Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI KENDIRI

Program Bina Insan Guru Peringkat 3 (Fasa 4) ini


banyak menguji ketahanan mental dan fizikal saya. Kekangan
masa dan kesibukan tugas hakiki banyak mencabar kesabaran
saya. Memandangkan kesukaran kami untuk bertemu kerana
jarak sekolah yang jauh antara satu sama lain, penyediaan
kertas kerja program dibincangkan bersama rakan pelatih
melalui sistem pesanan ringkas (sms), whatssap, email,
facebook dan panggilan telefon. Perbincangan saya, pihak
pentadbir dan rakan guru di sekolah banyak membantu.
Melalui semua proses awal ini dapat saya lalui pelbagai
pengalaman susah senang dalam mengikut prosedur yang
dikehendaki. Program ini juga telah membuatkan saya
mengenal apa itu erti disiplin dan ketahanan diri di dalam
menjayakan sesuatu perkara.

Program Sayangi Kawasan Sekolah Anda Kami Benci
Dadah yang dirancang dapat kami laksanakan dengan lancar
dan jayanya dengan kerjasama yang amat baik dari semua
pihak. Walaupun terdapat kekangan memandangkan kami
pelajar PPG IPG yang berlainan daerah namun hasil usaha,
penat lelah dan masa serta wang ringgit adalah berbaloi.
Program ini juga telah banyak memberi kesan positif kepada


saya sebagai seorang guru yang bersedia menjunjung aspirasi
Negara supaya dapat membentuk generasi yang positif,
berdaya saing, progresif dan cemerlang dari segi
pembangunan jasmani dan rohani.

Melalui aktiviti yang dijalankan, saya terlibat secara
langsung dalam proses melaksanakan sedari awal sehingga
program ini selesai. Aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan ini
juga berjaya memperkasakan mental saya untuk menerapkan
nilai positif seperti berani, berkerjasama, kesabaran dan
tolenransi. Persediaan ini penting kepada guru kerana profesion
ini adalah pekerjaan yang amat mencabar pada masa ini.

Menelusuri pengalaman melaksanakan dan
menguruskan program ini, kerjasama antara rakan guru
disekolah dan juga rakan pelatih di IPG amatlah penting.
Kerjasama bermula dan diterapkan dalam diri kami dari awal
perbincangan semasa taklimat BIG , membina kertas kerja,
mendapatkan sumber kewangan, proses surat menyurat dan
berjumpa dan berinteraksi dengan orang atasan banyak
memberi saya pengalaman baru. Keberanian, ketegasan dan
keyakinan perlu ada untuk menjadi seorang pengurus dan
pelaksana. Kerjasama dan membina hubungan yang baik
dengan semua pihak perlu ada untuk menjayakan sesuatu


program agar hasrat memartabat sistem pendidikan di Malaysia
akan tercapai.

PENUTUP

Falsafah Pendidikan Negara merupakan asas kepada
pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia. Lima konsep asas
FPN menggambarkan hasrat dan nilai yang amat pentingnya
demi dalam pembentukan modal-modal insan dan untuk
melahirkan insan-insan yang unggul, seimbang serta harmonis
dalam pelbagai aspek di dalam bidang pendidikan juga
kehidupan.

Sesungguhnya proses pembentukan seseorang insan
tidak hanya berlaku dan berlegar di sekitar tembok pagar
sekolah sahaja. Akan tetapi ianya mencakupi segala aspek
kehidupan. Dalam erti kata lain, guru perlulah senantiasa
bersedia dari semua aspek kehidupan. Program Bina Insan
Guru ini adalah salah satu dari kaedah untuk membentuk jati
diri guru yang unggul untuk merealisasikan impian ini.

Kesimpulan bagi semua ini adalah dengan membina
asas yang kukuh kepada seseorang yang bergelar guru dan
kerjasama oleh semua pihak samada secara langsung mahupun


tidak langsung merupakan asset yang amat penting untuk
mencapai cita-cita Negara yang mahu melahirkan generasi
yang bersedia mental dan fizikal dalam menghadapi cabaran
mendatang. Perletakkan asas pembinaan insan dan guru secara
total dan kukuh ditambah dengan kerjasama dan gabungan
tenaga semua pihak merupakan rahsia kepada terzahirnya
impian akan datang.

Akhir kalam, semoga dengan ini Negara Malaysia yang
tercinta akan sentiasa menjadi hak mutlak setiap rakyat
Malaysia walau sebesar manapun cabaran, rintangan serta
halangan yang mendatang.





(ZAM ZAM BIN HJ. TUMIJAN)
711003-01-5031
TESL 1
PPG IPGKTI

Anda mungkin juga menyukai