Anda di halaman 1dari 13

DEFINISI PONTENG SEKOLAH

Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah.
Ini bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah
tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan. Oleh yang demikian,
ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan
menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah.
Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab
atau tugas tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga merujuk kepada pelajar
yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas,
beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.
Ponteng sekolah adalah salah satu isu gejala sosial terutamanya melibatkan para
pelajar khususnya merujuk kepada golongan pelajar peringkat sekolah Menengah.
Tidak disangkal bahawa isu gejala sosial sekolah boleh menjadi landasan lencongan
untuk pelajar terlibat dengan gejala sosial lebih serius iaitu berunsur jenayah.
Senario remaja sekolah yang pada mulanya hanya terbabit dengan isu gejala
ponteng sekolah dan kemudian didapati sabit terlibat dengan kes-kes jenayah berat
kerap berlaku.
Bagi setengah kes di Negara Brunei Darussalam sendiri ada di antara golongan
remaja tersebut pernah disabitkan dengan kesalahan memiliki atau memakan atau
mengedar dadah seperti syabu, kokain, ecstacy, atau bahan-bahan sejenis yang
mengkhayalkan sama ada dalam bentuk cecair atau pil-pil kapsul dan sebagainya,
merokok, meminum minuman keras atau arak, mencuri, bergaduh, terjerat dengan
masalah cinta remaja atau love affair , vandalism, terlibat dengan penubuhan
kumpulan remaja nakal atau gangsterism.
Punca Dan Langkah Menangani Gejala Ponteng Dalam Kalangan Pelajar

Ponteng merupakan kekangan disiplin yang paling banyak berlaku dan sukar
diatasi di sekolah. Antara lain, ponteng bagaikan satu indikator yang menanda
aras kelemahan sistem pendidikan Malaysia yang diimplementasikan melalui Dasar
Pendidikan Negara (DPN). Perang media menerusi akhbar, majalah, blog dan
sebagainya telah pun meletus bagi membincangkan pro serta kontra kegiatan tidak
bermoral ini. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan sedang bergiat cergas
dengan mengobservasi punca dan ikhtiar bagi menekan kemajuan polemik ini.

Punca bercambahnya masalah ini termasuklah kurangnya didikan duniawi serta


ukhrawi daripada ibu bapa. Hal ini berlaku kerana mereka terlalu ghairah mengejar
kemewahan hinggakan sanggup mempedulikan asas kehidupan serta dasar
keagamaan anak-anak mereka. Bahkan mereka tidak arif bahawa pengabaian inilah

yang bakal merosakkan anak bangsa kita. Persis slogan 'pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara', ibu bapa hendaklah mengawasi pergerakan dan pergaulan
anak-anak mereka supaya terhindar daripada maksiat seterusnya mengatur strategi
kehidupan anak-anak mereka supaya dapat menjadi tonggaknegara pada masa
akan datang.

Pemuda watan kita sering tersilap memilih jalan seperti peribahasa


menyebut'terlajak perahu boleh diundur, terlajak langkah buruk padahnya'. Hal ini
disebabkan, remaja marcapada lebih cenderung memilih rakan yang mengikut
trend walhal budaya yang disalurkan adalah negatif. Sudah terlalu menggunung
budaya barat yang diisi dalam kotak pemikiran kita sehinggakan kita terlupa
kepada budaya asal. Dasar remaja pula, mereka mahukan sesuatu yang lebih
menarik dan mengikut peredaran zaman. Jadi apabila wujudnya pengaruh rakan
sebaya, mudahlah baginya untuk turut serta dan mencuba perkara baru. Pemilihan
kawan yang baik dapat mencorakkan kehidupan kita ke aras yang lebih sempurna.

Di samping itu, peranan media juga menjadi tulang belakang kepada kegawatan
ini. Media kini lebih gemar memaparkan program-program yang bertentangan
dengan norma masyarakat lokal. Eksploitasi seks terhadap wanita dalam iklan-iklan
sebagai intiha, memesongkan iman para remaja seterusnya menyebabkan mereka
berpotensi untuk terjerumus ke lembah kehinaan. Selain itu, penapisan filem serta
drama dianggap masih longgar kerana wujud adegan-adegan separa lucah yang
dapat meracun minda remaja kita. Oleh yang demikian, remaja seringkali terikutikut dengan paparan negatif yang jelas berbanding kaedah pengajaran dan
pembelajaran (P&P).

