Anda di halaman 1dari 2

Refleksi projek Bina Insan Guru FAIZAL BIN ABDULLAH

Bagi tugasan kali ini saya dan rakan dikehendaki menjalankan projek kebajikan di
sekolah yang terpilih. Alhamdulillah dengan berkat dan kurniaan mu ya Allah kami dapat
menyiapkan tugasan ini.
Sk Sri Sekamat Kajang Selangor dipilih sebagai sekolah yang akan ditrensformasi. Kami
memilih untuk menceriakan bilik ekses tahun 6. Bilik ini di bersihkan dan dicantikkan dengan
menghamparkan tikar dan mengecat dinding.
Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran murid yang terlibat sama dalam menjayakan
projek ini. Beberapa orang murid telah dipilih dari kalangan murid tahun 6. Selepas pendaftaran
sedikit taklimat diberikan. Murid diterangkan tentang aktiviti yang hendak dijalankan dan
pembahagian tugas.
Bagi memberi kecergasan dan melonggarkan otot-otot sebelum menjalankan aktiviti ini,
sesi senam aerobik dijalankan dengan diketuai oleh Cikgu Fahmi. Murid menjalankan aktiviti ini
selama 30 minit.
Selepas itu murid bersama-sama guru mengeluarkan semua kerusi dan meja yang ada
di dalam bilik yang hendak diceriakan. Lantai disapu dan dimop bagi menghilangkan segala
kotoran yang ada.
Selesai membersihkan bilik sesi mengecat dijalankan. Terdapat sedikit masalah apabila
cat yang beli adalah berwarna putih. Warna ini tidak sesuai digunakan kerana mudah kotor.
Selepas berbincang dengan rakan guru kami menukar warna putih ini kepada warna pich
dengan mencampurkan pelaka warna kuning. Segala ilmu seni digunakan bagi mendapatkan
warna yang dikehendaki. Akhirnya kami mendapat warna yang dikehendaki.
Surat khabar lama digunakan sebagai pelapik bagi menggelakkan lantai kotor dengan
cat yang menitik. Murid diberikan sarung tangan bagi mengelakkan tangan mereka terkena cat.
Aspek keselamatan tetap diutamakan.
Selesai mengecat keseluruhan dinding tikar dihampar. Tikar diukur mengikut panjang
yang sesuai dihampar dan diratakan. Setelah diratakan dan dikemaskan lantai sekali lagi
disapu dan dimop.
Murid diberikan makan tengah hari apabila semua kerja telah selesai dilaksanakan.
Murid makan beramai-ramai bersama guru. Sesi bergambar dijalankan sebelum murid balik ke
rumah masing-masing.
Semangat kerjasama dan toleransi dapat ditunjukkan melalui aktiviti ini. Murid mendapat
contoh terbaik daripada guru-guru yang terlibat. Semoga semangat ini dapat diteruskan di
masa-masa akan datang.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan yang telah banyak
membantu saya. Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana mempunyai sahabat yang benar-benar
memahami diri saya. Dengan menjadikan keluarga sebagai sumber inspirasi, di samping
dorongan dari rakan seperjuangan dan rakan sejawat, saya teruskan usaha. Alhamdulillah,
berjaya juga akhirnya.Semoga jasa baik kalian dibalas oleh Allah. Usaha ini juga adalah
berpandukan tunjuk ajar serta panduan yang telah diberi oleh pensyarah yang tidak jemu
membimbing. Saya sedar banyak cabaran yang pensyarah hadapi dengan pelajar seperti
saya.Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang mendoakan saya. Amin Ya Rabbal
Alamin

Anda mungkin juga menyukai