dan dengan
demikian perlu diubah menjadi lebih halus atau yang tidak membawa unsur
negatif
Contoh: ungkapan orang gaji kini berubah menjadi pembantu rumah, budak
pejabat bertukar menjadi pelayan pejabat, dan Hari Buruh menjadi Hari Pekerja.

Unsur larangan atau tabu juga menyebabkan perubahan perkataan.
Umpamanya, tidak sopan kalau dikatakan saya hendak kencing di khalayak
ramai, tetapi ungkapan buang air atau saya hendak ke tandas. Kini kata tandas
pula membawa makna yang tidak begitu sopan, maka sudah ada ungkapan bilik
air yang digunakan untuk tujuan yang sama, iaitu kencing atau buang air kecil.
Ada juga ungkapan bilik selesa yang digunakan untuk merujuk kepada konsep
tandas. Pilihan perkataan atau ungkapan seumpama ini, sebenarnya merujuk
kepada gejala yang disebut segai eufemisme, yakni penggunaan bahasa secara
halus dan sopan.

4. Makna denotasi dan konotasi

Denotasi ialah makna tersurat . Denotasi juga dikenali sebagai makna kamus,
makna kognitif, makna rujukan, makna konseptual dan makna ideasional
Contoh : Ayam tambatan: Ayam yang ditambat atau diikat dengan tali atau lain-
lain alat pengikat.

Konotasi pula ialah makna tambahan, atau makna tersirat. Istilah lain untuk
konotasi ialah emotif atau makna evaluatif
Contoh : Ayam tambatan: Orang harapan/penting di dalam satu kumpulan,
pasukan.
Terdapat kata-kata sinonim (seerti) yang mempunyai makna denotasi yang
sama, tetapi makna konotasi yang berbeza.
Contoh : Kata wafat, mati, meninggal dunia, mampus membawa maksud
denotasi yang sama iaitu jasad dan roh terpisah.
Tetapi dari segi denotasi, wafat untuk tokoh-tokoh ulama terhormat dan
disegani, meninggal dunia untuk sebutan yang sopan, mati untuk sebutan umum
dan mampus untuk sebutan yang lebih kasar.

5. Hubungan makna dengan kebudayaan
Penggunaan dan pemilihan perkataan juga berhubung dengan kebudayaan
sesuatu masyarakat.
Contoh :
Engkau/kau: digunakan dalam hubungan yang rapat yang tidak formal dan untuk
menimbulkan kemesraan.

Awak/anda: Digunakan dalam hubungan biasa (anda lebih rasmi).
Tuanku: Digunakan oleh orang biasa untuk merendah diri apabila berhubung
dengan golongan raja

6. Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik
Bentuk-bentuk makna kata yang timbul daripada hubungan semantik ialah
sinonim, antonim, hiponim, meronim, polisim, homonim, homofon dan homograf.
Sinonim - kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama.
Contoh: sang suria = matahari, hangat = panas
Antonim - merujuk kepada perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang
berlawanan.
Contoh: Pandai lawannya bodoh, Putih lawannya hitam.
Hiponim - kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna.
Contoh: kenderaan (kereta, motorsikal, basikal, beca, kapal terbang),Perabot (
katil, meja, almari, meja kopi, meja makan)
Meronim - Meronim ialah perkataan-perkataan yang menunjukkan sebahagian
daripada.
Contoh: stereng, engin, karburator, kusyen, cermin, menjadi meronim kepada
perkataan kereta.
Polisim - satu perkataan yang mempunyai makna yang banyak.
Contoh: Kata mentah mempunyai set makna yang berikut:belum masak atau
masih muda/putik (buah-buahan), tidak masak betul (barang yang dimasak) tidak
atau belum dimasak (barang makanan), belum diproses (bahan galian dan
sebagainya), belum matang pemikiran.
Homonim - Dua kata atau lebih yang memiliki bentuk yang sama, sama ada
dari segi sebutan, ejaan, atau kedua-duanya, dan mempunyai makna yang
berbeza.
Contoh: pasang I - jodoh atau kelamin, pasang II - naik atau bertambah (air l
laut), pasang III - tembak (meriam), pasang IV - berhias (badan)
Homonim terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
i. homofon - kata-kata yang sama sebutannya tetapi berbeza dari segi ejaan dan
makna.
contoh: massa denan masa
ii. homograf - kata-kata yang sama ejaannya, tetapi sebutannya berbeza.
Gejala ini timbul kerna huruf e mewakili dua bunyi, iaitu e-taling atau e-pepet.
Contoh: semak (belukar) dengan semak (meneliti atau memeriksa semula), bela-
memelihara, bela-menuntut bela/balas, pelekat-kain sarung, pelekat-gam.
iii. Homonim - mempunyai sebutan dan ejaan yang serupa.
contoh: daki I kotoran, daki II panjat.

Kesalahan Semantik dalam Bahasa
Oleh sebab maklumat semantik amat penting dalam bahasa, maka hal makna
dalam ayat harus diberi perhatian oleh pengguna bahasa. Jika aspek makna
tidak diambil kira dalam binaan atau ujaran ayat, maka ayat ayat yang diujar
atau dibina akan merupakan ayat yang taksa, atau tidak benar.
Berikut adalah contoh ayat-ayat yang tidak betul dari segi semantik walaupun
memenuhi aturan nahu.
Mereka mereka yang terlibat dikehendaki menghadiri mesyuarat hari ini.
Ulasan : Mereka mereka dalam ayat di atas adalah kelebihan semantik, yakni
makna yang berlebihan, yang sebenarnya tidak diperlukan.
Ibubapa Ali sudah meninggal dunia petang tadi.
Ulasan : Tidak jelas siapa yang meninggal dunia, samaada ibu kepada bapa Ali
atau kedua-dua ibu dan bapanya yang meninggal dunia.
Ayah menghadiahkan saya jam tangan..
Ulasan : Ayat di atas perlu diperbetulkan menjadi Ayah menghadiahkan sebuah
jam tangan kepada saya atau Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan.

KESIMPULAN

Seperti yang dihuraikan tentang kajian mengenai semantik, maka jelaslah
bahawa aspek makna menjadi penting dalam bahasa, dan jika tidak, bahasa
yang digunakan mungkin hanya betul dari segi nahu tetapi tidak boleh difahami
manusia kerana bahasa itu tidak menjelaskan maknanya, atau kabur, taksa , dan
kerana ada pertentangan makna serta unsure kelewahan dan seumpamanya.
Semantik juga merupakan bidang ilmu yang penting bagi mengkaji makna
perkataan dan ayat dalam bahasa. Dalam bahasa melayu ianya dapat ditelilit
dari aspek-aspek seerti dan rujukaan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna,
perubahan makna, peribahsan (termasuk simpulan bahasa), dan unsure
semantik dalam nahu. Perbendaharaan kata penting untuk menjalin komunikasi
yang sempurna. Semakin byak kata dikuasai oleh seseorang, semakin banyak
idea atau gagasan yang mampu diungkapnya.
http://seri-serodja.blogspot.com/2008/04/semantik.html

Anda mungkin juga menyukai