Bagi menangani punca-punca ini, pelbagai inisiatif telah diambil


oleh variasipihak. Antara cara demi menangani polemik sosial ini ialah mengadakan
sesi kaunseling yang melibatkan pihak sekolah, ibu bapa dan remaja itu sendiri.
Menerusi pendekatan ini, masalah yang menyebabkan seseorang pelajar ponteng
dapat dikesan. Pihak kaunselor harus menerangkan impak negatif aktiviti ponteng
supaya pelajar tersebut sedar dan berhati-hati menongkah arus kehidupannya. Hal
ini dilihat berkesan demi mengurangkan kadar pertambahan bilangan pelajar yang
ponteng sekolah, kerana peribahasa ghalib menyebut "sediakan payung sebelum
hujan". Makanya, apabila pihak yang berkenaan sudah mengetahui punca-punca
gejala ponteng, usaha membanteras juga lebih efektif.

Seterusnya, para pelajar haruslah faham bahawa gejala ponteng bukanlah aktiviti
yang menjamin masa depan. Sepatutnya, masa yang terluang diisi dengan ilmu dan
pengajaran sebagai bekalan untuk masa hadapan. Pihak kerajaan pula perlulah
menitikberatkan peraturan dan undang-undang kerana para pelajar dilihat
memandang sebelah mata akan peraturan sekolah seolah-olah tiada mata yang
melihat pergerakan mereka. Apabila peraturan dan hukuman dilaksanakan, pelajarpelajar akan tergerak daripada mimpi dan sedar bahawa kebebasan yang dikecapi
adalah terhad.

Tuntasnya, semua pihak terutamanya pelajar sendiri haruslah


bertanggungjawab membaik pulih sistem pendidikan negara agar dapat memacu
kejayaan negara seterusnya bersaing dengan kuasa besar antarabangsa yang lain.
Janganlah kita menjatuhkan air muka negara sendiri tatkala rumpun lain asyik
memperlekehkan kemampuan kita. Sesungguhnya pentarbiahan yang sempurna
menjamin keterjelmaan negara seiring dengan Gagasan 1Malaysia.

Rabu, 16 September 2009


FENOMENA BERCINTA DI SEKOLAH
1- Persoalan Tentang Cinta
Cinta merupakan satu anugerah yang suci, murni dan mulia. Namun kebanyakan
manusia telah menodai kesucian cinta dengan meletakkan cinta itu pada landasan
dosa dan maksiat. Perkara tentang cinta banyak dinukilkan dalam novel-novel, lagulagu, syair-syair dan telah banyak dipersembahkan dalam bentuk drama-drama dan
filem. Namun apakah sebenarnya cinta? :
Apakah cinta? Adakah cinta hanya perasaan kasih dan sayang antara lelaki dan
perempuan sahaja atau cinta merupakan perkataan rekaan yang dicipta melalui
perasaan sahaja? Mengikut Kamus Dewan cinta adalah perasaan kasih sayang
terhadap seseorang. Sebenarnya cinta boleh ditafsirkan dengan seribu istilah
mengikut si pencipta dan suasana. Namun pada asasnya cinta membawa maksud
bekerja bersama-sama, ketawa bersama-sama, membangun bersama-sama,
samada kejayaan kecil atau besar (Robiah Kulop Hamzah, Remaja dan Cinta,
1993).
Keasyikan bercinta menyebabkan beberapa persoalan timbul dalam jiwa golongan
yang bercinta:
Adakah cinta seorang lelaki sama dengan cinta seorang wanita? Apakah yang perlu
dilakukan untuk memperkatakan cinta? Dari manakah datangnya kekuatan cinta
yang begitu dahsyat? Apakah saya benar-benar dicintai? Apakah dia tidak
mengkhianati cintanya? Adakah dia sungguh-sungguh mencintai saya?
Bagaimanakah sebenarnya cinta yang agung? Benarkah orang tidak boleh hidup
tanpa cinta? Mengapa saya menjadi mangsa cinta? (Robiah Kulop Hamzah, Remaja
dan Cinta, 1993).
Jika kita perhatikan dalam sejarah penciptaan Adam dan Hawa dan bagaimana
zaman-zaman yang telah berlalu pasti ada cerita cinta agung yang sentiasa
diriwayatkan dan berterusan lalu mencanang keajaiban cinta, sehinggakan
terciptalah dan lahirlah pelbagai falsafah cinta, tafrifan dan istilah-istilah cinta yang
hebat-hebat serta unik dari pelbagai bangsa, budaya, lapisan masyarakat, peringkat
umur, sehingga setiap insan yang mendengar perkataan "Cinta" ini merasa teruja

