Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Sepanjang dua bulan ini berinteraksi dengan puan dan menerima banyak
pengajaran dan idea daripada puan serta berbincang dengan puan saya mendapati
puan adalah seorang pensyarah yang berlainan. Puan adalah seorang yang kreatif
dan mempunyai banyak pengalaman yang amat menarik. Puan sentiasa
berkongsikan ideanya bersama-sama saya dan rakan saya dan ini membantu saya
untuk menambahkan ilmu saya dan dapat diaplikasikan pada masa yang akan
datang. Selain itu, semasa melaksanakan study lesson puan juga banyak
memberikan idea dan komen yang amat berguna daripada pelbagai segi seperti
pengajaran dan pembelajaran , tingkah laku pelajar dan sebagainya. Sebenarnya ,
dengan ikhlasnya saya berasa puan adalah seorang pensyarah yang amat baik dan
tidak kedekut untuk berkongsi idea serta pengalamannya. Puan juga banyak
membimbing saya dan membantu saya menyelesaikan banyak masalah apabila
saya menghadapi masalah. Selain itu, puan juga sentiasa menolong saya untuk
mendapatkan jawapan pada soalan yang telah ditanyakan oleh saya. Puan juga
adalah seorang yang prihatin dan sentiasa mengambil berat tentang perkara serta
masalah yang dihadapai oleh saya semasa melaksanakan lesson study serta
menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Secara kesimpulannya, puan adalah
seorang pensyarah yang berlainan dan amat peramah dan menyebabkan saya
berasa selesa dan banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi
daripada puan. Ribuan terima kasih ingin diucapkan kepada puan kerana banyak
menolong saya tidak kira dari apa segi pun dan saya berasa gembira apabila dapat
berbual dengan puan.

Anda mungkin juga menyukai