untuk menikmati keindahan cinta. Sebagai contohnya cerita cinta agung Laila dan
Majnun yang melahirkan pemikiran falsafah "Cinta tidak mengenal rupa" begitu
juga kisah romantis Romeo dan Juliet yang menyebarkan pemikiran "Cinta tidak
mengenal darjat" dan banyak lagi. Barangkali jika kita senaraikan kalimah-kalimah
cinta yang menukilkan istilah-istilah cinta sahaja pun, tentu akan menghasilkan satu
karya yang melibatkan berjilid-jilid pembukuan. Itu tidak termasuk cerita-cerita dan
riwayat-riwayat cinta, belum juga termasuk, karya-karya syair, puisi, seloka, pantun,
sayembara dan gurindam-gurindam cinta. Begitulah hebat dan dahsyat penangan
cinta dalam kehidupan umat manusia sejak penciptaan cinta pertama Adam dan
Hawa.
2- Mengapa Pelajar Sekolah Ingin Bercinta Dan Bolehkah Mereka Bercinta ?
Seperti yang kita sedia maklum, sebenarnya fenomena bercinta di kalangan pelajar
sebenar telah lama wujud dan tidak dapat dibendung. Ini kerana ia merupakan
naluri semulajadi setiap remaja, iaitu perasaan ingin menyayangi dan rasa ingin
disayangi dengan berlainan jantina.
Persoalan pertamanya, mengapa pelajar sekolah ingin bercinta? Pertama sekali
penulis ingin membawa pembaca sekalian terobos balik sejarah silam atau masa
lalu kita, kita sebagai orang dewasa pernah melalui waktu-waktu dan alam remaja,
apakah perasaan dan emosi kita ketika itu? Bukankah sama sahaja dengan apa
yang sedang dialami dan dirasai oleh remaja zaman sekarang? Kita terlalu ingin
merasai betapa kebahagiaan perasaan dicintai dan perasaan ingin mencintai
dengan yang berlawanan jantina. Jangan kita lupa bagaimana keghairahan kita
pada waktu itu untuk mendapat kepuasan cinta. Begitu jugalah apa yang sedang
dialami pelajar sekolah zaman sekarang, kerana dorongan perkembangan fisiologi
dan perkembangan unsur seksual dan emosi dalam diri remaja pada peringkat
selepas akil baligh mendorong jiwa semulajadi mereka untuk bercinta.
Persoalannya, bolehkah pelajar bercinta? Kebiasaan yang kita dengar daripada
jawapan masyarakat, remaja yang menjalinkan cinta dalam alam persekolahan
telah menjalinkan hubungan "Cinta terlarang". Apakah benar ia patut disebut
sedemikian rupa sedangkan kita pernah melalui zaman seusia denga mereka dan
pernah merasai perasaan dan emosi sedemikan? Bagi menjawab persoalan ini, mari
kita lihat jawapan dari seorang tokoh apabila diajukan soalan ini oleh seorang
pelajar:
Menjalin satu perhubungan cinta bukan satu gurauan. Jika anda merasa diri anda
sudah matang dan bersedia ke arah itu ia bukan satu masalah.
Bagaimanapun, cuba jalinkan hubungan cinta itu sekiranya adik sudah benar-benar
yakin serta mampu menghadapi pasang surut dalam dunia percintaan. Melibatkan
diri dalam percintaan ketika di bangku sekolah mungkin boleh menjejaskan
pelajaran anda. Oleh itu anda jangan mudah terpengaruh dengan keadaan keliling.
Dalam menjalin satu perhubungan lakukan mana yang diredhai asalkan tidak

membawa masalah kepada anda. (Puan Amina Hj Noor, Persoalan Remaja Masa
Kini, 1998).
Bagi penulis, inilah jawapan dan pandangan yang tepat. Kita perlu sedar kita hanya
mampu melarang pelajar dari terjebak dengan cinta, namun kita tidak mampu
membendungnya kerana ia merupakan fenomena semulajadi dalam kejadian
manusia. Jika kita melarang sekalipun, pelajar tetap akan bercinta secara berahsia,
ini akan merumitkan lagi keadaan, kerana jika berlaku apa-apa yang tidak diingini
seperti terlanjur berzina, adalah kerana kita tidak tahu dan tidak kenal dengan siapa
mereka bercinta sehingga banyak kes-kes yang buang bayi tidak dikenali siapa
ayahnya yang tidak bertanggungjawab itu. Oleh sebab itu, bukan jalan terbaik
untuk kita melarang pelajar daripada bercinta, tapi kita perlu mengawal dan
mebimbing remaja bagaimana bercinta secara sihat, iaitu bercinta dengan kawalan
batas syariat agama serta adab-adab bangsa, agar tidak menjunamkan remaja ke
lembah salah laku seks, dosa dan maksiat.

Pelajar sekolah bercinta kerana ingin merasai indahnya kebahagiaan perasaan


berkasih-sayang
3- Keruntuhan Moral Pelajar Akibat Bercinta
Kebanyakan pelajar yang bercinta terjebak dalam salah laku seks. Ini berlaku
kerana keghairahan yang memuncak pada usia remaja. Maka berlakulah bermacammacam keruntuhan moral dan salah laku seks yang berlaku di kalangan pelajar.
Menurut kebanyakan pelajar bercinta adalah menjadi hak individu dan mereka
perlukan kebebasan untuk bercinta. Namun sebenarnya mereka bukan bercinta
dengan erti kata bercinta mengikut landasan Syariat, tetapi mereka bercinta
mengikut landasan hawa nafsu dan syaitan iblis, demi kepuasan, sehingga
berlakulah pelbagai keruntuhan akhlak dan moral. Sebagai contohnya menularnya
gejala bohsia di kalangan pelajar-pelajar sekolah:
Mulanya kebebasan secara kecilan, semakin hari semakin besar, kononnya mahu
bertemu dengan kawan-kawan sekolah, hal ini mendapat restu pula dari kedua
orang tuanya, tetapi sebaliknya bukanlah bertemu dengan kawan-kawan sekolah
seperti yang diperkatakan pada orang tuanya, tetapi bertemu dengan kawan
lelakinya, mereka ke hulu ke hilir dengan bermotosikal atau sebagainya, mereka
pergi ke mana sahaja sesuka hati mereka. Di kalangan gadis bohsia, dara tidak
menjadi persoalan lagi pada mereka, apa yang mereka mahu ialah keseronokan
kehidupan yang bebas, mereka ini mahukan kepuasan seks. (Robert
Hamly, Bohsia: Punca dan Penyelesaiannya, 1995
Apa yang sudah terjadi kepada pelajar sekolah kita? Menjadi bohsia dan bohjan?
Menjadi perempuan murahan dan tidak bermaruah? Menjadi lelaki rosak perosak?

Ini baru menceritakan tentang masalah kewujudan fenomena bohsia hasil dari
kesan bercinta di kalangan remaja sekolah, belum lagi kita pergi kepada keruntuhan
moral lain seperti kes buang bayi. Bayi terbuang kini menjadi lambakan di tengahtengah kehidupan moden dan bertamadun. Apakah bencana yang menimpa umat
ini? Seolah-olah ia telah menjadi satu "trend" atau budaya dan kebiasaan
masyarakat moden. Atau apakah bencana ini satu elemen dari pra dan pasca
kemodenan? Salah siapa? Salah pelajar, guru, masyarakat, ibubapa atau
pentadbiran negara?
Realiti ini adalah kesalahan kita semua !!!
Antara punca utama pelajar ingin bercinta ialah kerana hasil dari pemodenan,
ibubapa yang dihimpit kesibukan, porak peranda dan berpecah belah,
menyebabkan pelajar mencari pasangan untuk mendapatkan perhatian dan kasih
sayang :
"Di peringkat sekolah menengah, ramai daripada pelajar-pelajar sudah pandai
bermain cinta dan mempunyai teman istimewa buat penghibur hati yang duka
lara." (Ann Wan Seng, Kerenah Remaja Hari Ini, 1994)
Anak-anak terbuang dari pelajar sekolah dari bangsa kita, agama kita !!!
"Di kalangan remaja belasan tahun mereka dikuasai oleh emosi lebih daripada
pertimbangan akal fikiran yang rasional. Oleh yang demikian tidaklah hairan
seandainya remaja di bangku sekolah lagi telah berani mengadakan pertemuan di
tempat-tempat yang agak sulit. Bukan setakat itu, kebebasan dalam pergaulan
mereka kadang-kadang menimbulkan perkara-perkara yang tidak baik berlaku
seperti hamil di luar nikah, dirogol, bersekedudukan dan terlibat dalam kegiatan
maksiat dan diperangkap oleh sindiket-sindiket untuk dijadikan gadis penghibur.
Setiap hari sering terdapat berita di akhbar-akhbar berita berhubung gadis
diperkosa, menggugurkan anak dan mengadakan perlakuan sumbang secara
terang-terangan." (Ann Wan Seng, Kerenah Remaja Hari Ini, 1994)

Lambakan bayi terbuang, hasil "Cinta Terlarang" atau hasil "Cinta


Terlepas Pandang" ? Bagaimana pelajar sekolah yang masih muda
dan mentah melakukan hal ini? Di mana ibubapa, sekolah dan
masyarakat ?

4- Mengapa
Bercinta

Mengakibatkan Pelajar Melakukan Salah Laku Seks ?


Cinta hawa nafsu, cinta untuk kepuasan syahwat di kalangan pelajar sekolah, gejala
atau BENCANA !!!
Kebiasaan di kalangan pelajar yang terjebak dalam percintaan di alam
persekolahan sememangnya terlibat dengan aktiviti-aktiviti salah laku seks.

Fenomena ini berlaku kerana perhubungan cinta yang mereka jalinkan di dorong
oleh perkembangan fisiologi yang mula aktif, agresif dan sensitif di samping
peralihan peringkat psikologi pelajar itu sendiri. Pada peringkat remaja
sememangnya satu peringkat kebangkitan minat seks mula tumbuh dan bercambah
dalam diri remaja:
Dalam masa remaja adalakalanya muncul rasa ketegangan seksual dan
kebangkitan nafsu yang semuanya terbenam dalam latar belakang hidup
sehinggalah akil baligh. Di kalangan remaja lelaki dan perempuan masih ramai yang
masih tidak mengetahui bagaimana hendak berhadapan dengan desakan ini.
Kebangkitan tekanan seksual ini merupakan salah satu sifat asas dalam
pembesaran. Lazimnya terjalin secara semulajadi dan kemudiannya akan memasuki
proses kea rah menjadi seorang jejaka dan gadis. Tanpa disedari muncul satu
tenaga baru dalam perasaan diri setiap diri remaja. Remaja lelaki mula menyedari
bahawa remaja perempuan adalah menggoda dan menarik hati mereka. Begitu juga
bagi pihak remaja perempuan mula menyedari bahawa remaja lelaki adalah
berbeza dan diperlukan dalam kehidupan mereka. (Khadijah Haidi Khalid,Meneroka
Alam Remaja, 1994).
Tekanan dan desakan kebangkitan seksual yang meluap-luap di zaman remaja inilah
yang mendorong pelajar yang bercinta bertindak di luar kawalan iaitu dengan
melakukan aktiviti seksual. Lebih-lebih lagi kedua-dua pihak pelajar lelaki dan
perempuan ini tidak berupaya untuk membendung proses perbuatan terkutuk itu
kerana ingin melempiaskan nafsu seksual yang tersekat di jiwa, lantas telah
memerosokkan kedua pelajar ini ke lembah aktiviti salah laku seksual.
Masalah ini menjadi semakin kronik apabila wujud pula rangsangan-rangsangan luar
yang menaikkan syahwat dan keghairahan pelajar-pelajar yang sedang bercinta.
Lebih-lebih lagi dalam era dunia ICT dunia tanpa sempadan serta kebebasan
media massa, telah menjadikan fenomena salah laku seks di kalangan pelajar
bercinta ini menjadi semakin parah:
"Pengaruh media massa adalah besar dalam mempengaruhi pola tingkah laku anak
muda. Kecenderungan remaja kepada seks pada lazimnya dikaitkan dengan
peranan media massa yang selalu menonjolkan cerita-cerita yang berunsur seks
yang ghairah. Penonjolan unsur-unsur lucah dalam media massa dan elektronik
memberikan kesan yang besar di dalam pembelajaran seks kepada remaja yang
sedang membesar. Sebagai anak muda yang baru akil baligh dorongan dan
kecenderungan tentang kehendak nafsu seks yang bergelora dalam diri mereka
sentiasa sahaja membara." (Ann Wan Seng,Kerenah Remaja Hari Ini, 1994)
Bencana salah laku seks di kalangan pelajar yang bercinta ini menjadi semakin
dahsyat dengan wujudnya saluran-saluran rangsangan seksual dalam pelbagai
bentuk samada dari segi bahan atau tempat-tempat panas dengan aktiviti-aktivit
seksual :

"Akibatnya remaja berusaha mencari saluran yang tersendiri untuk memenuhi


tuntutan naluri itu samada melalui pembacaan, video lucah, berkunjung ke tempat
pelacuran dan mendengar cerita-cerita orang-orang dewasa. Kesemua saluran ini
digunakan disebabkan remaja mempunyai keinginan untuk mengenal tuntutan
nafsu seks dan kehidupan berkelamin yang dapat dipelajarinya daripada
media massa dan kehidupan seharian." (Ann Wan Seng, Kerenah Remaja Hari Ini,
1994)
Penulis tertanya-tanya, mengapa fenomena bercinta di kalangan remaja majoritinya
cinta yang membinasakan diri remaja, mengapa tiada kawalan media dan kawalan
budaya persekitaran? Mengapa tidak terkawal penjualan bahan-bahan lucah?
Bahkan kebanyakan mereka diberi lesen sah untuk menjual bahan-bahan lucah dan
merosakkan seperti arak? Mengapa pusat-pusat hiburan, pusat-pusat maksiat,
pusat-pusat perjudian dan pelacuran tidak terkawal bahkan ia aktif secara terbuka
di tengah-tengah masyarakat? Di mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab?
Mengapa mereka membiarkan masyarakat dan remaja sekolah terjebak dan rosak?
Apa agenda mereka? Membangunkan negara? Lalu di mana tanggungjawab
sensitiviti mereka dalam beragama? Mungkinkah mereka ini golongan yang terlalu
dayus untuk menegakkan kebenaran?
5- Apa peranan dan tanggungjawab pihak ibubapa, sekolah dan masyarakat ?
Bila mana berlaku sesuatu bencana, pasti ada pihak yang akan dipersalahkan dan
diminta dipertanggungjawabkan atas malapetaka yang terjadi. Dalam masalah cinta
di kalangan remaja yang menjurus ke arah bencana moral ini, siapa atau pihak
mana yang perlu kita persalahkan? Siapa atau pihak mana yang perlu menjawab
dan bertanggungjawab atas bencana yang berlaku? "Cinta" itu kah bencana atau
sikap pihak-pihak tertentu yang sebenarnya menjadi pencetus bencana ini ? Pihak
yang ditudingkan jari ke arah mereka, apa yang tindakan yang perlu mereka
laksanakan bagi menangani bencana ini ? Seperti yang kita sedia maklum,
kebiasaannya dan lazimnya, jika berlaku bencana moral di kalangan pelajar, ada 4
pihak yang pasti menjadi tumpuan segala kesalahan disandarkan kepada mereka.
Pertama ibubapa, kedua pihak sekolah ketiga masyarakat dan keempat, kepimpinan
negara. Sememangnya tidak dinafikan, keempat-empat pihak tersebut menjadi
pencetus dan penyumbang kepada bencana dan malapetaka moral yang sedang
meledak di negara kita ini. Sebagai golongan yang berhati perut, keempat-empat
golongan ini perlu tahu apa tanggungjawab serta peranan mereka dalam
menangani kebejatan moral yang maha dahsyat ini.
Sekarang kita muhasabah semula diri kita berkaitan bencana yang sedang berlaku
ini, bukankah sikap kita yang berdiam diri dan mementingkan diri sebenarnya
antara sebab dan punca berlakunya bencana ini? Bukankah kita semua bersalah
kerana tidak bersatu hati mencegah dan membanteras bencana ini?
5.1 Peranan Ibubapa

Golongan ibubapa memang sangat patut dipersalahkan, kerana kita semua sedar,
didikan pertama dari ibubapa sangat mempengaruhi gaya perlakuan anak-anak,
maka merupakan satu kesalahan besar kepada para ibubapa menyalahkan pihak
lain jika anak mereka rosak, kerana mereka perlu sedar "Jangan salahkan pasaran
jika kilang menghasilkan produk yang tidak berkualiti".
Menurut Khadijah Haidi Khalid (Meneroka Alam Remaja, 1994) salah satu peranan
penting bagi ibubapa ialah kemahiran mendengar dan komunikasi dengan anakanak. Di mana beliau menyatakan, kepentingan corak komunikasi ibubapa dengan
anak-anak, amat mempengaruhi gaya perlakuan anak-anak. Ibubapa perlulah setia
mendengar sedia membantu menyelesaikan masalah dan kesulitan yang dihadapi
oleh anak-anak, buka jalan dan ruang kepada anak-anak untuk meluahkan rasa,
bahkan ibu bapa perlu berkongsi masalah dengan anak-anak dengan nada ingin
tahu, cuba menghormati dan memahami situasi anak-anak. Ibubapa juga perlu
mengawal dan menapis ego dan emosi dari dilempiaskan ke arah anak-anak jika
apa yang diluahkan tidak bersesuai dengan pandangan dan pendirian ibubapa
sendiri. (Khadijah Haidi Khalid,Meneroka Alam Remaja, 1994)
Seterusnya, perkara paling asas bahkan paling utama yang sering diabaikan oleh
golongan ibubapa ialah penerapan dan pemantauan pendidikan agama dalam diri
anak-anak. Sekadar memberi input atau fakta-fakta agama tidak memadai untuk
mengawal tingkah laku anak-anak. Perkara yang lebih utama dari sekadar memberi
input dan fakta-fakta agama ialah anak-anak perlukan penghayatan agama melalui
contoh-contoh tauladan serta penerapan nilai agama dalam diri mereka. Kerana
dibimbangi anak-anak hanya akan beramal kerana ia menjadi suatu adat kemudian
apabila berlaku sesuatu yang tidak sesuai dengan jiwanya, lalu kemudiannya
perlakuan anak itu berubah 180 darjah:
"Pernah seorang pelajar mengalami kegoncangan yang hangat setelah putus
hubungan dengan seorang sahabat wanitanya. Perubahan berlaku, di mana
yangdulunya dia aktif solat, rajin ke masjid, usrah yasinan dan mendengar
ceramah-ceramah agama, akhirnya dia buat mogok solat, seperti kecewa kepada
Tuhan. Ia menjadi orang yang berputus asa, kononnya kabur masa depan kerana
teman wanitanya diambil orang." (Drs. Zulpan Nasution, Menangani Masalah
Remaja Muslim, 1996)
Nah, betapa terbukti, sekadar memberi info agama tanpa penerapan serta
penghayatan tidak cukup konkrit sebagai perisai diri buat para pelajar. Justeru itu,
ibubapa perlu mendepani masalah ini dengan penuh hikmah dan bijaksana.
5.2 Peranan Sekolah
Seperti yang kita sedia maklum, sekolah bukan sekadar berperanan sebagai
institusi pendidikan, bahkan ia juga berfungsi sebagai sebuah institusi sosial yang
sangat mempengaruhi moral pelajar. Dalam menangani masalah bercinta di
kalangan pelajar, pendidikan Islam dan pendidikan moral tidak mencukupi, pelajar

perlu juga mendapat dan pendidikan seks yang terbuka supaya para pelajar tahu
batas-batas dan risiko-risiko dalam bercinta, agar mereka lebih berhati-hati dan
berwaspada agar tidak terlanjur dengan aktiviti-aktiviti salah laku seks, dosa dan
maksiat-maksiat lain:
"Proses pembesaran tanpa diiringi dengan pengetahuan seks telah menyebabkan
para remaja mencari saluran-saluran lain untuk mendapatkan sedikit pengetahuan
tentang seks. Amat malang sekali sudahlah ibubapa tidak mahu melayan
pertanyaan anak-anak, di sekolah pula guru-guru melarang pelajar-pelajarnya
membicarakan tentang seks." (Ann Wan Seng,Kerenah Pelajar Hari Ini, 1994)
Sememangnya kita tidak dapat menafikan perbincangan dan pendedahan seks
boleh mengakibat seseorang pelajar itu terjebak ke arah perbuatan salah laku seks
lembah dosa dan maksiat. Namun kita perlu sedar seks juga mempunyai pengertian
positif, kerana seks telah wujud dalam jiwa manusia sejak dilahirkan lagi.
Pendidikan seks yang ingin diterapkan di sekolah-sekolah bukanlah untuk mengajar
para pelajar bagaimana cara untuk melakukan seks, tetapi sebaliknya bertujuan
mengawal perilaku seks pelajar dengan menyampaikan mesej tentang bahayanya
perlakuan seks bebas dan liar tanpa sebarang ikatan perkahwinan.
Pendidikan seks yang ingin diterapkan di sekolah-sekolah pasti ada pengimbangnya,
seperti penerapan nilai dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bahkan
dalam pendidikan seks itu sendiri menerapkan batas-batas kesusilaan dan etika
agama:
"Sekiranya pendidikan seks dapat disampaikan dengan cara yang ilmiah dan betul,
masalah kelucahan dan kekotoran seks tidak timbul. Sebenarnya pelajar-pelajar
telah didedahkan dengan pendidikan seks, yakni melalui mata pelajaran Sains dan
Biologi.......Pendekatan memperkenalkan pendidikan seks harus mengambil kira
beberapa factor seperti psikologi, biologi, dan perkembangan remaja. Faktor-faktor
ini sekiranya digabungkan dengan ilmu pengetahuan yang ilmiah dan pengajaran
agama tentu dapat memberikan kita satu alternatif kea rah menyelesaikan desakan
nafsu seks anak-anak muda yang membara." (Ann Wan Seng, Kerenah Pelajar Hari
Ini, 1994)
5.3 Peranan Masyarakat
Satu penyakit kronik dalam sosial masyarakat kita ialah, sikap "Individualistik".
Penyakit ini berpunca dari sikap masyarakat yang menganggap tidak mengapa jika
berlaku sesuatu perkara buruk ke atas orang lain, yang penting asalkan dirinya
sendiri hidup tenang.
Masyarakat perlu berubah, bukan sahaja berani untuk menegur, bahkan bersedia
untuk menerima teguran. Jika pelajar ingin bercinta, masyarakat perlu bimbing
fitrah mereka agar tidak menjadi fitnah. Masyarakat boleh membantu pelajar
dengan memperbanyakkan aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan pelajar-

pelajar, agar pelajar-pelajar yang bercinta ini berada di bawah pemantauan pihak
ibubapa dan masyarakat. Masyarakat yang dimaksudkan termasuklah badan-badan
bukan kerajaan, badan-badan korporat, organisasi-organisasi dan persatuan.
Suasana, budaya, kepercayaan dan gaya hidup masyarakat turut mempengaruhi
gelora jiwa para pelajar yang bercinta. Sekiranya sesebuah masyarakat itu tinggi
kekuatan ruhaninya, para remaja yang bercinta pasti tahu batas-batas dan adabadab bercinta, agar tidak terlanjur dan tidak terhumban ke lembah dosa dan
maksiat. Tetapi sekiranya masyarakat jahil dengan ilmu agama, maka pastinya
remaja yang bercinta itu akan terlibat dengan aktiviti salah-laku seks. Masyarakat
sebagai satu medium penyampai dan institusi besar yang membimbing dan
membentuk remaja. Sekiranya pelajar-pelajar yang bercinta ini terjebak dengan
aktiviti-aktiviti salah laku seks, bermakna masyarakat di sekelilingnya memang
seperti itu. Kerana budaya masyarakatlah yang mempengaruhi perilaku pelajar.
Pelajar-pelajar sekolah pula meniru dan belajar perlakuan masyarakat berdasarkan
pemerhatian mereka secara berperingkat. Oleh yang demikian, peranan setiap
individu dalam masyarakat ialah menyuburkan amalan hidup berpegang teguh
dengan ajaran, hukum hakam agama serta adab-adab dan nilai-nilai baik yang
wujud dalam budaya dan adat.
6- Kesimpulan/Penutup.
Berdasarkan perbincangan-perbincangan di atas, kita perlu sedar, bukan cinta itu
yang membinasakan para pelajar, bahkan jika cinta dalam diri pelajar itu kita
bimbing dengan agama, ia menjadi satu jihad buat kita. Tetapi apabila pelajar
bercinta, kemudian kita lepas tangan dan tidak membimbing mereka dengan jalan
agama, bermakna kita dengan tangan kita sendiri yang telah merosakkan cinta
para pelajar. Apa-apa kerosakan akhlak dan moral yang berlaku pada para pelajar
kita, kita janganlah cepat melatah dan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu,
tapi cerminlah diri kita sendiri terlebih dahulu, apa sumbangan dan tindakan yang
telah kita laksanakan untuk menyelamatkan remaja kita. Adakah serius dan
bersungguh-sungguh kita memperjuangkan isu ini. Semoga pa yang dibincangkan
di dalam hasil kerja ini mampu membuka mata hati kita, dan semoga kita dapat
mengambil iktibar dan pengajaran.
Rujukan
1- Ann Wan Seng, Kerenah Remaja Hari Ini, 1994, Fajar Bakti Sdn. Bhd, Kuala
Lumpur.
2- Drs. Zulpan Nasution, Menangani Masalah Remaja Muslim, 1996, Al-Hidayah
Publishers, Kuala Lumpur.
3- Khadijah Haidi Khalid, Meneroka Alam Remaja, 1994, Nurin Enterprise, Kuala
Lumpur.

4- Puan Amina Hj Noor, Persoalan Remaja Masa Kini, 1998, Al-Hidayah


Publishers, Kuala Lumpur.
5- Robiah Kulop Hamzah, Remaja dan Cinta, 1997, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
6- Robiah Kulop Hamzah, Panduan Membimbing Remaja, 1995, Dewan Bahasa dan
Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur

keciciran

1 keadaan atau hal tercicir

Kamus Pelajar Edisi


Kedua

keciciran

ketinggalan (dlm proses kemajuan dsb), tercicir.

Kamus Dewan Edisi


Keempat

keciciran

1. keadaan atau hal tercicir: masalah ~ dlm pelajaran. 2. kehilangan sesuatu kerana
tercicir.

Kamus Pelajar

Anda mungkin juga menyukai